BAB 25

Horror & Thriller Completed 790

“Jamilah, aku merayu pada kau, jangan apa-apakan anak aku. Kalau kau dendam dengan aku, ambil sajalah aku. Anak aku tidak bersalah.”, rayu Mawar.

Jamilah dengan tiba-tiba datang kerumah Munir setelah hilang selama tiga tahun tanpa khabar. Kini dia muncul dan mengugut keluarga itu. Jamilah memegang Ros yang masih kecil itu. Ros menangis.

“Jamilah, bawa mengucap. Budak itu tidak salah. Mereka tidak salah. Aku yang salah. Aku tahu kau suka padaku tetapi aku tidak endahkan kau. Aku yang salah. Ambil saja aku. Lepaskan mereka. Lepaskan anakku.”

“Baru hari ini kau mahu terima salah kau? Selama ini bila aku kata aku sayang kau, kau kata kau sayang aku tetapi sebagai adik. Aku tidak mahu itu. Aku mahu kau bersama ku selamanya.”

***************

“Aku rasa buntu. Taktau nak buat apa. Anak aku bersama perempuan gila. Isteri aku, mak aku, diikat. Mujur ada orang kampung serta keluarga yang datang membantu. Mereka menangkap Jamilah, dihantar ke balai. Selepas itu, khabarnya dia dimasukkan ke hospital sakit jiwa.”

“Bahaya betul kalau dengan orang mental ni.”, celah Danial.

“Tulah pasal. Tersilap langkah, nyawa melayang.”, kata Faroq.

“Lepas tu apa jadi tuk?”, soal Rizal.

“Beberapa tahun kemudian, kami diganggu oleh bisikan-bisikan yang tak tahu datang dari mana.”, sambung Munir.

************

Keluarga itu sentiasa berada dalam ketakutan. Bisikan-bisikan yang sering menyuruh mereka membunuh antara satu sama lain. ‘Bunuh anak itu. Anak itu akan menyusahkan kau.’

Setiap kali itu jugalah Munir akan memanggil ustaz. Kehidupan begitu boleh buat mereka merasa tertekan dan sakit jiwa. ‘Aku akan pastikan kau hidup dalam kesengsaraan.’

Bisikan itu juga hampir membuat mereka mahu bunuh diri. Nasib iman masih di dada.

“Apa yang kau mahukan dari keluarga ini? Nyah kau dari sini. Ini bukan duniamu. Jangan dikacau anak cucu Adam ini.”, kata ustaz itu.

“Aku mahu hak aku… Hak aku sebagai kekasih silamnya… Hahahahaha…”

Perkara itu berlanjutan sehinggalah pada suatu hari…

“Menyerah sajalah iblis laknatullah. Kau akan kalah juga dengan izin Allah! Allahu akhbar!!!”

“Aku akan kembali menuntut hak! Sampai waktunya aku akan kembali!!!”

*********

“Sudahlah, kita berhenti. Esok aku sambung lagi.”, kata Munir.

“Seram sejuk aku dengar cerita ni.”, kata Danial.

“Kau memang dasar penakut.”, kata Faroq.

Mereka melihat Rania yang sedari tadi diam membatu. “Kau okey tak?”, soal Raihana. Rania memandang gadis itu.

“Aku tak sangka, dalam kebahagiaan zaman kecil aku, ada kisah yang perih tanpa aku sedar.”, kata Rania. Dia menangis. Sayu mereka melihat keadaan Rania begitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience