Aliya berlari menaiki tangga di gudang kosong itu. Termengah-mengah juga dia dibuatnya tetapi itu semua belakang cerita. Yang penting sekarang ni, dia perlu berhadapan dengan dua orang lelaki.
Sesekali Aliya berhenti untuk menghela nafasnya. Sikit je lagi, Aliya.. Sikit je.. Tidak sampai lima minit, Aliya sampai di tingkat paling atas di gudang kosong yang terbiar itu. Aliya menoleh ke kanan dan kiri, mencari kelibat dua orang lelaki.
“Sayang..” Muncul seorang lelaki dari sebuah bilik gelap dan dia terus mendekati Aliya. Langkah Aliya mulai mengundur. Dia tidak mahu mendekati lelaki itu.
“Mana suami aku ? Mana ?!” tengking Aliya apabila matanya langsung tidak perasankan kewujudan Haziq. Farizul tergelak besar apabila teringatkan Haziq. Lelaki itu sudah nyawa-nyawa ikan gara-gara dibelasah teruk olehnya
“Ya Allah, Haziq!” Aliya meluru lari ke arah suaminya yang terbaring lemah. Kepala Haziq dipangku ke pahanya. Mata Haziq yang lebam dan bibir Haziq yang merah melukakan hati Aliya. Tak guna punya Farizul! Sewaktu dia di rumah Suraya, Farizul menelefonnya, menyuruhnya ke sebuah gudang kosong jika dia mahu Haziq selamat.
“Haziq.. Haziq.. Bangunlah..” Air mata Aliya mulai menitis. Farizul ketawa sekali lagi seperti orang hilang akal. Aliya jadi keliru. Inikah Farizul yang pernah menjadi kawannya ? Farizul yang sentiasa di sisinya saat susah dan senang ?
“Kenapa kau buat suami aku macam ni, haa ? Kenapa ?!”
“Shhh.. Jangan jerit-jerit, sayang.. I tak pekak lagi.. Mari sini.. Mari sini dengan I.. Marilah sini !!” Farizul merentap tangan Aliya kasar dan menarik Aliya kepadanya, hinggakan kepala Haziq yang lemah terhantuk di atas lantai. Farizul cuba menguatkan lagi genggamannya meski Aliya meronta berkali-kali.
“I cintakan you.. Kita kahwin, sayang ? Suami you ni degil sangat.. I cakap baik-baik, mintak dia ceraikan you, tapi dia taknak.. I dah geram sangat, I belasah je la.. Sayang, kita kahwin eh?” Kata Farizul, kali ini jelas menggambarkan dirinya yang hilang akal.
“Ya Allah, mengucap Farizul! Aku isteri orang! Orang yang kau belasah tu suami aku! Dia takkan ceraikan aku..” Pang! Tidak semena-mena pipi Aliya menjadi mangsa tamparan Farizul hinggakan Aliya jatuh tersungkur ke lantai. Menyedari dirinya yang menyakiti Aliya, Farizul jadi serba salah. Dia cintakan Aliya, dia takkan sakitkan Aliya! Farizul mendapatkan Aliya sekali lagi, dipegangnya pipi Aliya dengan penuh kasih.
“Sayang.. Jangan nangis.. I cintakan you..”
“Jangan sentuh akulah! Kau dah gila, Farizul! Kau dah gila!!” ronta Aliya sambil menepis tangan Farizul yang semakin merayap di wajahnya. Tiba-tiba perangai gila Farizul datang semula. “Memang aku dah gila! Sebab aku gilakan kau! Dari dulu lagi aku sukakan kau, tapi sekalipun kau tak perasan. Lepas kau kahwin dengan Haziq, kau terus lupakan aku! Kau kejam, Aliya! Kau kejam!!” Farizul menggoncang-goncang bahu Aliya dengan kasar. Aliya hanya mampu menangis saat ini. Di hatinya, dia berdoa agar Allah melindungi dirinya dan suaminya.
“Jangan sentuh isteri aku.” Bagai terkena renjatan elektrik, Farizul menoleh dan matanya semerta terbuka besar. Haziq sedang berdiri tepat di belakangnya. Farizul bertindak pantas dengan menarik Aliya hingga Aliya terjerit kuat. Tahu-tahu sahaja sebilah pisau sudah diacukan ke leher Aliya.
“Kalau kau mara ke depan lagi, aku bunuh isteri kau.. Lepas tu, aku bunuh diri aku pulak.. Bolehlah kitorang bersama kat dunia sana..” ugut Farizul sekaligus membuatkan langkah Haziq terhenti. Air mata Aliya mengalir deras sekali lagi. Benarlah apa yang Suraya katakan. Haziq mencintai dirinya, bahkan teramat mencintai dirinya. Aliya memejam mata, mengingati kata-kata Suraya.
“Sebenarnya, bapak Haziq meninggal dunia waktu diorang satu family pergi holiday kat Genting Highlands. Haziq masih kecik lagi waktu tu, tapi dia ingat semuanya dengan jelas. Haziq pernah kena culik kat sana.. Bila bapak dia datang nak selamatkan dia, bapak dia kena tembak dengan penculik tu. Tepat-tepat depan mata Haziq. Sebabkan benda tu la, Haziq fobia nak pergi ke Genting Highlands. Tapi, kalau dia boleh ikutkan je permintaan kau, maknanya dia memang cintakan kau la tu..”
Perlahan-lahan Aliya membuka matanya. Yang ada di hadapannya ialah Haziq sementara Farizul masih lagi mengacu pisau tersebut.
“Kalau kau nak bunuh aku, bunuh je.. Dengan syarat, suruh Haziq pergi dulu. Jangan bunuh aku depan dia. Lepas tu, kalau kau nak bunuh diri kau sendiri, terpulanglah..”
“Aliya !” terkejut Haziq dengan kata-kata Aliya. Farizul pula sudah tersenyum gembira. Padanya, Aliya rela untuk mengikutnya ke ‘alam sana’. Aliya memandang Haziq, matanya tepat-tepat memandang anak mata Haziq.
“Aku tak nak Haziq hidup terseksa sekali lagi. Cukuplah dulu, ayah dia meninggal depan mata dia semata-mata nak selamatkan dia. Dan sekarang, aku tak nak dia nampak aku meninggal depan mata dia untuk selamatkan dia jugak. Perasaan dia dah cukup terseksa.. Aku tak nak dia terseksa lagi.. Aku sayangkan dia..” Sekali lagi, air mata Aliya merembes keluar dan kali ini, air mata Haziq turut mengalir sama. ‘Aku sayangkan dia..’ Aliya ungkapkan itu untuk dirinya. Mengertilah dia bahawa Aliya turut mencintai dirinya, sepertimana dia mencintai Aliya.
Haziq mula maju setapak dengan keadaannya sendiri yang masih lemah tetapi setapak dia ke hadapan, setapak juga Farizul berundur.
“Jangan dekat lagi..” Farizul menekan pisau ke leher Aliya dengan lebih kuat, hinggakan ada darah yang mengalir dari leher Aliya. Haziq memandang Aliya, dilihatnya Aliya sedang menggigit bibirnya bagi menahan sakit. Aliya memejamkan matanya, dirasakan mata pisau itu akan menarik nyawanya sebentar lagi.
“Jangannnn !”
Share this novel