11

Short Story Completed 49967

"Are you okay?" Soal Farish sambil duduk di sebelahku. Kedua-dua belah tangannya memegang tangan kananku dengan erat. Riak wajahnya masih kelihatan risau. Matanya masih merah kerana puas menangis tadi.

Aku tersenyum seketika agar hatinya sedikit lega. Tidak lama kemudian, tangan kiriku diletakkan di atas tangannya pula.

"Alhamdulillah, saya okay. Jangan risau." Balasku dengan suara serak.

"Good." Ucapnya perlahan sambil turut tersenyum nipis kepadaku.

Suasana sepi sejenak. Buah epal yang siap dikupas oleh Farish tadi langsung tidak aku sentuh. Aku tak ada selera untuk makan. Bila Farish tanya dah makan atau belum aku akan tipu dia. Aku cakap, aku dah makan masa dia tak ada tadi. Aku terpaksa menipu, kalau tidak tentu-tentunya dia paksa aku makan. Aku tak suka begitu.

"Farish." Ucapku secara tiba-tiba.

Farish tersentak apabila aku menyebut namanya. Terus dia bangun dan duduk di birai katil sambil memegang bahu aku.

"Ya sayang, ada apa yang I boleh tolong? Nak air ke? I ambilkan okay. Tunggu." Ucapnya dengan kalut lalu dia mula ingin melangkah pergi mencari minuman.

"Eh, tak. Tunggu-tunggu." Segera aku sekat Farish dari terus melangkah pergi. Aku menarik tangannya kembali agar dia berhenti melangkah.

Akhirnya langkahnya terhenti. Dia menoleh ke belakang memandangku dengan riak wajah kosong.

"B... bukan nak air tapi..." Ucapku separuh gagap kerana aku sudah tahu jawapannya.

"But what?" Soalnya kembali dengan wajah sedikit berkerut.

"S... saya nak balik." Ucapku gagap. Entah kenapa tiba-tiba aku jadi takut tambah malu dengan dia hari ini.

Dia mengeluh perlahan lantas dia tersenyum ke arahku secara tiba-tiba. Dia ini memang jenis orang yang tenang. Sekali pun dia tak pernah marah aku. Mungkin dia tak suka marah orang yang dia sayang.

Farish mendekatkan tubuhnya ke arahku lalu dia mencium dahiku selama tiga saat. Astaga! Terkejut aku di buatnya. Farish ni suka buat kejutan! Terbutang biji mataku ketika ini.

"Sayang, stay sampai hari ini je okay. Esok kita balik." Ucapnya dengan lembut demi menjaga hati aku.

"Tapi ada nurse tadi cakap boleh balik sekarang." Ucapku cuba untuk melawan.

"Urmm, please stay untuk hari ni je? Don't worry, I akan stay dengan you harini. I takkan tinggalkan you. I tak pergi kerja hari ini sampailah Isnin minggu depan. I nak spend time dengan you." Ucapnya panjang lebar sambil tersenyum mesra.

Hati aku menjadi terharu. Entah kenapa. Aku rasa macam nak menangis. Terasa sebak dengan apa yang dikatakan oleh Farish tadi. Air mataku seperti ingin jatuh ke pipi tapi aku cuba untuk tahan.

"Tapi..." Aku masih ingin bersuara.

"Takde tapi, tapi. I suami you. You as a bini kena dengar cakap I." Ucapnya sambil ketawa kecil setelah habis berkata tadi.

"Hah! What the... hell?" Terlopong mulut aku selepas aku dah bertukar status menjadi bini. Hari tu, girlfriend ini bini pula. Aiyo sumpah aku tak faham dengan dunia songsang ini.

"Hahahaha..." Farish ketawa.

Suka betul Farish melihat wajah aku terkejut beruk tadi tu. Erghh...

"Masa bila saya jadi bini pula ni?" Soalku sambil mencuit tulang rusuknya kerana geram.

"Yalah, I kan posisi top, You posisi bottom." Katanya kepadaku.

Aku buat muka hairan. Aku fikir sejenak. Aku macam pernah dengar benda ni tapi aku lupa.

"Maksud?" Soalku selepas itu.

"Okay, kawan I cakap kalau top ni fungsi dia sebagai suami and bottom ni fungsi dia macam isteri."

"Jadi..." Soalku dengan wajah sudah bertukar merah.

"Jadi you kena baring... and then I masukkan I punya ke dalam you punya lepas tu..."

"Arghhhh!!!" Stop it Farish! Saya taknak dengar." Ucapku selepas faham apa yang ingin di sampaikan oleh Farish itu. Terus aku menekupkan wajahku dengan bantal dan memejamkan mataku dengan rapat sekali.

Berdekah-dekah Farish ketawa melihat telatah manjaku ini. Persis seperti drama Korea sahaja adengan ini. Aku masih malu dengan apa yang dia cakap tadi. Nak bagi aku punya dekat dia, eh jangan haraplah. Mesti sakit! Patutlah dia nak sangat aku jadi girlfriend dia.

"Hahaha, sayang jangan takutlah. I takkan buat bukan-bukan dekat you. I sayang you, takkanlah I nak sakitkan you." Ucapnya lantas baring disebelahku dan memeluk tubuhku dengan erat.

Aku tersenyum kecil. Aku bahagia kalau lihat dia bahagia. Ini sahaja yang boleh aku lakukan demi membalas jasa baiknya tempoh hari.

Ya, itu sahaja...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience