lima puluh tujuh

Romance Series 207093

"Sial kau.. Khalish! Lepaskan aku.." dengan sukar, suara Darien sayup-sayup bergema, memecahkan kesunyian dalam rumah kosong tersebut.

Wajahnya yang mula membengkak parah dan pecah darah amat menyeksakannya daripada bersuara.

Dirinya yang cedera pada bahagian kepala dan teruk dibelasah Khalish hanya mampu meronta lemah, terbaring apabila kaki dan kedua tangannya diikat di belakang tubuh oleh Khalish tadi.

5 orang orang upahan Khalish juga turut sampai di sana setelah beberapa ketika. Pihak polis dan Inspektor Yusa juga telah dihubunginya dan segera bertolak ke tempat kejadian tersebut.

"Bodoh punya jantan. Kalau ikut setan aku, memang aku bunuh je kau, baru puas hati aku." ujarnya perlahan sambil menjeling tajam pada Darien yang terbaring jijik di lantai ruang tamu tersebut sebelum melangkah keluar.

"Korang jaga die sementara polis sampai." ujarnya pula pada orang upahannya yang turut ada bersama.

Mereka mengangguk menerima arahan.

Kedua tangan yang sedikit terluka kekuranya hasil daripada barannya tadi hanya dibiarkan saja.

Nasib saja ada orang menghentikan kegilaan dia semasa memukul Darien tadi, jika tidak, memang berlaku kes pembunuhan gamaknnya.

Shira sudah awal-awal lagi dibawa dan dikunci di dalam keretanya di luar kerana sikap pelik wanita itu disebabkan kesan ubat yang diberikan Darien.

Langkah menghampiri kereta dan kunci dibuka. Khalish masuk ke bahagian pemandu dan mengerling ke arah tubuh yang sedang berbaring di belakang.

Sesekali kedengaran suara gumaman kecil daripada ulas bibir si isteri dari belakang.

"Shira.. okay tak ni? Awak.." tubuh Shira digoncangkannya sedikit kuat, fikirnya wanita itu meracau yang bukan-bukan.

Dengan mata tertutup dan kedua tangan meraba-raba sekeliling, risau Khalish melihatnya.

"Ab-abang.. Shira panas.. nak balik." adunya lemah. Meleret saja nadanya.

Khalish mengeluh perlahan sambil menangkap sebelah tangan wanita itu yang memegang erat kepala kerusi yang didudukinya.

Ditariknya agar wanita itu bangun. Dengan terhuyung-hayang, Shira duduk juga berhadapan Khalish yang berpusing sedikit tubuh, menghadap ke belakang.

"Panas badan sayang ni.. nanti kita ke hospital dulu ye sebelum pulang? Hmm?" soal Khalish lembut.

Kedua pipi Shira yang kemerahan diusapnya, panas. Berbahang. Kesian isterinya itu. Sedih hatinya apabila si isteri diperlakukan sebegitu rupa.

"Taknak.. tak nak pergi hospital." adunya lagi, mengada. Kepala digeleng-gelengkan manja tanda tak mahu.

'Dah apahal pulak ni?' berkerut kening Khalish dibuatnya.

"Kita pergi check dulu la di hospital.. takut ade cedera mana-mana ke hmm? Badan pun panas ni. Demam nanti macam mana?" pujuknya lagi. Cuba bersabar dengan karenah luar kawal Shira.

Rambut panjang yang sedikit menutupi bahagian wajah itu diselaknya ke belakang sambil menekup-nekup tangannya di leher Shira, merasai haba tubuh itu.

"Jomlah balik hotel bang.. Shira nak abang. Please..." terkesima Khalish sebentar.

Terkebil-kebil. Otaknya tak mampu memproses.

'What the hell is going on with her?' Air liur diteguk kesat apabila Shira berkata begitu.

Tangannya di leher wanita itu juga sudah dialihkan Shira ke bahagian dadanya. Menggalakkannya meramas bahagian matang wanitanya.

Shit.

"Yang.. I think you need to stop it. Control yourself." tangan cuba dialihkan sambil kepala sesekali menoleh sekeliling.

Bimbang dia apabila Shira bertindak sebegitu. Walaupun cermin keretanya bertinted sedikit gelap, hatinya gundah-gulana dengan keadaan mereka.

"Jomlah.. Shira desperate sangat ni. Abang ke belakang ek? Shira bukakkan baju.." ketawa kecil wanita itu bagaikan mabuk saja lagaknya.

Tangan Khalish ditarik-tariknya manja ke bahagian belakang dan terbuntang mata lelaki itu apabila Shira mula mahu membuka bajunya ke atas.

"Woi Woi! Shira.. awak ni jangan buat gile la sayang oi.." bergelut dia cuba menghalang si isteri daripada membogelkan diri. Bukan boleh percaya perempuan ni!

"Ala.. Tak best la nak having sex kalau pakai baju. Panas tau tak!" sedikit meronta wanita itu apabila kedua tangannya ditangkap Khalish.

"Nak having sex apa kejadahnya? Sini! Awak tu dah high tau tak!" sedaya upaya Khalish cuba menarik Shira ke hadapan.

Akhirnya berkat usaha gigihnya, kedua tangan memerangkap si isteri di tengah. Menghalangnya berbuat yang bukan-bukan.

"Jomlah sayang. I can't wait.. oh come on dear. I want your rough, naughty service." ajaknya berulang kali.

Khalish hanya buat bodoh. Jadi lain nanti jika dilayan kehendak gila isterinya itu. Tak sedarkah diri sudah hampir dirogol tadi?

Kata-kata lucah dan desahan ghairah Shira diabaikannya. Dibiarkan saja wanita itu mengucup dan meraba dirinya.

"Shira bukak baju abang ek? Kita buat nude hugging ye.." tangan panas itu cuba membuka butang bajunya pula, pantas dialihkan Khalish.

"Hish! Duduk diam-diamlah." rengusnya geram dengan Shira di atas ribaannya. Merengek tak tentu arah wanita itu apabila tidak dipuaskan.

Tergeleng-geleng kepalanya memerhati gelagat Shira yang kembali meraba tubuhnya. Habis leher dan telinga digigit geram wanita itu.

Ahh.. biarlah dia. Jangan sampai buka belt seluar cukup. Tunggang terbalik jadinya nanti.

Tak sampai lima minit selepas itu, pihak polis pun hadir. Darien ditangkap atas tuduhan menculik, cubaan mencederakan, cubaan merogol dan penganiayaan terhadap wanita.

Khalish menyelesaikan segela urusan terlebih dahulu sebelum membawa Shira ke hospital.

Wanita itu diberikan ubat penenang dan dicuci luka-luka calar pada sekitar tangannya yang diikat ketat.

Khalish yang baru selesai berurusan dengan Yusa dan Dr. yang merawat Shira terus masuk melawat si isteri.

Wanita itu tiada sebarang kecederaan serius dan boleh dibawa pulang esok pagi.

Wajah pucat yang sedang tidur lena itu ditatapnya dalam sambil memeluk tubuh di tepi katil.

Nasib baik dia tidak memaklumkan pada keluarganya mahupun Shira. Jika tidak, pasti sudah kecoh kedua keluarga itu sekarang.

Nanti-nanti sajalah dia akan maklumkan pada mereka. Sekarang, yang paling penting kini adalah kondisi isterinya.

Rambut itu diusap-usapnya perlahan, takut mengejutkan Shira sebelum dahi itu dikucupnya lembut.

"I'll take care of you sayang.. dari sesiapapun. You're mine. Just mine." bisiknya perlahan.

Pipi pucat itu dikucupnya sekilas,

"Sweet dreams Shira."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience