Bila Emir katakan rahsia sungguh aku berharap dia membawaku ke tempat yang special. Contohnya restoren atas bukit ke, restoren tepi pantai ke tak pun dalam hutan. Afdal lagi specialnya. Bercamping malam-malam macam ni. Hakikatnya, aku cuma dibawa ke kedai makan. Tempat biasa Emir melepak malam-malam, menurut katanya.
Sudahnya aku buat muka reda wa pasrah sahaja. ikutkan sahaja Emir malam ini. Aku juga yang gatal mahu mengikutinya. Nah, sekarang tanggunglah sendiri akibatnya.
"Nak makan apa?" Emir bertanya ala-ala pelayan.
Aku usap kening sambil meneliti menu di atas meja. Melihat satu persatu menu yang disediakan oleh kedai makan yang dikunjungan oleh Emir ini.
"Chicken chop dua, laici ais satu, ais lemon tea satu, skyjuice satu." Tanpa sempat aku menjawab soalannya, Emir terlebih dahulu bersuara. Aku ternganga.
"Saya baru nak pesan tadi,"protesku apabila melihat kelibat pelayan sudah tiada di sisi Emir.
Emir memandangku sambil duduk menyandar di kerusi.
"Aku tahu sangat kau pesan apa nanti. Mee goreng. Kau ni tak jemu ke makan benda tu aje?"
Aku pincing mata melihat Emir. musykil melanda hatiku. Bagaimana dia tahu itulah makanan yang selalu aku pesan di kedia makan mahu pun di kantin sekolah tanpa gagal menukar menu? Pelik bin ajaib. Jangan cakap dia stalk aku.
Ommmeeegeeee.
"Tak payah buat muka terkejut sangat. Satu sekolah tahu dah menu kegemaran kau tu. Sampai pekerja kat kantin sekolah boleh hafal menu kau tiap kali nak pesan makanan."
Aku tersengih. Betul seperti yang dikatakan oleh Emir. Sememangnya pekerja di kantin sudah terbiasa dengan menu yang dipesanku. Tanpa berkata apa-apa, aku hanya tersenyum dan mereka sudah memahami makanan yang dipesanku.
Kalau aku dah setia, setia sampai bila-bilalah tetapi untuk bab makanan sahaja. Amat jarang untuk aku menukar menu sebenarnya. Lebih kepada itulah makanan kegemaranku.
"Selalu ke lepak sini?" aku bertanya berbasa-basi.
Segan pula aku apabila berdua berdating. Dan harapnya tidaklah aku dan Emir terserempak dengan guru-guru sekolah ataupun anak muridku. Mana nak lari nanti? Bawah meja? Bawah kerusi? Ataupun buat-buat terserempak dengan Emir?
Logik tak?
"Selalu."
Dan jawapan sepatah Emir mematikan segala perkataan yang ingin keluar dari mulutku serta menyebabkan moodku tetiba hilang untuk berbual. Keadaan yang sibuk dengan hiruk pikuk bandar dan kemeriahan orang ketika lepak malam, meninggalkan aku dan Emir bagaikan orang asing yang buat kali pertama berjumpa
Aku senyap.
Emir pun senyap.
Aku sendiri tidak tahu hendak bertanya. Perasaan serba salah mengiggit jantung hatiku apabila mindaku ingin melontarkan sagala persoalannya tentang peristiwa yang berlaku sebentar tadi. Drama sebabak Korea, pelakon utamanya adalah Emir Hafiz. Aku hanyalah pelakon pembantu yang wajahnya cuma menghiasi sebentar drama sebabak itu.
Siapa Puan Erina? Kenapa Emir bencikan Puan Mawardah? Benarkah Puan Mawardah yang menadi orang ketiga hubungan antara Dr. Awal dan isterinya? apa yang Puan Mawardah sudah buat? Jadi siapa Aathif, Aisy dan Ain?
Dan paling penting, Emir yang dulu macam mana ya? Aku tiba-tiba teringin untuk mengetahui tentang Emir yang dulu.
Emir yang sekarang umpama naga jantan bipolar. Sekejap okey, sekejap tak. Paling sadis bila aku pertama kali terjumpa dengannya. Masih teringat lagi aku. dengan pakaiannya yang hanya berbaju t-shirt dan berseluar sukan, aku fikirkan dia adalah salah guru di STKH, tidak pun staff di situ. Disebabkan mukanya apabila realiti dan di dalam profil pelajar sangat berbeza sama sekali.
Sumpah ketika aku bertanyakan jika dia adalah guru, maklumlah ketika itu ada guru yang aku belum dikenalkan lagi, dia hanya tersenyum. Senget tetapi sinis. Perkara yang paling aku tidak sangkakan adalah dia rupanya pelajar baru dan sudah berani memprankkan aku sebagai guru kelasnya.
Mahu sahaja aku menangis ketika itu. Siapa suka kalau labah-labah diletakkan di atas meja? Terlindung pulak oleh kertas yang seolah-olah sengaja ditinggalkan, untuk aku mengambil dan membuangnya. Ketika tanganku mencapai kertas tersebut ada sesuatu yang bergerak di atas jariku.
Terjerit kecil disebab labah-labah berkenaan. Akibat terkejut, cepat sahaja tanganku menepis labah-labah tersebut ke tempat lain. Selamat pulak landing atas muka Emir. Dalam terkejut dan rasa menangis, tiba-tiba aku ingin ketawa pula melihatkan reaksi mukanya yang ternyata tergamam apabila labah-labah berkenaan melayang tepat ke atas mukanya.
Kelas yang tadi pada mulanya galak mentertawakan aku, menjadi senyap apabila aku menepis labah-labah berkenaan tepat ke muka Emir. ternyata hebat pengaruh Emir di dalam kelas Tingkatan Enam Pluto sehingga tiada satu pun berbunyi kecuali aku yang seolah-olah menahan rasa ingin ketawa. Mereka semua pucat dan terkelu.
Bayangkan mukanya yang penuh pandangan sinis dan evilnya itu serta senyuman badboynya tiba-tiba ada lelabah melayang jatuh tepat ke mukanya? Nasib baiklah bukan daripada spesis yang merbahaya.
Sempat aku bertanya siapa yang menjadi dalang kejadian berkenaan namun tiada siapa yang mengaku dan akhirnya aku menyindir sahaja.
Siapa makan cili dia rasa pedas. Kan?
"Sweetheartt..."
Aku tersedar apabila Emir memetik jarinya beberapa kali. Aku memandangnya sambil mengerutkan dahi.
"Makanan sampai dah. Kau fikir apa tu sampai aku panggil beberapa kali tak dengar," Emir mula membebel.
Satu yang aku tahu tentang Emir, dia kuat membebel mengalahkan aku. Sepuluh patah aku berkata akan dibalasnya dengan berpuluh-puluh patah siap dengan plot twis nya lagi.
"Teringat kali pertama kita berjumpa." Aku menjawab dengan jujur.
Emir yang sedang menyuapkan ayam ke dalam mulutnya terhenti sekejap. Matanya diarahkan kepada aku sambil mulutnya tersenyum sinis. Entah kenapa aku rasakan seperti berada dalam zon bahaya apabila senyuman trademarknya keluar.
Petanda tak baik.
"That I never expected that the women or the teacher that I prank will become my wife."
Aku tunduk menikus. Tanganku menguis kentang goreng yang berada di tepi brokoli. Bibirku diketap erat. Jantungku pulak sedang bertukar rentak apabila mendengar ayatnya. Aduh... masa ni jugaklah si Emir ni menggatal keluarkan ayat sakit jantungnya.
Dekat kedai makan lagi.
"Aku ingat lagi muka pucat lesi kau bila labah-labah tu ada atas tangan. Hilarious."
Aku memasamkan muka. Ingat seronok sangat ke dikenakan dengan labah-labah? Walaupun bukan lah penghidap Arachnophobia tetapi apabila terpegangkan sesuatu yang tidak diketahui secara automatik adrenalin akan berfungsi.
Dia ingat aku menari raver bersifukan Uchuxx Raver ke bila labah-labah tu atas tangan aku?
"Ya, tak dilupakan juga muka awak selepas saya tepis labah-labah tu dengan jayanya."
Aku tergelak kecil. Emir memasamkan muka.
"Kau sengaja kan tepi labah-labah tu kat muka aku?" Emir berkata dengan muka tidak puas hatinya.
Aku tersenyum. Comel muka Emir tidak puas hati. Allah Althea. Jangan kau pergi terkam Emir pulak lepas ni.
"Mana ada. Tertepis okey. Mana saya tau labah-labah tu betul-betul landing atas muka awak." Aku mempertahankan diri. Sumpah aku tidak menyangka bahawa labah-labah tersebut landing atas muka Emir.
Padan muka. Cepat aje Allah tunjuk kebenaran.
"Ye ke ni? Bukan kau sengaja nak pancing perhatian aku ke?"
Aku kerut dahi. Dari mana datang pula idea luar biasa itu? Setahu aku tidak pernah lagi aku teringin mahupun termimpi untuk mengambil perhatian naga jantan ini. Kalau dikutkan hati, seboleh-bolehnya makhluk Allah ini yang paling aku nak elak kewujudannya daripada asyik menyusahkan aku.
Dahulu. Sekarang tak lagi.
Apabila ditangkap oleh pihak polis, biasanya ibu bapa atau penjaga yang akan bertangungjawab untuk ikat jamin anak-anak mereka di balai polis. Namun sebaliknya yang terjadi terhadapku. Nama aku yang muncul sebagai penjaga akibat takut diketahui oleh ibu bapa mereka.
Seronok sehingga ke syurga prankkan aku, tetapi apabila masalah menjelma terutama ditahan oleh pihak polis, aku jugak yang dijadikan tempat berlindung. Pandai pula cari aku. Pertama kali menjejakkan kaki untuk mengikat jamin Emir and the gang yang bergaduh dengan samseng aku disoal oleh pihak polis. Sudahlah ponteng sekolah.
Kenapa aku yang mereka panggil? Sudahnya aku sendiri yang terkelu untuk memberikan jawapan. Apabila disoal, senang sahaja jawapan mereka. Cikgu boleh cover untuk mereka. Banyak cantik. Aku yang sakit jantung bila dipanggil oleh pihak polis tahu. Ketika hendak menerangkan kepada ibu bapa mereka pun aku yang terketar-ketar dan janggal kerana tidak pernah lagi mengalami peristiwa sebegini.
Amat mengejutkan. Mengujakan?
Langsung tidak. Horror.
"Mengaku ajelah, kau jatuh hati kat aku masa tu kan?"
Aku buat rolled eye apabila soalan Emir meluncur keluar dari mulutnya. Siapa nak jatuh hati dengan Emir jika perangainya selalu menyakitkan hati aku? Aku bukan masochist.
"Memang taklah. Ingat saya gila nak jatuh cinta perangai awak yang dulu tu?"
"Oh, sekarang kau dah jatuh cinta dengan aku la maksudnya?"
Soalan Emir yang direct dan straight don't belok-belok, betul menembak tepat ke arahku. Aku jatuh cinta dengan Emir ke sekarang? Tidak lagi rasanya. Mungkin sekarang aku dalam fasa 'belajar-untuk-menerima-Emir-dalam-hidup. Suka mungkin ada. Sayang dan cinta, rasanya hati aku belum bersedia lagi untuk memulakan kisah cinta yang baru setelah dikecewakan dengan teruk oleh Faried.
Mulut boleh senang menuturkan perkataan move on, tetapi hati belum tentu lagi bersedia untuk move on. Aku bukanlah orang yang kuat. Hatiku tidak ada banyak, Cuma satu sahaja. Bukan ada kedua, ketiga atau keempat. Bila mana yang pertama sudah sakit dikecewakan, ada kedua ketiga yang masih lagi boleh berfungsi.
"Nope."
Emir yang senyum senget pada mulanya terus membekukan wajahnya. Alamak! Aku salah jawapan bagi dekat Emir ke? Patut ke aku bagi jawapan yang positif sikit? Atau mungkin aku patutkan katakan aku suka? Aku gigit bibir.
Betullah kata orang tua-tua dahulu belaka. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata terimalah padahnya. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya, atau mungkin perkataan yang terlalu ekstrem aku gunakan untuk menggambarkan situasi sekarang? baru sahaja moodnya elok, sudah boleh bergurau-gurau, mengusik aku, tetapi apabila satu perkataan sahaja sudahpun cukup membuatkan angin Emir berubah 360ยบ.
"Dah habis makan? Jom." Ayat dingin beku Emir membuatkan hatiku penasaran,
"Bil makanan?" aku bertanya dengan suara kecil. Tidak berani apabila Emir sudah mengeluarkan aura 'you-messed-with-me'.
"Settle." Jawapan ringkas Emir yang mengecutkan segala usus perutku. Tidak kira yang besar ataupun yang kecil.
Aku ini benar-benar mencari masalah. Baru sahaja mood Emir elok. Boleh pulak mulutku lebih cepat daripada otak bertindak. Derhaka sungguh mulutku dengan tuannya.
"Emir..." panggilku perlahan sambil mengikuti langkahnya ke arah keretanya.
Emir tidak menoleh mahupun berhenti. Langkahnya hanya menonong sahaja ke arah kereta Myvi versi baru yang berwarna hitam itu. Aku ketap bibir. Aduh. Emir merajuk ke? Boleh pulak naga jantan ni merajuk.
Baby tua.
Aku mempercepatkan langkah, ketika langkahnya hampir mendekati kereta, aku segera menarik hujung bajunya. Langkahnya tetiba terhenti akibat perbuatanku. Aku dengar dia menarik nafas kasar. Aku menundukkan kepalaku. Tidak tahu berhadapan dengan situasi ini.
Mukaku tidak payah dibagitahu. Berbelas-belas ketebalan malunya.
"Kalau awak terasa, saya minta maaf. Jujur saya tak sangka perkataan tu yang keluar dari mulut saya. Maaflah, ya Emir. Bukan saya tak jatuh cinta lagi kat awak tapi cuma perasaan tu mungkin tak kuat lagi nak dikatakan jatuh cinta? Atau lebih kepada suka? Sayang mungkin? Lebih kurang macam tu."
Ya Allah. Macam mana aku boleh berterabur menjelaskan perkara ini. Apa point yang aku cuba hendak sampaikan? Semua carca marba. Aku angkat sedikit pandanganku. Namun hampa menjengah perasaanku apabila Emir hanya membelakangkan dirinya. Dia hanya nafas berat sahaja.
Marah lagi ke dia ni? aduh! Aku nak pujuk macam mana lagi? Entah kenapa idea sesat mana termasuk dalam mindaku. Dengan kekuatan yang ada aku menarik hujung bajunya dengan agak kuat. Emir yang kelihatan tersentak terus berpaling akibat tarikan yang bersifat tiba-tiba itu. Mengambil kesempatan yang ada aku memberanikan diri untuk mengucup pipinya dengan menjongketkan kaki.
Sesaat aku cepat-cepat melarikan diri ke kereta dan membiarkan Emir yang kelihatan tergamam akibat perbuatanku. Ya Allah, macam mana aku boleh terfikir untuk berbuat begitu. Mencium pipi Emir. Sungguh aku malu. Aku menutup mukaku. teramat malu bercampur segan apabila aku dengan jayanya mencium pipi Emir. Entah apa reaksi Emir.
"Kau, nak pujuk aku pun cium pipi tak cukup."
Aku membeliakkan mata di sebalik tangan yang menutup mukaku. Aik? Tak cukup lagi?? Adakah ini yang dikatakan sudah diberikan paha nak tambah betis pula? Nak extra sayap ke? Aku angkat pandangan. Betapa terkejutnya aku apabila Emir betul-betul berdiri di hadapanku dengan jarak yang begitu dekat sekali.
Mukanya hanya beriak biasa. Aura dingin bekunya sudah hilang. Eii. Sudah terpujuklah tu. Melebih-lebih mamat sekor ni. Dasar bapa beruang.
"Habis tu?"
Dia senyum senget. Kelihatan misteri sungguh. Seperti ada sesuatu yang sedang dirancang dalam kepalanya. Aku mula rasa tidak selamat.
"Kau kena buat macam ni."
Emir menundukkan kepalanya. Kedua-dua belah tangannya menarik tanganku yang lalu memegang pipiku. Kiri dan kanan. Eh, apa kena dengan Emir ni? tolong jangan cakap dia nak kiss aku sebab ni tempat terbuka.
"Emir, what are you try to do?" Aku mula bertanya dengan perasaan gusar. Mataku cuba berpaling ke arah lain, memerhatikan sekeliling. Takut ada mata yang sedang memandang aksi lepas laku Emir.
"to show you how to coax me."
Bibir Emir pantas menindih bibirku. Aku tergamam. Tidak mampu berbuat apa-apa apabila Emir beraksi sedemikian. Beberapa saat kemudian, Emir mengangkat mukanya tersenyum apabila melihatkan reaksi wajahku. Dia mengusap pipiku beberapa kali sebelum bibirnya naik ke dahiku. Mataku automatik terpejam. Kucupan syahdu. Terbuai-buai aku seketika.
"Dah, jom."
Aku tersedar dari khayalan indah. Mataku celik. Apabila melihat keadaan sekeliling, aku jadi malu. Bagaimana aku tidak menyedari tentang masa dan tempat. Perbuatan yang tidak elok dipertontonkan di khalayak ramai namun malangnya ramai generasi muda sekarang tidak segan-segan untuk menunjukkan perbuatan yang tidak bermoral dan aksi lepas laku mereka yang melebihi batas suami isteri bermesraan.
Siap dirakam dalam dan disebarkan di internet via fac, instagram dan lain-lain aplikasi yang barang kali aku sendiri tidak tahu kewujudan dan kegunaannya.
Biasalah apabila generasi sekarang yang dimomokkan dengan ilusi-ilusi kepopularan yang menarik perhatian sedunia untuk mengenali mereka. Contohnya instafemes, tiktokmess. Gitu.
"Nak ke mana?" aku bertanya.
Peristiwa Emir-merajuk-aku-memujuk-Emir-terpujuk-dan-aku-dipujuk bagaikan tidak pernah berlaku. Atau mungkin tidak. Wajah Emir riang bercahaya seolah-olah bersinar dan disinar oleh sinaran bulan purnama di bawah lampu-lampu jalan.
"Jambatan Darul Hana."
Aku jongket bahu. Sejujurnya apabila jambatan tersebut siap aku tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke tempat berkenaan. Jambatan yang diberikan nama Darul Hana dan telah dirasmikan pada 11 November tahun lepas. Simboliknya jambatan ini dirasmikan pada jam 11.11 pm dan 11 saat dan digunakan untuk menghubungkan Kuching Utara dan Kuching Selatan.
"Emir..."
"Hmm..."
Aku garu kepala apabila mendengar jawapannya. Serba salah pulak untuk aku bertanya. Buatnya kali kedua Emir merajuk takkan aku nak kiss bibir dia tengah-tengah jalan ni? Ataupun paling sadis dia tinggalkan aku kat tepi jalan. Namun, seperti yang dikatakkanya tadi, dia tidak akan tinggalkan aku di tepi jalan.
Agaknyalah kot?
"Saya tanya jangan marah tau."
"Ya, apa dia?" Emir menoleh sekilas ke arahku sebelum perhatiannya tertumpu kembali ke arah jalan.
"Kereta Myvi ni awak bukan curi kan?"
Emir tiba-tiba meledakkan ketawanya. Bagaikan soalan aku berbaur lelucon. Adakan terselit nada bercanda dalam soalanku? Aku bingung.
"Emir, saya serius ni." Aku pincing mata melihatnya.
"So, kalau aku curi kereta ni kau nak buat apa?"
Aku tergamam. Betul ke kereta ni kereta curi? Ya Allah Emir!
"Ini kereta akulah."
"Tipu!" aku tak percaya.
Sungguh aku tak percaya kereta ini milik Emir. Siapa yang beli? Mungkin boleh jadi abah yang tolong belikan? Banyaknya kemungkinan yang bermain difikiranku. Bermula daripada kejadian meja makan di rumah tadi, sekarang tentang pemilikan kereta Emir.
"Mummy belikan untuk aku." Jawapan padat Emir.
"Ohh, ingatkan awak betul-betul curi."
"Sejahat-jahat aku tak pernah lagi aku nak mencuri."
Terkena sebijik aku apabila ayat tersebut keluar dari mulut Emir. Aku termalu. Akhirnya aku hanya mengangguk tanpa memberikan sebarang komen. Sudahnya mummy tolong belikan untuk Emir, siapa aku hendak membantah. Lagipun aku tidak kenal siapa itu mummy, ibu kepada Emir aka Puan Erina. Teringin hatiku untuk mengenalinya.
"So, mummy kat mana sekarang?"
Emir terdiam sebentar. Alamak kali kedua. Macam manalah aku nak kawal mulut aku ni.
"Mummy kat luar negara,"jawap Emir setelah diam beberapa minit. Tangannya menggenggam erat stereng kereta.
Aku silap pilih soalan semasa Emir tengah memandu.
"Eh, cantikkan Jambatan Darul Hana kan?" kataku tiba-tiba. Teruja untuk melihat jambatan ini yang kelihatan cantik dibiasi dengan warna dalam suasana malam. Jambatan yang berbentuk S ini amat menarik untuk dijadikan sebagai tarikan utama pelancong ke Sarawak.
"Kau tak pernah jejak lagi ke sini ke?"
Aku menggeleng kepala. Jujurnya aku tak pernah lagi menjejaki ke sini dan kali pertama ke sini adalah ketika kali pertama dating bersama Emir. Romantik tak? Sila jealous. Hahaha.
"Biar betul kau ni."
"Betullah."
Emir buat muka tak percaya. Dia memarking keretanya di tempat yang tidak jauh dari jambatan Darul Hana.
"Habis tu masa cuti kau buat apa?"
Menenangkan diri untuk bertapa di rumah tanpa ada gangguan daripada pihak polis atau wajah-wajah menyakitkan hati terutama Emir Hafiz.
Mahu sahaja aku jawap dengan ayat tersebut.
"Duduk tengok tv. Layan anime."
Emir angkat kening sambil geleng kepala. Dia menapak keluar dari keretanya lalu menghampiri aku yang turut sama keluar dari pintu kereta. Dia mengulurkan tangannya. Aku kerut dahi. Dia nak apa? Sweater? Aku tak bawak sweater. Duit nak bayar parking ke? Tak kot?
"Nak apa?" aku jongket kening.
Emir menarik nafas kasar. Matanya dipalingkan kea rah lain sebelum dipakukan kembali kea rah aku. matanyanya bagaikan tekad untuk melakukan sesuatu.
"Tangan kau."
"Tangan saya?" Aku menghulurkan kedua-dua belah tanganku. Ada apa dengan aku tangan aku?
Tiba-tiba Emir menarik tangan kananku dalam genggamannya. Aku terkejut apabila Emir mengheretku sambil tangannya kemas mengenggam tanganku. Aku sembunyikan senyuman di sebalik batuk.
Aku bersama Emir sama-sama melangkah ke jambatan baru ini. Rasa teruja dan seronok ketika menjejaki jambtan unik ini bercampur dengan rasa bangga. Lampu yang berwarna warni menjadi peneman kami berdua apabila melewati jambatan ini. Walaupun dalam keadaan suasana malam tidak menghalang para pengunjung untuk mengunjungi jambatan ini. Walupun tidaklah sesesak seperti hari pertama dirasmikan namun tetap hangat untuk dikunjungi oleh para pengunjung dan pelancong.
"Nak ambil gambar tak?"
Aku pandang wajah Emir dengan perasaan seronok.
"Nak. Nah, ambil guna fon saya." Aku mengeluarkan telefon daripada poket seluar. Emir menolak telefonku masuk ke dalam poket semula. Aku hairan melihat tindakkanya.
"Tak payah. Guna fon aku sahaja."
Ya, mentang-mentang Oppo F7. Aku hanya rakyat marhean yang menggunakan Xiomi 2 manakan mampu untuk membeli telefon harganya beriban? Selagi telefon tersebut mampu memenuhi kehendak dan keperluanku, rasanya tidak perlulah membeli telefon yang mahal. Sama jugak fungsinya namun mungkin berbeza pada kualiti bahannya dan ruang penyimpanan telefon.
"Jom lah. Tak nak ambil gambar ke sweetheart?"
"Ya, kejap."
Dan malam itu rasmilah dating kali pertama aku dan Emir setelah bergelar suami isteri. Beberapa foro diambil dan juga foto bersama dia. Beberapa gambar swafoto memenuhi memori telefon Emir malam itu.
"Nanti whatsapp gambar tu kat saya nanti tau," pesanku sambil memandang ke arahnya. Entah kenapa apabila dia melihat ke hadapan, pemandangan yang menarik berlaku, yang patut aku jadikan sebagai kenangan.
"Emir, pinjam fon."
Emir hanya menyerahkan telefonnya sebelum pandangan dipalingkan semula kea rah hadapan. Tidak berpassword. Senang sikit aku mahu membuka telefonnya. Hampir terbeliak mataku apabila melihat wallpaper yang terpampang di skrin telefon. Wajah aku yang sedang tertidur.
Eiii, dia ni boleh tak letak gambar senonoh sikit ke? Tapi, bila masa pulak dia ambil gambar ni? Tetapi entah kenapa hatiku berbunga-bunga melihat gambar aku dijadikan skrin wallpaper telefonnya. Aku senyum. Sambil mengangkat telefon aku mengambil gambar Emir dari arah belakang, berlatar belakangkan cahaya lampu yang menyinari Jambatan Darul Hana ini.
Sexy back.
Setelah berpuas hati aku cuba menghantar gambar tersebut ke telefonku menggunakan whatsapp. Baru sahaja aku menekan aplikasi whatsapp, suara Emir yang menyergah membuatkan tanganku automatik terhenti. Nice timing. Aku baru sahaja nak selongkar whatsapp Emir. Agaknya inilah kot balasan Allah atas niat tak baik. Nak buka privacy orang.
"Kau buka apa tu?" Emir jongket kening beberapa kali, seolah-olah tahu perbuatan yang ingin aku lakukan.
Aku tersengih-sengih seraya menyerahkan kembali telefon. Belum sempat nak hantar gambar berkenaan Emir terlebih dahulu membantutkan niatku.
"Nak hantar gambar tadi."
Emir mengambil telefon di tanganku. Sesaat mukanya berubah namun cepat sahaja dia meneutralkan mukanya. Seolah-olah dia baru teringat akan sesuatu. Di sebalik itu, aku lihat wajahnya seperti ada kelegaan yang disembunyi.
Apalagi yang hendak dia sembunyikan lagi ni?
"Kot ya pun sabarlah dulu. Aku bukannya tak bagi gambar nanti." Emir jentik dahiku.
"Sakitlah." Aku gosok dahi. Dia ingat jari dia perempuan main jentik, lembut-lembut gitu. Hakikatnya terasa juga jentikan di dahi.
Emir tersenyum seraya menarik aku di tepinya. Baguslah mood Emir okey walaupun sebentar tadi cepat sahaja memutarkan mood Emir 360ยบ. Dengan kedinginan malam, aku berpeluk tubuh sambil menikmati pemandangan di jambatan ini dan pemandangan Kuching pada waktu malam. Dalam aku memandang keindahan malam, entah macam mana tangan Emir diangkat dan diletakkan di atas bahuku. Dia menarik aku dalam dekatnya. Ada kehangatan di situ.
Aku senyum. Bahagia mungkin.
*************************************************************************************
Maaf saya lambat update kali ni..
Share this novel