TIK! TIK! TIK!
Kesepian yang mencengkam dalam kamar gelap itu membuatkan titisan air yang keluar dari dalam pili kuat kedengaran. Di tambah pula dengan keadaan kelam tidak bercahaya membuatkan suasana menjadi seram.
Ada humming yang kedengaran. Dan ia hadir dari sesusuk tubuh duduk terperosok di tepi dinding sambil memeluk lutut. Sesekali muka tersembamnya pasti mendongak. Gerakan bola mata hazelnya mulai liar ke setiap arah sebelum dia tersengih.
Dahulu dia amat di kenali oleh setiap perempuan di ibu kota. Dahulu dialah yang romeo. Dialah segalanya. Tersenyum-senyum sendirian apabila di hadapan ada paparan visi seperti projektor.
Lampu bulat warna-warni bagaikan mengejar pemuda-pemudi di lantai tari. Menari berpelukan. Berkucupan tanpa ada rasa malu. Mabuk menari terkinja-kinja. Termasuklah seorang pemuda kacak penuh sofistikated dengan seorang lagi one night stand lady nya.
Tergeleng-geleng tapi tetap tersengih apabila paparan menghilang dan latar asal kembali menerjah ruangan pandangan. Tiada lagi muzik yang gegak-gempita. Tiada lagi keriuhan suara orang. Tiada lagi perempuan jelita.
Tapi, kini dia hanyalah insan yang terkurung sepi di sebalik tirai besi. Berwajah tanpa perasaan. Tidak kenal erti sakit, sedih mahu pun gembira walau pun mulut sentiasa dia lakarkan senyuman.
Dahulu rambutnya pelbagai gaya. Pomade tak lepas. Wax bila nak stail spike (pacak2) , mohawk bagai dan pabila nak stail pompedour. Pomade pula jadi sandaran. Kumis pula dicukur pelbagai rupa.
Bagaimanalah dia tidak menjadi kegilaan ramai. Haruman tubuh. Kekacakan wajahnya. Ketinggian dan tegap. Semua cukup sempurna di mata wanita.
Tapi kini tiada langsung kekemasan apatah lagi kekacakan. Berjambang di dagu rambut juga kusut-masai, berbau dan semakin panjang.
Dahulu jari-jari yang seringkali meniti bibir-bibir perempuan jelita berkuku hitam dan mempunyai kudis. Dia kembali tersengih apabila paparan visi berulang lagi. Hanya lokasi sahaja yang berlainan.
Sebuah kamar mewah sudah menjadi sebuah bilik penyeksaan. Tadi mereka merupakan pasangan belangkas. Dunia bagaikan menjadi milik mereka berdua.
Si jelita tetap dalam keadaan terbaring. Tetapi ada perubahan pada wajahnya. Mungkin tadi lipstik di bibirnya hilang kerana memenuhi wajah si pemuda tapi kini bukan itu…
Tadi wajah jelita yang terbaring dengan tangan terikat di palang kepala katil penuh senyuman kepuasan. Sekarang penuh penderitaan. Warna merah pekat si darah menjadi mekap pada keseluruhan wajah itu.
Tadi jeritan asmara membara. Sekarang ini sebuah jeritan berisi ketakutan, kesakitan dan kesedihan. Namun lelaki itu kekal sepertimana kejadian sebelumnya walau kali ini dia berwajah tegang dan bermata pegun.
"Jangan!!!" Bagaikan bergemaan jeritan-jeritan para wanita itu walau ia sudah lama berlalu…
Memeluk lutut sambil mengoyang- goyangkan tubuhnya seolah meratib. Dia tersenyum dengan tatapan mata tajamnya beralih ke dinding.
Di dinding pula di penuhi satu perkataan .Perkataan yang semua orang amat ngeri untuk membacanya.
Darah. Darah. Darah. Dan semua perkataan itu ditulis menggunakan darahnya sendiri!
Jika dilihat pada lengan dan pergelangan tangannya dipenuhi kesan torehan, sama ada dengan menggunakan benda tajam atau pun tumpul. Dari mana dia dapat, tidak pula diketahui.
Di mana dia sorokkan juga tiada siapa mahu pun Warden sekali dapat menemui. Mahu menyoal hanya lirikan tajam sebagai jawapan. Helah bela diri begitu terserlah jika di teliti dengan jitu.
Dia memang tanpa straightjacket tetapi tiada siapa di benarkan masuk hanya boleh menemubual di balik jaringan. Kekejaman dia masih lagi beraja.
Isolation Room atau bilik gelap itulah nama tempat permastautin pemuda berperwatakan kusut itu. Bilik untuk mereka yang agak agresif kelakuannya. Bilik yang sangat gelap hanya ditemani sedikit cahaya dari lubang dinding atas dan kedudukannya pula yang paling hujung.
"Kerana kau! Kerana kau! Kerana kau! Kerana kau! Darah! Darah! Darah! Darah! " Itu sahaja perkataan-perkataan yang terhafaz di mulut yang dahulunya menjadi pujaan bibir-bibir si jelita.
" AIMAN SYAFIQ 27 TAHUN ASAL IPOH TINGGAL DI KUALA LUMPUR EKSEKUTIF UTAMA ...
PUNCA KEMASUKAN : ARAHAN MAHKAMAH ATAS PERTUDUHAN MEMBUNUH BERSIRI SELAIN BEBERAPA JENAYAH LAIN. DIA DI MASUKKAN KERANA MEMPUNYAI BEBERAPA CIRI MASALAH JIWA.
DIAGNOSIS________
1) HALUSINASI/ DELUSI
2)CEDERAKAN DIRI SENDIRI
3) SUKA MENYENDIRI
4) PERCUBAAN BUNUH DIRI
Fail ditutup kembali, kacamata yang semakin melorot ke bawah ditarik semula ke batang hidung tidak berapa mancungnya itu. Sempat lagi dia lakukan sedikit urutan mata yang penat serta agak kering selain tekaknya.
Leher yang lenguh di lakukan sedikit senaman iaitu dengan memusing-musing ke kiri serta ke kanan, sebelum mengaktifkan semula laptop.
Dia membatalkan dahulu niatnya yang mahu menambah air kopinya kerana matanya sudah terpandang sesuatu dalam maklumat di paparan skrin laptop.
Di sebalik permukaan pintu pula ada huluran tangan sedang ingin menyentuh tombol. Bergerak-gerak tombol namun tidak gadis itu hiraukan dek larut dalam maklumat di paparan skrin.
Krek…
Pintu tadinya tertutup rapat sudah pun ternganga luas. Ada sesusuk tubuh sedang tegak berdiri sebelum kaki diangkat melangkah masuk ke dalam.
Dr Amni tetap tidak mengendahkannya. Sehinggalah dia bersuara…
" Doktor Amni ..." Tiada sahutan dan batang tubuh itu mendekati lagi meja. Berselerak mengalahkan meja seorang pelajar. Buku-buku berkulit tebal terbuka dan bertindanan antara satu sama lain.
Dia juga mengambil peluang menjengah apakah yang sedang gadis berkacamata itu perhatikan dengan begitu teliti sekali. Dan apabila sampai di hadapan skrin barulah dia terangguk-angguk.
"Ya. Ada apa Dr Lie?" Dr Amni sedar sebenarnya namun dia malas nak melepaskan pandangannya dari setiap maklumat mengenai pesakit baharunya.
"Khusyuknya you…" Tegur Dr Lie menarik kerusi di sebelah dan duduk di atasnya. Tangan pula cuba menyusun sedikit keadaan atas meja biar mata tak sakit memandang.
"Sorry meja berselerak. Actually I tengah meneliti kes baru I tu lah…" Sahut Dr Amni lalu mendongak pada Dr Lie. Terus dia tersandar kelenguhan. Laju cawan diangkat dan meneguknya. Yang pasti dia telan hanyalah serdak kopi.
Ketika meletakkan kembali ke atas meja. Dr Amni tersenyum sendirian kala mata menjenguk cawan kosong dan bersisa itu. Dr Lie yang melihat terasa pelik.
"Amni, sure you are okay?" Soal Dr Lie merasa serba-salah. Tidak bertanya dia takut Dr Amni mengalami stress pada kerja pula. Maklumlah kerjaya pakar psikoterapi seperti mereka ini macam-macam hal kena hadap.
Dari perihal pesakit, fiil mereka sehingglah ke hal-hal yang lain. Memang ada kalanya terganggu juga emosi. Tekanan dari orang-orang atas lagi. Belum masuk lagi para waris pesakit.
"Why you asked like that pula?" Sanggah Dr Amni.
"Bukanlah. Tadi I tengok you tersenyum pada cawan tu kenapa? Stress ya? Biasalah you kerjaya macam kita ni…" Dr Lie membuka kata-katanya.
Dr Amni hanya tersenyum. Mungkin ada benar pada pernyataan itu dan ada juga tidak benar.
"You memang nak stay back ke? Dah pukul berapa dah ni tapi masih tak balik-balik," sambung Dr Lie lagi. Dr Amni terus merenung jam di pergelangan tangan. Barulah dia sedar sudah pukul berapa waktu tersebut.
Lap top dimatikan power setelah segala maklumat dia tekan butang save. Tas tangan dicapai diikuti bangunnya Dr Lie. Menyorong kembali kerusi ke bawah meja.
"Let's go back home!"
my new psychology gnre... crime + psiko + love × family
Share this novel