Bab 33

Romance Completed 207871

Setelah siap berpakaian, Intan menunggu Caden di ruang tamu. Tidak lama Caden keluar berjalan menuju ke arah Intan dan dilabuhkan duduk di sebelahnya.

"Are you ready?" soal Caden.

Intan mengangguk, ready tak ready pun kena ready juga.

Sebaik talian disambung dapat dilihat papa Caden sedang bersandar pada kepala katil. Nampak wajah gembiranya walaupun kurang sihat.

"Assalamualaikum. Anaqi" sapa Miqail

"Waalaikumsalam. Papa sihat?" soal Caden.

"Macam ni lah.. Sihat cara orang tua?" jawab Miqail perlahan.

"Kenalkan, ini isteri Qi, Intan Afrina." ucap Caden sambil memeluk bahu Intan.

"Assalamualaimum papa." sapa Intan pula.

"Waalaikumsalam. Cantik, pandai Qi pilih. Manis orangnya" puji papa pada Intan.

Hampir dua puluh minit juga Intan dan Caden berbual dengan papanya.

"In sha Allah papa. Nanti Qi bawa Intan ke sana" Caden mengakhiri perbualan.

Caden lega apabila perkahwinannya telah dimaklumkan pada papanya dan berharap agar semua ini cepat selesai.

Selepas makan tengah hari, Caden sibuk dengan telefonnya di ruang tamu.

Seperti yang Caden beritahu tempoh hari Cleine mungkin akan pulang hari ini atau esok. Maknanya jika bukan esok, pasti lusa Intan akan kembali ke tugas asalnya.

Nak tanya ke tak nak tanya.. Intan serba salah lalu langkah diatur ke arah Caden di ruang tamu.

Intan perlahan merangkul leher Caden dari belakang dan pipi kanan lelaki itu dicium sekilas.

"Er.. Abang.. Mungkin esok atau lusa sayang kena RTB. Abang tau kan.." Intan berhati-hati menuturkan kata.

Caden yang mendengar terus terhenti apa yang dilakukannya sekarang. Telefon bimbit di letakkan di tepi.

Faham sangat dengan apa yang ingin Intan sampaikan.

Tangan Intan perlahan ditarik.

"Come here" panggil Caden sambil menepuk pahanya.

Intan berpusing lalu perlahan melabuhkan duduk di atas paha dan tangannya kemas melilit leher Caden.

Caden pula melingkarkan tangannya di pinggang Intan, rapat. Seakan tidak mahu dilepaskan.

Panjang nafas dihela Caden.

"Promise me, dont get hurt" kata Caden dengan wajah yang bimbang.

"Promise" laju Intan berjanji sambil jari menunjukkan tanda peace. Lebar bibirnya tersenyum.

"Abang bimbang" ucap Caden lalu tubuh itu dipeluk.

Tangan Intan naik mengusap belakang Caden.

"It's okey, abang jangan la risau. Ada apa-apa, sayang bagitau abang segera" Intan memujuk Caden.

"Cuma esok, sayang nak masuk kerja macam biasa. Boleh?" soal Intan lagi.

"Okey sayang" balas Caden.

Malam itu selepas makan malam, Caden sibuk dengan lap top dan telefonnya. Pasti hal kerja. Intan pula sibuk menyiapkan uniform kerja untuk dipakai esok.

Bising la auntie union esok ni..

Selesai semua, mata Intan sudah rasa berat. Mudah sangat matanya mengantuk. Dilihat Caden masih lagi sibuk.

Intan menuju ke dapur dan membancuh kopi dan dibawa ke ruang tamu.

"Abang, banyak lagi ke kerjanya?" soal Intan sambil meletakkan mug di meja kopi dan melabuhkan duduk di sofa handrest.

"Sikit lagi. Kalau mengantuk, sayang tidurlah dulu.. Nanti abang masuk tidur. Okey" ucap Caden lalu menyandarkan kepalanya pada pinggang Intan.

"Okey abang. Tapi jangan lewat sangat" pesan Intan lalu bangun dan menunduk ke wajah Caden. Bibir seksi itu dicium sekilas dan terus melangkah masuk ke dalam bilik.

+++

Pagi itu Intan bersiap untuk turun ke bilik pekerja untuk melakukan rutinya.

"Abang, sayang pergi kerja dulu" ucap Intan lalu pipi Caden dicium.

"Take care sayang" pesan Caden dan dahi Intan dicium.

Intan mengangguk dan tersenyum. Macam jauh sangat nak pergi kerjanya, padahal lima minit pun tak sampai.

Setelah keluar dari bilik rehat, Intan terus menuju ke stor mengambil troli dan menuju ke pejabat Caden untuk mengemas.

Sedang Intan menekan password pintu pejabat Caden, ada suara yang menegurnya.

"Morning Puan Intan" tegur Carlos.

"Morning" balas Intan sambil menoleh ke belakang.

"Eh, apa pulak panggil macam tu" tanya Intan sambil mengambil peralatan mengemas.

"Puan Intan kan isteri bos saya" ucap Caden perlahan.

"Tak payah la, panggil macam biasa dah la. Lagipun nanti orang dengar" jawab Intan hati-hati.

"Okey, kalau itu yang Intan minta" kata Caden.

"Macam tu la" jawab Intan sambil tersenyum.

Intan kemudian terus melangkah masuk ke pejabat Caden untuk melakukan kerjanya.

Sedang Intan sibuk melakukan kerjanya, terdengar pintu dibuka. Tu dia.. Suami tersayang dah masuk. Senyum dia apabila melihat Intan. Seketika sahaja dan Intan meneruskan tugasnya. Lebih kurang dua puluh minit. Semuanya selesai.

Intan melangkah menuju ke arah Caden di meja kerjanya.

"Tuan Caden" panggil Intan. Saja mahu mengusik. Bukan ada orang lain, hanya mereka berdua sahaja.

Caden mendongak. Masam wajahnya apabila Intan memanggilnya begitu.

Tercetus ketawa dari bibir Intan.

"Panggil lagi macam tu tau la abang nak buat apa" Caden pula mengusiknya.

Intan hanya pamerkan senyuman.

"Sayang dah siap kerja, abang nak apa-apa tak?" soal Intan.

"Hm.. Buatkan abang kopi je la" pinta Caden.

"Okey" balas Intan dan terus berlalu ke dapur.

Tidak lama, Intan datang membawa mug berisi kopi panas dan meletakkannya di meja Caden.

"Anything? kalau tak ada, sayang nak keluar dulu" soal Intan yang waktu itu berada di sisi Caden.

Caden yang sedang memeriksa fail terus meletakkan fail di atas meja dan menarik tangan Intan supaya duduk di ribanya. Tangannya dilingkarkan pada pinggang Intan.

"Kiss" pinta Caden.

"Aik, tadi sebelum keluar dah dapatkan" sengaja Intan menolak.

"Tadi kat pipi, sekarang kat sini" pinta Caden lalu bibirnya dimuncungkan. Mengada-ngada.

Intan lantas menundukkan wajahnya dan bibir itu disapa perlahan tetapi semakin lama semakin rancak jadinya.

"Abang.. Kita di office ni. Behave okey" Intan ingatkan Caden. Bukan boleh dia ni, pantang bagi green light.

Ketawa Caden. Wajah Intan di usap.

"Okey sayang. Abang pun banyak kerja hari ni. Sayang jangan buat kerja penat-penat sangat" pesan Caden.

"Baik" balas Intan lalu hidung Caden dicuit dan dicium sekilas.

Tangan Caden di pinggang dileraikan dan Intan turun dari ribaan Caden. Pakaian dikemaskan sebelum bergerak ke pintu untuk keluar. Sebelum pintu ditutup, Caden dipandang dan senyuman dilemparkan.

Setelah pintu ditutup rapat, Intan melangkah keluar dan menolak troli ke stor untuk menyimpan semula peralatan.

"Intan" panggil Sara yang baru tiba bersama Kila.

"Eh, Sara, Kila" balas Intan sambil tangan menyimpan peralatan.

"Lusa ikut kitaorang. Ada tiga bilik nak kemas. Tak cukup tangan" ajak Sara.

"Tiga bilik, ramai ke?" soal Intan pula.

"Ada dekat dua puluh orang juga, kali ni kat bilik lain-lain. Sebab tak muat" terang Kila.

"Bilik berapa?" tanya Intan lagi.

"Kat tingkat tu juga. Nanti esok aku mesej kau" kata Sara.

Setelah selesai menyimpan semua peralatan, Intan berjalan menuju ke lift untuk turun ke bawah.

Butang ke bawah ditekan. Sebaik pintu lift terbuka, Intan melangkah masuk dan apabila pintu lift mahu tertutup rapat, ada tangan yang menghalangnya.

Siapa pulak..

Sebaik pintu lift terbuka semula, Cleine bersama dua orang bodyguardnya tapi bukan Naim.

"Selamat pagi Tuan Cleine" sapa Intan lalu bergerak ke tepi untu memberi ruang pada Cleine dan dua orang lelaki lagi masuk.

"Morning. Dah siap kerja?" soal Cleine.

"Dah, nak turun ke bilik rehat sementara tunggu En Rahim" terang Intan.

"Sarapan dengan saya" ajak Cleine sambil tersenyum memandang Intan disebelah.

"Eh, tak apalah. Saya dah sarapan dah" jawab Intan.

"Kenapa selalu menolak" soal Cleine seakan tidak puas hati.

Adoi la.. Ni kalau Caden nampak, mau berperang pulak.

"Tapi saya ni pekerja saja di sini. Tak sesuai nak sarapan dengan Tuan Cleine" jawab Intan sambil menoleh pada Cleine di sebelah.

"Pekerja pun manusia juga. No more excuse. Kita sarapan di cafe je." pinta Cleine sekali lagi.

Serba salah pula Intan. Tapi kalau dilihat dengan mata kasar, macam bagus je budak Cleine ni.

Akhirnya Intan mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience