BAB 14

Adventure Completed 1114

“Berhati-hati, lihat sekeliling. Mungkin mereka ingin melakukan serangan hendap,” kataku.

“Petra, berapa banyak masa lagi yang diperlukan oleh The Soldier untuk mengecas semula? Tody, berapakah jarak antara planet mereka dengan kita?” tanyaku

Para ketua yang berada di atas sudah terpesona dengan tindakan yang dilakukan oleh Max Alexander sebentar tadi.

“Awak rasa adakah dia mampu untuk memusnahkan sebuah planet?” tanya ketua Akademi B kepada Ketua Heli.

“Max suka membuat sesuatu yang tidak dijangkakan, jadi, tunggu sahaja dan lihat hasilnya. Saya tiada jawapan untuk itu,” balas Ketua Heli lalu kembali melihat ke skrin di hadapan.

“Baiklah, sekarang tiba masa untuk memusnahkan sebuah planet,” kataku perlahan.

“Baiklah, ketua,” jawab ahli kumpulanku serentak. Kalau boleh, dia tidak ingin menghancurkan sesuatu kaum, tetapi dia terpaksa demi keselamatan kaumnya. Walaupun perlahan, namun tetap mampu didengari oleh semua penghuni ruang itu termasuklah para ketua di bilik kawalan. Ketua Heli memandang ke arah ketua Akademi B.

“Kan saya dah kata, budak itu memang tidak dapat dijangka,” katanya.

“Baiklah, berapa jarak mereka dengan kita?” tanyaku.

“Hanya 9000 km dari planet mereka,” balas Tody. Satu lagi mesej terpapar di skrin komputerku mengatakan bahawa kita mesti musnahkan askar mereka dahulu sebelum musnahkan planet mereka, tetapi bagaimana? Aku terus memikirkan tentang itu.

“Petra, adakah The Soldier sudah siap dicas semula? Dan, Newt, gunakan baki bom yang ada. Kesemuanya supaya ledakan daripada bom dan The Soldier bergabung lalu menghasilkan letupan yang kuat,” kataku sambil menekan skrin komputerku untuk mencari maklumat dan tiba-tiba…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience