Bab 7

Romance Series 80702

MAKAN malam mereka meriah di hadiri oleh Hawa. Sedang mereka ingin makan itu mereka menunggu sesuatu.

"Hah, apa tunggu lagi baca la doa". Tegur Mak Eton kepada semua yang menelan air liur kelaparan.

"Hari ni kalau nak ikutkan giliran, Pia yang baca doa mak". usik Nurjihan.

Semua yang ada meja itu terkejut. Lagi-lagi Pia. Tersembur Biji matanya menatap Nurjihan.

"kau ni aku siku karang apa tak dapat! Cepat la baca doa! ada ke patut suruh Pia baca." Kata Mak Eton geram dengan loyar buruk Nurjihan.

Tersembur ketawa Hawa perlahan mendengarkan Nurjihan di marahi oleh Mak Eton. Sempat lagi ye Nurjihan menyakat. Pia yang berada di sebelah sana sudah membuat isyarat gaya memarahi kenakalan Nurjihan.

"Mak, orang dah dapat kerja part time baru. So lepas ni mungkin hidup kita akan senang sikit. Orang harap mak support orang la ye?". Nurjihan berkata.

Terhenti suapan nasi Mak Eton.
"Kau buat kerja haram ke?".

Tersembur air yang di minum oleh Pia mendengarkan soalan dari Mak Eton itu. Apa laju benor serkap jarang Mak Eton ni!

"Ish mak ni, tak kan orang nak buat kerja haram pulak. Kerja baik ni mak." Balas Nurjihan.

"Kerja apa? eh suspend betul la." Kini Hawa pula bersuara.

"Aku kerja jadi p.a untuk sementara. Tapi kerja ni sulit sikit."

Mereka kini berada di ruang tamu. Masing-masing mendengarkan apa yang bakal Nurjihan ceritakan.

"Ouh, jadi kau ni setiausaha sulit la ye?". Tanya Mak Eton.

"Ye mak, betul. So aku panggil kau datang sini Hawa untuk kau sekali tahu tentang kerja aku. Aku tak nak korang ada lakukan kesilapan." Pesan Nurjihan.

"Uish, lain macam ye kerja kau ni. Macam mana? cerita la". Tanya Hawa dan di sertai oleh anggukan dari Mak Eton dan Pia.

Jihan mula menceritakan kembali apa yang dia telah di latih oleh Benjamin pada sesi pertama mereka tempoh hari.

Flashback :

Benjamin kini berpeluk tubuh di hadapan meja yang di duduki oleh Nurjihan. Sesi latihan itu juga di sertai oleh Eija. Eija adalah seorang 'Make up artis' yang di upah khas untuk menyolek Nurjihan untuk menjadi identiti kedua.

"Apa? so saya kena makeover setiap kali nak masuk pejabat?". Tanya Nurjihan terkejut.

"Ye, tak boleh terleka sepanjang masa. Cik Nurjihan jangan risau, untuk menjadi Karlisa memang Cik Nurjihan perlukan latihan dan kami akan menjadi back up kalau dalam keadaan genting."

"Karlisa?". Tanya Nurjihan.

"Ye, Tuan Syed arahkan supaya identiti baru yang di pegang oleh Cik Nurjihan itu bernama Karlisa. Karlisa adalah seorang wanita yang bijak, tangkas dan berani. Maka untuk memegang jawatan pengarah syarikat, Cik Nurjihan perlukan gaya yang ada pada Karlisa." Benjamin menjelaskan dengan terperinci.

"Kenapa Tuan Syed buat semua ni?." Tanya Nurjihan.

"Cik Nurjihan kena tahu. Kemalangan tersebut mengubah sifat Tuan Syed. Maka dengan dalam usaha untuk pulihkan kakinya. Dia tidak mahu ada tugas lain yang mengganggu fokusnya. Maka Tuan Syed serahkan pada saya dan Cik Nurjihan untuk uruskan syarikat."

"Bila waktu saya perlu ubah jadi Karlisa?. Ada jadual ke?". Tanya Nurjihan.

Benjamin mengganguk tanda tekaan Nurjihan itu betul.

"kami sudah teliti jadual kelas Cik Nurjihan dan telah menyusun lengkap jadual untuk Cik Nurjihan menjadi Nurjihan ataupun Karlisa. Jangan risau ia tak akan mengganggu masa Cik Nurjihan menjadi seorang pelajar."

Fuh, betul-betul kemas perancangan mereka ini.

Tiada siapa yang boleh ketahui identiti Karlisa itu palsu kecuali orang-orang di Villa Rose ini dan orang terdekat dengan Cik Nurjihan yang boleh di percayai.

Flashback end.

Pap ! petikan jari dari Hawa mengundang perhatian semua.

"Maknanya kalau kau ni pengarah syarikat la nanti? Huishh kaya Mak Eton".

Mak Eton menjeling.
"Kaya pun bukan harta sendiri nak buat apa?."

Nurjihan merahsiakan tugasnya pada Tuan Syed Iqwal. Itu adalah terlalu peribadi. Biarlah tertutup kemas dan sekadar yang perlu sahaja dia bercerita.

"Kau kerja la elok-elok Jihan. Kau dah pegang amanah orang tu. Berat tanggungjawabnya kau. Apa pun jadi kau mesti bersikap jujur, adil dan saksama. Yang paling penting, jangan sombong."
Pesan Mak Eton.

"Baik mak, Inshallah."

Begitulah hasil didikan Mak Eton kepada Nurjihan. Terbentuk seorang gadis yang baik hati.

SYIFA bagai cacing kepanasan menunggu Nurjihan di muka pintu.

Sesampainya Nurjihan di Villa Rose itu, Syifa dengan segera mendapatkan Nurjihan.

"Cik Jihan... kenapa lambat sangat datang? alaaa".

Nurjihan yang baru keluar dari kereta hairan bila di tarik cemas oleh Syifa.

"Eh..eh jap kenapa ni Kak Shifa, kalut semacam ni?". Tanya Nurjihan.

"Tuan Syed dia tak nak makan. Dia nak Cik Jihan jugak yang masak". Kata Syifa.

"Aik sebelum ni dia makan je kan apa yang Kak Shifa masak?". Nurjihan semakin hairan.

"Iye,. tapi tak tahu la kali ni Tuan Syed buat perangai tak nak makan". Balas Syifa.

"Tak apa biar Jihan naik atas tengok Tuan Syed sekejap".

Syifa hanya menggangguk. Hatinya bimbang.

"Kenapa pulak ni?". Tanya Benjamin yang baru masuk.

Syifa yang baru hendak ke dapur mengalih semula ke arah Benjamin.

"Tuan Syed, dia tiba-tiba je tak nak makan. Padahal dah bawak naik atas dah. Dia nak Cik Jihan yang buat semua tu".

Benjamin yang mendengarkan pengaduan Syifa itu terus ketawa sedikit. Haih.. Tuan Syed.. Tuan Syed.

Syifa yang melihatkan gelengan dari Benjamin itu terus tersedar apa sebenarnya yang Tuan Syed mahukan.. Perhatian Nurjihan !

Nurjihan berdiri di depan muka pintu bilik Tuan Syed Iqwal yang terbuka itu. Dilihat lelaki itu termenung ke arah dinding kaca. Apa yang di fikirkan?

Tuk..tuk..tuk..

Pintu bilik di ketuk Nurjihan.

Tiada respond daripada Tuan Syed Iqwal. Aik !

"Boleh saya masuk?". Tanya Nurjihan ingin memancing respond Tuan Syed Iqwal itu.

Perlahan-lahan melihat Tuan Syed Iqwal mengganguk kepalanya.

Nurjihan masuk dan berjalan mendekati lelaki itu.

"Kenapa Tuan Syed tak nak makan? Tak selera?". Tanya Nurjihan kepada Tuan Syed Iqwal.

Nurjihan merasa bimbang kerana di khabarkan dia tidak menjamah apa-apa makanan sejak pagi tadi. Sekarang di lihat jam sudah pukul 2 petang.

"I'm waiting for someone". Tuan Syed bersuara.

"Siapa? saya kan?". Nurjihan berteka-teki.

Tuan Syed Iqwal tidak merespond.

Nampak gaya ni Nurjihan, kau kena bertapa di gunung-ganang untuk mendapatkan kesabaran yang tinggi dalam melayani Tuan Syed Iqwal.

"Maafkan saya lambat datang harini. Saya kena siapkan group project."

Makanan yang di hidang di atas dulang oleh Syifa itu di ambil oleh Nurjihan.

"Kita makan sikit ye Tuan Syed?". Nurjihan memujuk Tuan Syed.

Tuan Syed Iqwal menggeleng kepalanya..

"Tuan Syed ada teringin nak makan yang lain ke? saya buatkan".

Perlawaan Nurjihan menarik perhatian Tuan Syed Iqwal.

"Saya nak nasi tomato". Kata Tuan Syed Iqwal.

Ha? nasi tomato? patut la buat perangai..teringin nak makan benda lain rupanya.

Nurjihan turun ke bawah dan masak.

Ketawa geli hati Syifa dan Benjamin mendengarkan apa yang di beritahu oleh Nurjihan.

"Tuan Syed tu kalau buat perangai, Cik Nurjihan kena sabar je layan dia. Memang dia macam itu".
Kata Benjamin.

"Tak apa. Nasib saya ni memang suka melayan." Balas Nurjihan.

Kasihan Syifa melihat Nurjihan yang perlu masak semula untuk Tuan Syed Iqwal.

"Nampaknya saya kena asingkan bahagian masakan untuk Tuan Syed lepas ni. Tuan Syed dah ada orang istimewa yang akan masakkan untuk dia nanti". Usik Syifa.

"Kak Shifa ni..." Nurjihan mengerling Syifa dan Benjamin yang tersenyum-senyum di meja dapur itu.

Benar, memang tugasnya dalam menjaga makan dan minum Tuan Syed Iqwal.

Kini Tuan Syed mula menjamah makanan yang di masak oleh Nurjihan.

Lelaki di hadapannya ini berkelakuan sangat aneh. Lebih kepada rajuknya seperti budak kecil. Tegasnya macam harimau yang lapar. Tapi aura dia macam.....hmm undefined ! terlalu kuat kadang membuat Nurjihan sendiri kelu lidah untuk bersuara.

"Jauhnya awak mengelamun? apa yang ada dalam fikiran awak tentang saya?".

Teguran dari Tuan Syed Iqwal menyentakkan lamunan Nurjihan. Nampak sangat ke?

"Err tak ada apa. Maafkan saya". Nurjihan rasa bersalah bila dia merasakan mungkin Tuan Syed Iqwal tidak selesa di pandang sebegitu kerana saat ini lelaki itu sudah berhenti makan. Nasi yang di jamah itu pun sangat sikit.

"Tuan Syed terganggu ke dengan saya? maaf Tuan Syed.".

Tuan Syed Iqwal menggeleng.

Nurjihan pula kerisauan. "Kenapa tak sedap ke?".

Tuan Syed tetap menggeleng. Melihatkan itu membuatkan Nurjihan rasa sangat tidak berpuas hati. Lalu di ambil pinggan berisi nasi tomato itu dan dia berhadapan dengan Tuan Syed.

"Saya suapkan Tuan Syed ye?". Tanya Nurjihan.

Tuan Syed Iqwal yang melihat panahan sepasang mata itu terus kaku. Dia ibarat terpukau. Lalu mengganguk mengiakan pertanyaan gadis itu.

Nurjihan tersenyum dan mula menyuap makanan ke dalam mulut Tuan Syed Iqwal.

Sedang dalam hampir kehabisan suapan..Tersentak Nurjihan bila terasa kepalanya terasa di belai. Sudah dia tahu Tuan Syed sangat suka menyentuhnya.

"Awak takut dengan saya ke?". Tanya Tuan Syed Iqwal.

Nurjihan menggeleng. Dia malu sebenarnya.

"I love to touch you." Kata Tuan Syed.

Nurjihan hanya terkulat-kulat tingkahnya berada di sisi Tuan Syed Iqwal itu.

"Macam mana training dengan Ben setakat ni? awak rasa awak boleh biasakan nanti?". Tanya Tuan Syed Iqwal.

"Okay, saya tak ada masalah nak faham semua yang Ben ajar." Jawab Nurjihan.

Tuan Syed Iqwal tersenyum lalu di pegang dagu Nurjihan untuk mendongak memandangnya.

Terkejut Nurjihan namun dia hanya menurut.

"Remember, jangan hilang tumpuan. Hanya saya yang berhak buat awak hilang tumpuan."

Pesanan Tuan Syed Iqwal itu membuatkan Nurjihan hampir tidak dapat menelan air liurnya yang terasa tersekat di kerongkong.

"Baik..baik Tuan Syed." Jawab Nurjihan melawan getaran di dadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience