8

Short Story Completed 49967

MEREKA berdua masing-masing mendiamkan diri di dalam perut kereta. Hanya kedengaran bunyi radio sahaja yang memeriahkan keadaan.

Syakira merenung sekilas ke arah suaminya tetapi mata suaminya hanya fokus pada jalan raya.

"Awak suka ke saya pakai sopan macam ni?" Soalan itu dahulu yang terpancul keluar dari mulut Syakira.

Setelah beberapa saat, Naufal Adrian menjawab.

"Suka!" Ringkas sahaja jawapanya seperti selalu.

"Saya pakai seksi, tak berbaju sebelum ni awak tak suka ke?" Tanya Syakira lagi dengan wajah kosong.

"Urmm..." Naufal Adrian seakan-akan hilang kata-katanya.

"S-saya pakai seksi macam itu untuk awak je. Saya takkan pakai macam itu untuk orang lain selain suami saya. Walaupun saya dah berkahwin dua kali termasuk awak tapi ini kali pertama saya buat macam tu awak tahu? Haha." Kata Syakira panjang lebar sambil di hujungnya diselitkan ketawa cuba untuk tidak mencanggungkan keadaan.

"Oh ya ke? Habis ex-husband awak?" Tanya Naufal Adrian.

"Tak. Tak pernah." Jawab Syakira sambil menggelengkan kepalanya.

"Habis apa yang menyebabkan awak buat macam itu dekat saya?" Tanya Naufal Adrian dengan matanya masih fokus pada jalan.

"Sebab saya cintakkan awak." Balas Syakira ringkas namun penuh bermakna.

Naufal Adrian terdiam.

"Walaupun saya ini isteri awak hanya untuk sebulan! Haha, tapi tak kisah sebab saya bahagia dapat suami baik macam awak dan saya cuba untuk bahagiakan awak. Saya mula jatuh cinta dekat awak sejak kali pertama saya nampak gambar awak lagi." Kata Syakira seraya memandang ke arah wajah putih Naufal Adrian. Tak semena-mena air mata Syakira jatuh setitis ke pipi.

"Maksud awak?" Tanya Naufal Adrian tak sedar yang setitis air mata isterinya telah jatuh ke pipi.

"Ex-husband saya kaki pukul, kuat minum arak, tak ikut arahan agama dan selalu bawa betina lain masuk ke dalam rumah sesuka hati tapi saya tak marah sangat sebab dia pun bukan islam sebelum ini. Dia orang cina."

"Oh, i see." Naufal Adrian mula berasa simpati terhadap Syakira. Masih muda dan mentah tetapi sudah menerima dugaan hidup sebegini rupa. 

"Maaf, saya tak dapat jadi suami yang baik untuk awak. Saya tak dapat jadi 'The right one' untuk awak." Tambah Adrian Naufal lagi.

Syakira terdiam beberapa saat sebelum mengembuskan ketawa yang kuat.

"Hahaha! Tak apalah awak. Saya tak kisah pun. Awak ni baik. Sumpah! Baik sangat! Saya tak pernah nampak manusia baik macam awak ini. Awak memang tak layak jadi 'The right one' untuk saya sebab awak layak dapat yang lebih baik dari saya."

Naufal Adrian membisu. Bukan itu yang di kisahkannya tetapi ada perkara lain yang dia tak boleh terima Syakira dalam hidupnya. Ya, memang Syakira ini cantik dan pandai mengambil hati orang tetapi dia tetap tidak boleh menerima Syakira.

"Yeah dah sampai Tesco!" Sorak Syakira gembira.

"Yeah! We did it!" Sorak Naufal Adrian juga.

Tanpa membuang masa lagi, mereka berdua turun dari kereta bersama-sama. Syakira memperbetulkan sedikit kedudukkan tudungnya dan Naufal Adrian memperbetulkan sedikit bajunya.

"Dah jom kita pergi beli barang dapur." Pelawa Naufal Adrian dengan mesra.

"Okay!" Balas Syakira pantas seraya memegang tangan suaminya dengan rasa senang hati.

Naufal Adrian tersentak setelah gadis itu memegang tangannya. Namun, dia membiarkan sahaja. Biarlah malam ini dia jadi 'The right one' untuk Syakira dan mungkin cuma malam ini sahaja dia melonggarkan sedikit syarat-syarat kontrak tersebut.

'Ya, cuma malam ini. One night only. Untuk bahagiakan hati gadis muda ini sebelum tiba waktunya.' Getus hati Naufal Adrian sambil tersenyum.

Wajah Syakira diperhatikan sahaja dengan senyuman. Walaupun sudah jadi janda gadis ini, namun sifat kebudak-budakkannya masih ada.

Malam itu adalah malam terbahagia mereka sebagai suami isteri yang sah! Walaupun kebahagian yang diberikan oleh Naufal Adrian itu sangat kecil tetapi itu dah cukup besar untuk Syakira yang dahagakan kasih sayang seorang lelaki yang bergelar suami.

Semasa jalan pulang juga dia sudah tertidur di dalam kereta berbantalkan lengan Naufal Adrian. Sehingga sampai ke rumah Syakira masih tak bangun-bangun. Maka, terpaksalah Naufal Adrian menggangkat tubuh gadis itu sehinggalah ke atas katil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience