BAB 19

Romance Completed 43245

"Afiq!" jerit Anis Raihanna dari dapur. Hish,mamat ni suruh orang masak tapi satu barang nak masak pun tak ada. Yang ada cuma beberapa bungkus mi segera pelbagai perisa. Anis Raihanna bercekak pinggang.

Pelik juga sebab kelengkapan memasak semua ada. Rice cooker,air  fryer,microwave,toaster  dan macam macam lagi lah. Tapi sayangnya barang dapur yang tak ada. Apalah nasib.

"Yer mak cik. Kau nak apa jerit nama aku. Takkan dah rindu kot?" kata Afiq Raihan tanpa serba salah. Keningnya diangkat sedikit. Senyuman sinis terhias dibibirnya. Tangannya pula disilangkan ke dada.

"Kepala otak kau rindu. Ni barang dapur pun tak ada. Kau nak suruh aku masak apa? Takkan nak masak mi segera tu pulak." tanya Anis Raihanna. Jari telunjuknya ditudingkan ke arah beberapa bungkus mi segera pelbagai perisa yang terletak dalam kabinet dapur.

"Ha dah ada mi segera tu masak jelah. Tak payah nak jerit nama aku. Sekurangnya ada kan makanan untuk dimakan. Aku nak perisa kari. Dah siap panggil aku." kata Afiq Raihan selamba. Dia kembali mengatur langkah ke bilik tidurnya. Pasal tu je nak panggil aku baik tak payah. Omelnya perlahan.

Anis Raihanna ketap bibir. Takkan setiap hari nak makan mi segera tu. Naik muak dia dibuatnya. Mungkin Afiq Raihan boleh tahan makan semua tu tapi bukan dia.

"Oi" panggil Anis Raihanna. Naik geram dia apabila Afiq Raihan senang senang suruh dia masak kemudian panggil mamat tu bila dah siap. Apa ingat dia bibik ke apa?!

Afiq Raihan menoleh sambil buat riak muka bersahaja. Apalagi minah ni nak getus hatinya. Dia nak berehat pun tak senang.

"Apalagi minah,takkan kau tak reti masak pulak maggi tu?" soal Afiq Raihan. Dia buat riak muka menyampah.

"Kau cakap elok sikit boleh tak? Aku retilah. Takkan setiap hari nak makan maggi. Kalau kau memang tak sayang nyawa aku tak kisah lah. Masalahnya aku sayang tau nyawa aku ni. Bila nak pergi beli barang dapur?" bidas Anis Raihanna. Bibirnya sudah muncung sedepa.

"Esoklah lepas kerja kita pergi beli. Dah aku nak rehat. Ada apa apa panggil aku kat bilik."

"Kejap,kita dah start kerja esok ke? Ala tak boleh ke nak cuti lama sikit. Kau kan boss?"

"Banyak cantik muka kau. Dah lah pergi masak. Aku lapar!"

Anis Raihanna menarik muka. Ish,isteri sendiri kot yang minta cuti bukan orang lain! Dia mula memasak mi segera tersebut. Amboi, Anis baru sekarang kau nak mengaku kau isteri dia? perli hatinya. Mulutnya tak henti membebel tentang Afiq Raihan. Dasar suami tak berhati perut! 

???

"Yeay,dah siap pun!" Anis Raihanna menepuk tangan. Dia meletakkan mi segera yang telah siap dimasak ke dalam dua buah mangkuk. Lalu disusun mangkuk tersebut di atas meja makan. Air jus oren dituangkan ke dalam gelas. Sekarang ni nak panggil mamat tak kenang budi tu pulak haih. Anis mengeluh.

Dia tak tahu mana satu bilik Afiq Raihan. Tadi masa lelaki itu pergi bilik dia tak sempat nak tengok sebab sibuk  memasak. Akhirnya,dia bercadang untuk memeriksa setiap bilik tersebut.

"Check je la semua bilik. Boleh ronda sekali rumah ni" omelnya sendirian. Dia mula mengatur langkah ke bilik pertama. Maklumlah,rumah Afiq Raihan ada enam bilik. Alang-alang tu boleh juga dia pilih bilik nanti.

Tombol bilik pertama dipulas. Dia melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Anis membuat riak muka tidak percaya. Matanya ralit memerhati isi bilik tersebut.

"Wah,tak sangka eh mamat tu ada mini gim." ujar Anis Raihanna. Dia tertarik dengan pelbagai alatan senaman yang berada disitu. Sesekali dia cuba mengangkat dumbell  milik Afiq Raihan.

"Aduh,beratnya!" Anis meletakkan semula dumbell  tersebut ke tempat asalnya. Kini dia beralih pula kepada punching bag yang tergantung dibilik tersebut.

"Dush..Dush..Dush.." Beberapa tumbukan dikenakan kepada punching bag  tersebut. Anis tersenyum simpul. Seronok juga pukul benda ni getus hatinya.

"Lepas ni kalau aku tak puas hati dengan mamat tu baik aku lepas kat benda ni. Yeah!" sorak Anis Raihanna. Terus terlupa tujuan sebenar dia datang ke sini.

"Woi! Kan aku dah cakap jangan sesuka hati je masuk bilik aku!" jerkah Afiq Raihan. Matanya mencerlung ke arah isterinya.

"Aku tak sengaja lah..aku tak tau bilik kau yang mana" Anis menekur lantai. Terhenjut bahu dia apabila dijerkah sebegitu. Ibu abah dia pun tak pernah buat macam tu tau!

"Keluar sekarang!"

Anis Raihanna terus keluar daripada bilik tersebut. Baru nak tumbuk punching bag  tu lagi keluhnya. Kaki dilangkah menuju ke dapur. Afiq Raihan mengikuti langkah isterinya.

"Afiq aku nak minta maaf..aku betul betul tak tahu mana bilik kau"

Anis Raihanna menunduk. Afiq Raihan pula sudah menjamah mi segera yang dimasak oleh isterinya.

"Lain kali jangan buat lagi. Aku paling tak suka orang tak dengar cakap aku. Dah makan cepat,nanti maggi tu lari pulak tengok muka kau yang masam tu."

"Hei mana ada muka aku masam. Manis eh sedap mata memandang"

"Tang mana yang manis pun aku tak tahulah. Suka sangat perah santan. Perasan!"

Anis Raihanna tersenyum. Sekurangnya suaminya dah tak marah akan dirinya. Lega rasanya bila dah bergaduh macam selalu. Haih kau pun satu Anis cari nahas! Buatnya dia suruh tidur luar macam mana?

???

"

Ha ni bilik kau. Sebelah ni bilik aku. Yang kau masuk tadi tu bilik gim aku. Sebelah bilik tadi bilik kerja aku. Lagi dua buah bilik tu bilik tetamu. Faham tak?"

Aduh, semua yang bilik yang dia kata semua ada perkataan 'aku' maksudnya aku cuma boleh masuk bilik tetamu dengan bilik aku sendiri je ke? 

"Jadi maksudnya kau hanya boleh masuk bilik kau dengan bilik tetamu faham?"

Alaaa...Nampaknya betul apa yang aku fikir. Anis melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya. Sebuah katil bersaiz king itu dipandang. Malam ni tak perlu kongsi katil dengan mamat tu lagi. Yeay! Hatinya bersorak gembira.

"Oi kau dengar tak apa aku cakap ni? Nanti mula lah 'sorry aku tak tahu..'." Afiq Raihan mengajuk kata kata Anis Raihanna tadi.

"Lepastu buat muka kesian. Aku cubit pipi tu baru tahu!" ugut Afiq Raihan.

Anis Raihanna mengecilkan matanya ke arah Afiq Raihan. Oh sedap ye perli aku? Ish aku lah dia ni. Anis mengetap gigi. Kecik besar kecik besar je dia tengok Afiq sekarang ni.

"Aku tak pekak lagilah gila! " pekik Anis Raihanna. Tangan dia dah mengangkat bantal untuk dibaling ke muka Afiq Raihan.

"Eleh gila ni jugaklah suami kau! " Afiq Raihan tersenyum lebar.

"Eiii aku lah dia ni." Bukkk.

Anis Raihanna dah tertawa apabila bantal yang dibaling tepat dimuka Afiq Raihan.

"Padan muka kau! Cari pasal lagi! Hahaha" Anis memegang perutnya yang senak kerana ketawa.

"Kau?!" Afiq Raihan mula menghampiri Anis Raihanna. Bantal yang dibaling tadi diambil. Bibirnya tersenyum nakal.

"Eh kejap!" Anis Raihanna memberi amaran. Takut pulak bila tengok riak muka Afiq Raihan yang miang tu.

"Kenapa? Takut ke sayang?" soal Afiq Raihan dengan nada yang romantik. Dia makin mendekati isterinya.

Gulp!

Anis Raihanna mula tak keruan. Menyesal dengan tindakan sendiri. Apa apa saja boleh jadi memandangkan mereka berdua saja yang berada di rumah tersebut.

Ah otak cepatlah berfikir! Anis makin takut apabila Afiq Raihan sudah berada diatas katilnya.

Bukk!

Kini giliran Afiq Raihan pula tertawa apabila bantal tersebut  mengena pada sasaran.

"Hahahaha..kau patut tengok muka kau tadi. Lawak betul!" Afiq Raihan menyambung semula sisa tawanya.

"Eiii Afiq!" Anis mencebik. Ingat lelaki tu nak buat apalah tadi. Nampaknya dia dah terkena dengan lelaki itu.

"Apa kau nak hah mak cik?" kata Afiq Raihan sebaik saja tawanya reda.

"Aku nak cakap syarat aku pulak ni." Anis tersenyum. Kali ni dia pula yang akan mengenakan lelaki itu.

"Huarghh..ha cepat aku dah mengantuk ni. Esok nak kerja lagi." Afiq menguap sesekali.

"Ok,syarat pertama. Kau tak boleh masuk bilik aku. Yelah aku pun tak boleh masuk bilik kau jadi adil kan?" Kening Anis diangkat sedikit.

Afiq Raihan mengangguk tanda faham.

"Yang kedua,kau kena jauhkan diri kau dari aku sekurangnya 1 meter. Aku tak suka lah kau dekat dekat dengan aku. Geli tahu tak!" Riak muka seakan geli ditayang.

"Eh kau! Padahal takut jatuh cinta dengan aku kan? Dahla apa lagi! Aku tidur dengan kau kat sini kang baru tahu." ugut Afiq. Aku cili jugak karang mulut minah ni. Getus hatinya.

"Jangan nak mengada! Aku sepak kang! Dah dengar syarat ketiga aku pulak."

"Ye apa dia? Lembab la kau ni. Nak cakap pun lambat" balas Afiq acuh tidak acuh.

"Ish yang ketiga kau kena tolong aku masak! Kalau kau tak ikut semua syarat ni kau kena denda! Faham?"

Afiq Raihan membulatkan mata. Gila ke apa isterinya nak suruh dia tolong masak? Masak maggi dia tahulah!

"Oi apa ni suruh aku masak! Sepatutnya kau sebagai isteri lah kena masak bukan aku!" kata Afiq Raihan tak puas hati.

"Eleh entah entah kau tak reti masak kan? " balas Anis Raihanna. Dia mula tersengih apabila dapat mengenakan suaminya. Padan muka!

"Aku retilah! Kau nak suruh aku masak apa? Ke kau yang tak reti masak hah! Sebab tu kau minta tolong aku masak kan? Kan?" Afiq memulangkan paku buah keras. Dia cuba mengelakkan daripada dirinya disoal lebih lanjut. Kantoi nanti!

"Alah masak nasi jer. Lepastu potong bawang,siang ikan,goreng ikan..ha kau reti tak?" Anis cuba menduga suaminya. Dia tak sabar nak membuli Afiq Raihan. Hahaha.

"Boleh. Aku akan buktikan! Kau pun sama kalau langgar syarat aku lagi,aku denda!" Afiq memberi amaran.

"Dah tidur! Jangan bangun lambat! Esok kita gerak satu kereta. Lambat tinggal." sambung Afiq Raihan lagi. Dia mula melangkah keluar dari bilik Anis Raihanna.

Anis tersenyum senget. We will see Afiq Raihan!

???

"Jom cepat kita sarapan dekat luar." kata Afiq Raihan yang sudah lengkap berpakaian kerja. Dia baru keluar dari bilik tidur.

"Ye sabar la kejap. Aku nak tutup pintu bilik ni. Awal lagi. Kau ni." rungut Anis Raihanna. Dijeling Afiq Raihan di sebelah.

"Cepatlah mak cik aku lapar." Afiq Raihan menggosok perutnya yang kelaparan. Selalunya Puan Zulaikha akan menyiapkan sarapan.

Anis Raihanna mengeluh. Dia menghampiri suaminya.

"Kau ni dah besar pun pakai tie senget." bebel Anis Raihanna. Dia membetulkan tali leher suaminya. Buat malu je kalau pekerja lain nampak bos selekeh.

Afiq Raihan tersentak dengan perbuatan Anis Raihanna. Dia memandang raut wajah isterinya. Mata gadis itu masih ralit pada tali lehernya. Tangannya pula lincah membetulkan tali leher tersebut.

Jantung Afiq mula bermain retak seribu. Jarak mereka terlalu dekat. Hembusan nafas isterinya menampar lembut wajahnya sesekali. Anis Raihanna pula tidak menyedari pandangan Afiq Raihan kepada dirinya.

"Ok dah siap. Lain kali pakai elok elok. Nanti aku yang malu kalau orang kata aku tak pandai jaga suami. Dah jom!" kata Anis Raihanna teruja. Dia menepuk dada Afiq Raihan dengan lembut sebaik saja selesai membetulkan tali leher tersebut. Anis sudah mengatur langkah pergi.

Afiq Raihan yang bagai tersedar dari mimpi mengikuti langkah isterinya. Terkebil-kebil dia dibuatnya.

Macam mana tali leher aku boleh senget? Bukan aku dah betulkan dalam bilik ke? Omel Afiq perlahan.
Afiq kau jangan macam-macam! bisik hatinya pula.

"Oi pak cik! Cepatlah! Tadi dia yang merungut lapar la apa la lepastu dia yang lambat! " rungut Anis tak puas hati.

"Ya aku datang ni! Tak payah nak membebel macam nenek kebayan. Sakit telinga aku ni" balas Afiq Raihan pula. Perasaan yang dirasakan tadi dilupakan serta merta.

Anis membuat riak muka masam mencuka. Seraya itu,dia mula memboloskan diri ke dalam kereta milik Afiq Raihan.

Tidak lama kemudian,kereta tersebut meluncur laju di jalan raya.

???

"Wei Afiq aku malu lah nak pergi office. Aku dah la PA kau lepastu tiba-tiba jadi isteri kau. Then, semua staf tahu yang aku ni dah bertunang. Tapi kahwin dengan kau pulak. Aku takut dia orang mengata aku. " terang Anis Raihanna panjang lebar. Dia memaut lengan Afiq Raihan. Perasaan takut mula menerpa apabila mereka tiba diparking office.

"Jangan risau aku ada untuk.." Afiq Raihan berhenti menyambung kata katanya.

Anis Raihanna tersenyum lebar. Hatinya mula bersorak gembira apabila Afiq berkata sedemikian. Pada masa yang sama,dia terharu.

"Untuk apa?" tanya Anis Raihanna polos.

"Untuk mengata kau sekali. Hahahaha" Afiq Raihan menghamburkan tawanya.

Hampeh punya suami!  Aku baru nak terharu bagai. Tengok- tengok terkena. Haihh. Seraya itu,Anis menyiku perut Afiq Raihan dengan kuat.

"Aduh, sakitlah! Aku sudah la baru makan. Kalau nak termuntah macam mana?" kata Afiq Raihan.

Terbongkok dia dibuatnya. Dahinya berkerut menahan sakit. Afiq memegang perutnya yang pedih.

"Ha main-main lagikan! Aku seriuslah Afiq!" marah Anis Raihanna. Dia memberhentikan langkah.

"Ya aku gurau janganlah ambik hati. Kau tu yang overthinking  sangat kenapa? Kalau dia orang mengata kau perli jelah balik. Kau kan bab perli ni terer. Tak pun biarkan je lah." nasihat Afiq Raihan. Dia cuba berdiri selepas sakit di perutnya beransur-ansur hilang.

Anis Raihanna hanya menunduk. Betul juga kata Afiq Raihan. Kenapa dia perlu kisah tentang apa yang orang fikir tentang dirinya? Padahal dia sendiri yang tahu keadaan dirinya yang sebenar. Seraya itu,dia mendapatkan Afiq Raihan.

"Kau ok tak Afiq? Sakit sangat ke?" soal Anis Raihanna prihatin.

"Ok kau kata? Sakit tau tak! Nak aku buat dekat kau pulak?" balas Afiq Raihan. Geram dia dibuatnya.

"Ish aku minta maaflah! Kau yang gurau tak bertempat! Memang kena lah setepek!" bidas Anis Raihanna. Aku siku lagi kang perut kau baru tahu!

"Dah jangan risau. Kalau kau takut ,kau pegang je tangan aku ni. Aku akan jaga kau tak kira apa jadi sekalipun" ujar Afiq Raihan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience