BAB 9

Romance Completed 497

Azalea tertunduk sekejap bila mendengar soalan itu. Sungguh. Rasanya Syairi adalah orang pertama yang nak ambil tahu samada dia sudah makan atau tidak. Sebelum ini dia tidak pernah menerima soalan berbaur ambil berat seperti ini.

Ya, dia tinggal dengan keluarganya. Dia masih ada papa, mama tirinya, Edina dan Eyrik. Tapi sekali pun tak pernah diaorang tu tanya dia dah makan ke, sihat ke, atau apa-apa sahaja yang berbaur ambil berat. Apa yang dia dengar hari-hari cuma arahan dan makian.

Setiap hari dia akan menyediakan sarapan pagi dan makan malam untuk penghuni rumah itu. Kalau ada lebih makanan-makanan tu, dapatlah dia makan. Kalau tak ada, dia hanya akan mengalas perut dengan roti kering yang dia simpan sembunyi-sembunyi dalam bilik. Dia tidak dibenarkan mengambil barang-barang dalam rumah itu tanpa izin.

Dan hari ini... tiada sarapan pagi untuknya. Dia hanya mampu menelan air liur bila melihat Edina dengan sengaja membuang segala lebihan sarapan pagi ke dalam tong sampah.

“ Kalau belum, jom kita pergi makan nak?” Syairi bersuara lagi bila Azalea langsung tidak menjawab soalannya.

Azalea memandang diri sendiri. Dengan sweater dan jeans yang dah lama ni, takkanlah dia nak keluar makan dan duduk semeja dengan lelaki yang masih nampak kemas walaupun dengan rambut messy disebelahnya ini? Lelaki itu walaupun simple, tapi kemas dan.. wangi. Heypp Azalea ! Apa wangi-wangi! Tapi memang betul pun. Dan Azalea suka bau lelaki kat sebelah dia ni.

Syairi yang memerhati segala pergerakan Azalea, tersenyum. Tangannya lantas bekerja, tubuh Azalea dipaling supaya menghadapnya. Rambut lurus paras bahu milik gadis itu disisir dengan jarinya. Letak duduk sweater diperkemaskan.

Azalea terkelu bila saja tangan itu menyentuh rambut dan juga mengatur sweater di badan. Dia cuba untuk menepis, tapi Syairi menahan tangannya. Dia hanya mampu membiarkan segala perbuatan Syairi. Kenapa Syairi sanggup sentuh dia? Kenapa Syairi nak dekat dengan dia? Tak jijik ke tengok dia pakai pakaian yang koyak dan bertampal sana-sini ni?

“ Awak dah cukup cantik dah.”

Dan sekali lagi Azalea tersentak bila Syairi mencuit pipinya. Setiap sentuhan Syairi penuh kelembutan. Langsung tidak mengasarinya. Tidak seperti keluarganya. Mata rasa panas tiba-tiba.

Senyum di bibir Syairi hilang bila Azalea merenungnya dengan mata bundar yang nampak berkaca-kaca. Seperti sebelum ini, Syairi dapat melihat kesedihan di wajah itu. Ada sesuatu yang terjadi kepada gadis ini. Syairi akan cuba mencungkil semuanya, sehingga dia mampu untuk membuat gadis itu tersenyum. Sehingga dia mampu untuk menyerlahkan kecantikan gadis itu. Sehingga dia mampu mewarnai hari-hari gadis itu.

“ Jom, pergi makan?” ajak Syairi lagi.

Azalea terus melarikan pandangannya. “ Saya tak lapar.”

“ Awak kena makan. Nanti kalau awak tak makan, awak akan sakit.”

Azalea menggeleng lagi. Tolong jangan ambil berat pasal dia. Sebab mungkin nanti dia akan mula terbiasa sebab Syairi adalah satu-satunya orang yang sudi mengambil berat. Dia takut satu hari nanti Syairi pergi dan dia jadi tercari-cari.

“ Okay, ni kunci kereta saya.” Syairi menyerahkan kunci keretanya kepada Azalea. Azalea tidak mengambil. Lantas Syairi menarik tangan Azalea dan meletakkan kunci diatas tangan gadis itu. “ Myvi. The black one.Awak masuk dalam, kunci pintu, dan tunggu sampai saya datang. Saya pergi beli makanan. Okey?”

Azalea memandang Syairi, tidak percaya yang lelaki ini mempercayainya dengan begitu mudah. Macam mana kalau dia bawak lari kereta Syairi ?

“ Go. Tunggu saya okey?”

Syairi & Azalea

Azalea hanya melihat Syairi meletakkan beg kertas berwarna coklat di ribanya sebaik sahaja Syairi mengambil tempat di tempat duduk pemandu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience