Bab 4

Romance Completed 12519

“Boooooo!!!”

Izzah tersedar apabila mendengar bunyi sorakan pelajar yang
masih berada di taman itu. Dia memandang sekeliling. Ada yang berbisik
sesama sendiri, ada yang memandang dengan pandangan sinis, ada yang
ketawa dan ada juga yang mempamerkan muka seakan-akan kagum dengan
keberanian Izzah melafazkan cinta. Wajah Izzah dan lelaki berwajah comel
itu sudah bertukar merah.

“Saya pergi dulu.” Lelaki berwajah comel itu menyimpan
bukunya ke dalam beg, kemudian berjalan dengan lemah-gemalai
meninggalkan Izzah.

“Hei, Mr. cute! Siapa nama awak?” Sempat lagi Izzah bertanya.

Lelaki berwajah comel itu tak mengendahkan soalan Izzah. Dia
berlari laju meninggalkan taman yang telah memberikan sejarah yang
paling memalukan buat dirinya.

Izzah menjungkitkan bahunya. Getah ikat sayur di pergelangan
tangannya di tarik keluar lantas mengikat rambutnya yang hanya paras bahu.

“Perempuan ni tak ada taste langsunglah. Dengan lelaki
lembut pun dia minat. Eeuwww! Siap confess depan orang ramai lagi
tu. Macam perigi cari timba je!”

Izzah bangkit untuk mendapatkan teman-temannya. Dia tak
memandang wajah perempuan yang mengatanya. Malas mahu melancarkan
pergaduhan.

“Yang kau orang ni ternganga apesal? Masuk lipas kang
baru tahu.” Dia melabuhkan duduk di bangku.

“Lipas-lipas jangan sebut eh!” Fadhli menjegilkan matanya.

“Opss! Aku lupa pulak yang kau ni penakut lipas.” Izzah
sengaja menekup mulutnya pura-pura tak sengaja.

“Bukan takutlah, geli je!” Fadhli membetulkan tanggapan Izzah.

“Kau orang... aku peliklah. Tadi sebelum aku tutup mata
tak ada pulak orang kat bawah pokok tu. Ke aku tersalah pokok?” Izzah
menayangkan wajah keliru. Dahinya digaru perlahan.

“Memang tak ada orang pun tadi. Kau dengar tak aku panggil
nama kau?” tanya Nadhia.

Izzah mengangguk laju.

“Masa tulah budak yang kau panggil Mr. cute tu muncul. Si
Id pulak tak bagi aku bagitau kau. Dia cakap nak bagi nampak real.”
sambung Nadhia lagi. Dia sudah risau. Takut Izzah mengamuk.

“Cutelah budak tadi tu.” Izzah sudah menongkat dagu,
membayangkan semula wajah comel yang berlesung pipit dan bermata hazel itu.

Syamira, Nadhia, Idham dan Fadhli sudah ternganga mendengar
kata-kata Izzah.
“Kau tak marah ke?” soal Nadhia ingin tahu.

“Taklah tapi aku suka. Hehehe... betul-betul cutelah
budak tu. Rasa nak cubit-cubit je pipi dia!”

“Kau tak marah ke tengok orang lain mengumpat kau tadi?”
soal Syamira curiga. Selalunya kalau ada yang mengumpatnya, Izzah pasti
akan melenting. Sekarang, kerana seorang lelaki berwajah comel, hilang
terus kemarahan kawannya ini.

“Nampaknya tak lama lagi bertambah soranglah ahli dalam
group kita ni. Aku dengan Nad... Id dengan Mira... Izzah pulak
dengan...” Kata-kata Fadhli terhenti. “... siapa nama budak tu eh?” Dia
bertanya kawan-kawannya.

Izzah, Nadhia dan Syamira menjungkit bahu tanda tak tahu.

“Harraz...”

Empat pasang mata memandang Idham.

“... Harraz Fayyadh...” sambungnya lagi.

“Harraz Fayyadh.” Izzah tersenyum. “Aku suka nama tu.
Maksudnya yang amat warak dan murah hati. Wajah dia pulak putih
bersih,” katanya lagi.

“Tapi Izzah, kau tak nampak ke cara dia jalan? Lembut
semacam je. Takkan kau dah jatuh cinta kat dia kot?” Syamira meluahkan
kemusykilannya. Setahunya Izzah tak mudah jatuh cinta. Ada yang mencuba
nasib untuk memikatnya tapi dia tolak mentah-mentah.

“Kenapa? Lelaki lembut tak boleh bercinta ke? Lelaki lembut
tak boleh kahwin? Cik Nadiatul Syamira, cinta tu buta, okey! Yang
penting hati. Aku tak kisah kalau orang nak kata dia lembut ke apa, yang
penting aku suka dia!” Izzah meluahkan rasa hatinya. Baginya lelaki
lembut juga berhak untuk bercinta.

“Okey, drop the topic. Sekarang sambung baca buku balik,
esok ada kuiz.” Fadhli bersuara. Tak mahu memanjangkan pendebatan.
Masing-masing sudah membuka buku kembali kecuali Izzah. Dia kembali
tersenyum mengenangkan Harraz yang disangkanya hantu pokok.

“Yang kau tersengih lagi tu buat apa? Cepat bukak buku
tu!” sergah Idham.

Izzah tersentak. Dia menjeling tajam ke arah Idham. “Kacau
daun betul! Tak boleh tengok orang senang sikit,” ujar Izzah sambil
mencapai buku lantas membukanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience