4 Tanpa Sengaja

Romance Completed 606745

"Nama awak...Nur Hazura binti Harun? Masih belajar lagi sama macam Hafiz?"

Hazura mengangguk bersama senyuman merendah diri.  Agak gugup juga berhadapan dengan Diyana, seorang penyelia di restoren itu.  Menurut Hafiz, walaupun kelihatan tegas namun Diyana sebenarnya seorang ketua yang sangat baik.  Jika seorang ketua itu terkekeh bodoh sepanjang masa, maka dipijak hingga lumatlah kepalanya.  "Betul cik..."

"Panggil Kak Nana je.  Kamu semua ni dah macam adik beradik saya." kata-kata Diyana membuatkan Hazura semakin lapang. Benar sekali kata Hafiz.

"Baik, Kak Nana." Hazura mengangguk sekali lagi.

"Sebenarnya, memang kita tengah mencari pekerja.  Nak full time pun boleh, tapi memandangkan awak masih lagi belajar so...saya yakin awak mesti untuk bekerja separuh masa je kan?" Diyana menebak dan kali ini, perlahan-lahan sisi ramahnya mula tertayang.

"Ye kak.  Saya janji, akan buat yang terbaik.  Saya perlukan kerja ni sangat-sangat." tangan janji diangkat, wajah yang bersungguh-sungguh juga dipamerkan.

"Saya percayakan Hafiz dan saya yakin, saya pun boleh percayakan awak.  Tapi, sebelum tu boleh saya tanya sesuatu?"

"Boleh.  Kak Nana nak tanya apa?" rasa gugup kembali menyerang. Jangan ditolak, sudah.

"Tu, awak dah...kahwin ke?" soal Diyana sambil memuncungkan bibir ke arah sepasang tangan yang sedang berlabuh di atas meja kerjanya.  Saat itu juga Hazura langsung terkejut.  Rasanya, mahu sahaja dia menyembunyikan tangannya di bawah meja namun dia sedar semua itu sudah terlambat.  Lalu pada akhirnya dia memutuskan untuk bertingkah tenang sahaja.  Mujur dia bijak mainkan peranan.

"Be-belum lagi kak.  Ni, cincin mainan je.  Cincin Ali Baba." Hazura pura-pura tertawa sendiri. Pantas juga Diyana menggeleng tanda memprotes kesahihan kata-kata Hazura.

"Mainan ke? Tak nampak macam mainan pun.  Kalau awak nak tahu, saya ni pencinta barang kemas especially cincin emas bertatahkan berlian macam tu.  Saya rasa, saya bijak menilai mana yang palsu dan mana yang ori." tidak lelah Diyana menduga.  Hatinya sempat terpegun melihat keindahan perhiasan mewah itu.  "Mesti mahal kan, Hazura?" soalnya lagi sambil tersenyum.

"Errr, sebenarnya...ni hadiah dari orang tua saya.  Satu-satunya barang berharga yang saya dapat selain daripada kasih sayang mereka." Hazura menutur sebak.  Biar hakikatnya, dia seolah-olah sedang menyangkal status sebenarnya namun dia yakin, itu yang lebih baik buat masa ini.  Menyebut perihal orang tuanya benar-benar membangkitkan perasaan rindu yang terlalu kuat
dalam diri seorang Hazura.

"Oh, untungnya.  Mesti orang tua awak sangat sayangkan awak, Hazura." terasa kejam kata-kata Diyana, bagai menoreh bekas luka yang belum terlalu lama.

"Alhamdulillah, walaupun kehidupan kami tidak semewah orang lain tapi...saya rasa paling bertuah ada ibu dan ayah seperti mereka.  Sikitpun saya tak pernah kurang dengan kasih sayang." dengan bangga wajahnya ditayangkan namun sebak yang dirasakan ketika itu terasa amat sakit bagai mencucuk-cucuk hingga ke pangkal hati.

"Untungnya awak.  Jadi, kalau belum berkahwin, maknanya awak ni...girlfriend Hafiz?" sekali lagi wanita itu menduga dan kali ini bersama senyuman yang nakal.

Tersedak air liur sendiri Hazura dibuatnya.  "Eh, bukan! Hafiz tu...sebenarnya sepupu saya.  Sepupu belah ibu.  Ibu saya asal Melaka tapi ibu lama dah tak balik kampung." ujar Hazura sepenuh hati.

"Oh, sepupu.  Saya ingatkan...couple.  Saya tengok Hafiz sayang sangat kat awak." Diyana termalu sendiri. "Jadi, bila awak boleh mula bekerja?"

"Malam ni?"

"Wowww, bersemangat. Tu yang saya suka tu.  Nanti pasal gaji, saya kena tengok prestasi kerja awak dulu.  Kalau awak rajin, saya jamin, awak takkan menyesal bekerja kat sini.  Jadikan  abang awak tu sebagai
contoh, baru lima bulan kerja dah mampu angkat sebiji Myvi.  Tu baru part time, belum lagi kalau full time." kata-kata Diyana semakin membuatkan Hazura berjiwa keras.

"Insya-Allah kak, saya akan cuba yang terbaik."

"Bagus Hazura.  Saya percayakan awak.  Malam ni, awak boleh datang pukul 5 petang.  Jam kerja awak dari pukul 5 petang sampai 11 malam.  Awak okay tak?"

"Saya okay kak.  Terima kasih banyak-banyak.  Saya takkan hampakan akak." hampir menitis keterharuan Hazura ketika itu. Rasa bersyukurnya teramat sukar untuk digambarkan, malah hatinya juga tidak putus-putus memuji kebaikan-Nya.

"Sama-sama, Hazura.  Jumpa petang nanti."

*******************

"Sila..." Tuan Hayrill Iskandar  mempelawa ramah setelah melepaskan pelukan.  Akhirnya, terubat juga rasa rindu terhadap Aiman, satu-satunya sahabat baik yang dia punya.  Sudah lama benar dua insan itu tidak bersua wajah, semenjak lelaki itu mengikut isterinya untuk menetap di Miri, Sarawak.

"You, apa khabar Rill? Makin...kurus pula i tengok.  Tak makan ke?" Aiman berseloroh sambil duduk memeluk bahu isterinya kesayangan.

"Kurus ke? Rasanya, i kuat je makan.  Maybe, faktor umur agaknya." Tuan Hayrill Iskandar tertawa hambar dan dengan sedaya upaya, dimaniskan juga wajahnya.  "Dah berapa bulan dah?" sepasang mata cemburu itu melirik ke arah bonggolan perut Sofea, isteri kesayangan Aiman.  Pemandangan itulah yang dia sentiasa mahukan namun sehingga kini, masih sahaja tiada rezeki. Akan tetapi, Tuan Hayrill Iskandar tidak pernah menyalahkan sesiapa, walau Rashida sekalipun. Mungkin belum tiba masanya untuk mereka bergelar seorang papa dan mama.

"Lima bulan.  Oh ya, kenalkan wife i Sofea.  Sayang, tok kaban ku maia ku gik sekula ba universiti suba, Hayrill Iskandar." Aiman memperkenalkan dua insan di hadapannya itu, serentak dengan itu juga masing-masing saling menunduk hormat.

"Bertuah you, Man.  Belum setahun kahwin dah mendapat gelaran bakal ayah." Tuan Hayrill Iskandar pura-pura berdeham, sedang niatnya yang sebenar adalah kerana mahu menyembunyikan perasaan sebak dan hampa.  Alangkah indahnya jika Rashida yang mengandung, dan alangkah indahnya juga jika Rashida melayaninya semesra Sofea melayani Aiman.  Hati seorang suami itu benar-benar cemburu!

"Syukur Rill, Allah bagi awal walaupun i...jauh lebih tua daripada 'sulu' hati i ni." Aiman tersenyum bangga namun tetap dikawal riak bahagianya ketika itu kerana dia faham perasaan sebenar Tuan Hayrill Iskandar. Bukannya dia tidak tahu, sahabat baiknya itu benar-bemar mahukan zuriat.

"Nak minum apa-apa tak? I boleh suruh staff i buatkan." Tuan Hayrill Iskandar mempelawa sambil memandang ke arah dua insan di hadapannya itu silih berganti.

"Errr, sayang ka ngirup nama?"

"Ngai. Tak apa, saya masih kenyang." Sofea menolak lembut sambil tersenyum nipis ke arah Tuan Hayrill Iskandar.  Wanita itu terlihat manis sekali bersama sepasang lesung pipit di pipi.

"Makai? Ka makai nama, sayang?" soal Aiman lagi.  Kali ini dengan nada yang berseloroh juga bersama riak wajah yang nakal. Mengusik Sofea memang sudah menjadi makanannya setiap masa, tidak kira walau di mana sekalipun.

"Eh, enda patut ka makai ba pejabat urang.  Lapa gak dik tok!"

"Auk, tundik ja.  Anang ringat wai." meletus tawa Aiman melihat wajah cemberut isterinya.  Marah-marah, masih sahaja cantik dan kemesraan mereka semakin sahaja memancing rasa cemburu dalam diri Tuan Hayrill Iskandar.

"Ishhh!" menjeling tajam Sofea dibuatnya.  Geram melayan kerenah Aiman.  Dalam sehari jika tidak menyakat memang tidak sah.

"Tak apa Rill, kami masih kenyang lagi ni.  Baru je lepas makan tadi." Tuan Hayrill Iskandar tersenyum sambil mengangguk.

"Korang plan nak pergi mana lepas ni? Lama ke kat sini?"

"Ermm, esok...plan nak bawa isteri i ni jalan-jalan ke...A Famosa.  Dia ni teringin sangat nak ke sana." ujar Aiman sambil melirik manja ke arah isterinya.  "Shida apa khabar? Lama i tak jumpa dengan dia." sedikit pudar senyuman manis pada wajah Tuan Hayrill Iskandar ketika perihal isterinya yang disoal.  Entah mengapa.  Barangkali kerana tiada apa yang membanggakan tentang Rashida yang hendak dia ceritakan.  Bukan merungut, bukan mengeluh atau apa tapi sejujurnya, Rashida tidak semanja dan sehormat Sofea dalam melayan seorang suami.

"Dia...sihat.  Okay je.  Kalau tak shopping, dia akan terperap kat rumah tapi i tak kisah, asalkan wife i tu happy." Tuan Hayrill Iskandar tertawa nipis.  Banyak sangat perkara pilu yang dia mahu luahkan kepada sahabat baiknya ketika itu namun terpaksa ditahan lantaran kehadiran Sofea.

"Tak apa, siapa lagi yang nak habiskan duit kita kalau tak bini.  Macam dia ni, seratus dua bukan cukup pun kalau dalam sehari.   Aduh, sayang.  Sakit! Hahaha!" Aiman mengekeh ketika lengannya tiba-tiba sahaja menjadi mangsa cubitan Sofea.

"You memang setiap masa suka mengusik Sofea, tapi wife you ni bagus je.  Penyabar sangat.  Kalau i buat macam tu kat Rashida, mahu terbalik rumah tu dibuatnya." giliran Tuan Hayrill Iskandar yang mengekeh namun jelas sumbang kedengaran.  Walau berniat mahu bergurau, namun semua itu klu luahan hatinya.

"You...okay tak Rill? Ada yang you nak share dengan i?" seperti berjaya menangkap perasaan sebenar Tuan Hayrill Iskandar, Aiman mula menebak.

"Tak, i...okay.  Apa kata kita...keluar minum? I belanja you berdua."

"Kita orang baru je..."

"Bukan selalu pun you dengan Sofea datang.  Jomlah.  Sofea?" Tuan Hayrill Iskandar memujuk.  Jika Aiman liat, maka ada baiknya dia memujuk Sofea pula.

"Hrmm, bolehlah. Jom." respon Sofea lantas membuatkan sepasang sahabat itu tersenyum senang.

"Yeah, okay sure!  Jom sayang, careful." bangun Sofea yang terlihat sangat payah dari duduknya dibantu oleh Aiman.

********************

"Haz, cari saya ke?" Diyana tercengang melihat kehadiran Hazura pagi itu.  Wanita itu sepatutnya datang petang nanti, sama seperti semalam namun boleh-boleh pula dia muncul sebelum tengah hari menjelang.  Tidak mungkin mahu bekerja shift pagi pula.

"Morning Kak Nana.  Er...rasanya saya tertinggal beg duit saya kat locker malam tadi.  Boleh saya masuk ambil?" Hazura tersengih serba salah.  Matilah jika dia tidak dibenarkan masuk.  Datangnya ke situ dengan menaiki pengangkutan Grab.  Mujur sahaja ada beberapa keping note RM1 di dalam tas tangannya.  Jika tidak, alamatnya berjalan kakilah dia.

"Issh, macam mana pula boleh terlupa.  Carelesslah awak ni.  Bahaya tahu tak?  Macam mana kalau ada orang ambil?" Diyana menyempatkan bebelannya.  Tingkahnya persis seorang kakak yang sedang meleteri adik-adiknya.  "Awak pergi ambil.  Ada apa-apa yang hilang karang, awak juga yang susah."

Masih tersengih, Hazura mengangguk juga.  Laju-laju kakinya dihayunkan untuk memasuki ruangan yang menempatkan benbarang peribadi para pekerja.  Tidak perlu risau sebenarnya kerana ruangan itu sudah semestinya dilengkapkan dengan sistem keselamatan selain dikawal ketat oleh seorang pengawal keselamatan.

Setelah menunjukkan pas pekerja, Hazura terus mendekati lokar peribadinya.  Spontan mengucap rasa lega ketika apa yang dicari dalam keadaan baik-baik sahaja.  Wang yang tertinggal di dalam juga sama jumlahnya. Selesai urusannya, Hazura terus melangkah keluar dari ruangan itu. Laju gerakan kakinya lantaran dia sedang gigih mengejar masa. Mujur sahaja kampusnya dari tempat itu tidak terlalu jauh.

"Dah? Ada jumpa?" Diyana menyoal sambil melangkah mendekati Hazura.

Hazura mengangguk sambil memaniskan muka. "Dah, terima kasih Kak Nana."

"Sama-sama. Lain kali, jangan lupa barang lagi. Nak-nak benda yang penting macam tu."

"Baik Kak, saya tak akan lupa lagi dah." Hazura menyengih. "Saya minta diri dulu kak, nak cepat ni."

"Hati-hati. Jumpa petang nanti." Diyana menepuk lembut bahu Hazura sambil membalas senyuman wanita itu.

Hazura pergi usai berpamitan dengan Diyana. Dia jalan menunduk sedang tangan sibuk menggeser skrin telefon untuk memesan perkhidmatan Grab.

"Kita makan kat si..."

Bubbbb!

Hazura spontan tersentak ketika tubuh kecilnya tiba-tiba sahaja bertabrakan dengan susuk sasa seseorang, lalu spontan juga tangannya dibawa mengusap bahu yang terasa kesakitan.

"Ma-maaf Encik. Sa..."

Bukan hanya Hazura yang terkejut, malah lawan langgarnya juga sama. Kerana terkejut juga, dua pasang mata itu lalu bertaut sedikit lama sehingga Aiman terpaksa berdeham untuk membawa kembali mereka ke dunia nyata.

"Ehemmm! Excuse me. I dengan my wife ada kat sini."

"Ma-maaf. Saya tak sengaja!" Hazura yang sudah termalu laju menyambung kembali ayatnya yang tadi. Dia sangat bimbang jika lelaki itu akan menyerang atau mengherdiknya.

"Rill! You okay?" sekali lagi Aiman terpaksa menyedarkan Tuan Hayrill Iskandar. Apakah jadahnya merenung anak dara orang seperti itu? Tadi bukan main lagi memuji isteri di rumah bagai tiada hari esok!

Tuan Hayrill Iskandar langsung tersedar ketika ada penumbuk yang singgah di lengan kirinya. Laju sahaja lelaki itu pura-pura membuang batuk kecil.

"I...okay. Okay." ungkapnya sebelum kembali merenung ke arah wajah isteri tirinya. "Awak okay?" soalnya perlahan, tenang dan terlihat sangat prihatin. Dia saat-saat seperti itu, boleh pula matanya terjatuh pada jari manis Hazura dan mengapa ada perasaan bodoh yang muncul?

Tuan Hayrill Iskandar merasa sebak dan dia ingat, cincin itu dia yang sarungkan dan mengapa wanita itu masih setia memakai?

"Sa-saya okay. Maafkan saya, tu-tuan. Saya minta diri." terkial-kial Hazura membuka langkah. Rasa mahu mati sahaja diperhatikan sepenuh itu oleh mata tajam Tuan Hayrill Iskandar, malah segala bauan tubuh dan hangat nafas imamnya itu dirasa tertempel amat kuat pada dirinya. Mujur sahaja Allah masih membenarkan dia bernafas.

"You...kenal budak tu ke, Rill?"

"Uhukk!" terasa tertelan gigi sendiri lelaki itu ketika Aiman memggelarkan Hazura seorang 'budak'. Dia tidak tahu mengapa perkataan itu sedikit sebanyak terkesan dan membuatkan dia merasa kecewa. Jika Hazura budak, lalu...bagaimana dengan dia? Adakah dia akan terlihat seperti seorang bapa kepada wanita itu?

"Budak apa macam tu? Dah tua-tua, boleh pula you kata dia budak!" Tuan Hayrill Iskandar pura-pura tertawa lucu. Niatnya mahu menyembunyikan rasa pemberontakan terhadap kata-kata Aiman sebentar tadi.

"Kira budaklah tu. Muda banyak tahun daripada kita ni. You dengan i barulah layak dikatakan tua. Nasib baik 'sulu' hati i ni, muda." Aiman mengekeh lalu memaut bahu Sofea untuk dibawa masuk tanpa menyedari kekacauan hati Tuan Hayrill Iskandar.

Thanks komen! Muaah!

Share this novel

Jenny Pait
2022-03-03 10:52:10 

Lalu la typo.... *dapat

Jenny Pait
2022-03-03 10:51:45 

Ada klaka Iban gik..... siney mok ncarik author nok dapat pelbagai bahasa pituk. Kamek baruk daoat baca novel tuk. Busy jak keja.


NovelPlus Premium

The best ads free experience