BAB 54

Romance Completed 42886

Genap dua minggu sudah Adi Ashraf dan Alif Zafran mencari Ariana. Keberadaan isterinya bagai hilang begitu saja tanpa jejak. Nombor telefon Ariana juga tidak dapat dihubungi lagi. Malah nombor itu juga dikatakan sudah tiada dalam perkhidmatan.

Tiada satu tempat pun yang Adi Ashraf terlepas pandang untuk mencari Ariana. Rumah keluarga mertuanya dan rumah Tok Wan juga telah dia lawati untuk bertanyakan keberadaan Ariana. Namun semuanya menemui jalan buntu. Menunjukkan isterinya memang tak mahu ditemukan.

Dia melepaskan keluhan panjang. Dirinya hampir berputus asa. Buat sekian kalinya dia menyesal dengan keputusannya yang meminta Ariana meninggalkan dirinya pada mulanya lagi. Tidak pernah sekali dia berhenti menyalahkan dirinya sekiranya sesuatu yang buruk menimpa Ariana.

Dia juga takkan pernah dapat memaafkan dirinya jika perkara itu berlaku. Namun apakan daya semuanya sudah berlaku sebaik dia meminta Ariana meninggalkan dirinya. Dia tak dapat mengulang masa. Nasi sudah menjadi bubur. Oleh itu, tidak kira apa pun yang terjadi dia akan berusaha mencari sehingga jumpa.

Dia mahu meluahkan kata-katanya terhadap Ariana yang tidak dapat dia luahkan semasa mereka bersama. Terlalu banyak perkara yang dia mahu lakukan bersama isterinya. Dia sungguh berharap dia masih mempunyai peluang untuk berkongsi sisa hidupnya bersama Ariana disisi.

Akid Ahnaf yang menyedari keadaan abangnya melepaskan keluhan kecil. Dia segera mengambil tempat disebelah Adi Ashraf. Tangannya diletakkan pada bahu kanan milik abangnya. Tindakan itu membuatkan Adi Ashraf memandang ke arah adiknya.

"Abang, sabar. Aku tahu kita akan jumpa Ariana tak lama lagi. Kau kena kuat. Aku tahu kau kuat kan?" ucap Akid Ahnaf cuba menyalurkan semangat. Bersimpati dengan nasib abangnya. Dulu arwah Mawar namun kini Ariana pula.

Dia turut terkejut apabila mengetahui perpisahan abangnya bersama Ariana pada mulanya. Langsung tak menyangka pasangan suami isteri yang sedang bahagia itu berpisah. Dia juga turut bersedih kerana Adi Ashraf tidak memaklumkan itu kepada dirinya kerana tak mahu menganggu dirinya.

Sedangkan abangnya sentiasa bersama dia dikala di berada dalam kesusahan. Rasa serba salah apabila melihat Adi Ashraf merana dalam diam menyimpan perasaan itu sendirian. Namun kini mujurlah Adi Ashraf berkongsi masalahnya itu kepadanya pada akhirnya.

"Kau dah cuba tanya Maisarah ke?" tanya Adi Ashraf ingin tahu. Berharap bakal isterinya adiknya itu mempunyai maklumat tentang keberadaan isterinya.

"Dah. Tapi Mai kata dia pun tak tahu Ariana dekat mana. Dah lama dia orang berdua tak bersembang. Katanya kali terakhir dia orang bersembang masa majlis pertunangan kami berdua. Sejak dari tu Ariana dah tak hubungi dia atau apa. Dia ingatkan Ariana sibuk dengan kau. Rupanya tak." jawab Akid Ahnaf dengan nada kecewa. Namun dia tahu jawapannya itu lebih mengecewakan abangnya. Dia menumpang simpati. Berat mata memandang keadaan abangnya namun berat lagi bahu yang memikul.

Adi Ashraf mengeluh apabila mendengar kata-kata adiknya. Tiada satu pun petunjuk yang dapat dia menemukan isterinya. Dia tidak dapat menahan diri daripada merisaukan keadaan Ariana tidak kira di mana isterinya berada. Bagaimana jika isterinya sakit atau berada dalam kesusahan tetapi dia tiada untuk membantu isterinya. Dia meraup muka.

"Abang kau dah cuba tanya Haris? Mana tahu Haris tahu Ariana dekat mana. Dia kan rapat dengan Ariana." ucap Akid Ahnaf apabila teringatkan Haris Irfan. Adi Ashraf memandang adiknya bagai tersedar sesuatu.

"Aku belum tanya Haris. Tapi kalau betul dia tahu Ariana dekat mana. Aku tak rasa dia nak bagitahu aku. Dia dah tak percayakan aku, Akid." balas Adi Ashraf dengan berat hati. Kecewa kerana mengecewakan Haris yang mempercayakan dirinya sepenuh hati.

"Macam mana dengan Izz? Kenapa aku dah lama tak nampak dia." tanya Akid Ahnaf lagi. Hairan apabila Izz Faris turut menghilangkan diri. Langsung tiada khabar berita daripada lelaki itu sejak kebelakangan ini.

Adi Ashraf terdiam buat seketika apabila mendengar nama Izz Faris disebut. Teringat kata-kata Alif Zafran mengenai sahabatnya itu. Penumbuknya digenggam kuat. Rahangnya diketap. Rasa dikhianati apabila mengetahui dalang sebenar itu adalah sahabatnya sendiri, Izz Faris.

Kehilangan Ariana dan sahabatnya pada masa yang sama bukanlah kebetulan. Tetapi mempunyai kemungkinan besar Ariana berada bersama Izz Faris cuma dia tidak pasti sekiranya perkara itu benar. Oleh itu, dia dan Alif Zafran berpecah. Alif Zafran akan mencari Izz Faris sementara dia akan mencari Ariana.

"Abang, abang... Kau dengar tak apa aku cakap ni? Mana Izz?" tanya Akid Ahnaf sekali lagi. Sedikit curiga apabila pertanyaan tidak diendahkan oleh Adi Ashraf. Dia tersalah kata ke?

"Ha? Tak ada apa. Aku pun tak tahu dia dekat mana."  balas Adi Ashraf tak mahu ditanya lebih lanjut mengenai Izz Faris. Dia bingkas berdiri mahu bertemu dengan Alif Zafran untuk mengetahui perkembangan keberadaan Izz Faris.

"Oh okay. Tapi kau nak pergi mana abang?" tanya Akid Ahnaf turut berdiri. Ingin tahu hala tuju abangnya. Risau jika abangnya melakukan perkara yang bukan-bukan kerana terlalu tertekan. Dia melihat abangnya yang bersiap-siap untuk keluar.

Adi Ashraf mengambil kunci kereta. Jam tangannya dipakai. Dia mengalihkan pandangan pada Akid Ahnaf untuk seketika.

"Aku nak jumpa Alif kejap. Jangan risau. Aku takkan buat perkara bodoh. Aku tahu apa aku buat Akid. Doakan aku." ucap Adi Ashraf mahu melegakan kebimbangan adiknya. Akid Ahnaf mengangguk kecil tanda faham. Sedikit lega mendengar jawapan abangnya.

" Abang... Aku rasa kau patut jumpa dengan Haris dulu. Bincang dengan dia elok-elok. InsyaAllah hati dia mungkin terbuka nak bagitahu Ariana mana kalau dia tahu." ucap Akid Ahnaf memberi cadangan. Dia menyilangkan tangan ke dada.

Adi Ashraf memikir panjang tentang kata-kata adiknya. Ada benarnya juga kata-kata itu. Dia memandang Akid Ahnaf. Lalu, menarik nafas panjang. Dia mengukir senyuman lemah.

"Mungkin sebelum jumpa Alif, aku cuba cakap dengan Haris dulu. Terima kasih sebab tolong aku. Tak sangka kau dah besar Akid." ucap Adi Ashraf terasa bangga melihat adiknya yang sudah membesar dengan baik. Kepala adiknya digosok dengan rasa bangga.

"Mestilah aku dah besar. Kau ni. Pergi cepat. Bawa Riana balik. Aku dah tak larat nak layan kau sedih macam orang putus cinta. Aku nak kau berdua ada dekat majlis perkahwinan aku dengan Maisarah. Jangan lupa kau pengapit aku eh abang." ucap Akid Ahnaf dengan nada mengusik. Gembira dapat bergurau senda dengan abangnya sekali lagi. Adi Ashraf mengukir senyuman.

Dia menarik Akid Ahnaf ke dalam pelukan. Entah mengapa seperti itu kali terakhir dia dapat melakukan perkara itu pada adiknya. Akid Ahnaf kaku seketika. Sedikit terkejut dengan tindakan abangnya. Dia membalas pelukan itu kembali.

"Abang, kau okay tak ni? Kenapa tiba-tiba je?" tanya Akid Ahnaf sambil melepaskan tawa. Pelik dengan tindakan Adi Ashraf. Dia mula rasa tak sedap hati tapi didiamkan saja. Adi Ashraf meleraikan pelukan. Bahu adiknya ditepuk lembut.

"Tak ada apa. Aku cuma nak kau jadi suami yang terbaik untuk Maisarah nanti. Jangan jadi macam aku faham. Maafkan abang kalau aku pernah susahkan kau atau apa, Akid. Aku pergi dulu." balas Adi Ashraf ikhlas dari lubuk hati. Dia menghadiahkan senyuman pada Akid Ahnaf sebelum berlalu pergi.

Akid Ahnaf terdiam seribu bahasa. Dia masih mencerna kata-kata yang dilontarkan oleh abangnya. Sedikit terusik hatinya mendengar kata-kata Adi Ashraf. Dia hanya mampu menghantar pemergian Adi Ashraf dengan pandangan. Masih tidak dapat melupakan kata-kata abangnya sebelum pergi. Dia berharap abangnya tidak apa-apa.

"Ya Allah, kau lindungilah abang aku. Amin."

???????????????????

Adi Ashraf menilik jam tangannya cuba melihat waktu yang lebih kurang 10 minit sudah berlalu. Sejak dari tadi dia menunggu kedatangan Haris Irfan. Namun kelibat lelaki itu masih tidak kelihatan. Terlebih dahulu dia sudah memaklumkan Alif Zafran bahwa dia akan bertemu dengan Haris Irfan dahulu untuk mengelakkan Alif tertunggu-tunggu dengan kedatangannya.

Matanya diliarkan ke sekeliling mahu mencari kelibat Haris Irfan. Berharap lelaki itu masih bersetuju untuk berjumpanya disitu. Hanya lelaki itu harapannya sekarang. Dia melepaskan keluhan berat apabila tanda-tanda Haris Irfan jelas tidak kelihatan.

Dia bingkas berdiri dengan rasa kecewa. Tahu Haris Irfan tidak sudi berjumpanya setelah apa yang dilakukan pada Ariana. Namun satu suara menghentikan langkahnya serta-merta.

"Nak pergi mana? Aku baru sampai." tegur satu suara dingin dari belakangnya. Dia menoleh melihat gerangan empunya suara. Terasa lega hatinya apabila matanya menangkap figura Haris Irfan disitu walaupun riak wajahnya yang tegang.

"Aku... Aku ingatkan kau tak nak datang jumpa aku." balas Adi Ashraf masih tidak percaya Haris Irfan berada dihadapannya. Haris Irfan melepaskan keluhan kecil.

"Itu semua tak penting. Apa kau nak dari aku?" balas Haris Irfan langsung tidak membuang masa. Tak mahu berbasa basi lagi. Dia mahukan jawapan daripada Adi Ashraf yang tiba-tiba mahu berjumpa dengannya.

Adi Ashraf menghela nafas panjang. Tahu apa yang bakal dikatakan oleh Haris Irfan yang seterusnya. Namun dia perlu tahu isterinya berada.

"Aku nak tahu pasal Riana. Mana dia sekarang?" tanya Adi Ashraf dengan nada yang sedikit terdesak. Haris Irfan mengangkat sebelah kening apabila terdengar nama sahabatnya meniti di bibir Adi Ashraf. Dia melepaskan tawa sinis.

"Lepas apa kau dah buat dekat dia, kau nak cari dia pulak? Yang lebih teruk lagi kau tanya aku, mana dia? Bukan ke kau nak ceraikan Riana? Kenapa nak cari dia lagi?" tanya Haris Irfan dengan nada yang geram. Masih segar di ingatannya wajah Ariana yang menangis kerana lelaki dihadapannya ini. Suami jenis apakah Adi Ashraf? Dia menghentakkan tangan di meja.

"Haris, tolonglah kau salah faham. Aku sayangkan Riana. Aku takkan pernah ceraikan dia. Siapa yang bagitahu kau semua ni? Tolonglah aku betul-betul nak jumpa Ariana." ujar Adi Ashraf sedikit merayu. Haris Irfan berdecit langsung tak mempercayai kata-kata Adi Ashraf.

"Cukuplah, Adi. Aku dah tahu semuanya. Izz sendiri yang bagitahu aku. Tak perlulah kau nak menipu aku lagi. Lepaskanlah Riana. Jangan seksa dia lagi. Dia pun tak nak jumpa kau. Jadi tolonglah aku merayu dekat kau jangan cari dia lagi. Dia cukup menderita sebab kau." ucap Haris Irfan panjang lebar sudah tidak tahan lagi. Dia bingkas berdiri mahu meninggalkan Adi Ashraf.

Adi Ashraf memejam mata cuba menahan rasa amarahnya terhadap Izz Faris pada ketika itu. Sampai sebegitu sekali sahabatnya mengkhianatinya sehingga Ariana tak mahu berjumpa dengannya lagi. Dia memandang Haris Irfan dengan penuh pengharapan.

"Haris, tolonglah. Aku tahu aku salah. Aku mengaku. Tapi percayalah aku apa yang Izz kata itu semuanya dusta. Aku tak pernah nak ceraikan Riana. Jadi, tolonglah sekurangnya bagi aku peluang untuk jumpa Riana untuk betulkan segala-galanya." ucap Adi Ashraf cuba memohon simpati daripada Haris Irfan lagi. Dia benar-benar mahu bertemu dengan Ariana.

Haris Irfan melepaskan keluhan panjang. Dia menoleh semula ke arah Adi Ashraf. Riak wajah Adi Ashraf yang penuh dengan rasa bersalah itu melembutkan hatinya. Dia menarik hela panjang.

"Kalau kau nak jumpa Ariana, jumpa dengan Izz. Dia tahu mana Ariana sekarang. Aku tak boleh bagitahu kau sebab aku dah janji dengan Ariana." ucap Haris Irfan akhirnya berterus-terang. Sebaik mengatakan perkara itu dia berlalu pergi meninggalkan Adi Ashraf.

"Terima kasih, Haris." balas Adi Ashraf perlahan sambil menghantar pemergian Haris Irfan. Dia segera bingkas berdiri. Telefonnya diambil dari poket seluar untuk menghubungi Alif Zafran. Mahu memaklumkan lelaki itu dia akan ke rumah Izz Faris. Entah mengapa dia rasa ada sesuatu yang akan berlaku pada dirinya.

"Hello, Alif. Aku pergi rumah Izz Faris dulu. Aku rasa dia ada dekat situ." ucap Adi Ashraf sambil mengorak langkah menuju ke keretanya. Panggilannya sudah disambungkan.

"Tapi Adi, aku risau kalau jadi apa-apa dekat kau. Aku tak rasa Izz ada dekat rumah. Dah berapa kali aku periksa rumah tu." balas Alif Zafran risau dengan keselamatannya. Tak sedap hati apabila mengetahui Adi Ashraf mahu berjumpa dengan Izz Faris sendirian.

"Alif, kalau dalam 30 minit aku tak call kau balik, maksudnya aku dalam bahaya. Faham? Terus call polis sebelum datang cari aku. Jangan risau aku dah bawa alat penjejak yang kau bagi dekat hari tu untuk memudahkan kau cari aku. Jadi jangan risau. Aku letak dulu." ucap Adi Ashraf sudah membuat keputusan. Dia tidak lagi takut keselamatan tergugat sekiranya hanya dengan cara itu sahaja dia dapat menemukan isterinya semula.

Panggilan itu telah diputuskan oleh Adi Ashraf. Dia memecut kereta menuju ke rumah Izz Faris. Sudah nekad untuk bertemu dengan lelaki itu secepat yang mungkin. Mahukan penjelasan mengapa sahabatnya tergamak mengkhianatinya. Apakah nilai persahabatan mereka selama ini?

Adi Ashraf memberhentikan kereta sebaik pekarangan rumah Izz Faris berada dalam pandangan. Dia keluar dari perut kereta bersama alat penjejak yang diberikan oleh Alif Zafran di dalam poket. Dia menarik nafas panjang cuba menghilangkan rasa gemuruh di dalam hati.

Kakinya mengorak langkah menuju ke rumah lelaki itu. Pandangannya diliarkan sekeliling cuba mencari jika ada sesuatu yang mencurigakan. Suasana yang sunyi sepi di tapak perumahan itu menambahkan rasa curiga di dalam dirinya.

Tangannya secara tak sengaja menolak pintu pagar rumah itu sehingga terbuka menandakan pagar itu tidak berkunci. Adi Ashraf mengerutkan dahi apabila melihat keadaan itu. Risau sekiranya itu adalah perangkap. Namun dia masuk juga ke dalam dengan berjaga-jaga.

Berwaspada dengan keadaan sekeliling. Dia sempat mengerling jam di tangan yang menunjukkan lebih kurang 15 minit dia berada di situ. Dia bergerak pula pada pintu rumah yang kelihatan terbuka sedikit.

Rasa ingin tahunya semakin membuak-buak apabila menyedari keadaan yang amat mencurigakan itu. Pintu rumah Izz Faris dibuka sedikit menyerlahkan seperti susuk tubuh seseorang. Namun dia gagal melihat wajah gerangan itu apabila satu suara menerjah ke dalam gegendang telinganya.

"Lari!" jerit suara seseorang membuatkan Adi Ashraf menoleh untuk melihat siapakah empunya suara itu. Namun, pandangannya serta-merta menjadi gelap apabila belakang kepalanya dipukul oleh sesuatu. Telinganya sempat menangkap suara seseorang.

"Surprise?"

???????????????????

Adi Ashraf cuba membuka mata sebaik tersedar dari pengsan kerana pukulan di belakang kepalanya. Dia meringis kesakitan apabila merasakan kepalanya terasa sakit yang mencucuk - cucuk di bahagian belakang kepalanya. Tubuhnya yang terbaring diatas permukaan yang keras membuatkan dia mengerak-gerakkan tubuh.

Dia sedaya upaya cuba untuk duduk dengan segala kudrat yang masih tersisa. Penglihatannya yang masih kabur menyukarkan dia untuk mengenal pasti keadaan sekeliling. Tangannya naik ke belakang kepalanya yang terasa basah.

Cecair yang melekit pada tangannya yang menunjukkan warna merah itu menandakan luka di belakang kepalanya sedang berdarah. Dia mengetap bibir menahan rasa sakit itu. Pandangan yang sudah pulih seperti biasa diliarkan ke sekeliling.

Menunjukkan dia berada didalam sebuah bilik kosong yang tidak digunakan. Pada saat pandangannya jatuh pada pintu bilik tersebut, pandangannya tertancap pada figura tubuh seseorang yang dikenalinya. Dia berusaha untuk bangun berdiri.

"Izz..." panggil Adi Ashraf dengan suara yang serak. Kerongkongnya terasa kering dan haus pada masa yang sama. Izz Faris segera menoleh ke arah Adi Ashraf.

"Adi, kau dah sedar?" tanya Izz Faris mendekati Adi Ashraf. Mahu melihat keadaan lelaki itu. Adi Ashraf berdecit melihat lakonan Izz Faris yang masih berpura-pura baik dihadapannya.

"Jangan kau berani kau datang dekat dengan aku, Izz. Tergamak kau buat aku macam ni kan?" ucap Adi Ashraf memberi amaran. Izz Faris menghentikan langkah apabila mendengar kata-kata Adi Ashraf.

"Apa maksud kau, Adi?" tanya Izz Faris tak faham apa yang cuba dimaksudkan oleh Adi Ashraf. Adi Ashraf memegang pelipis kepalanya. Pening kepalanya dengan semua yang berlaku.

"Izz cukup. Aku dah tahu apa yang jadi. Kenapa? Kenapa kau sanggup buat aku dengan Riana macam ni? Aku ingat kau satu-satunya yang aku boleh percaya. Aku percayakan kau sepenuhnya. Tapi kau, kau sanggup tikam belakang aku untuk Riana? Kau cintakan Riana sampai kau sanggup khianat aku?" luah Adi Ashraf meluahkan rasa kekecewaan yang terbuku di dalam hatinya sebaik mengetahui Izz Faris dalang disebalik semua ini.

Izz Faris membulatkan mata sebaik mendengar kata-kata Adi Ashraf. Langsung tak menyangka kata-kata itu meluncur dari mulut sahabatnya. Dia cuba mendekati Adi Ashraf. Tetapi Adi Ashraf menjauhkan diri. Pandangannya terhadap Izz Faris penuh dengan rasa yang kecewa.

"Adi-" ucap Izz Faris cuba meneruskan kata-katanya tetapi dipotong oleh Adi Ashraf dengan kasar. Izz Faris tersentak.

"Stop! Izz. Apa lagi kau nak cakap? Tolonglah bagitahu mana Riana? Bukak pintu tu. Aku nak jumpa Riana. Tolonglah aku merayu dekat kau." ucap Adi Ashraf tak mahu mendengar penjelasan Izz Faris. Dia tahu hanya dusta sahaja yang akan keluar dari mulut Izz Faris.

"Izz, bukak cepat pintu ni!" arah Adi Ashraf serius langsung tidak bermain-main. Izz Faris menunjukkam wajah. Kedengaran keluhan terbit dari bibirnya.

"Adi, ya aku mengaku aku cintakan Riana." luah Izz Faris berterus-terang mahu memperoleh semula kepercayaan Adi Ashraf. Terasa serba salah di dalam dirinya.

"Cukup Izz. Aku tak nak dengar semua ni. Aku cuma nak kau bukak pintu ni." ucap Adi Ashraf tak sanggup mendengar kata-kata Izz Faris yang mengguris hatinya. Izz Faris mengeleng kepala.

"Adi, dengar ni aku tak boleh! Aku tak boleh bukak pintu ni." ucap Izz Faris dengan nada yang mula meninggi. Geram apabila Adi Ashraf tak mahu mendengar kata-katanya lagi.

"Apa maksud kau, tak boleh? Bukak cepat, Izz! Buka!" ucap Adi Ashraf sudah tidak tahan. Kolar baju Izz Faris direntap kasar. Izz Faris cuba melepaskan gengaman Adi Ashraf pada bajunya.

"Adi, lepaskan aku!" marah Izz Faris cuba melepaskan diri daripada Adi Ashraf. Adi Ashraf langsung tidak mengendahkan Izz Faris. Sedang mereka berbalah, pintu tersebut terbuka dari luar. Membuatkan mereka berdua mengalihkan pandangan ke arah itu.

Nafas Adi Ashraf terhenti seketika apabila melihat figura yang berada di depan matanya. Pegangannya pada kolar Izz Faris dilepaskan serta-merta. Suaranya bagai tersekat dikerongkong. Figura itu ialah isterinya yang dirindui separuh mati.

"Sayang..."

???????????????????

Adi Ashraf mengorak langkah dengan perlahan-perlahan cuba mendekati Ariana Atilia dihadapannya. Langsung tidak percaya dia dapat berjumpa semula dengan isterinya.

Dia segera memeluk tubuh Ariana yang dirinduinya tanpa sebarang kata-kata. Tiada kata-kata yang dapat diungkapkan perasaannya pada ketika itu apabila dapat merasai isterinya berada di dalam dakapannya semula.

Tangannya dilingkarkan pada pinggang isterinya. Dia mengetatkan pelukan mahu melepaskan rindu yang ditanggung selama mereka tidak dapat bersama. Sisi kepala isterinya dicium penuh kasih. Matanya dipejamkan menikmati perasaan itu untuk selamanya.

Pelukannya itu tidak berbalas apabila Ariana hanya berada di situ tanpa berbuat apa-apa. Sekadar membiarkan pelukan suaminya menyelimuti tubuhnya yang rindu dengan sentuhan lelaki itu. Adi Ashraf kini merasai apa yang Ariana rasakan saat pelukan terakhir mereka bersama tidak berbalas olehnya.

Adi Ashraf menyatukan dahi mereka berdua. Tak sanggup melihat anak mata Ariana setelah apa yang dilakukan selama ini. Wajah isterinya dipegang dengan berhati-hati. Seperti kaca yang akan pecah sekiranya dia tidak berhati-hati.

"Sayang..." ucap Adi Ashraf dengan rasa sebak. Tak sangka dapat memanggil isterinya dengan nama panggilan itu lagi. Ariana memejam mata menundukkan wajah saat nama panggilan itu meluncur dari bibir Adi Ashraf.

Tubuh suaminya ditolak menjauhi tubuhnya. Adi Ashraf tersentak dengan tindakan Ariana. Dia tertolak ke belakang kerana langsung tak menyangka tindakan itu daripada isterinya. Dia cuba menarik Ariana kembali ke dalam pelukan tetapi isterinya melangkah setapak ke belakang.

"Tipu... Kau tipu. Kau tak sayang aku." ucap Ariana dengan mata yang berkaca. Bibirnya terketar-ketar saat mengatakan kata-kata itu. Hatinya yang terluka berdarah semula.

"Sayang... Please. Maafkan abang. Ni semua salah abang. Tolonglah, abang sayangkan Riana." ucap Adi Ashraf sayu. Hatinya hancur apabila melihat isterinya bertindak menjauhkan diri daripadanya.

Ariana Atilia mengeleng kepala tak mahu mempercayai kata-kata Adi Ashraf. Sedangkan hatinya masih mencintai lelaki itu dengan seluruh tubuhnya. Rasa rindunya terhadap Adi Ashraf ditahan.

"Kau... Tipu. Kau tak sayangkan aku! Jangan tipu aku lagi, Ash. Aku tahu kau nak ceraikan aku untuk Izz kan? Sampai hati kau." ucap Ariana Atilia melepaskan geram yang sudah sekian lama bersarang di dalam hati. Air mata dia yang mengalir bersama kata-katanya disedari oleh Adi Ashraf.

"Sayang-" ucap Adi Ashraf merayu untuk menceritakan segala-galanya kepada isterinya. Tak kisah dirinya dimaki walau bagaimanapun. Asalkan Ariana kembali padanya sahaja itu pun sudah cukup untuk dirinya.

"No, jangan panggil aku sayang. Jangan berpura-pura kau sayangkan aku padahal sebenarnya kau tak. Baru sekarang kau cari aku? Baru sekarang? Kenapa bukan dari mula lagi? Semuanya sebab apa? Sebab sebenarnya kau tak cintakan aku dari mula lagi kan? Ash, tolonglah. Kau tak percayakan cinta aku. Tapi tengoklah cinta kau. Semuanya palsu." ucap Ariana dengan nada pilu. Tangannya menumbuk dada Adi Ashraf berkali-kali. Air matanya sudah mengalir laju.

Adi Ashraf menundukkan wajah dengan perasaan bersalah. Tindakan Ariana pada tubuhnya dibiarkan. Tahu dia layak mendapatkan segala itu. Malah sepatutnya dia mendapat lebih daripada segala pukulan isterinya itu selepas apa yang dia lakukan.

"Riana... Please percayakan aku. Izz, dia-"

Kata-kata Adi Ashraf terhenti apabila wajahnya ditampar kuat oleh Ariana. Dia memegang wajahnya saat menyedari dirinya ditampar oleh isterinya. Dia langsung tak mengeluarkan kata apa-apa. Terkejut dengan tindakan itu sehingga dia terdiam seribu bahasa.

Ariana tersentak atas perbuatannya. Dia menutup mulutnya dengan perasaan terkejut. Air matanya dipejamkan cuba menenangkan diri. Tangannya digenggam kuat lalu diletakkan pada dadanya.

"Ash, stop. Jangan salahkan Izz atau sesiapa bila kau sendiri yang minta aku tinggalkan kau. Mana kau masa aku menangis setiap hari? Mana kau masa aku perlukan kau? Yang paling penting mana kau masa aku tahu yang aku mengandungkan anak kita? Ash, mana kau!" jerit Ariana Atilia akhirnya menghamburkan tangisan sepuas-puasnya. Dia terduduk melutut sambil memegang perutnya yang dikandung anak mereka berdua.

Dia sendiri tidak menyangka dia sedang mengandung sehingga doktor yang memeriksa nya ketika dia pengsan pada minggu lepas memberitahunya. Hatinya sedih apabila tidak dapat meraikan berita gembira itu bersama Adi Ashraf.

Adi Ashraf sungguh terkejut dengan kata-kata isterinya. Dirinya terasa gagal kerana tak dapat berada disisi isterinya sepanjang kandungan anak pertama mereka. Dia perlahan-perlahan melutut dihadapan Ariana. Air mata isterinya diseka dengan perasaan sebak.

"Maafkan abang..." ucap Adi Ashraf sungguh perlahan. Namun dapat didengari oleh Ariana. Mereka berdua saling berpandangan. Cuba berkomunikasi dengan cara itu kerana tiada apa yang perlu dibicarakan lagi. Masing-masing masih mencintai satu sama lain dalam diam.

Tanpa membuang masa, Adi Ashraf menarik tubuh isterinya dengan berhati-hati ke dalam pelukannya. Belakang badan isterinya diusap lembut. Kepalanya diletakkan pada ceruk leher isterinya membisikkan kata-kata maaf pada telinga Ariana berulang kali dengan sebak.

Kali ini Ariana cair di dalam pelukan Adi Ashraf. Dia membalas kembali pelukan suaminya dengan erat. Melepaskan rindu yang ditanggung selama ini. Wajahnya disembamkan pada dada bidang Adi Ashraf sehingga baju suaminya dibasahi dengan air matanya. Adi Ashraf melepaskan nafas lega pada saat mereka kembali bersama.

Namun satu suara menerjah ke dalam gegendang telinga mereka membuat mereka menoleh ke arah gerangan tersebut. Terpamer senyuman sinis di wajah si empunya suara. Kedengaran tawa sinis dari mulut lelaki itu sebelum melontarkan kata-kata.

"Well, well, well, nampaknya pasangan suami isteri dah bersatu. But, not too long."

Yeay updated!
Only 2 chapter left!
See you nex friday HAHAHAHAHA
Stay tune
Don't forget to vote
And leave a comment

Enjoy your week sweetheart
See you next friday okay?
Boleh la fikir sementara tu siapa dalangnya kan hohoho...
Bye! Gudnite

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience