AWAL TAHUN..

True Story Series 34123

Kakak, Nak pergi kerja dah ke..? awal lagi ni nak..

Haah yah awal sebab kakak takut jalan jem..

Hasyim masih minum kopi di meja makan sambil ditemani anak lelakinya yang masih berumur dua belas tahun itu.

Suhada terus keluar bilik pintu ditutup rapat dan terus ke arah Hasyim..

Awal lagi ni baru pukul 8.50 kakak takkan dah nak pergi.

Ye ayah kakak nak pergi awal sikit sebab kunci ade dekat kakak ni.. bye dik jangan nakal-nakal tau.. rambut Aniq diusap beberapa kali sebelum ia menyalami tangan ayahnya.

Bye ayah... assalamualaikum..

Yelah waalaikumusalam, Hati-hati dijalan tuu.. haihlah anakku Suhada..

•••

Tuan.. harini kita buka lima buah meja ke..? Wafie mendekati Syarif ditepi jalan di Shah alam,

Yaa.. harini kita buka lima buah meja saja rasa pagi-pagi ni tak ramai sangat kan, Tolong panggil yang lain.

Wafie mengangguk faham dan ia kembali kepada Sarah, Ia mengarah beberapa orang untuk bersama Syarif disisi jalan raya.

Setengah jam Suhada beratur dan ia memerhati lama lampu isyarat sudah pun bertukar hijau tapi kebanyakkan lori dan kereta bergerak perlahan..

Adoii apalah pulak kali ni!!

Jalan-jalan.. motor segera ke tepi ya cik pun ketepi juga ya! cepat sikit..

Syarif mula memegang ranting kayu di tengah jalan.. sebelah bibirnya ditampal plaster ubat jadi ia tidak banyak bicara terasa sakit bila ia membuka mulut walaupun sedikit.

Aikk..!! jpj.. nahh... adoiii lambat pulaklah aku macam ni.

Syarif sudah mengenali kereta Pesona berwarna biru air laut itu, Ranting mula bergerak ditangan nya.

Tuan...? asal tu.. tercium bucu katil ke ahakhakhak...

Pintu kereta diketuk berkali-kali sebelum cermin kereta itu dibuka perlahan.

Parking tepi..! suara Syarif ditegaskan walaupun bibirnya benar-benar sakit waktu ini.

Suhada memarking kereta ditepi beg duitnya dikeluarkan dan kunci kereta juga di tarik dari picunya.

Syarif hanya memerhati..

Liesen, ic dan kunci diberi sebelum diminta...

Beberapa pegawai mula mengerumi kereta Suhada bonet kereta dibuka depan dan belakang

Tuan.. kenape dengan bibir tu..?

Syarif bercekak pinggang speak hitam nya masih dimata, tatapan nya masih sama..

Aik bisu ke..? Tuan, Hello.. sakit ke..?? hurmm sombongnye..!!

Syarif terus memerhati ic Suhada dan ic diberi kepada Suhada kembali hanya liesen masih didalam genggamannya.

Suhada merasa pelik bila lelaki itu tidak mengendahkan dari tadi...

Tuan.. dah pergi klinik ke ambil ubat..?

Syarif terus berlalu pergi.

Suhada tercengang bila Syarif pergi dari situ, Kini Syarif memeriksa kereta itu bersama pegawal lain..

Enjin ori ni.. tapi macam ada masalah lah rasanya baru di up je ni..! Lokman masih memeriksa enjin kereta itu

Syarif masuk kedalam kereta dan kunci dimasukkan kedalam picu, pedal minyak ditekan beberapa kali..

Okey tuan... Prghhh sedap bunyi enjin dia ni tapi nombor enjin ni kena periksa dulu takut-takut clon pula! jahanam..

Beberapa pegawai disitu turut tergelak...

Kenape dengan tuan ni.. masih marahkan aku ke..? aku cakap sewel je pun bukan meroyan itu pun tahun lepas, Sensetif betullah.. cenggeng!!!

Syarif membuka dashboard, Suhada merokok..? kotak rokok dikeluarkan dan ia memasukkan kotak itu kedalam poket bajunya.

Beberapa pegawai disitu sudah masuk kedalam kereta, mereka kembali memeriksa keadaan didalam kereta itu sehabis-habisnya

Cik merokok ke..? Ia berjalan kearah Suhada yang masih melihat kearah jpj yang lain.

Haa..? cik.. merokok..

Syarif mengeluar kotak rokok didalam poket bajunya perlahan.

Aikk..! sejak bile..? tuan jumpa dekat mane tu..?

Syarif membuang kotak rokok diatas tanah dan dipijak-pijak dengan tapak kasut.

Tuan... kenape ni..? sumpah saye tak merokok pun.

Syarif mengeleng kepala perlahan.

Suka hati cik lah bukan masalah saya pun.. Syarif berlalu pergi meninggalkan Suhada disitu.

What...!! eh tuan kenape ni..? tangan Syarif dipegang kejap.

Lepas atau saya buang liesen awak!!

Tapi kenape ni tuan..? perlu ke tuan bersikap dingin macam ni dengan saye..!! cakaplah..

Liesen Suhada dikeluarkan dari poket baju dan dipatahkan menjadi dua.

Suhada terus melepaskan tangannya dan ia tergamam bila Syarif sanggup berbuat begitu..

Pergi buat liesen baru!! saya taknak undang-undang jalan raya dipertikaikan..

Tergamak betul tuan buat macamni dekat saye kan kalau bab peribadi tu boleh tak jangan ikut campur dengan hal kerja...? Suhada terus pergi dari sisi Syarif

Syarif sembunyikan kedua-dua tangan dibelakang tangannya mengeletar hebat, airmata jantan dia mengalir perlahan sempat diseka dibawah speak hitamnya..

Syarif senyum hambar."

•••

Hey girl why you lambat...!! dah 9.40 tau tak..? Zie dan rakan yang lain menghampiri Suhada.

Aku ade hal sikit.. jpj buat sportcek tadi sorry eh, dah jom masuk tolong buat air untuk aku boleh tak dahaga ler..

Hoookey girl, Zie terus ke dapur..

Suhada masuk kedalam toilet ia menangis semahu-mahunya bibirnya dipekup sekuat-kuatnya..

Kenape tuan kejam sangat..! saye benci tuan..!! saye taknak tengok tuan lagi, airmatanya mengelinang ditepi mata dan perlahan-lahan ia membasahi pipi Suhada.

•••

Jarum jam ditangan mula berganjak pergi... Atikah masih berborak dengan Lana di laman rumah, Kereta Syarif terus memarking tanpa kesedaran Lana dan Puan Atikah disitu..

EH.. Syar dah baliklah tunggulah dulu ye,

Lana hanya mengangguk perlahan..

Dah balik Syar..? awal balik harini macam tahu-tahu je Lana ada disini meh duduk dulu minum..

Syarif keluar dari kereta dan ia duduk bersama Lana disitu, Hari ini terasa kosong walaupun ia cuba gembirakan hati bersama rakan sekerja dipejabat tadi.. tapi semua itu hambar..

You sihat..? kenape dengan bibir tu.. Lana cuba memegang plaster ubat dan tangan ia segera ditolak oleh Syarif.

Tolong hormat sikit.. kalau datang sebagai tetamu buat sebagai tetamu! jika datang sebagai lalat sila pergi..!! Syarif terus masuk kedalam rumah..

Sshhh... Syar letih tu biarkanlah janji kamu tak dihalaunye makanlah air tea masih ade tu..

Lana mendiamkan diri.

Mak.. macam mana kalau plan kite ni tak jadi..? Lana segera berbisik.

Plan..? perlahan-lahanlah.. lagipun Syar akan okey kalau lelama mak asyik sebut hal yang sama jer.. Shh.. perlahankan sikit suare tu.

Lana senyum sendiri kuih donat dimasukkan kedalam mulut dan dikunyah perlahan..

"Mungkin kau tak boleh terima aku lagi tapi aku akan pastikan kau tetap didalam genggaman aku kembali Syarif!! itu yang aku mahukan mulai saat ini.." Ia kembali senyum puas dibibir

Abang..." Zaqif mendekati Syarif didapur..

Eh Zaqif, Tak ada kelas petang ke harini..? ia mencedok nasi ke dalam pinggan dan ia kembali duduk dikerusi didepan Zaqif.

Tak ade kelas petang sebab semue cikgu ade mesyuarat penting dari tengahari tadi, Nasib baiklah kitorang dibenar balik awal dua puluh minit hehehe..

Oh ya.. habistu tuiesyen pergi tak ni..?

Tak.."

Tak..? kenapa tak pergi.. abang bayar mahal-mahal tak nak pergi pulak ni yang nak kena rotan ni..

Abang ni.. minggu ni memang takde kelas petang atau tuiensyen lah kan awal tahun, Lupe eh..? buku pun tak dapat lagi..

Erkk.. alaaaa-alaa sorrylah abang tak jadi rotan k.. buku sekolah, baju dan barang-barang sekolah dah beli belum ni..?

Dah.. akak Lana pun ikut juga...

Syarif berhenti dari menyuap nasi ke mulut.

Kenapa abang..?

Tak ada apa tulang lauk ni banyak sangat...

Kalau abang nak tahu tak.. sekarang ni semua benda akak Lana buatkan tau termasuk masak nasi dan masak lauk-lauk ni..

Huergkkkk..." Syarif terus memuntahkan isi perut dan air paip dibuka laju.

Abanglong..!! kenapa ni..? Zarif menepuk perlahan belakang tengkuk Syarif.

Ermmm tak ada apa abang ada hal sikit, tolong tutup bekas makanan tu abang nak ke bilik kejap..

Ke bilik..? abang..

Syarif beralih kearah adiknya..

Ia mula berbisik ditelinga Syarif perlahan dan jantung Syarif di pam laju.. dan ia segera berlari naik ke bilik.

Setengah jam kemudian..

Kau ambil pakaian kau ni kau pergi dari sini!! beg travel dan beg sandang Lana dihumban keluar rumah..

Syarif...!!! apa semua niha..?

Apa semua ni..! mak nak simpan perempuan didalam rumah ni? mak dah hilang akal ke apa..?

Dia bakal jadi menantu mak.. mak tak kira mak nak dia duduk sini dengan kite.!! kalau kamu tak suke itu hak kamu Syarif..

Ohooo bakal menantu..! mak nak dia jadi madu mak ke..? baguslah macam tu bolehlah kitorang dapat adik baru..

Panggg.." pipi Syarif ditampar kuat!

"Pang.." Ee nyamuk ni pun"

Syarif terus teringatkan Suhada, fikirannya celaru kini hatinya mula bergetar hebat bila ia tidak dapat membayangkan Suhada pergi dari hidupnya selama-lamanya..

Kenapa..? sakit..!! itu belum termasuk sakit dihati mak lagi bila kamu menengkin mak tadi! ingat didalam rumah ni mak berkuasa bukan kamu Syarif..

Baik.. mak pilih... Syarif atau perempuan ni..?

Puan Atikah terdiam dan Lana masih berdiri dibelakang puan Atikah.

Pilih..!! tunggu apalagi mak..

Puan Atikah memerhati kearah Lana seketika..

Kamu balik dulu Lana, nanti bila keadaan dan reda mak panggil kamu ye..

Syarif mengambil beg dan terus dihumban ke tanah dan ia terus berjalan pantas ke bilik.

Zarif hanya senyum di tepi pintu bila perempun itu pergi seperti pengemis jalanan.

Akak..! sekarang ni abang dah tak macam dulu tau orang boleh perbodohkan dia sesuka hati.. sekarang dia dah guna kuasa vito siapa sailang, dia tu game over dulu huh.. jadi fikirkanlah dulu sebelum nak memainkan hati abang sekali lagi ye bye." pintu pagar ditarik rapat..

Lana terus humban begnya kedalam kereta dan ia memasuki kedalam badan kereta myvi dan terus pergi dari situ.

Puan Atikah membawa dulang terus masuk kedalam rumah, dan Ia menjeling kearah Zarif lama sehingga ia terlanggar dengan pasu bunga ditepi sofa..

Puas hati...!! Puan Atikah kembali di ruang tamu.

Puas sangat mak.. nampak tak abang macam mane sekarang ni..? dia dah berubah kan.. jadi lupakan jelah angan-angan mak nak menantukan akak Lana tu...

Kau...!!!!!

Huh.. betul kot mak nak bermadu dengan akak Lana sebab tulah baik sangat and tak lama lagi kami bertiga ni dapat adik tiri baruu...

Kau diam..!! sekolah pun tak habis lagi pandai nak api-api kan orang pulak!! seluar dalam kau pun aku yang belikan ingat sikit..

Hahahaha... memanglah sebab duit tu duit abang bukan duit mak pun, dan rumah ni semua pakai duit abang sedangkan duit mak tu kemane..? beli rantai mas kan..

Puan Atikah mengambil bantal dan terus dibaling ke wajah Zarif.

Bye makk.." bye madu hahahahah...

Jangan melampau sangat Zarif!!

Zarif terus keluar dari rumah..

Arghhhhh...!!! tak gune betul ni semua salah Zarif kalau dia tak jaja kisah Lana pasti semua ni tak jadi, Eeeeeeee bencilah..

Apa dah jadi..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience