BAB 14

Mystery & Detective Completed 36681

10 bulan telah berlalu sejak peristiwa hitam yang menimpa Lisa sekeluarga, Lisa kini masih seperti dulu bekerja dengan syarikat yang sama tapi di cawangan lain jauh dari hiruk pikuk kota, jauh meninggalkan kesibukan yang memakan masa berkualitinya bersama keluarga tercinta. Dia kini menghabiskan masa bersama keluarga 24/7. Bekerja dari rumah, meminimukan projek-projek mega, Lisa sedar dia patutnya buat semua ni sejak dulu lagi, namun semua belum terlambat dia masih berpeluang melihat kedua-dua orang anaknya membesar di depan matanya.

Lisa juga sedar cinta perlukan komitmen, pengorbanan, kepercayaan dan paling penting memaafkan. Dia masih bergelar isteri Benjy. Sungguhpun kehadiran Leah hampir meragut kebahagiaan yang dibina namun disebalik semua itu dia belajar sesuatu dari Leah, belajar untuk menghargai pasangan dan mencintai tanpa berbelah bagi.

Sesekali kerinduannya pada mak som datang menerpa dan adakalanya wajah Leah bermain di mindanya. Baginya Leah adalah entity misteri. Kehadirannya misteri, dirinya misteri dan kehilangannya juga misteri.

Jatuh daripada ketinggian tingkat tiga dengan impak yang sangat kuat sudah cukup buat seseorang itu maut, Lisa yakin dia melihat kelibat Leah terbaring dalam keadaan tiarap pada malam kejadian itu. Namun pihak polis gagal menemukan mayat Leah.

Dia ada mendengar cakap-cakap jiran-jiran di kejiranan lamanya menggelarnya wanita delusi lantaran mayat Leah yang tidak ditemui membuatkan dia kononnya khayal dalam imaginasi ciptaan sendiri. Namun kes penderaan melibatkan bapa Leah yang saban minggu tersiar di kaca TV dan memenuhi dada-dada akhbar berjaya menutup mulut mereka yang memandang serong terhadapnya.

Kini semua berakhir, dia kini jauh dan bebas dari semua memori hitam itu, kini dia mahu mendedikasikan dirinya buat Benjy, Abil, Bella dan juga anak lelaki yang berada kandungannya sekarang ini.

Train ke KL Sentral penuh sesak hari itu, mujur ada tempat duduk kosong. Kudrat wanita tua sepertinya sudah tidak mampu berdiri hanya berpaut pada besi pemegang semata. Seorang wanita awal 20an sambil mendukung bayi masuk. Rupa paras wanita itu sangat jelita dengan rambut perang ikal mayang berkaca mata hitam. Wanita tersebut memandang kiri dan kanan cuba mencari tempat duduk, namun tiada siapa yang menawarkan tempat duduk kepadanya. Jelas itulah bukti bahawa manusia sekarang semakin pentingkan diri, bisik wanita tua itu.

‘Nak, sini, mari duduk sini,’ panggil wanita tua itu kepada wanita muda tersebut.

Perlahan-lahan wanita itu datang ke arah makcik tadi.

‘Duduklah sini nak, lepas ni makcik dah turun,’ ujar makcik tersebut menawarkan tempat duduk kepada wanita itu. Wanita itu mengucapkan terima kasih lalu duduk di kerusi tersebut.

‘Muda lagi budak ni dah jadi mak, kesian,’ bisik hati wanita tua itu.

‘Comelnya anak, dah berapa bulan? Makcik tengok kecil lagi ni,Lelaki ke perempuan? Ni nak ke mana’ tanya wanita itu.

‘Terima kasih makcik, baru sebulan lebih, anak lelaki, saya nak ke Butterworth tapi ni nak singgah ke farmasi kejap beli ubat,’ balas wanita itu.

‘Ouh, siapa nama bayi ni?’ tanya wanita tua itu lagi.

‘Benjy Jr. makcik, nama dia Benjy, sama seperti ayah dia,’ balas wanita itu tersenyum sambil mencium bayinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience