"Daddy nak jumpa Hazel ke?",lembut tuturnya menghormati bapa mentuanya yang sudah dianggap seperti bapa sendiri kerana dia adalah yatim piatu sejak dilahirkan.Itulah yang selalu Opah katakan bila dia bertanya ditentang asal-usulnya.Bagi Hazel Opah adalah segalanya.Opah merangkap ibubapanya,tempat dia bergantung harap dari kecil.Opah menjaganya dengan penuh kasih sayang,namun ada masa juga garang dalam mendidiknya menjadi manusia.
"Hazel sempat mengerling hujung matanya ke arah Tengku Que Iskandar yang kalut menyembunyikan sekeping kertas dibawah kusyen kecil,lalu tangannya diletakkan diatasnya secara bersahaja.Hazel hanya duduk bila bapa mentuanya mengangguk perlahan isyarat supaya dia duduk disebelah anak lelakinya.Wajah tuanya menggaris senyuman sinis melihat wajah kacukan anaknya yang serba tidak kena.
"Bonda mana Hazel?"tanya Tengku Benjamin Adame lembut.
"I'm coming dear,"sampuk Sharifah Mariah dalam nada bergurau namun mesra bunyinya sambil membawa dulang yang penuh kuih-muih dan buah-buahan untuk makan petang.
Tengku Que Iskandar masih membeku,diam membisu menghadap daddynya.Halkumnya bergetar menahan rasa.Hatinya tidak keruan melihat wajah-wajah didepannya.. Sungguh dia bukanlah seorang penakut.Nyawa orang juga menjadi taruhan dan mainannya namun entah kenapa kali ini berbeza.Matanya melirik pada Hazel yang duduk sopan disebelahnya.Tangannya mula merayap mencari tangan halus isterinya.Hazel hanya membiarkan kelakuan Que memandangkan kedua mentuanya ada bersama.Jika tidak jangan harap dapat bermesra seperti itu.Que meramas lembut jari jemari Hazel,meredakan sedikit kekalutan hatinya dengan sentuhan skin to skin.
"So,who's that beautiful girl,son?",soalan yang terpacul dari mulut daddy menyebabkan Que menatap tajam wajah daddynya.Rahangnya berlaga sesama sendiri.Tengku Benjamin Adame hanya bersahaja melihat anaknya yang mula menampakkan kemarahan.
"Her name is Jasmine,right?one of your secretary at Mega Empire Holding.Am I right son?",Tengku Benjamin Adame sengaja memprovok anaknya.
"Que and Hazel,daddy nak both of you discuss dan capai kata sepakat mengenai gambar-gambar ni,berbincang secara elok.Daddy dan bonda takkan masuk campur lagi urusan rumahtangga kamu berdua,cukuplah sekali kami mencampuri takdir hidup kamu berdua dan juga arwah Tengku Que Izham.Demi mendengarkan nama arwah tunangannya,ada takungan air jernih ditubir mata bundar milik Hazel.Namun Hazel tidak mahu menyeksa roh arwah dengan kesedihan yang berpanjangan.Dia redha dan akan terus menyimpan cintanya buat lelaki pertama yang pernah menghadirkan rasa cinta dihatinya namun maut merampasnya pergi meninggalkannya sehari sebelum akad nikah mereka.
Guppppp....
Tengku Que Iskandar menelan liurnya kasar tatkala melihat daddynya selamba menyusun beberapa keping gambar yang kelihatan begitu mesra pada tatapan.Ada gambar yang kelihatan berpelukan,bercumbuan dan ada juga gambar Jasmine beraksi manja 18x dengan pakaiannya yang serupa tidak berpakaian terdedah di sana sini bertepek disisinya.Mata hijau Que sesekali mencuri pandang wajah Hazel di sisinya untuk melihat reaksi isterinya.Namun wajah itu tenang dan bersahaja umpama langsung tidak kisah akan gambar intimnya.Tiada riak marah,tiada riak sedih,nak cakap cemburu lagilah hampeh,memang tak ada langsung ke arah itu.Reaksi Hazel menyebabkan tangan Que meramas kuat jari jemari isterinya,menyalurkan rasa sakit hatinya.
"So Que macam mana?",Tengku Benjamin Adame bersuara bila melihat keadaan anak dan menantunya yang diam membungkam seribu bahasa.Hazel hanya diam dan memandang wajah bapa mentuanya sebelum menyatakan pendapatnya.
"Hazel tak kisah daddy,tapi Hazel sebagai seorang perempuan rasa Que patut menikahi Jasmine memandangkan mereka sudah terlajak jauh dan saling mencintai",lembut sahaja tuturnya namun pedih dan sakit pada pendengaran Tengku Que Iskandar.
Zapppppp....
Anak mata kehijauan Que tajam menikam anak mata Hazel yang berwarna light brown.Aura membunuh mula merasuk bila anak mata kehijauan bertukar sedikit gelap.Rahang mula mengeras,tangannya digenggam membentuk penumbuk.Tangan Hazel juga semakin kuat dan kemas digenggam menyebabkan Hazel mendesis kesakitan.
"Apa semua ni?",keras menengking suara Tengku Que Iskandar sambil memandang satu persatu wajah di hadapannya.Perasaannya seperti mahu menembak orang ketika itu.
"Hazel rasa Que perlu lepaskan Hazel daddy,Hazel redha sebab Que perlu segera menikahi Jasmine sebelum perutnya semakin membesar".
"What the heck?"jeritan Que memenuhi rumah agam sehingga Tengku Isabella berlari turun ke bawah.Pembantu -pembantu rumah juga kelihatan berdecit lari menjauhi ruang tamu,menyelamatkan diri masing-masing.Melihatkan Que hanya diam menahan amarah,Hazel menyerang lagi.
"Awak mesti menikahi Jasmine Que,kalau tidak masa depan zuriat awak akan gelap gelita.Tolong bertanggungjawab Que demi mereka.Kalaupun bukan kerana Jasmine,awak perlu fikirkan anak yang akan lahir nanti,"kata Hazel sayu dan separuh merayu.
"Tolong fikirkan mereka dan tolong bebaskan saya Que,izinkan saya mencari kebahagiaan saya sendiri!",Hazel masih merayu dan kali ini dia tidak mampu bertahan,terasa hatinya disiat-siat apabila perkataan 'bebas' terpacul keluar dari bibirnya.Sejujurnya hatinya separuh tidak rela untuk berpisah,kenapa dan mengapa dia sendiri tiada jawapannya.Masih tiada cinta dihatinya buat Tengku Que Iskandar namun tipu lah kalau dia katakan tiada rasa sayang walau sekelumit buat lelaki yang kian mendapat tempat di hatinya selama tempoh perkahwinan mereka setahun yang lepas.Semuanya lenyap hanya tinggal harapan yang tak pasti bila Jasmine muncul didepannya membuat pengakuan.
Share this novel