BAB 10

Drama Completed 5869

“Kak Issabella tak setuju ke dengan cadangan Ayah ? Kalau tak setuju Fezrol tak kisah. Lagipun Ayah bukannya paksa pun,” kata Fezrol bagi menenangkan hati kakaknya itu.

“ Akak bukan tak setuju dik tapi…,”

“Tapi??”

“Akak rasa macam akak nie tak sesuai duduk dalam keluarga macam nie. Even Dato Badlyshah pun cakap yang akak bukan anak yang baik,” kata Laila sambil memandang wajah Fezrol meminta pengertian.

“Kak Issabella fikir dulu. Fezrol nak masuk tido,esok pagi kita pergi jogging sama-sama,” Fezrol berlalu dari situ. Laila terus termenung memikirkan kata-kata Dato Ikhmal sebentar tadi. Dia merasakan seperti satu beban apabila Fezrol menceritakan segalanya kepada keluarga ini. Dia mengeluh pendek.

“Saya tak rasa sebab itu awak tak nak terima saya,” Laila tersentak apabila ada suara garau yang bercakap dibelakangnya. Dia memandang pemilik suara itu dengan pandangan yang kabur.

“ You hear everthing are you?”

“ Yup,” kata Hasby ringkas.

“ Apa yang menyebabkan awak yakin bukan sebab itu yang menyebabkan saya tolak awak?” tanya Laila apabila Hasby duduk disebelahnya.

“Entah,mungkin sebab awak rasa yang Ayah kesian dekat awak. So dia nak jodohkan saya dengan awak bagi memastikan awak ada family balik,”

“ Tu memang salah satu sebabnya. Saya tak nak kerana saya dibuang keluarga,keluarga awak akan jadi bebannya,” kata Laila sayu.

“ Ayah tak akan buat macam tu. Lagipun dia jenis falls in first sight love. So saya pasti yang dia memang ada niat nak jadikan menantu saat awak melangkah masuk dari pintu petang tadi,” jawab Hasby panjang lebar.

Laila membuangkan pandangannya keawan biru. Peluang yang ada dimanfaatkan oleh Hasby bagi merenung wajah disisinya. Saat pertama kali melihat wajah ini petang tadi,dia merasakan seperti melihat bidadari dari kayangan. Raut wajah yang bersih,penjagaan aurat,tutur kata dan kesetian pada yang maha esa membuatkan dia pasti Laila dalah untuknya. Rasa damai tak kala memandang wajah itu. Dia pernah melihat wajah ini di dalam dompet Fezrol ketika mereka menyelamatkannya dua belas tahun tahun dahulu. Sehingga kini dia menyimpan gambar tersebut dan diabadikan didalam dompetnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience