BAB 10

Romance Completed 67139

      “My pleasure, nice to meet you too jer- sorry I means Tuan."

Adara sedaya upaya cuba mempamerkan senyuman plastik. Tetapi dia langsung tak menyesal apabila mulutnya tersasul mahu menyebut perkataan jerk itu di hadapan Aiden. Saja bagi lelaki yang sudah bergelar majikannya itu sedar diri.

Dasar jerk.

Aiden hanya bersikap bersahaja. Seolah-olah mereka berdua tak pernah berjumpa sebelum ini. Riak wajahnya yang kosong menyukarkan Adara untuk mengetahui apa yang bermain di minda lelaki itu pada ketika ini.

“It's an honour to collaborate with MZ. Shall we start the meeting right now, Sir? ”

Suara Encik Khairul serta-merta menamatkan perkenalan singkat Aiden dan Adara sebentar tadi. Dirinya langsung tak tahu apa-apa tentang apa yang berlaku antara pekerja kesayangannya dan direktor syarikat ternama tersebut.

Aiden mengangguk kecil tanda setuju dengan kata-kata Encik Khairul. Adara hanya memerhatikan gerak geri Aiden dalam diam. Tak percaya lelaki itu adalah orang yang sama yang dia jumpa pagi tadi.

“ Adara, boleh tolong ambilkan all my documents in my office? Saya terlupa Linda cuti hari ni. ”

Pinta Encik Khairul menoleh ke arah Adara. Riak wajahnya serba salah apabila terpaksa menyusahkan Adara. Sementara, Adara sudah menghela nafas lega apabila mendengar permintaan Encik Khairul. Dia mengulum senyuman.

Boleh la dia mengelak daripada Aiden. Hatinya sudah bersorak penuh gembira.

Thank you Encik Khairul !

“ Baik boss, anything else? ” Tanya Adara dengan mata yang bersinar-sinar. Tak sabar nak keluar daripada ruangan mesyuarat itu yang mempunyai manusia bernama Aiden di dalamnya.

Encik Khairul mengeleng kepala. Segaris senyuman terpamer di wajahnya. Adara sempat kerling ke arah Aiden sekilas. Kalau boleh tak nak tapi tengok jugak.

Kelihatan Aiden langsung tak mempedulikan kehadiran dia di situ. Lelaki itu sedang sibuk melihat skrin telefon pintarnya. Adara menahan diri daripada menjulingkan mata ke atas.

“ Kalau macam tu, saya pergi dulu ya, boss. ”

Ucap Adara meminta diri. Dia tersenyum simpul. Kakinya sudah membuka langkah ke arah pintu keluar. Sempat dijeling sekilas Aiden dari ekor matanya. Adara tahan senyum jahat dari terukir di bibirnya.

Ingat Aiden seorang saja yang boleh pura-pura ? Heh.

Two can play the game.

Pintu kaca itu ditolak sedikit kuat oleh Adara. Rakan sekerjanya yang lain mula masuk memenuhi ruangan mesyuarat tersebut. Dia hanya melemparkan senyuman tanda menyapa mereka.

“ Miss Adara... ” Panggil seseorang membuatkan Adara menoleh ke belakang semula. Riak wajahnya dikawal sebaik mungkin apabila menyedari Aiden yang memanggilnya.

Oh sekarang baru sedar aku ada dekat sini?

Adara menahan kata-kata itu terlepas dari mulutnya. Senyuman palsu ditayang semula.

"Ya saya. Ada apa-apa yang saya boleh tolong, Tuan Aiden?" Tanya Adara dengan nada yang selembut yang boleh. Dia masih mengekalkan formaliti.

“Can you bring a cup of hot coffee? I don't get one for my breakfast today. ”

Semudah ABC saja lelaki itu meminta kepada Adara tanpa segan silu. Aiden hanya beriak selamba. Langsung tak serba salah apabila tidak menggunakan perkataan please atau tolong.

Adara masih tersenyum walaupun akalnya sudah mula menyediakan berbakul-bakul perlian yang ingin dilepaskan pada Aiden. 

Ada nampak dia kisah kalau Aiden tak breakfast?

No--“Alright sir, nanti saya sampaikan pesanan Tuan pada tealady. ” balas Adara sopan.

Sebaik menuturkan kata-kata tersebut, Adara menyambung semula niatnya untuk keluar dari situ yang terbantut kerana Aiden.

“Wait." Apa lagi yang dia nak ni? Rungut Adara sudah malas.

“No need for that actually. I want you Miss Adara.” Sambung Aiden dengan serius.

“Sorry?” Luah Adara dengan nada tidak percaya. Riak wajahnya yang terkejut langsung tak disorokkan daripada Aiden. Dia salah dengar ke atau memang Aiden nakkan dia?

What in the-

“ I means I just want you the one to make the coffee not the tealady. Is that okay miss? ”

Terang Aiden dengan nada biasa tetapi mempunyai seribu makna. Tak dapat dinafikan reaksi Adara terhadap kata-katanya sebentar tadi mengejutkan Aiden.

He hates to admit but she's the cute one for sure.

" How are you prefer your coffee sir? Nak saya tambahkan makanan jugak ke? Nasi goreng? Nasi lemak?  Since tuan tak sempat ambik breakfast like you said earlier." Tanya Adara dengan penuh sarkastik sebagai tanda balas dendam.

Fikir lawak ke main-main macam tu? Nasib tak sakit jantung dia dibuatnya apabila mendengar kata-kata Aiden tadi. Aiden bukan boleh percaya.

Buatnya dia kena culik dengan Aiden macam mana hah? Dah la Aris tak ada nak lindung dia.

"Dark and bitter. A cup of coffee is fine enough, Miss. Make sure it hot too." Ucap Aiden yang sudah mengambil tempat duduk. Adara memincingkan mata ke arah Aiden tak puas hati.

Sementara, Aiden menjongketkan sebelah keningnya. Entah kenapa hatinya puas melihat wajah Adara yang jelas menahan geram atas permintaannya itu.

Encik Khairul yang setia menjadi pemerhati sedari tadi mengerutkan wajah. Tak faham apa yang berlaku antara Aiden dan Adara. Matanya bergerak silih berganti pada mereka berdua.

Ada apa-apa yang dia tak tahu ke?

“Sorry to interrupt, are you two already knows each other before?”

“No.” Serentak, sepatah perkataan itu keluar daripada mulut mereka berdua. Encik Khairul terdiam. Dari saat itu dia sudah tahu.

They definitely knows each other.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

         SECAWAN kopi panas itu dikacau dengan begitu kasar tanpa sedar sehingga tertumpah pada tangan si pelakunya. Adara segera menarik tangannya dengan pantas. Sebelah tangannya membuka paip air yang tersedia di singki pantri pejabatnya.

“Kau pun nak cari pasal dengan aku ke kopi?” Marah Adara geram. Nasib tak melecur tangan dia tadi. Kalau tak, mahu berbalut tangan dia nanti.

Adara mengelap tangannya dengan kain bersih sebaik dibersihkan dengan air singki. Sedikit kesan merah pada tangannya ditiup lembut. Kesan tumpah pada cawan kopi tadi turut dilap.

“Dark and bitter konon. Eloklah minum kopi hitam macam ni. Sesuai sangat dengan aura gelap dia tu. Hot? Hot macam dia-- apa aku merepek ni?”

Adara tampar mulutnya sendiri. Tak sedar perkataan itu keluar dari mulut dia. Kepalanya digelengkan beberapa kali. Mulutnya beristighfar. Baru nak ingat Tuhan padahal tadi bukan main sempat mengumpat Aiden. Hmm ghisau.

Laila yang baru tiba di pantri menjeling Adara sekilas. Adara buat tak tahu. Malas nak melayan. Lebih baik dia hantar kopi ni cepat dekat Aiden sebelum dia tersimbah kopi itu dekat Laila sebab menyampah.

“ Eh, kau nak pergi mana? Kopi tu bak sini. Aku haus. ” Tegur Laila, bibirnya yang merah menyala terjongket sinis. Sebelah tangannya mencekak pinggang ala ala diva. Dia berdiri di hadapan Adara sengaja menghalang laluan.

Ingat jalan ni bapak dia punya ke? Haih.

Adara pandang Laila atas bawah. Kopi khas untuk Aiden tadi diletakkan dulu di atas meja pantri. Takut tangan dia laju je nak simbah perempuan di hadapannya sekarang.

“ Kopi ni bukan untuk kau. Ada nampak nama kau? Tak ada kan. Dah tepi. Aku ada benda penting lagi nak buat daripada layan kau.”

Malas malas saja nada Adara. Dia dah penat tau tak. Pagi tadi dia dah kena marah dengan Encik Khairul. Lepas tu kena layan Aiden. Sekarang dia nak kena hadap Laila? Tolonglah!

“ Dah tu untuk siapa? Setahu aku, Encik Khairul tak minum kopi.” Tanya Laila mahu menyibuk. Dah tak ada kerja lain ke minah ni?

“Aiden. Puas hati?” Adara tolak badan Laila ke tepi. Menyusahkan betul.

“HAH?” Suara nyaring Laila membingitkan telinga Adara serta merta. Adara pandang Laila tak puas hati.

“Aiden? Aiden Zharif? Air ni untuk dia? Dia ada dekat sini?” Tanya Laila bertubi-tubi tanpa henti. Tangannya menggoncang tubuh Adara. Adara terangguk-angguk mengiyakan walaupun tangan dah ringan nak tampar muka Laila sekarang.

Laila melepaskan Adara dengan segera. Lantas dia pantas menuangkan secawan lagi kopi yang sejuk ke dalam cawan. Lalu disuakan kepada Adara. Malangnya, kopi tersebut tertumpah terkena pada baju Adara. Adara membulatkan mata.

“Laila! Kau-”

“Oops, sorry. Aku tak sengaja. Aku nak bagi air ni dekat kau sebagai terima kasih actually. Takpe biar aku bawakkan kopi tu untuk Aiden okay? Sorry Adara.” Ucap Laila tanpa serba salah. Dia tersenyum suka melihat baju Adara yang sudah kotor sebelum berlalu pergi dari situ. Adara mengepal penumbuk.

“Perempuan gila! Kau tunggu aku bagitahu benda ni dekat Dila. Memang mati kau perempuan.” Dengus Adara, matanya memandang kesan tumpahan kopi pada pakaiannya. Adara mengeluh. Tandas segera dituju.

Selepas kurang daripada setengah jam, akhirnya dia keluar daripada tandas. Bahagian bawah bajunya yang sedikit basah akibat terkena air dipandang.

“Tak apa, tak nampak sangat. Nanti kau duduk. Orang tak perasan.” Adara memujuk diri sendiri. Dia meneruskan langkah bersama fail yang dikehendaki oleh Encik Khairul tadi ke ruangan meeting.

Sebaik saja dia masuk ke dalam bilik tersebut, hampir semua kepala memandang ke arah dirinya. Adara telan air liur yang terasa pahit. Tak suka apabila dia menjadi pusat perhatian semua orang. Rimas!

“Sorry,” Adara menundukkan sedikit badan sebagai tanda hormat. Dia membetulkan blazer hitam yang dipakai pada tubuhnya. Mahu mengelakkan baju putihnya yang basah itu disedari oleh orang.

“It's okay, Adara. Come here, have a seat.” Encik Khairul memanggil Adara. Tanpa berlengah, Adara segera mengambil tempat duduk. Dia menyerahkan fail kepada Encik Khairul bersama senyuman.

“Thanks, Adara.”

“Most welcome, boss.”

Adara menyelesakan diri. Buku nota kecilnya dan sebatang pen sudah tersedia di atas meja. Bersedia untuk mengambil nota penting. Dia berusaha menumpukan perhatian pada slide di hadapannya.

Tetapi entah kenapa dia terasa seperti dia diperhatikan oleh seseorang. Oleh sebab itulah sekarang dia sedang meliarkan pandangan ke arah semua orang yang berada di situ. Dan sekarang dia menyesal buat macam tu.

Sebab apa?

Sebab sekarang dalam banyak-banyak manusia dalam bilik mesyuarat tu, ada seorang saja yang tengah pandang dia.

Siapa lagi kalau bukan,

Aiden Zharif.

Adara alihkan pandangan. Tangannya mencapai pen dan buku nota. Nak alihkan perhatian dia daripada pandangan Aiden pada dia. Apa masalah Aiden sebenarnya?

Kopi tu tak sedap ke? Cakap pasal kopi, Adara terus cari Laila. Belum sampai beberapa saat, mata Adara sudah berjaya menangkap figura Laila yang tak tahu malunya tengok Aiden macam nak telan.

Adara tutup muka. Terasa malu dirinya sebagai kaum perempuan bila tengok Laila sebegitu. Tak jadi terus niatnya nak maki Laila dalam hati. Tapi rasa nak lempang sekuat hati!

Adara kembali menghalakan pandangan kepada Aiden. Mujurlah sekarang pandangan lelaki itu bukan pada dia lagi. Adara tarik nafas lega. Dipandang pula kopi yang dibuatnya tadi dengan penuh kasih tapi langsung tak disentuh oleh Aiden.

Seriously? Dia langsung tak minum?

What a jerk!

Penat aku buat tahu tak? Siap kena pakej simbah air tapi Aiden langsung tak minum!

Adara silangkan tangan ke dada. Matanya menjeling jam tangan. Mengira berapa lama lagi sebelum dia boleh pulang ke rumah.

Dia mengambil keputusan untuk tak mengendahkan lagi kehadiran Aiden di situ. Seolah Aiden tak pernah wujud. Tapi itu hanya kata Adara. Bukan kata seorang Aiden Zharif.

“ So before we end the meeting, any questions either suggestions? From Tuan Aiden? Or anyone here? ”

Tanya Encik Aidil selaku pembentang terakhir untuk mesyuarat hari ini.  Adara langsung tak mengendahkan soalan tersebut. Dia sedang sibuk mengemas barang.

Terasa lenguh seluruh tubuhnya selepas sejam setengah duduk di situ. Tiba-tiba satu suara membuatkan dia kaku di tempatnya serta-merta.

“ Actually, I have one question only. But I want Miss Adara, my new supervisor to answer that for me. Is that okay, Encik Aidil?”

Kedengaran suara Aiden menjawab soalan Encik Aidil sebentar tadi. Pandangan matanya sudah terarah ke arah Adara yang diam tak berkutik.

“Perfectly fine, sir. Miss Adara, silakan.” Adara bingkas berdiri. Dia menarik nafas panjang. Bibirnya mengukir senyuman kepada Encik Aidil sebelum memandang ke arah Aiden.

Kau boleh Adara, kau boleh! Sorak hati Adara sendiri memberi semangat.

“ Yes sir. And your questions? ” Tolonglah jangan soalan yang mengarut.

“ So Miss Adara can you tell me what is the benefit of MZ collaboration with the company  on your opinion?”

Aiden mendepakan sedikit tubuhnya ke depan.  Sebelah tangannya diletakkan pada paha kanan. Perhatiannya tertumpu sepenuhnya pada Adara. Ingin tahu jawapan yang keluar dari gadis yang menarik perhatiannya sejak pertemuan kali pertama mereka.

“ From my opinion, I believe this collaboration will brings so much advantage and opportunities for both sides either financially and for the sake of business. Therefore, it's really an honour to collaborate with you, sir.”

Ringkas sahaja balasan daripada Adara tapi berjaya mengundang tepukan daripada semua orang di situ termasuk Aiden. Kecuali Laila yang memasamkan wajah.

“Tapi Tuan Aiden, on my opinion-” Laila mula bersuara mahukan perhatian Aiden.

“ Do I ask you, Miss? No right? So Miss Adara thanks for the answer. I appreciate it truly. Meeting dismiss. Thanks everyone.” Potong Aiden memotong kata-kata Laila dengan sengaja. Adara tahan tawa.

Padan muka kau Laila!

Tak lama selepas itu, laju saja semua orang mengosongkan ruangan mesyuarat tersebut. Hanya tinggal Adara, Encik Khairul dan Aiden sahaja. Adara menolak kerusinya ke dalam meja.

Dia mahu beredar dari situ dengan segera apabila menyedari Aiden yang sedang rancak berbual dengan Encik Khairul.

“Adara!” Panggil Encik Khairul. Adara menoleh. Fuh, nasib boss dia yang panggil.

“ Ya, boss? Ada apa ya?” Tanya Adara ingin tahu.

“ Tak ada apa, cuma Tuan Aiden nak cakap dengan awak sikit. Lagipun dia kan majikan baru awak. Mesti ada banyak yang nak discuss.   Awak ada apa-apa urusan ke lepas ni? Biar saya suruh sesiapa gantikan awak nanti. Boleh ke?” Jelas Encik Khairul panjang lebarn

Adara pandang Aiden sekilas. Berdua-dua dengan Aiden? Kelihatan Aiden sedang menyandarkan diri pada meja panjang di dalam bilik tersebut. Kedua-dua belah tangannya menyokong bahagian tubuhnya.

Tak nak. “ Boleh, boss.”

Ah, apa aku merepek ni?

“ Good, saya pergi dulu. Jumpa awak esok, Adara. Anything let me know, okay? Have a fun you two.” Ucap Encik Khairul tersenyum manis sebelum keluar dari situ.

Aiden menghantar pemergian Encik Khairul. Adara pula menghalakan pandangan pada belakang badan Aiden. Dia menyilangkan tangan ke dada.

Klak!

Bunyi selak pintu di kunci kedengaran. Adara sudah buka langkah untuk berlari dari situ sekiranya Aiden cuba buat apa-apa.

“ Kenapa kunci? ” Tanya Adara dengan suara yang berani. Cuba menyorokkan rasa takutnya daripada Aiden.

“ Kenapa takut ke? Because you should be. ”  Aiden mendekati Adara. Adara beriak biasa.

“ Kenapa nak takut dengan kau? Lagipun kau tak boleh apa-apa. Kita dekat pejabat. Tu nampak tak ada cctv?” Adara menudingkan jari pada satu sudut. Tetapi pandangan Aiden tetap pada Adara.

“ So what? I can delete the video of us you know.”

“Stop. Apa kau nak Aiden?”

“Aku nak kau, Adara.”

Adara mencekak pinggang. Geram dengan Aiden yang langsung tak serius. Wajah menyampah ditayang pada Aiden. Tahu apa Aiden balas?

He smirk. That stupid smirk!

“Aiden...” Adara cuba memberi amaran.

“Adara...” Usik Aiden selamba.

“ That's it. Aku keluar. Tak ada apa nak cakap kan?” Adara berura-ura untuk keluar dari situ. Aiden pantas menghalang laluan Adara dengan tubuhnya.

“ I'm serious. Dead serious. I want you.” Nada Aiden kini bertukar serius. Tidak lagi seperti tadi. Adara pandang Aiden dengan riak muka tak percaya.

“Tak boleh. I'm engaged.” Bidas Adara. Cincin pertunangannya yang tersarung pada tangannya ditunjukkan pada Aiden.

“ That's why i want you, woman.” Balas Aiden mendatar. Adara mengerutkan muka. Tak fahamlah. Cuba berenang, eh.

“Hah? Apa yang kau nak ni? ” Adara mula geram. Susah sangat ke nak cakap straight to the point?

“Nak tahu? Then let's meet again next time and I'll explain.” Terang Aiden lagi dengan senyuman penuh makna. Adara geleng kepala tanda tak setuju.

“ Kalau macam tu, tak apa aku tak nak tahu. Tak nak aku jumpa kau lagi. Macam aku cakap sebelum ni, jumpa dekat balai okay? Jerk.”

Adara cuba melepasi tubuh Aiden sebaik mengeluarkan kata-kata itu tetapi gagal. Aiden mula mendekatkan diri membuatkan Adara terpaksa mengambil langkah ke belakang.

“Aiden, kau nak aku report kau untuk sexual harassment jugak ke hah?” Adara cuba mengugut. Tapi langsung tak dipedulikan oleh Aiden.

“ Stop saying nonsense Adara. Aku tak sentuh kau pun. But if you want, you could've just ask for it. I don't mind.” Aiden mengambil langkah terakhir mendekati Adara. Tanpa amaran, Aiden mula membuka coat jacket hitam yang dipakai olehnya.

“Apa kau nak buat ni! Tolong! Tolong! Ada orang nak rogol saya!” Jerit Adara meminta tolong. Tangannya menolak tubuh Aiden yang mengepung dirinya. Aiden mengeleng kepala. Mulut Adara ditekup dengan tangan.

Lantas, dia mengambil coat jacket miliknya yang dibuka tadi lalu dipakaikan pada pinggang Adara. Bahagian tangan coat jacket itu diikat kemas pada pinggang ramping Adara.

“Aku tak ada niat nak buat apa-apa dekat kau, woman. Seluar kau ada coffee stain. So guna baju aku untuk sementara. And I don't take no as an answer. Keep my jacket and give them back when we meet again, okay?”

Adara angguk tanda faham. Mulutnya bagai digam tak boleh nak bercakap. Aiden menjauhkan dirinya semula. Jacket dia yang berada di pinggang Adara direnung sekilas sebelum dia berlalu pergi dari situ.

“See you next time, Adara.”

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

     “YA Allah, seriuslah Ara dia buat macam tu!” Adila mula terkinja-kinja seperti cacing kepanasan apabila mendengar apa yang jadi pada Adara hari ini. Adara menutup telinga tak tahan dengan jeritan Adila.

“Ya! Kenapa aku nak tipu pulak Dila? Macam mana ni. Kau kena tolong aku. Tapi shhh... Jangan bagitahu nenek, faham?” Adara memberi  amaran terlebih dahulu. Adila angguk laju.

“Kenapalah bila aku tak datang kerja semua benda ni jadi? Tengoklah apa aku terlepas. Kau ada bodyguard. Tapi kena culik. And now, Aiden Zharif nakkan kau? Gila! Ini memang gila kau tahu tak Ara.” Adila tak henti berjalan ke sana sini tanpa henti.

“Oh yang pasal Laila. Kau jangan risau. Tahulah apa aku nak buat dengan perempuan tak sedar diri tu.” Adila sudah senyum lebar. Tak sabar nak kenakan Laila semula selepas apa yang dia dah buat pada Adara.

“Dila, aku tak nak jumpa dia. Apa kata kau yang jumpa dia bagi pihak aku hah boleh kan? Nanti kau bagilah sekali jacket dia.” Cadang Adara. Adila pandang Adara dengan muka gatal minta kaki.

“Kau suruh aku? Aku yang jumpa Aiden? Boleh sangat! Tapi dia nak ke jumpa aku? Dia nak kaulah, Ara.” Adila cubit pipi Adara mahu melepaskan geram. Bertuah sangat kawan baik dia ni.

“ Tapi apa jadi dengan Aris, bodyguard kau tu?” Tanya Adila teringat pada lelaki yang diceritakan oleh Adara tadi.

“Entah, tapi dia ada bagi aku something. Eh, phone. Untuk senang track aku dia cakap.” Adara mengingat semula di mana dia letak iphone yang diberikan oleh Aris sebelum ini.

“Mana? Jangan kata kau hilangkan Ara.” Duga Adila.

“Ni hah.” Adara menyerahkan telefon itu pada Adila. Nasib dia teringat dia letak dalam beg phone tu tadi.

“Eh Ara, ada mesej lah.” Adila mula buat muka keliru.

“Hah?” Luah Adara tak faham. Kalau Adila pun dah confuse apatah lagi dia.

“Ni hah ada mesej. Daripada Dani. Siapa Dani?” Pesanan mesej itu ditunjukkan pada wajah Adara.

“Dia bagi apa?” Tanya Adara ingin tahu.

“Alamat.” Jawab Adila sebaik membuka pesanan mesej itu tadi. Dia cuba mendail nombor itu tetapi gagal disambungkan.

“Nak tengok.” Adara memanjangkan leher mahu melihat alamat yang dikatakan oleh Adila tadi. Adila segera menyerahkan telefon itu semula pada Adara.

“Kau tahu tak tadi Tok cerita dia jumpa calon menantu baru untuk kau. Terkejut aku tau. Ara... dengar tak?” Panggil Adila geram. Dia tengah sibuk cerita. Boleh pulak minah tu sibuk duk tengok telefon.

“Ya ya dengar.” Jawab Adara tanpa melihat Adila.

“Ish kau ni. Apa kau nak buat dengan alamat tu?” Tanya Adila ingin tahu.

“Aku nak pergi sini. ” Jawab Adara sudah membuat keputusan. Dia nak tahu alamat itu alamat siapa.

“ Woi gila eh?  Nak aku teman tak?” Marah Adila. Tangannya laju menepuk lengan Adara. Risau jadi apa-apa dia yang susah.

“Tak payah. Kau jaga nenek boleh kan? Kan?” Pinta Adara mengedip-gedipkan matanya. Dila melepaskan keluhan berat.

Tahu dia akan mengalah bila tengok Adara macam tu. Kawan dia tu comel sangat! Tengoklah kawan siapa kan?

“ Okay boleh, tapi itupun lepas kau janji cerita balik apa yang jadi antara kau dengan Aiden.” Adila mengerakkan-gerakkan keningnya. Adara sudah mencebik tanda mengalah.

“Urgh, fine.”

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

         “MANA dia sekarang?” Tanya Aiden, dia menyandarkan badan pada seat kereta. Pandangan dibuangkan ke luar tingkap. Irsyad yang sedang memandu mengerling pada Aiden dengan melihat cermin kereta.

“At the basement and still under the influence of the drug, sir.” Balas Irsyad menerangkan keadaan Aris yang masih tak sedarkan diri. Dia membelok pada persimpangan menuju ke rumah agam milik Aiden.

“Biarkan dia dekat situ dalam beberapa hari. Let him suffer and don't supply either food or water. Is that clear?” Arah Aiden dingin.

“Clear, Sir.” Irsyad mengembalikan sepenuh perhatiannya pada pemanduan semula. Aiden menggumam tanda puas hati.

“Pastikan papa tak tahu pasal Adara jugak. Aku tak nak dia tahu.” Sambung Aiden lagi. Langsung tak suka apabila menyebut tentang Tuan Malik, bapanya sendiri.

“Baik, Tuan. Tapi tentang Adara, how about her Sir?” Tanya Irsyad mahukan kepastian. Dia masih tak pasti apa yang perlu dilakukan pada gadis itu.

Cederakan Adara? Aiden tak suka cederakan mana-mana perempuan. Jadi apa yang dia perlu buat? Tak lama selepas itu, kedengaran suara Aiden memberikan arahan.

Tapi kali ini Irsyad rasa pelik kerana Aiden tak pernah mahukan mana-mana perempuan sebelum ini.

“Just follow her but leave her alone,

I want her.”

STAY TUNED !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience