Ariana Atilia membawa genggaman tangan mereka berdua ke atas ribanya. Adi Ashraf hanya memerhatikan tindakan isterinya. Kedudukan mereka yang bersebelahan antara satu sama lain membenarkan Adi Ashraf untuk melihat raut wajah isterinya dengan lebih dekat.
Tanpa amaran, Ariana Atilia melagakan bahunya pada bahu suaminya. Membuatkan Adi Ashraf bertembung mata dengan Ariana Atilia. Keningnya diangkat tanda hairan dengan tindakan isterinya yang secara tiba-tiba itu.
"Kau okay?" soal Ariana Atilia lembut. Risau sekiranya suaminya masih bersedih. Genggaman tangan mereka diketatkan lagi.
Adi Ashraf mengangguk perlahan. Dia melemparkan senyuman nipis untuk menyakinkan isterinya. Matanya beralih pada tangannya yang berada dalam genggaman Ariana Atilia.
Ariana Atilia menghela nafas lega. Dia tidak lagi risau tentang keadaan Adi Ashraf selepas ini memandangkan suaminya sendiri sudi meluahkan segalanya.
Mata suaminya yang sedang memerhatikan sesuatu menarik perhatian dirinya. Perlahan-perlahan, dia turut mengikut arah mata suaminya itu. Barulah dia tersedar Adi Ashraf sedang merenung lama pada genggaman tangan mereka sejak dari tadi.
"Oh, sorry." ucap Ariana Atilia separuh malu. Genggaman tangan mereka dileraikan. Dia tak sangka dia telah memegang tangan suaminya sebegitu lama.
Malu!
Adi Ashraf pula memasamkan wajah. Tak suka apabila dia tak dapat lagi merasai sentuhan tangan Ariana Atilia yang lembut pada kulitnya. Namun apabila melihat reaksi isterinya yang sudah memerah dia kembali tersenyum.
Tangan isterinya diambil semula oleh Adi Ashraf ke dalam genggaman tangannya. Kali ini tangan Adi Ashraf yang memegang tangan kecil milik isterinya. Bahu isterinya turut dilagakan oleh Adi Ashraf seolah cuba meniru semula perbuatan isterinya sebentar tadi. Ariana Atilia berkerut seribu.
Dah kenapa ni? omel Ariana Atilia pelik. Dia langsung tak mencuba untuk melepaskan tangannya daripada genggaman tangan Adi Ashraf. Bahkan dia lagi suka apabila diperlakukan sebegitu. Hehehe.
"Thanks." ucap Adi Ashraf tiba-tiba. Ariana Atilia segera menoleh ke arah suaminya. Tak percaya dengan apa yang didengari oleh telinganya.
"Thanks sebab sudi dengar masalah aku. Aku tak nak kau simpati dekat aku bila aku cerita semua benda ni dekat kau. Sebab tu aku rahsiakan daripada kau. Aku minta maaf kalau kau dengar pasal Mawar daripada orang lain." sambung Adi Ashraf lagi serba salah.
Ariana Atilia terdiam seketika. Sekali lagi, dia bersyukur kepada Tuhan kerana kini Adi Ashraf sudah mula berterus-terang.
"Tak apalah. Aku faham. At least, kau dah bagitahu jugak aku akhirnya. Itu pun dah cukup buat aku happy tau. Kalau kau nak cerita apa-apa, aku ada. Okay?" balas Ariana Atilia bersahaja. Senyuman manis dilemparkan.
Adi Ashraf mengangguk kepala. Dia berasa sedikit gembira apabila mengetahui bahawa isterinya sentiasa berada di sisinya. Mungkin ini permulaan yang baik untuk mereka berdua. Siapa tahu?
"Umi dengan abah dah balik?" soal Adi Ashraf apabila teringatkan mertuanya. Ariana Atilia mengangguk tanda mengiyakan. Kini Adi Ashraf mula rasa serba salah kerana tidak dapat menghantar pemergian mereka sebentar tadi.
Ariana Atilia yang seperti mengetahui perasaan suaminya segera cuba mengalihkan perhatian Adi Ashraf. Genggaman tangan mereka dileraikan. Lalu, dia menghempaskan tubuh ke atas katil empuk mereka berdua.
"Huargh, mengantuknya! Kau tak mengantuk?" ucap Ariana Atilia sambil berpura-pura menguap. Matanya menjeling sekilas suaminya.
Adi Ashraf mengerling jam di dinding. Masih belum larut malam. Matanya pun masih segar lagi. Sedikit pun tak merasa mengantuk. Dia mengeleng kepala sebagai balasan kepada isterinya.
Tangannya disilangkan dibelakang kepala sambil berbaring. Matanya merenung kosong pada siling bilik. Buat seketika pandangan matanya akan beralih ke arah Ariana Atilia. Dahinya dikerutkan apabila melihat isterinya memerhatikan dirinya terlalu lama.
"Kau kenapa? Sinilah baring. Kata mengantuk tadi." pelawa Adi Ashraf sambil menepuk lembut tempat disebelahnya.
"Macam mana aku nak baring kalau kau baring dekat tempat aku? Tepi sikit." rungut Ariana Atilia bercekak pinggang. Adi Ashraf menjulingkan mata.
Tubuhnya digerakkan sedikit dari tempat perbaringannya tadi. Tak lama kemudian, Ariana Atilia sudah selamat menghempaskan tubuh disebelahnya.
"Kenapa umi dengan abah tak tidur sini?" soal Adi Ashraf kepada isterinya. Pelik apabila mertuanya tidak bermalam sahaja di rumah keluarganya. Lebih-lebih lagi apabila hari sudah malam.
"Tok Wan sakit. Umi risau kalau jadi apa-apa dekat Tok Wan kalau umi dengan abah tak ada." balas Ariana Atilia sedikit sedih. Sudah lama dia tidak melawat Tok Wan sejak dia berkahwin dengan Adi Ashraf.
"Tok Wan? Siapa Tok Wan?" tanya Adi Ashraf ingin tahu. Nada suara isterinya yang mula berubah apabila nama Tok Wan disebut disedari oleh Adi Ashraf. Masih banyak yang dia tak tahu tentang isterinya.
"Tok Wan, dia orang yang jaga aku masa kecil dulu selain daripada umi dengan abah. Dia pengasuh aku. Tapi aku dah anggap dia macam mak aku sendiri." cerita Ariana Atilia. Memorinya bersama Tok Wan terlayar di fikiran.
"Oh, tapi kenapa aku tak pernah jumpa dia?" soal Adi Ashraf pelik. Dia semakin tertanya-tanya. Seingatnya, dia tak pernah lagi berjumpa dengan mana-mana saudara mara belah isterinya yang bernama Tok Wan.
"Tok Wan tak dapat datang masa kenduri kahwin kita. Dia ada urusan tak silap. Kenapa?" soal Ariana Atilia kembali. Hairan dengan suaminya yang tiba-tiba berminat untuk mengetahui tentang Tok Wan.
"Tak ada apalah. Aku cuma baru sedar yang aku still tak berapa kenal kau selama kita kahwin ni. Itu je." jawab Adi Ashraf jujur. Tak ada apa yang perlu dia selindungkan lagi daripada isterinya.
Ariana Atilia tersengih. Dia segera berbaring menghadap Adi Ashraf sambil sebelah tangannya menampung kepalanya. Adi Ashraf mengangkat kening.
"Kau... nak kenal aku? Betul ni? Jangan menyesal." duga Ariana Atilia. Matanya dikecilkan ke arah suaminya. Kedua-dua belah keningnya digoyangkan sedikit.
Adi Ashraf mengangguk tanda mengiyakan dengan yakin. Sedikit pun dia tidak termakan dengan cubaan isterinya yang cuba menduga dirinya.
"Kau tak rindu Tok wan?" soal Adi Ashraf cuba mengetahui isu hati isterinya. Serta-merta riak muka isterinya berubah. Kedengaran keluhan berat dilepaskan dari mulut isterinya.
"Mestilah aku rindu." balas Ariana Atilia perlahan. Semakin lama mereka bercakap tentang Tok Wan, semakin dia rindu pada ibu angkatnya yang satu itu.
"Hmmm, itu jelah yang kau perlu tahu pasal aku. Kau pulak. Ceritalah pasal Mawar." ucap Ariana Atilia cepat-cepat cuba mengubah topik.
"Ha? Tapi aku nak kenal kau. Bukannya-"
Kata-kata Adi Ashraf terpotong apabila jari isterinya diletakkan dibibirnya. Kepala isterinya mengeleng cuba memberi amaran.
"Shhh... Nak kenal aku kan? Bagi aku kenal kau dulu." balas Ariana Atilia seperti arahan. Adi Ashraf mengalah. Jari isterinya segera dialihkan dari bibirnya. Matanya dipincingkan apabila menyedari sikap isterinya yang licik itu.
"Fine. Nak tahu pasal apa?" ucap Adi Ashraf malas-malas. Dia cuba menunjukkan tanda protes. Namun diendahkan sepenuhnya oleh Ariana Atilia.
Tanpa berlengah, Ariana Atilia mengambil buku milik Mawar Adriana. Inilah peluang untuk dia mengetahui lebih lanjut tentang hubungan suaminya bersama Mawar Adriana suatu ketika dahulu.
"Ceritalah pasal buku ni." pinta Ariana Atilia. Anak mata Adi Ashraf segera dilarikan ke arah buku tersebut. Lambat-lambat, dia mengambil buku tersebut daripada pegangan isterinya. Bibirnya tersenyum nipis.
"Dah lama aku cari buku ni. Tak sangka kau jumpa. Buku ni hadiah aku untuk Mawar sebelum aku melamar dia." cerita Adi Ashraf sambil memegang buku tersebut. Nama Mawar Adriana yang tertulis di halaman pertama buku tersebut diusap lembut.
Rasa nostalgia mula memenuhi diri Adi Ashraf. Dia tak dapat menahan diri daripada mengimbau semula kenangan manis bersama arwah. Dia cuba untuk memahat memori tersebut di dalam hatinya sebelum meneruskan kehidupannya semula tanpa Mawar Adriana.
"Kau, first love aku. Pandai kau cari tajuk buku untuk Mawar kan?" ucap Ariana Atilia. Tak sangka suaminya pandai mencari buku yang menarik. Kerana tajuk itu jugalah dia tertarik untuk membaca buku tersebut.
Adi Ashraf hanya tersenyum sebagai balasan. Teringat lagi semasa dia buntu untuk mencari hadiah yang sesuai untuk Mawar Adriana pada waktu dulu. Sehinggalah buku tersebut menarik perhatiannya.
"Mawar suka baca buku. Jadi bila aku nampak buku ni, aku gembira sebab akhirnya aku tahu apa yang aku nak bagi untuk Mawar.
Kebetulan pula buku ni cerita tentang cinta pertama. Macam Mawar, dialah cinta pertama aku. Sebab itu jugalah aku nak kahwin dengan Mawar.
Tapi... kita hanya mampu merancang, Riana. Dia yang menentukan. Aku cuba untuk terima kenyataan. Setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya kan? Terima kasih sebab buat aku sedar." ucap Adi Ashraf dengan lembut. Senyuman manis dilemparkan kepada isterinya. Ariana Atilia membalas dengan senyuman penuh makna.
"Huargh... Tamatlah sudah bedtimes story untuk hari ini, okay? The end." sambung Adi Ashraf sambil menguap. Dia cuba mengelakkan daripada isterinya rasa bersimpati terhadap dirinya.
"Ala... Ceritalah lagi Ash. Aku tak mengantuk lagi." pinta Ariana Atilia separuh merayu. Lengan suaminya digoyangkan seperti budak kecil mahukan sesuatu.
Adi Ashraf mengeleng kepala. Tubuh isterinya dibaringkan membuatkan gadis itu mencebik apabila tak dapat apa yang dimahukan. Dia menyelimutkan tubuh isterinya sehingga paras bahu. Hidung isterinya dicuit lembut tanda geram.
"Goodnight." ucap Adi Ashraf sebelum menutup lampu bilik mereka. Dia kembali berbaring disebelah isterinya. Terasa tenang dirinya pada malam itu. Tak lama kemudian, dia sudah selamat berlayar di alam mimpi.
Manakala, Ariana Atilia tidur dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir. Harapannya hanya satu. Tak lain dan bukan daripada menjadi...
Cinta terakhir untuk Adi Ashraf.
???????????????
Keesokan harinya, Adi Ashraf meneruskan rutin hariannya seperti biasa. Namun kali ini bersama senyuman lebar terpamer di wajahnya. Perbualannya bersama Ariana Atilia semalam benar-benar menyenangkan hatinya pada pagi itu.
Dia gembira kerana tiada apa-apa lagi perkara yang dirahsiakan daripada isterinya sendiri. Rasa rindunya terhadap arwah turut terasa berkurangan selepas dia meluahkan segala-galanya kepada Ariana Atilia semalam.
"Adi..." panggil Encik Marzuki. Serta-merta menamatkan lamunan Adi Ashraf sebentar tadi. Dia segera mengorak langkah ke arah bapanya.
"Ya, papa." balas Adi Ashraf sopan. Dia mengambil tempat disebelah bapanya. Matanya sesekali meliar di ruang tamu rumah cuba mencari kelibat ahli keluarganya yang lain.
"Adi dah sihat? Semalam Riana kata Adi tak sihat." soal Encik Marzuki risau. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan isu kesihatan. Dia tak mahu perkara yang tidak diingini berlaku terhadap anak sulungnya.
"Adi dah sihat dah papa. Papa janganlah risau. Adi okay." balas Adi Ashraf cuba menyakinkan Encik Marzuki . Dia langsung tiada niat untuk membuatkan bapanya risau. Ini baru Encik Marzuki. Belum lagi dia ditanya oleh ibunya, Puan Ratna.
"Adi ambiklah cuti. Penat sangat agaknya ni. Yelah sebelum balik sini pun Adi kerja kan? Tambah lagi dengan kenduri ni." cadang Encik Marzuki cuba memujuk anaknya.
Adi Ashraf terdiam seketika. Ada benarnya juga kata-kata bapanya. Memandangkan sejak akhir-akhir ini terlalu banyak perkara yang berlaku membuatkan dia stres kadang kala. Mungkin percutian bersama Ariana Atilia dapat memberikan mereka berdua peluang untuk meluangkan masa bersama. Sekali gus, dapat menghilangkan tekanan.
"Pasal syarikat, Adi janganlah risau. Biar Akid yang uruskan." tambah Encik Marzuki bagai membaca fikiran anaknya. Adi Ashraf tersenyum nipis.
"Kenapa Akid pulak?" sampuk Akid Ahnaf yang mencuri dengar perbualan abangnya dan bapanya sejak dari tadi. Terkejut dia apabila namanya dipetik sesuka hati.
Adi Ashraf menghela nafas berat. Tanpa amaran, tubuh adiknya ditarik ke sebelahnya. Dia mula membisikkan sesuatu untuk membuatkan adiknya bersetuju.
"Kalau kau tolong jaga syarikat, aku belanja kau pakej honeymoon untuk hadiah perkahwinan kau dengan Maisarah nanti." ucap Adi Ashraf sambil tersengih.
Serta-merta, Akid Ahnaf berdehem. Telinganya mula memerah tanda malu. Matanya dijegilkan ke arah abangnya.
"Mana ada aku suka Mai-" marah Akid Ahnaf separuh berbisik tetapi terpotong apabila Adi Ashraf memotong percakapannya.
"Baguslah Akid setuju, papa. Adi nak pergi bagitahu Ariana kejap." ucap Adi Ashraf meminta diri terlebih dahulu. Encik Marzuki hanya mengangguk sambil tersenyum.
Manakala, Akid Ahnaf menahan diri daripada tidak mengamuk di situ. Dia tersenyum kekok kepada bapanya sebelum meminta diri. Tak guna punya abang! Tak lama kemudian, nama abangnya mula bergema di seluruh rumah.
"Adi Ashraf!"
???????????????
Kelihatan Ariana Atilia sedang sibuk mengemas beg pakaiannya. Memandangkan hari ini hari terakhir dia akan berada di rumah keluarga Adi Ashraf. Nampaknya selepas ini dia akan meneruskan kehidupannya seperti biasa.
Beberapa panggilan daripada syarikat bapanya yang memerlukan tandatangannya membuatkan dia sedia maklum dengan kerjanya yang tertangguh di pejabat. Bibirnya pula akan mengukir senyuman setiap kali dia teringatkan perbualannya bersama Adi Ashraf semalam.
Dalam diam, dia sudah merangka rancangan untuk membuatkan suaminya sendiri jatuh hati. Peluangnya semakin tinggi apabila Adi Ashraf mula menaruh kepercayaan kepada dirinya. Dia hanya doakan yang baik-baik sahaja agar segalanya berjalan lancar.
"Dah siap!" ucap Ariana Atilia gembira. Dia berpuas hati apabila beg pakaiannya sudah selesai dikemaskan. Kini hanya tinggal beg pakaian suaminya pula.
Namun bunyi deringan telefon menghentikan tindakannya. Dia segera mencari dari mana datangnya bunyi tersebut di dalam biliknya. Yang sudah pasti, itu bukan deringan telefon bimbitnya.
Kalau bukan dia, siapa lagi kalau bukan milik Adi Ashraf. Malangnya, sebaik dia terjumpa telefon pintar suaminya, panggilan telah pun diputuskan. Terpapar nama pemanggil di skrin telefon pintar tersebut.
"Riana, nampak tak phone aku?" soal Adi Ashraf dari luar bilik secara tiba-tiba. Tak lama kemudian, daun pintu bilik mereka dibuka oleh Adi Ashraf. Dia menyandarkan badan di pintu.
"Ni hah, letak merata. Nasib aku jumpa." balas Ariana Atilia. Dia menyerahkan telefon kepada suaminya. Telefon itu bertukar tangan.
"Tadi Izz call. Aku tak sempat nak angkat." maklum Ariana Atilia sambil membuka beg pakaian suaminya. Dia kembali menyambung kerjanya semula.
Adi Ashraf hanya mengangguk tanda faham. Dia meletakkan telefon pintarnya ke dalam poket seluar. Nanti sahajalah dia menghubungi semula sahabatnya itu. Tangan disilangkan ke dada, matanya memerhatikan perbuatan isterinya.
Ariana Atilia yang terasa seperti sedang diperhatikan segera menoleh kepala. Serta-merta, pandangan matanya bertembung dengan Adi Ashraf. Dia mengerutkan dahi.
"Apa tengok-tengok? Sinilah tolong. Barang kau jugak kan? Tak nak balik ke apa?" perli Ariana Atilia. Dia sudah mencekak pinggang.
Adi Ashraf tayang muka tak bersalah. Bahunya diangkat tanda tak kisah. Dia berjalan ke arah isterinya lalu melabuhkan punggung di penjuru katil. Matanya tak lepas daripada memandang isterinya.
"Kau tahu tak kita nak balik mana ni?" soal Adi Ashraf bersahaja. Ariana Atilia mempamerkan riak muka tak percaya. Dah lupa ke apa suami dia ni?
"Rumah kitalah. Balik mana lagi haih." balas Ariana Atilia malas-malas. Tangannya masih ralit melipat baju suaminya.
"Mana ada. Kita balik rumah Tok Wan lah." balas Adi Ashraf sambil tersengih. Tak sabar mahu melihat reaksi isterinya.
"Oh... Ha? Kau betul-betul la ni?" ucap Ariana Atilia tak percaya. Terlalu teruja apabila dapat berjumpa dengan Tok Wan akhirnya. Adi Ashraf mengangguk tanda mengiyakan.
"Tapi sebelum tu aku nak bawa kau dekat satu tempat ni. Lagipun aku dah janji nak tolong kau kan." sambung Adi Ashraf cuba mengingatkan isterinya semula. Namun apabila melihat muka blur isterinya dia meraup muka.
"Janji apa? Ha tak kisahlah. Asalkan kita pergi rumah Tok Wan. Promise?" ucap Ariana Atilia penuh teruja. Jari kelengkengnya ditunjukkan pada suaminya.
Adi Ashraf mengukir senyuman. Jari kelengkengnya turut ditunjukkan lalu disatukan bersama jari kelengkeng isterinya sebagai tanda janji tersebut diikat bersama.
"Promise."
Ehemmm...
dah lama betul kan tak update ??
Sorry?? ????
Stay tune?
Don't forget to vote!
Share this novel