SUASANA sepi menghantui seisi ruangan. Baik Ashraf mahupun Airra ,kedua-duanya senyap tanpa sepatah kata. Hanya celoteh DJ radio yg bergema saat ini.
" Nak pergi satu tempat tak? Tempat yg selalu saya lepak kalau tengah moody or stress" Bosan dgn suasana sunyi, Ashraf memulakan bicara dgn harapan Airra akan terpancing dgn ajakannya.
' Dia nak bawak aku pergi mana? Ke dia nak culik aku?'
" Jgn risau. Saya tak buat apa-apa pun kat awak. Bukan nak culik awak jugak. Saja nak kenalkan awak dgn tempat lepak saya" Ashraf memberikan keyakinan kpd Airra.
Airra tersentap. Ehhh! Macam tahu-tahu je apa yg aku tengah fikir. Hmmmm..
" Nak tak?" Ashraf mengulang pertanyaan yg sama bilamana Airra dilihatnya tdk memberikan sebarang tindak balas terhadapnya.
" Errrrrr..."
" Takpelah kalau awak tak nak. Saya tak paksa" Ada nada kecewa di situ. Muka yg ceria tiba-tiba bertukar bengis. Airra dpt menangkap maksud perubahan wajah itu. Dia jadi tdk berani utk bersuara sementelah wajah mencuka Ashraf terpampang di depan mata. Sudahnya, mereka kembali sepi dan hanya melayan perasaan masing-masing.
" YANG tadi tu kawan adek ke?" tanya ibu apabila Airra sudah melabuhkan duduk di sofa. Airra mula bermanja dgn baring di riba ibunya. Rasa selesa dan nyaman, dia jadi pengen tidur.
" Taklah bu"
" Habis tu? Kalau bukan kawan adek, tu siapa? Adek jgn nak naik kereta org yg adek tak kenal. Kita tak tahu niat orang..."
" Ibu... tu doktor Ashraf. Ingat lagi tak, doktor yg rawat adek dulu?" Cantas Airra. Sikap ibu yg kadangkala terlalu merisaukan dia membuatkan dia adakalanya rimas. Tapi dia faham kenapa ibu bertindak spt itu.
" Adek terjumpa dia kat Seven E tadi. Borak punya borak ,pastu dia offer diri nak hantar adek balik. Along punya pasal lah ni. Tiba-tiba ada kerja, tu yg adek kena tinggal. Nasib baik tak naik grab. Kalau tak, mahu ribut rumah ni ibu buat" Airra sambung cerita lagi. Dapat dia bayangkan sekiranya dia balik menggunakan perkhidmatan grab. Pasti berbakul-bakul dia dan along diceramahkan ibu.
Puan Zahara menarik nafas lega. Dia mengurut dada. Senang hati mendengar cerita Airra.
" Laaa yeke? Baiknya hati doktor tu. Kenapa adek tak kasi dia masuk? Bolehlah pekena kuih keria ibu tu, sambil-sambil borak dgn dia kejap"
" Ehhhh tak bu. Dia ada hal. Tu yg tak dpt singgah" Sebenarnya, Airra kecut perut melihat wajah bengis yg dipamerkan oleh Ashraf sebentar tadi. Setengah jam dihabiskan masa berdua di dlm kereta dgn lelaki itu, sungguh dia hampir tdk dpt bernafas! Nak bergerak pun dia takut-takut!
" Laaaa yeke? Nanti ada masa, adek ajaklah dia ke rumah. Boleh ibu kenal-kenal dgn dia"
" Tu pun kalau adek jumpa dia lagi bu. Kalau tak, takdelah" Airra memeluk lengan si ibu, meminta pengertian utk didodoikan. Dia tdk mahu bercakap soal lelaki itu lagi.
Puan Zahara tersenyum manja. Faham dgn perangai manja anaknya yg satu ini. Dibelai dan diusap kepala Airra sehingga tanpa sedar, gadis itu ketiduran di ribanya.
Share this novel