Bab 6

Romance Series 9630

BAB 6

Fakhri memandang wajah sedih Maisarah dengan rasa simpati. Terasa dirinya bersalah kerana membuka balutan luka lama Maisarah. Sumpah dia memang tak tahu hal itu semasa di kolej dulu kerana setiap kali mereka terserempak, Maisarah selalu ceria. Sungguh dia terkejut bila mendapat tahu Maisarah berhenti belajar. Apabila dia cuba hubungi Maisarah,nombor telefonnya sudak ditamatkan perkhidmatan.

“Macam mana kau kenal suami kau dan berkahwin? Mesti dia seorang yang istimewa sebab mampu memujuk hari kau kembali untuk bercinta." tebak Fakhri.

“Aku kenal husband aku masa ada tugasan wartawan di Hospital Pantai Bangsar. Mahu menemubual pesakit. Dia pula doktor di hospital tu. Masa mula-mula kenal,dia memang tak suka aku. Aku lagi la tak suka dengan lelaki. Katanya,aku menggangggu pesakit. Kami bertengkar juga dan ada beberapa kejadian berlaku sampai kami terpaksa bertukar nombor telefon," jelas Maisarah menguntum senyum mengingatinya.

“Sampai macam tu sekali kau berubah?Gila lah hang ni. Frust sampai macam tu sekali," kata Fakhri.

"Masa mula-mula tu, memang kami sering bertengkar dan tak suka satu sama lain. Lepas tu entah macam mana kami baru perasan kami ada satu chemistry dan fikiran yang sama. Degil. Lama-lama, kami boleh lepak bersembang dan jatuh hati,"sambung Maisarah.

"Dahsyat juga ya kalau betul-betul sayang. Habis tu mana husband kau sekarang? Tak ikut sekali?” soalan Fakhri membuatkan Maisarah tersenyum nipis.

“Selama dua tahun kami bercinta, dia tak putus asa pujuk aku untuk terima dia dan kami berkahwin. Perkahwinan ini aku buat kecil-kecil saja di KL untuk ahli keluarga. Aku bahagia dengan husband aku sebab dia pandai ambil hati aku dan dia banyak betulkan kesilapan aku. Walau pun dia seorang mualaf tapi dia yang banyak memberi nasihat dan membimbing aku. Selepas Icha umur sembilan bulan, dia kemalangan dan meninggal dunia. Jadi tinggallah kami berdua. So my husband is here," Maisarah meletakkan tangan kanannya ke dada kiri.

“kau memang wanita yang tabah. Aku minta maaf kalau aku menyinggung perasaan kau," kata Fakhri.

“Tak apa. Dah tertulis jalan hidup aku begini. Icha adalah kekuatan aku,” Maisarah mencuit pipi Aishah.

Fakhri kasihan melihat Aishah yang sempat merasai kasih sayang ayahnya cuma sekejap. Manja Aishah terserlah apabila dia memeluk Maisarah dan mencium pipi mamanya itu.

“Aik, cium mama je? Untuk Uncle?” usik Fakhri sambil mengangkat keningnya. Aishah tersengih malu.

“Uncle pun busy macam mama ke? Uncle kerja apa?”soalan Aishah membuatkan Maisarah tersedak air yang dihirupnya. Boleh pula dia tanya soalan macam tu nak soal siasat.

“Uncle kerja apa?Hmm..uncle kerja tangkap orang jahat. Icha suka tak kerja uncle? Sebab Mama Icha tak suka polis," Fakhri tersenyum nakal sambil matanya dilirikkan ke arah Maisarah. Maisarah menjeling geram. Aishah ni saja nak perangkap mamanya. Terkekeh-kekeh ketawa Aishah sebab suka sangat dapat tengok muka mamanya merah menahan geram.

"Kau dah jadi polis. Patut tegap semacam. Bertugas kat mana?" tanya Maisarah mengalih perhatian.

"Kat PJ. Ni balik kampung pun sekejap je jenguk mak dengan ayah aku. Mereka marah sebab aku tak kahwin lagi, umur dan nak masuk 30 tahun ni," jawab Fakhri sambil ketawa.

"Biasalah tu. Risau orang tua. Kenapa tak nak kahwin lagi? Rupa ada,kerja elok. Kau memilih sangat kot,"perli Maisarah.

“Aku tunggu seseorang yang lama aku minat. Minat sejak sekolah lagi. Aku selalu pandang dia dari jauh sebab aku tahu kalau dia jodoh aku satu hari nanti,aku tetap jadi milik dia nanti.Dia cantik walau pun dia nampak macam pembuli. Sebab dia lah,aku tak kahwin sampai sekarang,”cerita Fakhri mengulum senyuman.

“Hai... Dari sekolah. Aku kenal ke? Tapi lama sangat dah kau tunggu ni. Apa kata kau jumpa dia terus dan tanya. Nak kahwin tak dengan kau. Tak tanya kau tak tahu. Takut nanti, kau juga yang melepas," balas Maisarah memberi semangat. Aishah pun turut menunjukkan tanda isyarat bagus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience