BAB 3

Romance Completed 128053

Puan Sri Rossa membuang pandang pada gelagat si anak gadis bongsunya yang sedang menelefon tunangannya, Adrian Haydar. Nampak benar sedang di lamun cinta. Dalam diam dia semakin muak melihat hubungan anaknya itu dengan lelaki itu. Turutkan hati, tak ingin pun dia menerima Adrian Haydar dalam keluarganya ini. Walaupun Adrian Haydar boleh di katakan bukan dari kalangan keluarga yang tak memiliki apa-apa langsung tetap saja ada jalur di antara mereka. Darjat mereka masih jauh berbeza.

"Ada something wrong ke dengan Rumi tu ma? Tengok lain semacam je."

Suara anak terunanya menerjah telinga sehingga dia sedikit tersentak.

"Mama bukan apa Ar, sebenarnya mama tak suka adik kamu tu bertunangan dengan Adrian. Ramai lagi lelaki yang setara kita nakkan adik kamu tu sebenarnya. Malu mama rasa tiap kali orang tanya siapa tunang Rumi. Kamu nanti nak cari perempuan cari yang setara. Dengar cakap mama ni, jangan jadi macam adik kamu tu."

Aryan hanya tersenyum sumbing mendengar bebelan Datin Sri Rossa.

"Kalau bukan sebab daddy kamu langgar lari papa Adrian malam tu, mama yakin daddy kamu tu sama je dengan mama. Takkan setuju pun hubungan Rumi dengan Adrian." Datin Sri Rossa mengangkat punggungnya.

Sakit pula matanya jika terus berlamaan melihat Arumi menggeletis masih bergayut di telefon berhampiran kolam renang.

Aryan mendekati Arumi. Sempat Arumi jeling abangnya. Kacau daun betul!

"Abang takda tempat lain ke nak menapak. Kacaulah!" Arumi mendengus sebal setelah menamatkan panggilan dengan Adrian Haydar.

Aryan buat tak endah. Ada sesuatu sebenarnya ingin dia tanyakan pada Arumi. Hanya inginkan kepastian.

"Kau ingat lagi tak malam tu?"

Bercantum rapat kening Arumi. Otaknya ligat mengingatinya. Puas juga dia perah ingatannya.

"Malam tu plan kau jugak. Kau lupa?"

Melonggo Arumi. Baru ingat! Sudah lama dia lupakan malam itu kalau bukan Aryan yang ingatkan.

"Kenapa abang tanya? Abang risau Arumi bagitau daddy dan mama? Tak payahlah abang risau, malam tu kita kan dah sepakat jadi rahsia kita yang tau je."

"Kalau sampai kau buka mulut, aku pun akan buka mulut dekat tunang kau siapa langgar lari papa tunang kau tu." Aryan mengugut. Sebagai langkah berjaga-jaga.

"Abang! Apa ni?! Rumi dah cakap Rumi takkan bagitau daddy dan mama!" Arumi membentak emosi.

Kalau Adrian Haydar tahu perkara sebenar, dia yakin sangat hubungan mereka takkan bertahan lama. Dia sayangkan Adrian Haydar. Tulus dia mencintai lelaki itu. Lagipun, keluarganya masing-masing sudah sebulat suara akan merahsiakan perkara sebenar dari di ketahui Adrian Haydar.

Awalnya, Arumi sendiri tak menyangka jika lelaki yang mengawali pergerakannya rupanya anak pada lelaki yang daddynya, Tan Sri Dariz langgar lari. Sebab itu jugalah hubungan mereka di terima keluarganya. Demi rahsia yang harus di jaga. Mendekati keluarga Adrian Haydar membuatkan mereka mudah tahu apa yang terjadi sembari mengelabui mata keluarga Adrian Haydar dengan sebuah kebenaran yang di sembunyikan.

"Abang sanggup bagitau perkara sebenar? Macam mana dengan daddy? Abang memang pentingkan diri sendiri!"

"Aku cuma ingatkan kau jangan sampai kau terlepas cakap. Walaupun kau adik aku, kau ingat senang aku nak percaya dekat kau. Kalau sampai daddy dan mama tau, aku takkan berdiam diri. Aku akan heret kau jatuh sekali dengan aku." di pandangnya serius Arumi.

Arumi merengus lantas menyusun langkah ke bilik. Rosak moodnya!

ADRIAN HAYDAR yang terlena di sofa terjaga apabila telinganya menangkap gumaman suara tidak jauh dari sofa tempatnya merebahkan tubuh. Tubuhnya segera di angkat.

"Tolong..."

"Jangan..."

"Jangan!"

Tergeleng ke kiri ke kanan kepala Shea. Tangannya terangkat memukul angin. Gumamannya terus kedengaran. Peluh kecil merenek di dahi. Adrian Haydar mendekati pinggir katil. Dia lihat Shea seperti sedang bergelut dalam tidur. Tangan itu tak hentinya memukul angin. Bermimpi burukkah?

Adrian Haydar merendahkan kepalanya. Mahu dia biarkan tak mungkin juga. Tangan kanannya terangkat menyentuh bahu Shea membuatkan gadis itu sontak terduduk spontan menolak tubuh Adrian Haydar sehingga terundur selangkah ke belakang.

Cuak wajah Shea. Laju nafasnya. Wajah di tekup lama. Tanpa suara, Adrian Haydar memalingkan tubuh kembali semula ke sofa. Sedangkan Shea, sepasang matanya masih tertuju pada belakang tubuh itu. Sekali lagi, perasaan dejavu menerpa diri.

"Kita pernah bertemu sebelum ni?" terpacul pertanyaan sebegitu dari bibir.

Adrian Haydar pandang Shea. Lama.

"Tak." yakin sekali jika mereka tak pernah bertemu.

Shea meraup wajahnya lalu melangkah turun dari katil keluar dari bilik. Berkerut kening Adrian Haydar sedang mindanya cuba mengingat andai mereka pernah terserempak di mana-mana. Jawapan di kepalanya memang tak pernah pun.

SIANG itu, Shea datang singgah di cafe ibu mentuanya. Walaupun sama terpaksa seperti Adrian Haydar, setidaknya wanita itu layak di santuni sebagai seorang mentua.

Puan Ayunda memasang tampang terkejut melihat menantunya tiba-tiba datang di cafe yang telah lebih 4 tahun di usahakan bersama suaminya.

"Shea... Terkejut mama Shea tiba-tiba datang sini." bergegas di dekati Shea.

"Papa ada bagitau mama buka cafe dekat sekitar ni sebab tu Shea terfikir nak singgah."

Angguk, Puan Ayunda mengamit Shea duduk.

"Shea nak makan apa, mama masakkan."

Shea meraih buku menu di tepi meja. Di beleknya tidak lama lalu memesan sup tulang buatan air tangan wanita itu.

"Tunggu kejap, mama siapkan." senyum manis di ukir.

Shea angguk dengan senyuman tipis. Matanya mengitari sekeliling cafe. Kemas dan sedap mata memandang namun lenggang. Bukan tak tahu ekonomi sekarang makin merudum.

"Mama!"

Seorang gadis berbaju kurung sekolah muncul terpekik di hadapan pintu. Bag yang di galas di bahu di letak atas kerusi. Shea toleh, pandang hairan.

Langkah kaki si gadis menerpa ke arah Shea. Di amati wajah cantik itu. Bukan ni...

"Isteri abang!" teruja benar dia, tak sangka dapat juga bertemu akhirnya.

Ariana Hana tak berkedip pandang wajah si kakak ipar. Lagi lawa dari tunang abangnya yang berlagak tu. Kagum Hana, dia tahu Shea berusia sedikit dari Adrian Haydar dari cerita mamanya. Tapi perempuan depannya ini cantik!

Adik Adrian Haydar? Shea membodohi diri sendiri. Tu lah sebab taknak ambil kesah langsung sampai adik suami sendiri pun tak kenal.

"Hana..."

Shea angguk. Tanpa di pelawa, Hana menarik kerusi duduk menghadap Shea.

"Akak datang sorang?"

"Ya, terfikir nak singgah."

Terangguk Hana. Dari pengamatannya, Shea jenis tak mudah mesra. Bukan macam Arumi, gedik sepanjang masa. Nak saja dia bangkang hubungan abangnya dengan anak orang kayangan tu. Dari mula lagi Hana kurang suka bila abangnya memutuskan untuk bertunang dengan Arumi.

Bunyi gelak tawa pasangan yang baru melangkah masuk segera membuat Hana menoleh pada empunya badan. Nah! Baru je cakap dah timbul.

Langkah Adrian Haydar terpaku ketika melihat Shea ada di cafe mamanya. Argh! Boleh pula mereka terserempak waktu macam ni.

"You, kenapa?" Arumi menampar lembut lengan Adrian Haydar di sebelah.

"Huh? Nothing." ekspresi muka di kawal sebaik mungkin.

Serentak, Shea menoleh memandang pasangan yang masih belum duduk itu. Tertancap matanya pada wajah perempuan di samping Adrian Haydar.

"Tu lah tunang abang." Hana membuka mulut sambil mulut terjuih sedikit mengarah pada Arumi.

Tunang? Perempuan itu rupanya tunang pada Adrian Haydar? Tak semena-mena Shea mengekek kecil sehingga membuat Hana terpingga-pingga hairan. Tak sangka, kecilnya dunia.

"Akak kenal?"

"Siapa tak kenal anak Tan Sri Dariz."

Tak langsung Shea duga jika tunangan Adrian Haydar rupanya Arumi. Menyesal juga rasanya tak ambil tahu lebih awal. Mahu rasanya Shea bersorak suka. Takdir, memang hebat.

"Kita makan dekat lain je, boleh?"

Kehairanan Arumi. Belum sempat mengangguk setuju, Puan Ayunda dah muncul bersama dulang yang terletak semangkuk sup tulang serta sepinggan nasi untuk Shea. Terkejut wajahnya melihat kehadiran Adrian Haydar dan Arumi di saat bersamaan Shea juga ada di situ.

Arumi tak jadi hendak mengangguk setuju, terpaksalah mereka makan di cafe mama Adrian Haydar. Ikutkan, dia bosan dah dengan makanan yang mama Adrian Haydar masak. Demi menjaga hati wanita itu, terpaksalah kaki di bawa sesekali singgah di situ.

"Ma..." sapanya dengan senyuman lembut.

Puan Ayunda memasang senyum canggung. Perasaannya lebih serba salah pada Shea sebagai isteri sah.

"Oh, pelanggan mama." Arumi melirik belakang tubuh gadis tidak jauh dari tempatnya berdiri.

Puan Ayunda sekadar mengangguk. Iyakan saja. Takkan nak kata Shea tu isteri sah anaknya. Mahu menggila Adrian Haydar nanti.

"Duduklah..."

Arumi menarik tangan Adrian Haydar duduk selang semeja di belakang tempat yang di duduki Shea.

"Shea nak apa-apa lagi, bagitau mama?" perlahan suara Puan Ayunda berbisik.

"Ni pun dah cukup."

Hana pandang kakak iparnya. Tenang. Tak nampak macam nak mulakan perang. Ah! Mereka kan kahwin paksa. Terlupa.

Adrian Haydar tak tahan duduk seruang dengan Shea dan Arumi pada waktu yang sama. Dia bingkas menuju ke dapur untuk menarik nafas yang mula sendat di dada. Rasa bersalahnya semakin menebal pada Arumi.

"Hana, bilik air mana?"

Hana tunjuk arah bilik air berhampiran dengan dapur. Shea bangun meminta diri ke bilik air. Hana bangun mendekati Arumi pula.

"Aww, cantiknya akak hari ni." pujinya selangit.

"Really? Aww, thank you. Pandai Hana ambil hati I kan." bangga Arumi. Suka bila diri di puji.

Hana angguk. "Macam barbie yang tengah trending sekarang ni."

Kembang hidung Arumi. Hana sengaja buat begitu, mahu melihat kenarsisan perempuan depannya ini. Macam manalah abang aku boleh sangkut dengan mak lampir ni.

"Shea nak ke bilik air ke? Ad baru je masuk tadi."

"Takpa ma, kami dah biasa masuk sama."

Terpempan Puan Ayunda. Biar betul!

Tanpa mengetuk, pintu bilik air yang di biar terbuka kecil di tolak. Terkejut Adrian Haydar.

"You buat apa!" nada berbisik apabila melihat Shea sudah mengunci pintu.

Shea dekatkan jari telunjuk di bibir. "Jadi, perempuan tu tunang you." tubuh Adrian Haydar di rapati.

"Dia ada nama." tegas nada.

"Arumi. Sejalang orangnya."

Bengang Adrian Haydar. "Apa masalah you ni!" suaranya cuba di kawal agar tak sampai mamanya dengar.

Shea jungkit bahu. "I tersilap cakap." kepala menunduk, bawah bibir di sentuh sebelum wajahnya di angkat beberapa saat kemudian lalu tersenyum kecil.

"Pandai you cover love bites I kan." leher Adrian Haydar di elus. "Kenapa? You takut kantoi? Hmm... Bagus, pandai you jaga hati tunang you tu. You buat I kagum dengan you."

Cepat saja Adrian Haydar tangkap pergelangan tangan Shea.

"Apa yang you tahu tentang tunang you? Yang you tahu cuma cinta dan sayang. Sometimes, cinta boleh buat manusia jadi buta dan bodoh menilai."

"Apa bezanya dengan you. Di mata I you lebih lagi jalang."

Terkesima, Shea langsung memaut tengkuk Adrian Haydar menyambar ganas bibir itu. Beberap kali dirinya di tolak Adrian Haydar berapa kali itu juga dia menyasarkan bibir itu lagi.

Mahu dia pertontonkan seperti apa perempuan jalang yang sebenar. Silakan kau nikmati Adrian Haydar!

Tewas! Adrian Haydar akhirnya tewas. Ciuman bibir itu tak mampu dia tahankan lagi. Tak mampu juga dia menghindar. Sekejapan tangannya naik menahan belakang tengkuk Shea. Pagutan bibir itu di balas.

Lelaki, pantang sikit di goda! Pantang di sentuh.

Terleka dalam beberapa saat sehingga bunyi ketukan bertalu-talu di luar pintu menganggu suasana.

"You!"

Suara Arumi kedengaran.

Tak sempat lagi Adrian Haydar meleraikan bibir mereka, satu gigitan begitu memedihkan tepi bibirnya. Berdarah!

Dia mendesis sakit. Hujung bibir di sentuh, menyapu darah bibirnya dengan ibu jari.

Sedangkan Shea, terus membasuh mulutnya di sinki. Terkesap Adrian Haydar. Mendidih betul darahnya.

"Bukan you ke yang kiss I dulu? And now you buat perangai macam you pula yang ternoda!"
wajah Shea di paut.

"You! Apa you buat dekat dalam tu!" Arumi di luar sudah pun hilang sabar.

Sementelah, Puan Ayunda hanya mampu mengelengkan kepalanya.

"Sekejap! You tak payah gesa I boleh tak!" tak semena-mena dia meninggikan suara dari dalam gara-gara bengang dengan Shea.

Terkedu Arumi. Kecil hatinya. Kaki di hentak lalu melangkah ke mejanya semula. Sampai hati Adrian Haydar tinggikan suara. Tadi kata pergi sekejap je. Sekejap apanya! Hish!

Shea tepis tangan Adrian Haydar yang masih memaut bawah dagunya.

"Bibir you ni..." di sentuh bibir lelaki itu. "I yakin sangat mesti dah puas you guna telajahi tunang you dekat luar tu. You kena tau, I geli berkongsi."

Shea sedar diri pun bukanlah sesuci mana. Tapi hendak berkongsi dengan perempuan lain tu memang tak akan terjadi dalam kamus hidupnya.

Mengetap rahang Adrian Haydar. Dia langsung buka pintu keluar dengan hati panas.

"Bibir you kenapa?" hinggap jemari Arumi menyentuh luka di bibir lelaki itu.

"Luka."

"Tadi takda pun. You buat apa je dekat dalam tu." rungutnya tak puas hati.

"Dah lah, you makan cepat. Sejuk nasi tu nanti." tangan Arumi atas meja di genggam kemas.

Hana memutar bola mata melihat adengan manis abangnya dan Arumi. Menyampah!

Shea mendekati Puan Ayunda. Sedikit wang belanja dia suakan pada wanita itu sejurus keluar dari bilik air.

"Eh, apa ni Shea?" Puan Ayunda menolak pemberian menantunya itu.

Jauh dalam hati dia malu pada gadis depannya ini. Malu mempergunakan kesempatan yang ada. Terasa mementingkan diri sendiri dan mengabaikan kebahagiaan mereka.

"Mama ambik je, tak banyak tapi cukup untuk belanja yang perlu." tangan Puan Ayunda di raih lembut.

Tertunduk Puan Ayunda. "Mama minta maaf, Shea."

Shea tersenyum simpul. "Shea sepatutnya bersyukur sebab mama dah selamatkan maruah Shea. Benda dah jadi kan." di tepuk-tepuk lembut kekura tangan wanita itu.

Tersentuh hati tuanya. "Mama harap, kalau boleh Shea dan Ad jangan sampai bercerai. Boleh ya." rayunya.

Dia tak ingin hubungan anak menantunya berakhir dengan perceraian walaupun mustahil mereka akan jadi seperti pasangan suami isteri lain layaknya. Shea sekadar meleret senyum paksa.

"Ma, Shea gerak sekarang. Sedap mama masak. Lain hari Shea ajak kawan datang sini." pujinya ikhlas.

Bertukar gembira air muka Puan Ayunda. Kepala di angguk.

Adrian Haydar sempat menangkap kelibat Shea yang melangkah pergi. Perempuan tu cukup berani. Sakit hati pun ya di buatnya.

Sedang ingin membolos masuk ke dalam kereta, laungan suara yang memanggilnya membantutkan pergerakan Shea.

"Akak!"

Hana sua telefon di tangan.

"Minta nombor akak boleh?" sengih panjang Hana. Nak minta dekat abangnya jangan harap Adrian Haydar ada simpan nombor Shea, kan!

Shea senyum kecil. Nombor di save dalam contact telefon gadis itu.

"Akak gerak dulu." pamitnya.

"Safe drive akak." tangan di lambai.

"Regular customer mama you ke? Rapat je I tengok Hana dengan dia." Arumi yang memandang gelagat Hana bukan main mesra dengan Shea mula bertanya.

"Maybe. Hana kerap bantu mama dekat sini." geramnya berpindah pada si adik. Di tahu Arumi kelak bagaimana?

DALAM kereta yang masih terparkir di kotak parking, Arumi mula mengoda Adrian Haydar di sebelah ketika menghantarnya pulang ke kondonya malam itu.

"You taknak singgah naik kejap. Kalau nak bermalam pun I suka."

Adrian Haydar geleng. "I kena jaga papa I malam ni." tolaknya lembut. Juntaian rambut gadis itu di selitnya ke belakang telinga. Kepala Arumi di usap penuh kelembutan.

"You selalu je tolak permintaan I kan? You ni..." wajah rajuk di tarik.

"Kenapa you tak macam partner orang lain? Teman I dengan partner masing-masing boleh je berkiss. You, sekali pun tak pernah. Tak salah pun kan, I ni tunang you bakal isteri you jugak." sungutnya menyuarakan kekesalan yang tersimpan lama di hati.

Adrian Haydar sudah masak dengan perangai Arumi. Bukan sekali dua Arumi mengodanya sehingga hampir-hampir saja dia terlajak. Dia lelaki normal, macam Shea lakukan tadi. Terkulai layu imannya. Tapi yang pelik mudah saja dia rapuh dengan godaan Shea. Arumi dah banyak kali mencuba pun masih tak berhasil lagi. Entahlah. Adrian Haydar sendiri tak faham dengan reaksi tubuhnya.

Arumi mendengus. Banyak kali dia cuba tau tak! Sering kali itu juga Adrian Haydar tak termakan dengan godaannya. Masa keluar dinner malam tu, dia cuba umpan dengan bermacam cara tapi semua tak jalan pada lelaki itu. Macam-macam alasan Adrian Haydar bagi dari dulu semata nak mengelak godaannya. Nak kata tak normal, Adrian Haydar bukanlah tipe pasangan sejenis.

Cemburu bila teman lain berkongsi pengalaman yang tak pernah dia nikmati lagi. Arumi pandang Adrian Haydar, secepat kilat tangannya menarik kemeja di tubuh itu sehingga wajah Adrian Haydar terdorong dekat depan mukanya. Baru ingin di jamah bibir itu, kuat cengkaman tangan Adrian Haydar menarik bahunya menjauhkan jarak mereka.

"Tengok!" Arumi naik angin. Dia menonong keluar menghempas kuat pintu kereta. Tak dia endahkan panggilan Adrian Haydar. Hampa dengan lelaki itu!

Adrian Haydar menyandarkan tubuh ke pintu kereta. Melepas satu keluhan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience