MAB 31: SORRY

Romance Completed 902165

“Ash…”

Zahrin yang sedang melunjur di katil sambil menggeser-geser skrin telefonnya, menoleh sekilas ke arah Irdina yang sedang menyikat rambut di depan meja solek.

“What?”

“Kenapa you ajar perkataan macam tu dengan anak-anak?” Irdina masih belum berpuas hati dengan Zahrin kerana mengajar perkataan bukan-bukan kepada Lily dan Lana. Ya, perkataan itu mungkin terdengar biasa bagi orang seusia mereka, tetapi apabila ia keluar dari mulut Lily dan Lana, terdengar sangat memalukan.

“Perkataan apa?” tanya Zahrin, terdengar acuh tidak acuh saja, kerana matanya sibuk membaca emel yang dihantar oleh Anita semalam.

“Flirting tulah. You tahu kan Lily Lana tu mudah mengikut. Their brain storage is gigantic and they can store, process and access a lot of information at one time.”

“Semua perempuan memang macam tu kan,” balas Zahrin lalu tertawa.

Irdina berdecit. “Yalah, memang pun. Men’s brain is like Bermuda Triangle. Information goes again and then it’s never found again.”

Pecah tawa Zahrin dengan jawapan Irdina.

“I tak suruh you ketawa. I suruh you jawab soalan I tadi.”

“Soalan apa?”

“See…Memang macam Bermuda Triangle. Baru tadi I tanya.”

“Oh…About flirting?” Daripada melunjur, Zahrin bersila sambil mengadap Irdina yang sedang menyapu krim siang pada wajahnya. “I tak sengajalah sayang. Geram bila Lana bagitahu ada budak lelaki bagi coklat dekat Lily. Bukan sekali tau, tapi berkali-kali. Dia baru lima tahun. Belum masanya lagi untuk ada orang minat dia, apa lagi budak yang seusia dengan dia.”

“Budak lelaki? Maksud you, Darrel?”

“So you tahu?” Meninggi suara Zahrin sambil memandang Irdina dengan wajah tidak percaya.

“Tahulah. Lily selalu cerita. Darrel tu anak saudara Kaivan. Cute sangat dengan bulu mata panjang dia tu.” Irdina tersenyum, membayangkan wajah comel Darrel yang selalu menunggu Lily dan Lana di depan pagar sekolah setiap pagi jika dia sampai lebih awal.

“Suruh bapak dia pindahkan dia ke sekolah lain sebelum I pindahkan Lily dan Lana!”

“Eh kenapa sampai nak kena tukar sekolah? Budak-budak je kot. Biasalah tu.”

“I tak bolehlah Dina. I…”

“Cuba bagitahu. Kenapa? Perasaan suka tu kan lumrah.”

Zahrin berdecit. “Masa umur dia macam nilah kita kena control. Bila dia dah besar, dah masuk sekolah, pergaulan dia dah luas, dia akan jadi bebas.”

“Tak adalah. Masa I tadika dulu ramai budak lelaki bagi hadiah, tapi I membesar elok je. Tak terlalu bebas, tak jugak terlalu tertutup.”

“You tak faham, Dina. You and Lily Lana membesar dalam persekitaran yang berbeza. I tak sukalah ada budak lelaki dekat-dekat dengan anak-anak I. The one they should adore is me, the one they should ask for a kiss is from me, the one they should call a hero is me, the one they should call the most handsome man is me. Me! Their daddy!”

Terkebil-kebil Irdina memandang Zahrin yang kelihatan begitu emosi.

“Ash…Of course they adore you. You’re their hero, bangun pagi, sebelum pergi sekolah, they will kiss you, and every time they ask for toys, they will call you the most handsome daddy in the world.”

“Memang sepatutnya macam tu until they reach an age that I think is appropriate for them to have a boyfriend.”

“Umur berapa Ash? 40?”

“Taklah sampai 40. You kahwin dengan I dulu, umur berapa?”

“Kahwin kali pertama ke kedua?” Irdina bertanya dengan nada nakal.

“Mulalah tu, nak mengungkit.”

“Ish, mana ada I mengungkit. I tanya je. Kalau kahwin kali pertama, 26 tahun. Kahwin kali kedua 28 tahun. Jadi, umur mana yang you nak jadikan bench mark untuk Lily dan Lana?”

“30!”

“Eh tua sangat tu.”

“You masa umur 26, 28 tu masih tak matang."

“Wah…Wah…Pagi-pagi dah nak cari gaduh dengan I.”

“Yalah. Umur 26, 28 tu you masih main tanggal-tanggal baju depan piano.”

Irdina picing mata. Zahrin cukup suka mengungkit tentang itu. “Information tu tak hilang pulak dari otak you ya?”

“Ha ah…Pelik kan? Maybe dia cuma lalu tepi Bermuda Triangle, tapi tak masuk dalam.”

“Yalah tu.” Irdina malas melayan, kembali menyambung rutin penjagaan muka siangnya.

“Dina…Every day bila hantar Lily Lana pergi sekolah, you kena pesan, jangan pandai-pandai nak cium-cium, pegang-pegang tangan dengan budak lelaki.”

“Iya Ash. I memang selalu pesan.”

“You tengok semalam, dia mintak nak kiss Darrel. Nasib baru lima tahun, kalau 15 tahun, I boleh mati berdiri dengan perangai Lily tu.”

“Dia maksudkan kiss biasa-biasa je tu. Lagipun Darrel tu memang cute. You jangan risau sangatlah.”

“Mana I tak risau, I dengan Rina dulu…” Kata-kata Zahrin sontak terhenti apabila menyedari telah lancang menyebut nama Rina di depan Irdina.

Tangan Irdina yang sedang menutup tiub krim siangnya terhenti pergerakannya. Kepala ditoleh memandang Zahrin.

“You dengan Rina dulu kenapa?” tanyanya.

Tidak menjawab, sebaliknya Zahrin mendesah kasar. “I dengan Rina dulu kenal dari zaman sekolah. Mula dengan suka, then…” Zahrin tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan, tetapi dia tidak mahu Lily atau Lana terjerumus seperti Rina akibat terlalu diberi kebebasan. “…tak payahlah I cerita, tapi…I…I…tak nak Lily atau Lana jadi macam Rina. You faham kan?”

Irdina belum sempat menjawab, Zahrin kembali menyambung. “I lelaki dan I tahu apa yang bermain dalam kepala lelaki bila dia nampak perempuan tunjukkan minat pada dia. He will take advantage.”

“At what age did you first have an intimate physical contact with Rina?”

Bulat mata Zahrin dengan pertanyaan Irdina itu. “Dina, that’s not what you should ask.”

“I cuma nak tahu dan I tak rasa apa-apa. I tak jealous because I know, now you’re mine.”

“Twenty.”

“What? Wow!”

“Apa yang wow?!” Geram pula Zahrin melihat wajah Irdina yang sepertinya kagum dengan apa yang baru didengarnya itu. Capai bantal, lalu dicampak ke muka Irdina.

Irdina terkekeh. “Ash…Cara kita besarkan Lily dan Lana tak sama dengan cara Rina dibesarkan. You kena percayakan I and percayakan anak-anak you. Even dengan Zahran pun dia orang pandai jaga limit tau. Ingat tak, masa you accident, I tinggalkan Lily Lana dengan Zahran? Dia orang tak benarkan Zahran mandikan. Arianna yang tolong. So, nampak tak? They’re smart and they know what’s good, what’s not. Cuma kita kena selalu ingatkan. Okay abang?”

Zahrin berdecit. “You ingat, panggil I abang, semua yang you cakap tu I terimalah?”

“Habis tu, abang nak Dina buat apa?” Sengaja dileretkan suaranya, dengan mata terkedip-kedip manja. Ah, itu memang kepakarannya.

“Eh Dina…” Zahrin berdesis. “…geramnya aku.”

“Yalah…Yalah…Nanti I nasihatkan Lily Lana. Kalau nak cium, cium daddy je. Macam mommy. Mommy suka cium daddy.”

“Really? Bila last you cium I?”

“Baru tadi. Masa bangun tidur, sebelum Subuh.”

“Oh ye ke. Kenapa I tak ingat?”

“Because your memory is like Bermuda Triangle,” ujar Dina lalu bangun dari duduknya, mahu turun membantu PS Wahida menghidangkan sarapan pagi.

“My memory is like Bermuda Triangle, but I am like the Black Hole. Means that nothing, including light, let alone you, can escape my gravity.” Serentak dengan kata-katanya, Zahrin menyentak tangan Irdina yang melewatinya membuat isterinya itu jatuh ke katil. Tidak membenarkan Irdina melepaskan diri, dipeluk kemas tubuh isterinya itu.

“I pernah terbaca. Dalam lohong hitam, time will stop altogether, tapi tak tahulah teori tu betul ke tak. Yang dah masuk dalam lohong hitam tu pun tak keluar-keluar," ujar Irdina.

Zahrin tertawa, tetapi tidak berkata apa-apa kerana dia tahu ada perkara lain lagi yang mahu diperkatakan Irdina.

“Tapi kalau betul, then it would be the perfect place to love someone. The time will stop once we fall in love with someone, and that love will last forever. That's why my love for you never changes. Because you're my black hole. You have sucked me in with the gravity of your love, until I am trapped inside and can never get out.”

“Ohh…How sweet.” Tertawa senang, Zahrin mengeratkan pelukannya. Irdina jika berkata manis, kalah semua suku sakat buaya darat serata alam.

“Dari mana you belajar jadi sweet talker ni?”

“From my sweet husband.”

“Tapi Dina, once you masuk dalam lohong hitam, you boleh mati tau.”

“Alamak ye ke? Then you will suck another woman with your gravity?”

“Errmmm…Sounds nice huh? Takdelah you sorang-sorang kat dalam. Boleh bermadu dalam lohong hitam.”

Irdina menyengir sebal. Sengaja Zahrin mahu memancing amarahnya seawal pagi begini.

“You know what. Lebih baik you sucked me in and let me die inside, daripada you sedut lepas tu luah balik, macam Rina.”

Hek! Tersedak Zahrin dengan jawapan Irdina.

“Kenapa asyik sebut nama Rina je hari ni?”

“Kenapa, you tak suka ke?”

“Sukalah. Pernah dengar mantan terindah?” Lagi-lagi Zahrin sengaja memancing emosi isterinya.

“Siapalah yang cipta istilah bodoh tu. Kalau terindah, takkan jadi mantan, dia akan jadi jodoh,” balas Irdina.

“Oh ya tak ya jugak. Kalau macam tu, nak ganti jadi istilah apa?”

“Yang sibuk nak fikir istilah untuk mantan tu dah kenapa? Mantan tu mantanlah.” Geram pula Irdina dengan Zahrin pagi ini. Entah apa mimpinya malam tadi sehingga sibuk menyebut nama Rina.

“Tadi you kata tak jealous, dah tak rasa apa-apa, because now I’m yours. Ni sekarang kenapa marah-marah pulak?”

“Marahlah. Kalau sekali tak apa, ini berkali-kali. Rina. Rina. Rina.”

“Memang sekali je I sebut tadi. Itu pun sebab tersasul. You yang banyak sebut nama dia.”

Irdina diam; cuba mencari alasan untuk menyalahkan Zahrin.

“You yang buat I sebut nama dia.”

“Nak salahkan I pulak?”

“Ash…You kenapa pagi-pagi ni nak cari gaduh dengan I?”

“Sebab I pernah terbaca, suami yang berjaya adalah yang berhasil membuat isterinya marah.”

Irdina menyengir. “Mencanak-canaklah statistik suami berjaya lepas ni.” Mencapai getah rambut di atas meja di sisi katil, disanggul tinggi rambutnya sebelum mengangkat tubuhnya dari katil.

Zahrin tertawa. Mencapai bantal peluk, dia memejamkan mata, berniat mahu tidur sebentar sebelum bersarapan. “Dina, kejut I sejam dari sekarang. I nak tidur sekejap.”

Irdina yang sudah melangkah ke pintu, hanya menjawab dengan gumaman. Membuka pintu bilik, terundur setapak tubuhnya, terkejut melihat dua makhluk kecil berdiri di sana.

“Li-La, terkejut mommy. What’s up?”

“Hari ni kami orang nak mintak maaf dengan uncle, tapi nak mintak maaf macam mana?” tanya Lily.

“Just say sorry, janji takkan buat lagi, then settle.”

“Tapi uncle belanja kami orang aiskrim hari tu.” Lana pula bersuara.

Lily pula mengangguk, menyokong kata-kata kakaknya.

“Oh…So, both of you pun nak belanja uncle jugak?”

Serentak Lily dan Lana mengangguk.

“Sekejap.” Irdina masuk semula ke bilik. Dompet di dalam laci meja solek diambil, sebelum kad kredit pemberian Zahrin ditarik keluar.

Lily dan Lana berdiri di luar, kerana mereka dilarang masuk ke bilik mommy dan daddy, kecuali jika disuruh.

“Nah, guna kad ni belanja uncle aiskrim,” ujar Irdina sambil menyerahkan kad kredit itu kepada Lily.

“Boleh guna berapa-berapa pun?” tanya Lily.

“Boleh.”

“Nanti kalau duit mommy habis, macam mana?” Lana pula bertanya.

“Tak apa. Tu kad daddy. Nanti daddy bayar. Duit daddy banyak.”

Mendengar jawapan mommy, segera terbit senyum di wajah mereka.

“Okay, mommy. Thank you.”

“You’re welcome.”

“Jom Lily kita kejut uncle.” Berlari si kembar itu ke bilik Zahran yang terletak selang dua bilik dengan bilik mommy mereka.

Irdina tersenyum sambil menggeleng apabila melihat anaknya itu mengetuk pintu bilik Zahran sambil memanggil-manggil pakcik mereka itu.
Menutup pintu dengan berhati-hati kerana tidak mahu mengganggu tidur Zahrin, dia membawa langkahnya turun ke ruang makan. Hujung minggu selalunya ibu mentuanya akan memasak banyak, dengan pelbagai jenis hidangan sarapan. Kadang-kadang sudah seperti buffet hotel.

LAMA Lily dan Lana berdiri di depan bilik Zahran sebelum pintu dibuka dan muncul pakcik mereka itu dengan muka bantalnya.

"What's up?" tanya Zahran sambil menguap.

"Uncle mengucap tak tutup mulut!" ujar Lily.

"Kalau tutup mulut macam mana nak mengucap?" balas Zahran. Walaupun masih mamai, dibalas juga kata-kata Lily itu.

"Menguaplah...Bukan mengucap." Lana membetulkan kata-kata adiknya.

"Oh..."

"Ada apa ni, pagi-pagi datang bilik uncle?" tanya Zahran sambil menyandarkan bahunya pada pintu.

"Nak mintak maaf..." Lily menjawab dengan wajah menunduk dalam.

"Ahhh..." Zahran memanggut-manggut. Tangan dilipat ke dada, sambil mata dipicingkan memandang si kembar yang kelihatan takut-takut. Jarang dapat melihat wajah mereka begitu kecuali jika dimarah Irdina.

"Minta maaf sebab...?"

"Sebab bocorkan rahsia uncle," jawab Lily perlahan.

"Nak minta maaf dengan uncle, tak boleh tangan kosong. Bayar balik aiskrim uncle belanja hari tu," ujar Zahran.

"Boleh!" Lily angkat tangan kanannya, menunjukkan sekeping kad kredit yang tertera nama Zahrin.

"Siapa bagi ni?" tanya Zahran.

"Mommy."

"Tu nama daddy dekat kad tu."

"Mommy kata tak apa. Guna je, nanti daddy bayar," balas Lana, membuat Zahran tertawa.

"Nak beli apa dengan kad tu?" tanya Zahran.

"Uncle nak apa?" Pertanyaan Zahran, dijawab dengan pertanyaan juga oleh Lily.

Zahran berfikir-fikir sambil melirik dua beradik itu yang tidak berkedip memandangnya. Bulat mata, tertunggu-tunggu hadiah yang akan dimintanya.

Cair pula melihat wajah polos dan mata bundar itu.

"Lamanya uncle fikir." Lana sedikit merungut.

"Eh mestilah. Ingat senang ke nak pow orang. Selalu uncle je kena pow."

"Pow tu apa?" tanya Lily.

"Macam yang Lily Lana selalu buat kat uncle tulah. Sikit-sikit mintak ais krim, tapi suruh simpan rahsia, tak boleh. Mulut tempayan betul.”

“Uncle marah ke?” tanya Lily.

“Marahlah!”

"Kan Lily dah mintak maaf."

"Lana pun."

"Dah, tunggu sekejap. Uncle mandi dulu. Betul ni nak belanja uncle hari ni?" tanya Zahran.

Lily dan Lana mengangguk laju.

Sebenarnya Zahran tidaklah mengharapkan dua beradik membelanjanya makan atau apa, cuma dia tidak mahu si kembar itu kecewa jika dia menolak. Terlebih, dia tahu Irdina dan Zahrin sedang mendidik anak-anak mereka mengakui kesalahan dan meminta maaf.

"Okay. Give me thirty minutes." Zahran sudah mahu menutup pintu, apabila suara Lily menahannya.

"Uncle...Uncle..Tunggu!"

"Apa?"

"Call auntie. Lily nak mintak maaf dengan auntie jugak."

Lana mengangguk, menyokong adiknya.

"Cukup tak duit tu nak belanja auntie? Auntie tu nampak je macam papan, tapi makan banyak. Mahal-mahal pulak tu makanan dia."

Lily dan Lana berpandangan. "Nanti nak tanya mommy."

Belum sempat Zahran berkata apa-apa, si kembar itu sudah berlari meninggalkan biliknya. Menggeleng dia sambil tertawa. Mungkin Zahrin perlu membentang penyata kewangannya kepada si kembar supaya mereka tahu berapa banyak duit yang dimiliki daddy mereka.

TURUN ke ruang makan, Lily dan Lana mencari-cari kelibat mommy mereka.
“Uni, mommy mana?” tanya Lana apabila melihat Sinta keluar dari dapur dengan membawa mangkuk berisi makanan yang masih berasap.

“Dekat dapur. Ada apa? Mau makan?” tanya Sinta.

“Bukan. Nak tanya mommy…” Tidak berkata lanjut, dua beradik itu berlari meninggalkan Sinta menuju ke dapur.

“Mommy!” Lily dan Lana mendekati Irdina yang sedang memotong timun untuk dimakan bersama nasi lemak.

“Ya?”

“Duit daddy banyak tak?”
Pertanyaan Lily itu membuat beberapa tukang masak, pembantu rumah dan PS Wahida yang turut berada di dapur itu tertawa.

“Kenapa tiba-tiba tanya duit daddy ni?” tanya Irdina.

“Tadi uncle tanya, cukup tak duit nak belanja auntie sebab auntie makan banyak walaupun macam papan.”

Lagi-lagi gamat dapur itu mentertawakan si kembar.

“Lebih dari cukup, sayang. Belanja je uncle dengan auntie,” jawab Irdina.

“Tapi uncle kata makanan auntie mahal-mahal.”

“Mahal macam mana pun, takkan habis duit daddy tu. Don’t worry, okay?”

“Betul ke?” Lily masih kelihatan ragu.

“Betul.”

Setelah berpuas hati dengan jawapan Irdina, barulah si kembar itu berlalu.

“Takut sangat duit tak cukup,” rungut Irdina.

“Zahran pun satu. Suka menyakat budak-budak ni,” balas PS Wahida lalu tertawa perlahan. Lucu mengingat karenah Lily dan Lana.

.
. .

ZAHRAN menjemput Arianna terlebih dahulu, sebelum mereka ke sebuah restoran ais krim khas untuk pengamal vegan yang terletak di Bangsar.

“Kenapa tiba-tiba nak ajak makan ais krim ni?” tanya Arianna sebaik sahaja dia meloloskan diri ke tempat duduk penumpang kereta Zahran.

Tanpa menjawab, Zahran menunjuk ke tempat belakang, sebelum memandu keluar dari kediaman TS Albert.

Menarik tali pinggang keledar, Arianna menoleh. Tersenyum dia melihat Lily dan Lana di kerusi mereka. Bergaya dengan rambut tocang dua, t shirt putih dan skirt denim separas lutut berwarna biru gelap, berstokin, sneaker putih jenama Balenciaga , serta tidak lupa cermin mata hitam berbingkai pink jenama Prada menutupi mata bundar mereka. Ah, comel sekali.

“Hai, Lily, Lana…” sapa Arianna.

“Hai auntie…” Serentak Lily dan Lana membalas sapaan Arianna.

Kembali memandang ke depan. Arianna membetul-betulkan rambutnya sebelum bersandar selesa pada tempat duduk. Terpaksa dia bangun awal hari ini apabila Zahran menghubunginya, minta dia bersiap untuk keluar. Misi penting, kata Zahran.

“Apa misi penting you tu?” tanyanya.

“Makan ais krim.”

Berkerut Arianna tidak faham.

“Tak payah faham sekarang, nanti you faham.”

.
. .

SESAMPAI di sebuah café aiskrim khas untuk vegan, Lily dan Lana segera membuat pesanan. Zahran dan Arianna pula berdiri di belakang, hanya memerhati.

“I want two pint of vegan sea salt dark chocolate.” Lana membuat pesanan terlebih dahulu, sebelum Lily mengambil giliran.

“They’re so cute,” bisik Arianna sambil tersenyum memandang si kembar.

Zahran tersenyum. “Yeah.”

“Uncle dengan auntie nak apa?” Lily yang sudah selesai membuat pesanan, menoleh ke arah Zahran dan Arianna.

“Sebab hari ni Lily Lana nak belanja, so order je apa-apa,” ujar Zahran.

“Auntie?”

“Sama dengan uncle.”

“Tapi kan uncle kata auntie makan ba…”

“Lily, cepat order. Lepas ni kita pergi beli toys.” Cepat-cepat Zahran memotong bicara Lily sebelum anak saudaranya itu terbocor sesuatu yang tidak sepatutnya diketahui Arianna.

“Beli toys? Boleh beli banyak-banyak?” Serentak si kembar itu bersorak dengan mata bersinar.

“Boleh.”

Mendengar jawapan Zahran, cepat-cepat si kembar itu membuat pesanan dan membayar harga ais krim mereka.

“I can’t believe you let them pay…” Arianna menggeleng tidak percaya.

“Actually they want to apologize about last night. I think Dina or Zahrin must’ve said something to them, that this morning dia orang tercegat depan bilik I, bagitahu nak mintak maaf. Suruh call you sekali.”

Arianna memanggut-manggut. “So adorable. How old are they?”

“Five years.”

“I adore how Zahrin and Dina educate their children.”

“Yeah. So today we have to cooperate with them to teach the twins that when they’re doing something not right, they have to apologize and do something to make up for it.”

“Okey.” Memerhatikan Lily dan Lana dengan suara kecil mereka memesan ais krim membuat dia tersenyum. Terasa tidak sabar pula memiliki anak sendiri.

“Tak sabarnya…” Siapa sangka apa yang bermain di dalam kepala itu terluah di bibir.

“Tak sabar apa?” tanya Zahran.

“Erkk..Tak…Tak sabar nak makan ais krim.”

“Uncle…Tolong!” Suara Lana yang menjerit memanggil Zahran supaya menolongnya membawa dulang berisi ais krim pesanan mereka membuat Arianna mendesah lega.

“Hish…Lain kali nak cakap apa-apa, tanya aku dulu,” desisnya. Ditepuk mulutnya yang selalu berkata-kata tanpa sedar.

Sebaik sahaja Zahran meletakkan dulang ais krim mereka di atas meja, Lily segera mengambil semangkuk ais krim berperisa pudina dengan hiasan cip coklat lalu dihulurkan kepada Arianna.

“Wow, I love mint flavour. Thank you…Lana…”

“Lily. I’m Lily. This is Lana,” kata Lily sambil menunjuk Lana di sebelahnya.

“Oh sorry. Auntie belum recognize which one is Lana, which one is Lily.”

Lily hanya tersengih. Sudah biasa barangkali apabila orang sering keliru antara dia dan kakaknya.

“Kenapa tak duduk? Duduklah,” ujar Arianna apabila melihat Lily dan Lana masih tercegat memandangnya, sedang dia dan Zahran sudah duduk.

“Lily nak mintak maaf sebab semalam dah buat auntie malu depan atuk dengan nenek.” Akhirnya terluah juga apa yang telah diajar mommynya pagi tadi.

“Lana pun.”

Arianna tersenyum. “Okay, I forgive you. Now grab your chair and let’s taste your first vegan ice cream.”

“Auntie dah betul-betul maaf?” tanya Lana.

“Ya, betul.”

“Dah mintak maaf, lain kali jangan buat lagi, okey?” Zahran pula bersuara.

“Okey.”

“Promise?”

“Promise!”

“Okey, sekarang duduk, makan.”

Dua beradik itu akur sahaja. Melabuhkan duduk di kerusi lalu menikmati ais krim yang dipesan. Suapan pertama, kedua-duanya mula berkerut muka.

“Kenapa tak manis?”

“Sugar-free, honey.” Zahran menunjuk ke arah mangkuk ais krimnya. Jelas tertera di sana, sugar-free ice cream.

“Alaa…Ice cream doesn’t taste good without sweetness.” Wajah Lily sedikit kesal.

“You know what’s the benefit of sugar free food?”

“Tasteless?” Lana juga kelihatan kecewa dengan rasa ais krimnya.

“Bukan. Sugar free food is good for our health. Contohnya, tak rosakkan gigi. Can I see your teeth?”

Menyeringai dua beradik itu menunjukkan gigi masing-masing.

“You both have healthy teeth. White and clean. Sayang kalau rosak disebabkan makanan manis. So sekali sekala kita makan ice cream with no sugar added, to protect our teeth. Okay?”

“Alah tak salah pun makan manis, nanti balik gosoklah gigi.”

“Kan uncle janji nak pergi beli toys lepas ni. Nak pergi kedai toys, nak pilih toys, nak bayar, then balik kena hantar auntie dulu. Kan lama tu. Selama tempoh tu bakteria dalam mulut bekerja keras rosakkan gigi kita. Bila sampai rumah, kuman dah selesai buat kerja.”

Penjelasan Arianna itu membuat Lily dan Lana terdiam. Riak wajah mereka kelihatan seperti mahu percaya, namun masih teragak-agak.

“Did you know that there is an oral bacteria called streptococcus in our mouth?” Arianna melanjutkan penjelasannya apabila melihat Lily dan Lana masih ragu.

Dua beradik itu menggeleng.

“Nah…Now you know…Bila kita makan makanan manis, persekitaran mulut kita akan jadi berasid.”

“What is that?”

Arianna toleh pandang Zahran, meminta lelaki itu membantu menjelaskan maksud berasid itu.

“Ermmm…Something yang buat mulut kita rasa macam masam-masam sikit,” ujar Zahran.

“Yes…” Arianna kembali memandang Lily dan Lana. “Selalu lepas kita makan makanan manis, mulut kita akan jadi macam masam-masam sikit kan? Itu sebenarnya tindak balas dengan bakteria tu tadi. Then asid tu akan menyebabkan gigi jadi karies…”

“Atau rongak…” Zahran menyampuk.

“Macam gigi Billy,” ujar Lily lalu dia dan Lana sama-sama mengekek.

“Ha, nak gigi rongak macam tu?” soal Zahran.

Serentak si kembar itu menggeleng.

“Kalau tak nak, tak boleh selalu makan benda manis. Sekali sekala kena try makan sugar free ice cream ni,” ujar Arianna.

“Sugar je free, ais krim kena bayar,” rungut Lily membuat Zahran dan Arianna serentak tertawa.

“Kalau sugar free, kenapa tak letak banyak-banyak?” Lana pula bersuara membuat ketawa Zahran dan Arianna bersambung-sambung.

Ke situ pula pusingnya. Aduhai.

“Sugar free tu maksudnya no sugar added, that’s why it doesn’t taste sweet,” jelas Zahran setelah tawanya reda. “It doesn’t taste so bad actually. Still acceptable. Lagipun dah beli, kena habiskan. Tak baik membazir,” kata Zahran.

“Betul tu.” Arianna menyokong.

“If you want to know, mulut kita ada fungsi self cleaning tau. Maksudnya, bila kita makan, fungsi self cleaning tu akan bersihkan gigi kita dari sisa makanan secara automatik. Tapi, fungsi tu tak berkesan kalau makanan yang melekat pada gigi tu manis dan melekit. So, bila sisa makanan tu tak boleh dibersihkan, tu yang terjadinya asid.Pembentukan asid tu akan berterusan selama 20 hingga 30 minit selepas kita makan. So, bayangkan. Kita nak pergi beli toys, let’s say dua jam, then hantar auntie balik, maybe setengah jam, lepas tu balik rumah Lily Lana dalam satu jam. Ha, dah berapa lama tu asid tu bekerja forming caries and cavities.” Arianna masih tidak berputus asa memujuk si kembar menghabiskan ais krim mereka. Dan sepertinya usaha itu berhasil apabila Lily dan Lana mula menyuap ais krim ke mulut mereka.

“Good job,” bisik Zahran. Memujuk Lily dan Lana bukan satu kerja yang mudah. Entah ketulahan apa, si kembar itu selalu bijak menjawab, sehingga setiap penjelasan yang diberi perlu beserta bukti dan fakta, baru mereka boleh menerima.

“This is Arianna la…Nothing impossible.”

SELESAI menikmati ais krim, Zahran membawa anak-anak saudaranya itu ke Hamley’s sebuah kedai permainan yang ditubuhkan di London sejak tahun 1760 dan hanya mempunyai satu cawangan sahaja di Malaysia.

“You can take as much as you want…”

Bersinar wajah Lily dan Lana mendengar kata-kata Zahran.

“…but…” Zahran pantas memotong, tidak mahu si kembar itu teruja terlebih dahulu. “…no bags, no trolleys, okay?”

“Macam mana nak bawak banyak-banyak kalau tak ada beg, tak ada troli,” rungut Lily.

“None of my business.”

Lily sedikit berdecit, tetapi Lana yang sudah tidak sabar, segera menarik tangan adiknya itu menuju ke bahagian mainan yang sepertinya sudah mereka hafal kedudukannya.

Zahran dan Arianna mengekori dan mengawasi dari belakang.

“Even I'm an adult, I still get excited every time I walk into a toy store,” ujar Arianna, sambil turut melihat barang-barang permainan di rak, berniat mahu membelikannya untuk Lily, Lana, dan Liyyan.

“Every time we walk into the toy store, we are kids.”

Tertawa Arianna dengan kata-kata Zahran.

“The difference is the toy we buy,” sambungnya lagi.

“Yup. You’re right.”

"Macam mana you recognize Lily and Lana?" tanya Arianna tiba-tiba. Sukar untuk dia membezakan pasangan kembar itu kerana wajah mereka benar-benar sama.

"You kena perhati betul-betul baru nampak perbezaan dia. Yang macam diva, muka sombong sikit tu, Lily. Yang muka soft, sopan, tertib tu Lana."

Arianna memanggut-manggut. Diperhatikan Lily dan Lana yang kelihatan rambang mata memilih mainan. Ya, jika diperhatikan ada sedikit perbezaan antara Lily dan Lana. Lily nampak lebih cheeky dan lincah, manakala Lana kelihatan lebih sopan.

Ketika Arianna dan Zahran masih melihat-lihat mainan yang dipamerkan. Lily tiba-tiba berlari ke arah mereka.

“Uncle, can I buy for Liyyan too?’ tanyanya.

“Sure.”

“Thank you, uncle!” ujarnya sebelum menghampiri Lana.

“You’re welcome,” balas Zahran walaupun dia tahu Lily sudah tidak mendengarnya.

Ketika mengawasi si kembar memilih mainan, matanya menangkap soft toy panda dengan tangan memegang daun buluh, terletak di rak tidak jauh dari Lily dan Lana. Teringat perbualannya dengan ibu dan ayah beberapa minggu lalu berkaitan panda. Dibawa langkahnya ke arah itu, lalu mengambil satu patung panda dari rak. Arianna tidak menyedarinya kerana dia sibuk memilih mainan untuk ketiga-tiga anak saudara Zahran.

Hampir sejam juga mereka berada di dalam kedai mainan itu sebelum Lily dan Lana dengan tangan penuh dengan mainan yang dipilih, berjalan ke arah kaunter. Malah Lana yang membelikan mainan untuk Liyyan, turut menyelitkannya di celah kaki dan terpaksa melompat menuju ke kaunter.

Terkekeh-kekeh Zahran melihat aksi anak saudaranya itu.

“Lana, you remind me of someone la…” ujarnya.

Arianna menjeling sebal. Tahu sangat dia, siapa yang dimaksudkan Zahran itu.

“Apa salahnya kalau you suruh dia ambik troli tadi.”

“Tak funlah. Too easy for them. Now you tengok, betapa kreatifnya anak buah I.”

“Dasar pembuli!” cemuh Arianna sambil meletakkan mainan yang dipilihnya di kaunter.
“Let me pay for this. This is my first gift for Liyyan and the twins,” ujarnya apabila melihat Zahran sudah mengeluarkan kad untuk membayar harga mainan itu.

“Oh okey.” Zahran akur sahaja sebelum memandang Lily hanya mengambil dua mainan sahaja. Sempat dia memuji Lily dalam hati yang selalunya rambang mata dengan mainan itu, begitu wasatiyyah hari ini.

Selesai Arianna membuat pembayaran, Zahran meletakkan patung panda yang diambilnya tadi sebelum mengarahkan Lily dan Lana meletakkan mainan yang diambil mereka di kaunter.

“Abang, sini!” Lily yang sudah meletakkan dua mainan di tangannya, menoleh memanggil seorang pekerja kedai yang berdiri di belakang mereka.

Zahran dan Arianna turut menoleh. Terkebil-kebil mata Zahran melihat pekerja itu meletakkan enam kotak mainan di kaunter sebelum berlalu setelah Lily mengucapkan terima kasih.

“Lily!” Zahran menganga tidak percaya.

“Uncle kata tak boleh guna bag dan troli je. Guna orang, tak apa kan?”

Zahran melongo. Benar-benar dia mati kata. Bukan dia kedekut atau tidak mampu membayar, tetapi tidak sangka sampai sejauh itu fikiran Lily.

Arianna pula sudah terkekeh-kekeh di belakang. Tepuk tangan dia melihat bijaknya Lily mengenakan Zahran.

“Too easy for them, huh? Kreatif anak buah you.”

Zahran hanya menjeling sebal sebelum membayar harga semua mainan itu yang berjumlah RM797.57. Terpaksalah dia membondong lima beg mainan menuju ke kereta. Lily dan Lana pula dipimpin Arianna. Lemah sudah langkah si kembar itu. Mungkin penat dan mengantuk.

Sesampai di kereta, Arianna membantu Lana memasang tali pinggang pada tempat duduk mereka, manakala Zahran membantu Lily. Tidak menunggu lama, si kembar itu memejamkan mata lalu tertidur.

Sebelum memandu keluar dari parkir pusat membeli belah itu, Zahran menyerahkan patung panda yang dibelinya kepada Arianna.

“For you,” ujarnya.

“What’s this?” Mengeluarkan hadiah itu dari beg kertas, berkerut dahi Arianna melihat apa yang diberikan Zahran. “Panda?”

“Yup.”

“Why?”

“The panda reminds me of you.”

“Hey, you nak kata I gemuk?”

“Hahahahahaha!” Zahran tidak dapat menahan ketawa. “Dah macam papan, gemuk kat mana?”

Arianna berdecit. Dipandang Panda pemberian Zahran sambil menarik-narik daun buluh yang dipegang panda itu.

“You and panda have one thing in common.”

“What is that?”

“Panda are almost entirely vegetarian.”

“Mana sama. Panda makan daging jugak.”

“But they have evolved to depend almost entirely on bamboo.”

“I tak makan buluh, okey!”

“Tahu. Kalau makan buluh, you tak jadi macam papan. Mesti bulat lurus macam buluh.”

Arianna berdesis. Sekarang dia tertanya-tanya, bagaimana dia boleh jatuh cinta dengan Zahran. Cakapnya jauh sekali dari kata manis. Menyakitkan hati itu banyak.

“The color of the panda represents me and you. Black and white are two very contrasting colors. Samalah macam kita. I am a Malay Muslim, and you are a Chinese Christian. the difference is very noticeable, but we accept and love each other. No prejudice, no racism.”

“Awwhh…Now you sound like my boyfriend. How sweet,” ujar Arianna. Panda itu dibawa ke dada lalu memeluknya.

“Now, I want to switch place with the panda,” gumam Zahran.

“What?”

“Nothing.”

LILY dan Lana terbangun saat Zahran memberhentikan kereta di halaman kediaman TS Albert.

“Dah sampai ke?” tanya Lana dengan mata terpisat-pisat.

“Belum. Baru sampai rumah auntie,” jawab Zahran.

Arianna menanggalkan tali pinggang keledar sebelum memusingkan sedikit tubuhnya ke belakang, memandang Lily dan Lana.

“Lily, Lana, thank you for the ice cream. Auntie loves it so much,” ujarnya.

“You’re welcome. Are we forgiven?” tanya Lily.

“Of course. You’re forgiven.” Mengambil tiga beg kertas di kakinya, Arianna menghulurkannya kepada Lily dan Lana.

“This one is for you.” Satu beg kertas dihulurkan kepada Lily.

“And, this one is for you.” Tidak tahu yang mana Lily atau Lana, dia hanya menyebut ‘you’ sahaja. Lebih selamat.

“Thank you, auntie.”

“You’re welcome.” Tersenyum Arianna memandang dua beradik itu. “Oh, this one for Liyyan, the cuties.” Beg kertas berisi mainan berupa kereta kawalan jauh itu diberikan kepada Lily.

“Thank you auntie, on behalf of Liyyan.”

“You’re welcome. Auntie turun dulu. Bye.”

“Bye.”

Memandang Zahran. Arianna mengacah seperti mahu menciumnya, membuat Zahran segera mengundurkan tubuhnya sehingga rapat ke pintu kereta. Tertawa Arianna dengan reaksi Zahran itu.

“Trauma ke kena cium?” tanyanya.

Bulat mata Zahran memandang Arianna sambil dengan isyarat mata melirik ke arah Lily dan Lana di belakang. Arianna turut toleh ke belakang. Si kembar itu nampaknya tidak begitu peduli dengan mereka kerana sibuk membuka hadiah yang diberinya tadi.

“Okaylah, I cium panda ni jelah. Bye.” Mencium mulut panda itu, Arianna keluar dari kereta Zahran. tidak segera masuk ke dalam rumah, dia menunggu kereta Zahran keluar dari lama rumahnya.

“Jaga-jaga dah cium panda tu tadi, jangan lupa cuci mulut,” ujar Zahran melalui cermin kereta yang dibuka.

“Kenapa?”

“Tu daun buluh asli. Ada miang. Takut kejap lagi bengkak mulut kena miang buluh,” ujarnya sebelum menaikkan cermin kereta dan memandu kereta dari perkarangan rumah Arianna.

Melalui cermin pandang belakang, dia terkekeh melihat Arianna berlari masuk ke dalam rumah sambil membekap mulut.

Share this novel

DgR
2022-09-11 22:43:09 

salam. adehhhh tak tahan lucu

norsila
2022-09-09 21:20:45 

hahaha so sweet dn lucu si kembar ni...hehe

Aisyah Esya
2022-09-09 15:03:29 

haha.. hepinya


NovelPlus Premium

The best ads free experience