Lagu 'So Am I' yang dinyanyikan oleh Ava Max sedang berkumandang menambahkan keceriaan pagi Hanis di dalam kedai tersebut. Di tambah pula dengan cuaca pagi itu sedang hujan renyai-renyai. Bertambah semangatlah dia hendak bekerja. Automatik jadi rajin. Stock barangan yang sampai semalam di susun dengan rapi di bahagian kaunter. Biasanya, dia dengan rakannya akan bersama-sama menyusun barang tersebut. Namun, hari ini rakannya itu mengambil cuti dan dialah yang menyusunnya seorang diri.
Tiba-tiba, bunyi loceng di pintu masuk kedai itu berbunyi dan sudah pastilah ada manusia yang melangkah masuk ke dalam kedai tersebut. Hanis hanya fokus pada pekerjaannnya. Dia sudah biasa dengan karenah pelanggan setiap kali masuk. Pasti mereka akan memilih dan mengambil barang untuk di belanja. Kecuali, pelanggan yang hendak membeli ubat-ubatan, mereka akan terus menuju ke kaunter. Tetapi, jaranglah.
“Dekat sini ada jual plaster ubat tak?” tanya pelanggan itu kepada salah seorang pekerja di situ. Hanis dapat mendengarkan suaranya yang pastinya seorang lelaki. Kemudian, pekerja itu menunjuk ke arah kaunter di mana Hanis sedang khusyuk bekerja. Lelaki itu mula membuka langkah menghampiri kaunter.
“Hem. Excuse me,” Hanis sedikit terperanjat namun cepat-cepat di kawal reaksi wajahnya. Sebaris senyuman di kuntumkan sebaik sahaja dia memandang lelaki di hadapannya.
“Encik tengah cari apa?” tanya Hanis apabila menyedari mata lelaki itu sedang mencari sesuatu barang di belakangnya.
“Plaster ubat, ada?”
“Oh, sekejap. Saya cari dulu,” Balas Hanis. Selang satu minit, dia kembali menghadap lelaki itu dengan tangan kosong. “Maaf ya, encik. Plaster ubat dah habis stock.”
“What the...kalau tak de, cakap je lah tak da! Buang masa aku menunggu!” nadanya mendatar.
“Saya minta maaflah, encik. Baru perasan barang tu dah habis,”
“I don't need your excuse! Kalau aku jadi bos kau, aku dah pecat kau. Baru perasan konon! Bagi aku panadol satu,”
Hanis hanya berdiam diri dan mencapai satu papan panadol. Dia tidak melawan walaupun terasa dengan kata-kata lelaki itu. Salahnya juga, lalai dalam memerhati barang yang kurang. Setelah memberi baki duit, lelaki itu terus saja berlalu pergi.
Hanis merengus kasar. Suka hati nenek dia kata macam tu. Dasar orang tak ada adab! Nasib aku nak kerja sini lagi, kalau tak, habis mulut kau kena cili! Desisnya.
“Kenapa, Nis? Dia marah ke?” tanya salah seorang rakan sekerjanya yang memerhati sejak tadi. Hanis sekadar mengangkat bahu lalu menggeleng.
***
Hanis terus memboloskan diri dalam perut kereta sebaik sahaja rakan serumahnya itu sampai untuk mengambilnya. Seperti biasa, hari sabtu, di mana Hanis akan membantu rakannya itu berniaga di pasar malam. Dia membetulkan rambutnya yang mulai serabai.
“Janganlah cantik sangat, nanti ada buaya terpikat, kau marah pula!” sindir rakan serumahnya yang bernama Nurul Atiqah itu. Dia tahu sangat perangai wanita itu. Sebulan yang lalu, dirinya terpaksa masuk campur untuk meleraikan pertengkaran yang tercetus antara Hanis dan seorang lelaki. Dua-dua tak nak mengalah.
Si lelaki, terus-menerus mengejar cinta Hanis walaupun wanita itu telah menolak berkali-kali. Sampai satu masa, tahap kesabarannya sudah mula menipis dan wanita itu hampir saja membaling batu ke arah lelaki itu. Mujurlah, Atiqah berada di sisi Hanis.
“Mestilah aku marah... kalah boleh, aku tak nak satu pun lelaki suka dekat aku. One more thing, aku cantik begini hanya untuk diri aku sendiri! Bukan untuk orang lain,” ujar Hanis.
“Baiklah...tapi, kau masih trauma ke?” tanya Atiqah tanpa memandang wajah Hanis.
Pertanyaan rakan merangkap sahabatnya itu hanya di gantung tanpa jawapan. Hanis tidaklah begitu trauma dengan kejadian itu. Namun, dia masih sulit untuk mempercayai seorang lelaki. Luka yang pernah tergores di dalam hatinya masih belum pulih sepenuhnya. Luka itu hanya kering. Dan, kering-kering seperti itu, jika ia di kupas pasti akan terluka kembali. Justeru, dia hanya menyibukkan diri dengan hal-hal pekerjaan.
“Aku minta maaf kalau kau terasa,” kata Atiqah. Nadanya kedengaran seperti ada rasa bersalah dalam dirinya.
“Tak ada apalah, aku saja je diam tadi,” balas Hanis. Dia mengeluarkan jacket yang di bawa dari rumah pagi tadi. Kemudian, dia memakainya.
“Kau dah move on kan dari ex-husband kau?” tanya Atiqah lagi hanya ingin memastikan. Timbul kerisauan jika rakannya itu tenggelam dalam cinta yang tidak dihargai.
“Gila tak move on? mestilah dah move on. Kalau tak, aku mesti tak seceria dan sekuat sekarang ni. Lagipun, buat apa nak ingat dekat ex-husband aku tu. Kami dah tak ada hubungan lagi,” jelas Hanis panjang lebar.
“Baguslah kalau macam tu. Bukan apa, aku risau je. Tak naklah tengok kawan aku ni tersika sebab cinta yang tak guna tu,” balas Atiqah. Seronok juga dia mendengar jawapan rakannya itu.
Kereta yang di pandu oleh Atiqah kini telah berjaya di parkirkan. Hanis yang terlalu seronok itu terus saja membuka pintu keretanya.
BAP!
Pintu kereta itu telah berlanggar dengan pintu dari kereta yang terparkir bersebelahan dengan kereta Atiqah. Dasyat juga bunyi perlanggaran itu. Hanis segera keluar melihat pintu kereta itu. Panik juga dirinya. Yalah, kereta itu bukan keretanya. Seorang lelaki juga keluar pada masa yang sama.
“Kau ni tak ada mata ke? Bagilah aku laluan dulu!” ucap lelaki itu dengan nadanya yang mendatar. Bebolah matanya tidak lepas memandang wanita muda yang sedang menunduk itu. Selang beberapa saat, barulah wanita itu meluruskan badan lalu menghadapnya. Dia tersenyum sinis.
“Kau lagi?” soalnya tidak percaya. Lelaki yang berketinggian 185cm itu mengeluh perlahan. Tidak disangka mereka akan bertemu untuk kali kedua.
“Aku nak kau minta maaf, sekarang..” ujar lelaki itu dingin. Kedua belah tangannya di seluk ke dalam kocek seluar. Wajahnya pula mendatar, tajam mencerlung mata wanita di hadapannya.
“Perlu ke? Saya rasa, yang salah encik. Bukan saya,” balas Hanis dengan tenang. Mana mungkin dia mengalah untuk kali kedua. Cukuplah pagi tadi, itu kerana dia sedang bekerja. Kenalah hormat para pelanggan.
“Damn... bukan susah meminta maaf,”
“Dah tu? Encik je lah minta maaf...senang!”
Atiqah yang menyaksikan perdebatan kecil itu langsung menepuk dahi sendiri. Sampai bila pun masalah tak akan selesai kalau perkataan maaf pun menjadi isu pertengkaran. Mahu tidak mahu, dia kena masuk campur juga dalam hal ini.
“Encik... Kami minta maaf ya? Kawan saya ni terlalu terburu-buru tadi. Seronok sangat agaknya...” ujar Atiqah sebaik sahaja menghampiri Hanis.
“What?! Tiqah!”
Atiqah mencubit perlahan belakang Hanis memberi amaran untuk berdiam diri.
“Kereta encik ada calar tak? Kalau tak kami....”
“Tak ada calar pun...” lelaki itu terus memotong ayat Atiqah. Dia menutup pintu keretanya dan berlalu pergi begitu sahaja. Terpinga-pinga kedua wanita itu di tempat mereka berdiri. Really?
****
Happy reading ><
Share this novel