Rumah Musalmah. Waktu petang.
Musalmah masuk ke bilik belakang. Maizurah ada di situ. Pintu ditutup supaya perbualan dia dan adiknya tidak didengari orang lain.
“Adik, janganlah macam ni. Nanti kalau ayah nampak, adik juga yang kena tegur. Kan ayah dah janji tadi, nak buatkan bilik kat tempat solat tu. Nanti bila dah siap bilik tu, kita tidur balik kat atas ya.”
“Ayah tu sayang sangat dengan budak bawang putih dua orang tu.”
“Shhh... jangan cakap kuat-kuat. Nanti makcik dengar.”
Maizurah mencebik. Seketika, pintu biliknya diketuk. Musalmah majukan langkah ke pintu. Ensel dijatuhkan. Ibu Zaihan berdiri di depannya dengan muka serius.
“Kau ingat kau tuan puteri, nak duduk berkurung dalam bilik? Mari sini tolong aku masak.”
Musalmah pandang muka adiknya sebelum dia keluar dari bilik itu. Apa saja yang disuruh mak tirinya, itulah yang dia buat. Sesekali, kedengaran tawa kecil Fatin dan Farhana dalam bilik. Mungkin masing-masing masih ralit dengan telifon.
****
Hari sudah malam benar. Maizurah baru saja lelapkan mata. Musalmah bingkas. Dia ambil lilin dan nyalakannya sebelum lampu bilik dipadam. Di sudut bilik, dia duduk dengan buku puisinya. Helaian demi helaian diselak hingga dia jumpa kertas putih yang masih kosong dengan huruf. Pensel dipegang dan tangannya mula menari. Menulis sesuatu bertemankan metafora. Alenia demi alenia hingga dia menemui perkataan terakhir.
Musalmah duduk menyandar di dinding. Dia terkenangkan arwah ibunya. Terkenangkan sifat lemah lembut ibunya yang jauh berbeza jika nak dibandingkan dengan Ibu Zaihan.
Terima kasih kerana sudi singgah
Share this novel