Bab : 18

Action Completed 53513

Brit!

Brit!

Brit!

Deringan itu buatkan Davina yang sedang baring meniarap atas katil tersentak. Dia yang sudah terlena itu terpaksa buka mata dan mencapai telefonnya dengan perasaan menggerutu.

"Siapa pulak yang telefon ni?"bisik Davina sambil mengerling ke jam di skrin telefonnya.

Jam menunjukkan 11.30 malam. Telefon service bilik yang ada di atas almari sebelah katil tidak berhenti berdering. Berasa jengkel dengan bunyi itu, Davina capai gagang telefon itu lalu di bawa ke telinganya dengan malas.

"Siapa?"soalnya dengan mata terpejam dan suara mengantuknya.

"Wakey wakey.."sapa Eden.

Kening Davina berkerut sebelum dia buka mata lalu lampu stand dekat sebelah katil di nyalakan. "Mana kau dapat tahu nombor bilik aku ni?"tanya dia sambil bangun dari baring.

"Adalah...ni..aku lapar. Dapatkan makanan untuk aku."order Eden.

Hah?Apa lelaki ni cakap? Lapar?"Aku bukan room service kau tahu?"tanya Davina dengan bingung. Ngigau apa Eden ni?

"Tahu...masalahnya kau dah setuju untuk regain kemaafan dari aku..so...tak nak la ni?"tanya Eden lagi dalam panggilan tu.

Berasa seperti mahu maki hamun di situ juga, Davina kuak rambut panjangnya ke belakang dengan mata terpejam saat dia Tarik nafas dalam-dalam mahu tenangkan diri. Sumpah dia betul-betul nak naik angin. Mengingatkan sekarang dah lewat malam dan mungkin ada yang sedang tidur di bilik sebelahnya, dia sedaya upaya kawal diri untuk naik angin di situ. "Apa kau nak makan?"tanya dia dengan nada mengerutu jengkel.

"Good...dengar eh..apa aku nak makan ni...pizza, sup cendawan, ayam goreng sos manis, smoothie anggur, yogurt low fat, potato chip, jellybear, beer, chocolate cake, instant noodle, coffee....."sebut Eden dengan laju seperti lelaki itu sedang rap.

Davina yang dengar sudah ternganga dibuatnya. Satu pun tak masuk dalam kepalanya yang masih mamai dari tidurnya tadi. Kepala otak dia!Ingat dia ni apa!Mesin vending ke nak order banyak macam ni. "Kepala kau!Kau makan ke kau melahap?Dah lewat malam macam ni mana ada orang makan sebanyak tu"luahnya dengan berang.

"Kau marah ke?"tanya Eden yang berbaur seakan mengugut.

Terkatup mulut Davina setelah itu. Dia yang bersila itu terus tekap dahi dengan tangan lalu tunduk memandang ke bawah. "Tak boleh ke kau maafkan aku tanpa buat hidup aku yang sedia menderita ni semakin menderita lagi Eden?'tanya dia dengan nada mengalah.

"Derita kau je yang kau ingat?Aku tak?"tanya Eden semula. "Kata maaf tu senang di ucap okay. Nak memaafkan tu bukan senang. Ya sudah. Aku sendiri tak kisah kalau kau tak nak buat. Sebab yang nak berbaik semulanya adalah kau bukan aku."

Haih!Sabar je la. "Fine...aku bawakan. Bilik kau nombor berapa?"akur Davina kemudiannya.

"A43. Tingkat 2. 10 minit ya..lebih dari tu..jangan cari aku lagi."lepas tu Eden letak gagang.

Davina terbaring semula dekat tilamnya lalu menjerit sekuat hati dekat bantal tu sambil tumbuk bengang akan tilamnya. Bengang dia!Kalau bukan sebab dia nak ambik hati Eden semula, tak adanya dia biarkan dirinya di buli dengan lelaki tak guna tu!

Grrr!

Selepas tukar pakaian pyjama kepada hoodie labuh dan legging hitam, rambutnya di ikat satu tinggi ke belakang, Davina atur langkahnya untuk ke food court dan restoran yang ada dekat dalam kapal cruise itu. Beli apa yang Eden pesan seperti rapper tadi. mana yang dia ingat itu la yang dia beli. Yang dia tak ingat...lantak la situ. Bukannya mati kalau kurang.

Seperti yang diminta jugak, Davina tiba di depan pintu cabin penginapan Eden 10 minit kemudian, dalam keadaan tercungap-cungap dan tangan sarat mengendong makanan yang di bungkus. DIa ketuk pintu itu dengan kakinya sendiri sebab tangan dia tak larat dan tak mampu untuk di angkat ketika itu.

Tuk!

Tuk!

Hujung kasut sneaker Davina mengetuk bawah pintu. Sumpah dia Nampak je muka tu dia campak semua ni ke muka handsome berlagak mintak penyepak tu nanti.

Klik!

Pintu terbuka. Terjegul wajah Eden yang berkaca mata dan sepertinya baru siap mandi sebab rambut basah dan baju kemeja yang tak habis butang di depan pintu itu. "Good timing. 10 minit tepat. Bersungguh ya kau nak pujuk aku?"sakatnya setelah itu.

Davina buat muka menyampah. "Nah...ambik ni.."ajunya.

Eden ngelak ke tepi. "Bawak masuk sekali."arahnya sewaktu beri laluan ke pintu biliknya.

Mata Davina gerak memandang Eden lalu ke dalam bilik. Isy!Menjadi-jadi betul la! Tanpa berkata apa-apa Davina melangkah masuk ke dalam dengan susah payah sebab nak seimbangkan barang yang dipeluknya ketika itu.

Pada masa Eden tutup pintu, pada masa itu dua pintu dari situ terbuka. Declan keluar sambil memegang telefon di telinga, bercakap mengenai sesuatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience