Bab 27 (Yusuf)

Zombie Series 1354

Yusuf membuka sedikit pintu dan mengintai ke arah luar. Tiada kehadiran kawanan anjing dan lelaki pelik itu lalu dia segera mengambil beg galas yang berisi sedikit bekalan dan bersenjatakan sebatang kayu golf kepunyaan Jonathan dia bergerak keluar. Keadaan di luar seperti di dalam cerita seram di mana terdapat banyak darah dan baki badan bersepah di atas lantai. Yusuf yang tidak henti membaca selawat berjalan menuju ke lif dan mencuba nasib ke tingkat atas. Dia lihat terdapat beberapa zombi yang sedang melapah badan kemudian terus dia berlari menuju ke pintu sliding hadapan yang bertentangan dengan kaunter customer service. Tidak semena-mena Yusuf dihujani oleh cahaya laser merah yang disuluh ke arahnya. Terdapat tiga lelaki bersenjatakan senapang dan lengkap bersut sambil di ketuai oleh seorang rakan saintis yang tidak berapa rapat mengepungnya. "Saya hanya nak selamatkan anak-anak saya." Yusuf merayu sambil mengangkat kedua-dua tangannya tanda menyerah. " Yusuf minta maaf saya tak mahu berkasar dengan kau, cuma kau perlu ikut kami ke kem Keyah dan nanti kau berbincanglah dengan Jonathan lebih cepat selesai dan mungkin dia boleh tolong kau ke tempat anak-anak kau berada." lelaki itu memujuk. " Ok baiklah aku faham, mari segera sebab aku tak boleh lambat. " lalu dia memasuki kereta range rover dan kereta itu bergerak menuju ke kem Keyah. Sebaik sahaja tiba di sebuah rumah teres dua tingkat, Yusuf menunggu di sofa ruang tamu sambil menunggu Jonathan. " Yusuf, ... Aku.. umm maafkan aku sebab buat macam tu pada staff lain. Aku faham kau kesal dengan tindakan aku pada staff yang berlindung di kafe tetapi aku diugut oleh Timothy dengan keluarga aku sebagai cagaran. Aku hanya minta kau kekal di kem ni untuk habiskan eksperimen yang akan dibuat kelak sebab mereka memerlukan kepakaran kau. Mereka juga berjanji akan tolong kau cari anak-anak kau dan akan bawa kalian pulang ke Malaysia kerana mereka juga adalah sebahagian daripada kerajaan Kyres." Jonathan berkata sambil memandang wajah rakannya dengan rasa kesal. " Jonathan maaf aku sebagai kawan kau tak dapat membantu banyak tapi aku boleh tolong sebab kau kawan aku. Tapi berjanji yang selepas aku habis kerja ni, kau akan hantar kami pulang ke Malaysia.", lalu mereka berdua bersepakat dan Yusuf berpatah balik ke kereta range rover untuk menuju ke hotel sambil ditemani oleh tiga lelaki dan saintis muda tadi.

Di dalam perjalanan mereke melalui sebuah kawasan tasik besar dan masih tidak jauh dari kem tersebut. Tiba- tiba kereta itu dikejar oleh sebuah kereta dan beberapa das tembakan dilepaskan membuatkan mereka berempat menundukkan kepala bagi mengelakan terkena tembakan rawak itu. " Eh, apa dah jadi ni! Mengapa kita diserang oleh mereka walhal menurut rancangan kita akan bawa lelaki ni ke satu tempat dan bagi dia minum air untuk pengsankan dia dan serahkan dia pada Bob sebab Luke perlukan dia." lelaki yang memandu berdialog dalam bahasa spanish. Lelaki di sebelahnnya membalas. " Ye aku juga keliru dan setahu aku Jonathan tak akan bersetuju dengan rancangan Bob sebab dia kawan baik lelaki ni. Mengapa konco-konco dia serang kita?" . "Ouh kambing hitam diorang ni" . Yusuf berbisik di dalam hatinya. Bertuah dia dapat memahami sedikit percakapan Spanish walaupun dia tidak berapa fasih bercakap bahasa itu. Satu perluru mengenai pemandu pada bahagian kepala lalu lelaki itu rebah dan memusingkan stereng menuju ke tepi kanan kemudian kereta itu meliru laju memasuki air tasik. " Ya Allah !" Yusuf segera membuka tingkap luas menggunakan punat tingkap dan menahan nafasnya. Kereta terus menjunam memasuki tasik dan air melimpah masuk. Yusuf teringat akan rancangan YouTube yang dilihatnya cara untuk menyelamatkan diri jika kereta menjunam ke dalam tasik atau air laut. Dia perlu membuka tingkap dengan segera jika dia terlambat tingkap mungkin akan ditahan oleh tekanan air yang kuat dan menyukarkan dia untuk membuka tingkap jika air kereta itu sudah tenggelam sepenuhnya. Apabila air sudah separuh memasuki kereta, Yusuf memanjat tempat duduk kereta dan menyelam keluar daripada tingkap lalu segera berenang ke atas permukaan . Dia tiba di atas dan segera mengambil nafas dan melihat kereta itu terus tenggelam kemudian terbalik dan menuju ke dasar tasik yang dalam. Dia melihat hanya dia sahaja yang selamat. Namun, dia terus menuju ke kawasan hutan kerana dia melihat dua lelaki yang menembak mereka berempat sedang terjun ke dalam tasik bagi menangkapnya.

Usai sampai di tepi tebing dia segera berlari ke dalam hutan tambahan pula akibat kebasahan dia berasa agak kepenatan kerana baju yang basah menambah berat pada badan. Dia sempat membuka jam tangan dan membuka lampu kecil sambil menyuluh ke hadapan kerana hari sudah senja dan keadaan hutan semakin gelap. Dia sempat menoleh ke belakang dan melihat dua lelaki itu telah mengeluarkan senapang dan menghalakan laser ke arahnya. " Aduh, masak aku! " Yusuf berlari laju dan terjatuh ke dalam sebuah lubang yang digali dalam dan semua pasir dan daun kering yang banyak menutupi atas badannya. Dia mengeluh sakit dan terdengar perbualan dua lelaki yang mengomel ke mana dia menghilang. " Tak guna laju pula si saintis ni lari mana dia?" seorang lelaki menyuluh lampu lasernya ke sekeliling kawasan hutan yang gelap. Setelah hampir setengah jam bermundar- mandir di kawasan itu mereka berdua beredar ke arah lain dan Yusuf yang mendiamkam diri di dalam lubang itu melepaskan keluhan panjang. "Alhamdulillah, ya Allah, terima kasih selamatkan aku." Yusuf megurut dadanya lega dan dia mengibas dirinya daripada pasir dan daun kering itu lalu melihat dia telah terjatuh di dalam lubang yang agak dalam. Yusuf melihat akar kayu yang menjalar di sekeliling lubang itu dan cuba memanjat ke atas dan sebuah tangan menarik leher baju Yusuf sekaligus memudahkan dia naik ke atas. Yusuf terkejut melihat sosok yang menariknya . " Pak cik Michael! " lalu dia memeluk lelaki tua itu sambil tidak henti mengucapkan terima kasih . " Mari kita ke tempat perkhemanan berehat di situ. " dan mereka berdua berjalan memasuki hutan. Di tempat perkhemanan Michael menyalakan unggun api dan Yusuf pergi ke arah sungai kecil di sebelah dan membasuh bajunya dan menukar ke set baru lalu menunaikan solat maghrib diikuti isyak dan menyertai Michael makan sedikit makanan di hadapan unggun api. " Di mana Fiona?" Yusuf bertanya dan menunjukkan ke arah hutan di sebelah belakang mereka . " Aku gagal sebagai suami. Dia dah bertukar menjadi zombi dan aku tak sanggup membununhnya. Aku melepaskan dia ke sana.Manakala, Sofia pula mengikut mereka menaiki helicopter sebagai pertukaran keselamtan semua. Aku minta maaf tak dapat tolong dia aku juga bingung kerana mereka telah pun menembak mati pengasuh. " Michael berkata dengan muram dan menogok setin air sambil termenung memandang unggun api. Yusuf mengusap bahu Michael menenangkam dia. " Jangan risau saya akan cuba cipta vaksin kerana saya akan berpatah balik ke pekan Keyah dan sertai saintis lain. Saya akan cuba cari penawar dan bantu Fiona. " Yusuf memberitahu dan dia menceritakan kejadian yang berlaku padanya. " Jadi apa yang kamu mahu lakukan sekarang?." Michael menyoal. " Saya perlu ke hotel untuk menyelamatkan anak-anak saya sebab mereka di bawah jagaan adik saya. Saya akan berpatah balik ke Keyah. Kalau Sofia saya rasa dia selamat sebabh mereka juga perlukan kepakaran dia." Michael mengelengkan kepalanya tidak bersetuju. " Lebih baik kau pergi sahaja terus ke hotel dan tak perlu balik ke Keyah. Mereka pasti akan kurung kau sebab kau diserang oleh pihak lain. Kau takkan berdaya nak melawan. Aku sarankan kau pergi berpatah balik ke makmal dan ambik senjata api dan motor kepunyaan pak cik kerana sebelum ke tempat kerja pak cik sudah isi full minyak,cukup perjalanan ke sana. Pak cik simpan kunci di dalam loker di bilik pekerja sebelah pejabat kalian. Akhir sekali pak cik dengar pada radio di kafe kawasan bandar tempat anak-anak kamu berlindung agak teruk diserang zombi. Segera ke sana dan setelah selesai selamatkan keluargamu baru berfikir untuk berpatah balik ke sini." Michael memberitahu dan memberikan kunci motornya. " Terima kasih Pak cik" mereka berpisah dan Michael memberikan Yusuf sebilah parang dan memberikan dia kata kunci untuk lokernya. Kemudian, dia menunjukkan jalan ke arah bangunan mereka bekerja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience