Prolog

Romance Series 7127

MAUREEN berdiri di tepi pintu dapur, pandangannya melayang jauh ke luar. Di laman yang dihiasi bunga-bunga putih, tetamu makin ramai datang. Majlis perkahwinan yang diadakan di situ nampak meriah, walaupun hatinya tak seberapa tenang. Dia mengelamun seketika, sampai suara halus tapi tegas menyapa dari belakang.

"Maureen, dah tengok kakak kamu siap ke belum?" suara Datin Natalia memecah lamunannya. 

Wanita itu kelihatan anggun dalam gaun biru laut yang elegan, penuh karisma. Maureen cepat-cepat angguk.
 
"Sepatutnya dia dah siap, Datin. Saya pergi check sekarang." katanya perlahan, lalu terus naik ke tingkat dua. 

Suasana di atas sunyi, tak ada riuh rendah macam di bawah. Dia berhenti di depan pintu bilik persalinan Madison, tangannya mengetuk perlahan. Senyap. Dia ketuk lagi, kali ni lebih kuat, tapi tetap tak ada sahutan. Hatinya tiba-tiba rasa tak sedap. Maureen memberanikan diri, memulas tombol pintu, lalu menolaknya perlahan.

Dia masuk, matanya liar memandang sekeliling bilik yang kosong. Gaun pengantin Madison tergantung kemas di tepi, tapi orangnya tiada. Rasa cemas mula menjalar dalam dirinya. Tiba-tiba dia ternampak sesuatu di atas tilam—sepucuk surat.

-Aku tak bersedia nak kahwin. Harap jangan marah dan jangan cari aku lagi.-

Itu je alasan yang kakaknya tinggalkan. Maureen terkaku seketika, cuba hadam apa yang sedang berlaku. Tapi belum sempat dia buat apa-apa, pintu bilik ditolak dari luar. Datin Natalia muncul semula, mukanya sedikit tegang.

"Kenapa lama sangat, Maureen? Semua orang dah tunggu tu." tegur Datin Natalia dengan nada lebih mendesak tapi perlahan, sambil memandang sekeliling. Dia juga hairan kenapa bilik tu sunyi je.

Maureen teragak-agak sebelum menghulurkan surat itu kepada wanita itu. Datin Natalia membaca dengan mata terbeliak, tapi dia tetap tenang. Dia memandang ke luar cermin seketika, ke arah laman di mana Fabian, pengantin lelaki, sedang menunggu.
Datin Natalia kemudian beralih semula pada Maureen, matanya tajam. 

“Maureen, saya nak kamu yang ganti tempat kakak kamu.”

Maureen terkejut. 

“Tapi, Datin—Fabian akan tahu ni! Dia mesti perasan...”

Datin Natalia menggeleng. 

“No one will notice, Maureen. Sebab kamu berdua kembar.” Suaranya semakin tegas. 

“Tapi, Datin...”

"Maureen, you don't have to be worried; I'll handle everything."

Maureen terpaku. Datin Natalia, wanita yang dihormatinya, adalah orang yang pernah tolong dia dapat biasiswa dulu. Dia serba salah, tapi dalam hatinya, dia tak sanggup menghampakan wanita itu. Maureen menarik nafas panjang. 

"Baiklah, Datin." katanya perlahan, walaupun hatinya penuh keraguan.

Datin Natalia senyum sambil menyentuh rambut ikal mayang Maureen itu.

"Good girl. Now get ready. Come on."

Hari ini, Maureen tak pernah rasa lebih cemas dalam hidupnya. Dia berdiri di depan cermin, melihat dirinya dalam gaun pengantin yang sepatutnya dipakai oleh Madison. Jantungnya berdegup laju, tak percaya dia ada dalam situasi ini—menggantikan kakaknya untuk berkahwin dengan Fabian, pewaris harta billionaire. Ini bukan impiannya.

“Macam mana la aku boleh terlibat dalam semua ni?” bisik Maureen pada dirinya sendiri.

Semuanya berlaku terlalu cepat. Madison, seperti biasa, tak suka terikat dengan tanggungjawab besar. Jadi, bila tiba masa untuk majlis perkahwinan ni, kakaknya tinggalkan dia dengan satu nota yang ringkas, dan satu beban yang berat—kahwin dengan lelaki yang bukan pilihan hati Maureen.

Fabian... Seorang lelaki tampan, kaya, dan penuh dengan aura. Maureen kenal dia, hanya kerana dia tahu Fabian adalah teman lelaki Madison, seorang yang selalu nampak tenang dan ramah. Tapi Maureen bimbang, boleh ke Fabian tak perasan dia bukan Madison? Walaupun rupa mereka sama, Maureen dan Madison sangat berbeza dari segi perangai. Madison lebih berani, lebih yakin. Maureen? Dia lebih selesa dengan buku-buku dan dunia sendiri.

Ketukan di pintu mengejutkan Maureen dari lamunannya. Suara perlahan tetapi mendesak dari pengapit perempuan datang dari luar.

"Cik, jom turun. Dah lama orang tunggu kat bawah. Tak boleh lambat lagi."

Maureen menarik nafas dalam, cuba menenangkan diri. Masa terasa berlalu dengan cepat—sudah hampir sejam dia bersiap, tapi hati masih rasa tak bersedia. Dia tak ada pilihan lain. Dengan langkah berat, dia membuka pintu dan menuruni tangga, setiap langkah terasa seperti beban.

Di bawah, di laman yang penuh dengan tetamu, bunga-bunga putih menghiasi kawasan altar. Fabian, si pengantin lelaki, berdiri tegak di sana, segak dalam sut mahal berwarna biru gelap. Gaya rambutnya yang kemas dan elegan, wajahnya yang tampan seperti bintang K-pop, menambah lagi ketampanan lelaki itu. Ketinggian dan bentuk badannya betul-betul sepadan dengan sut yang dipakainya, membuatkan semua mata tertumpu kepadanya.

Maureen menundukkan kepalanya sedikit bila Fabian menoleh ke belakang. Senyuman terukir di wajahnya, tampak mesra dan tenang. Lelaki itu memakai cermin mata nipis yang hanya menambah lagi aura intelektualnya. Senyuman Fabian itu, yang kelihatan tulus, buat jantung Maureen berdegup lebih kencang. Dia cuba kawal diri, tapi debaran dalam dadanya semakin kuat.

Maureen melangkah perlahan, cuba kawal debaran di dada. Ketika dia melintas di depan Datin Natalia, dia terasa mata wanita itu menikamnya dengan pandangan yang tajam walaupun dalam senyuman. Datin Natalia duduk bersila kaki di kerusi hadapan, mengipas dirinya dengan kipas tangan elegan.

Wajahnya nampak tenang, tapi mata itu penuh dengan harapan dan sedikit amaran—jangan buat benda bodoh, Maureen. Dia tahu Datin Natalia takkan teragak-agak untuk bertindak jika sesuatu yang tak diingini berlaku.

Maureen menarik nafas panjang, teruskan langkah ke altar. Fabian sudah menunggu di sana, berdiri segak, wajahnya tenang seolah-olah tiada apa yang perlu dirisaukan.

Maureen menghampiri paderi, berdiri di sebelah Fabian, lelaki yang bakal jadi suaminya dalam sekelip mata. Terasa seperti mimpi, tapi inilah realiti.

"Madison." Fabian menyapa perlahan, dengan nada lembut. Senyumannya semakin melebar. 

Kakinya terasa seakan terikat di lantai. Perutnya berasa sebu, seolah-olah ada ribut taufan dalam diri. Dia sangat takut. Bagaimana kalau rahsia ni terbongkar? Bagaimana kalau Fabian sedar dia bukan Madison?

“Boleh kita mulakan?” Paderi bertanya dengan suara tenang, melihat ke arah Maureen dan Fabian.

Fabian angguk, tersenyum kecil. 

"Of course." jawabnya, tenang.

Suaranya membuatkan Maureen rasa lebih gelisah. Dia tak pernah bayangkan dirinya berdiri di sini, menggantikan kakaknya di hari yang sepatutnya jadi hari bahagia.

Paderi mula mengucapkan kata-kata sumpah perkahwinan dalam bahasa Inggeris, suaranya tenang dan penuh formaliti. Fabian mendengar dengan sabar, kemudian dengan penuh yakin, dia mengangguk dan mengucapkan dua perkataan yang diharap semua orang. 

"I do."

Kini, giliran Maureen. Dia berdiri kaku di sebelah Fabian, menunggu paderi mengulang soalan yang sama. Jantungnya terasa seolah-olah berhenti seketika. Suasana sunyi. Semua tetamu mula rasa berdebar, mata mereka tertumpu pada Maureen, termasuk Fabian yang tiba-tiba tampak sedikit risau bila dia teragak-agak.

Maureen diam, terlalu lama rasanya. Fikirannya berkecamuk—apa yang dia sedang lakukan? Ini bukan hidupnya. Ini bukan perkahwinannya. Tapi, nak tak nak, dia kena teruskan. Dia menoleh perlahan ke arah Datin Natalia yang duduk di depan, masih memandang dengan tajam. Wanita itu mengecilkan matanya, jelas memberi amaran. Jangan buat hal, Maureen. Jangan rosakkan semuanya.

Dengan nafas tersekat-sekat, Maureen akhirnya berkata, “I do.”

Fabian menghela nafas lega, senyuman muncul di wajahnya, seolah-olah beban besar telah hilang. Tapi bagi Maureen, kata-kata itu bukan tanda permulaan bahagia. Bagi dia, ia rasa seperti neraka yang baru bermula.

Dia pandang ke bawah, cuba tahan debaran dalam diri. Di mata orang lain, ini mungkin perkahwinan yang sempurna—tetapi bagi Maureen, dia sedang terperangkap dalam dunia yang dia tak pernah minta.

Boleh ke dia harungi semua ini tanpa apa-apa kesilapan? Apa yang akan berlaku bila Fabian tahu kebenarannya?

I used to think, I had the answers to everything But now I know, that life doesn't always go my way, yeah Feels like I'm caught in the middle That's when I realized I'm not a girl, not yet a woman All I need is time, a moment that is mine While I'm in between I'm not a girl

Share this novel

DHIA AMIRA
2024-12-09 10:03:16 

kongratz erra nw baby was born already

DHIA AMIRA
2024-12-09 10:02:53 

oh ..datin yg paksa


NovelPlus Premium

The best ads free experience