“Jauh temenung… fikir apa?” sapa Ayriz daripada belakang apabila melihat Haikal berseorangan.
“Eh Ayriz… nothing.” jawab Haikal tersenyum sebaris.
“Sakit kat perut dah okay? Mesti kuat kan mamat beku tu tendang. Dia tu gila lah.” Tersembur tawa Haikal mendengar kata kata Ayriz. Jujur dia tidak pernah melihat gadis seperti Ayriz.
“You ni memang berani kan. You tahu tak dia tu ketua segala gengster. You boleh borak berkawan dengan dia.”
“Ye ke? I tak tahu, serius. Tapi I tengok dia okay je.”
“Korang borak apa masa dia letak ais tu. I nampak dia macam caring dekat you.” Ayriz mengerutkan dahi.
“You baru cakap dia tu ketua segala gengster. Tak ada makna dia nak care pasal I.Dia sendiri tahu I isteri orang.” Haikal tertawa kecil.
“Riz, mana ada gengster rawat orang yang dia pukul. You tengok I semalam separuh mati dia pukul. Macam mana you kenal dia?”
“Ouh I jalan kat mall pastu dia rempuh I. Ha bergaduh sikitlah masa tu.” sekali lagi Haikal terawa.
“You gilalah Ayriz.”
“Dia yang cari pasal kan.” mereka tertawa sama.
“Ehem.” dehem seseorang daripada belakang membuatkan mereka berhenti ketawa.
“Apa yang seronok sangat tu?”
“Adalah…. sibuk je kau. Mana yang lain?” tanya Haikal menukar topik.
“Tengok bilik.”
“Ouh okaylah Ayriz… I pergi dekat diaorang dulu.” Ayriz mengangguk sambil tersenyum. Fariz memandang tidak puas hati memandang isterinya tersenyum. Hilang sahaja Haikal, Fariz terus duduk di sebelah Ayriz.
“Borak apa dengan Haikal?”
“Nothing just tanya pasal lebam dia je.” bersahaja Ayriz menjawab membuatkan Fariz tidak puas hati. Memandangkan Fariz hanya mendiamkan diri, Ayriz bangun untuk beredar.
“Ayriz wait. Kita kena bincang.” Ayriz sudah mengeluh. Dia rasa tiada apa yang perlu dibincangkan.
“Again? Bincang apa Fariz?”
“Pasal kita. Sampai bila kita nak macam ni. Awak duduk mana pun saya tak tahu.”
“Untuk apa? Sikit hari pun saya kena hidup sorang juga kan?” berubah riak wajah Ayriz ketika itu. Dia tidak suka bercakap mengenai hal itu.
“Kenapa cakap macam tu?”
“Saya tak suka berkongsi Fariz. If awak sayangkan Wawa then lepaskan saya.”
Seakan tidak percaya dengan mudah Ayriz mengungkap kata kata itu.
“Saya kan… saya tak faham. Why macam semua yang jadi salah saya. Saya ke paksa awak kahwin dengan saya dulu? Ye awak selamatkan maruah saya tapi saya ke yang merayu dekat awak. Semua orang waktu tu ada fikir tak perasaan saya? Ada tanya pendapat saya? Ya awak mesti akan cakap saya bodoh sebab still nak dekat orang yang lari waktu hari nikah kitaorang. Dia orang yang saya sayang… sayang sangat sebab tu saya butakan apa yang dia buat dekat saya. Wawa tu pun masa lari ada dia fikir perasaan saya? Ada ke? Tak ada! Semua fikir diri sendiri. Semua fikir kebahagiaan sendiri. Saya tak tahu apa motif awak untuk kahwin dengan saya. Tapi bila dah jadi macam ni… awak ajak berpisah? Semudah tu? Mana awak letak maruah saya sebagai suami awak Ayriz? Mana?”
Sudah lama Fariz menyimpan perasaannya. Hari ini dia meluahkan tanpa sedikit pun yang tertinggal. Perasaan Fariz kali ini bercampur. Sedih, kecewa dan terkilan dengan layanan Ayriz terhadapnya.
Ayriz terdiam. Bagaikan satu tamparan hinggap di pipinya. Lelaki di hadapannya sedikit pun tidak memandangnya.
“Awak sendiri suruh suami awak ni lamar perempuan lain. Mana letaknya saya Ayriz sampaikan awak buat keputusan untuk saya? Mana? Bukan ke awak cakap seorang isteri perlu ada di sisi suami? Mana awak? Sebab awak isteri saya, saya dengar saya lamar dia…dia terima tapi saya tolak dia… Sebab apa? Sebab saya bukan lelaki yang suka duakan wanita yang saya sayang.”
Tersentak Ayriz mendengar luahan hati suaminya. Dia seakan sedar kesalahannya selama menjadi isteri.
“Mungkin dulu Wawa pemilik hati saya. Saya sayang dekat dia tapi sekali orang tu musnahkan kepercayaan seseorang tak mustahil orang tu di buang untuk tangga teratas.”
“Saya sedaya upaya pujuk awak. Sikit pun saya tak marah awak keluar daripada rumah tanpa izin saya. Saya tak cari awak? Sebab saya tahu awak nak masa. Saya bagi masa. Saya tak tahu apa lagi yang patut saya buat untuk awak terima saya dan maafkan saya. Saya takut Ayriz… saya takut saya mula putus asa. Saya pun manusia ada hati ada perasaan. Saya takut hati saya berbolak balik. Saya sayang awak. Tapi saya tak mampu tunjuk kasih sayang saya. Saya tak tahu apa lagi yang perlu saya buktikan.”
Air mata Fariz kian mengalir apabila semua luahannya sudah dikatakan. Dia mengelap air matanya. Ayriz yang melihat sudah diselubungi rasa bersalah. Ayriz juga sebak mendengar luahan hati suaminya. Betul kata Fariz, apa yang jadi hanya keinginan masing masing tanpa bertanya Fariz.
“Dahlah…Jomlah pergi dekat diaorang. Mesti semua cari kita.” kata Fariz perlahan apabila beberapa minit diam. Dia mencapai tangan Ayriz untuk mengikutnya. Ayriz tidak membantah. Sedikit pun Fariz tidak memandang Ayriz. Hal itu membuatkan Ayriz susah hati.
Selepas daripada luahan hati Fariz, Fariz banyak mendiamkan diri seperti selalu. Sedikit pun dia tidak bercakap dengan Ayriz. Hal itu membuatkan Ayriz rasa bersalah. Petang itu mereka bercadang pergi ke pantai.
“Ayriz… kalau kak Tya tanya jangan marah ya. Ayriz gaduh lagi ke dengan Fariz? Akak Tya bukan apa… lama dah korang gaduh macam ni. Walaupun akak tak tahu punca apa tapi tak baik tau gaduh lama lama. Korang suami isteri.” Tya menegur lembut adik sepupunya. Ayriz hanya menunduk tahu salahnya. Perlahan lahan Tya mengambil tangan Ayriz dan digenggam.
“Pergilah pujuk.” Ayriz masih teragak agak lalu Tya mengangguk. Ayriz tersenyum dan terus bangun.
Ayriz melihat suaminya sedang duduk sambil memeluk lutut. Fariz seakan berada di dunianya sendiri tanpa menghiraukan orang yang lalu lalang. Ayriz mengeluh perlahan.
“You can do it, Ayriz.”
Perlahan lahan Ayriz berjalan ke belakang Fariz lalu dia terus memeluk Fariz daripada belakang membuatkan lelaki itu tersentak. Fariz memandang ke belakang melihat siapa gerangan yang memeluknya.
“Buat apa dekat sini?” lembut Ayriz bertanya sambil dia masih lagi memeluk suaminya. Fariz ingin menoleh ke belakang namun tiada tanda tanda Ayriz mahu melepaskan pelukan. Dia memandang ke hadapan semula.
“Amik angin.” jawab Fariz tenang.
“Sorang sorang?”
“Sorang soranglah… ada wife tapi merajuk. Tak tahu dah nak pujuk apa.” perli Fariz. Ayriz tersenyum sebaris.
Dia mengaku yang dia nampak kesungguhan Fariz memujuknya yang sudah hampir 2 minggu.
Lantas dengan itu satu kucupan hinggap di pipi Fariz. Perkara itu berlaku dalam sekelip mata. Fariz seakan kaku di situ.
“Sorry husband. Yayang tahu husband sedaya upaya pujuk yayang.” ucap Ayriz dengan nada serba salah. Fariz memandang isterinya di bahunya sekilas. Lalu dia menarik Ayriz untuk duduk depannya.
“Pandang sini.” arah Fariz sambil tangan memegang dagu isterinya. Perlahan lahan Ayriz mengangkat muka. Air mata sudah bertakung.
“Husband tak kesah yayang nak merajuk. Tapi tolonglah jangan keluar rumah macam ni lagi. Husband balik yayang tak ada. Hilang arah husband selama yayang tak ada. Tapi husband fikir yayang kat rumah mama papa tapi bila husband lalu rumah kereta yayang tak ada. Lagilah husband risau. Sampailah husband nampak yayang hari tu. Lega hati ni.”
“Sorry.” ucap Ayriz lagi lalu dia terus memeluk suaminya. Fariz tersenyum dan menguncup ubun isterinya.
kalini pendek sebab lost idea
Share this novel