77

Romance Series 93217

“So bila Yasir bercadang nak serahkan segala bukti - bukti ni kepada pihak polis?" Soal Tan Sri Zamir ketika mereka sekeluarga sedang berkumpul di kediaman mereka tengah hari itu.

Tan Sri Zamir sengaja menjemput seluruh ahli keluarga Aayra dan Harraz datang ke rumahnya pada hari itu bagi membincangkan isu ini. Walaupun pada asalnya Tan Sri Zamir seakan tidak bersetuju dengan rancangan anak - anaknya untuk mengenakan Trisya, namun setelah dipujuk berkali - kali oleh Puan Sri Elise akhirnya Tan Sri Zamir bersetuju. Pada fikiran Tan Sri Zamir, apa yang dilakukan oleh Yasir dan Ezmal itu agak berbahaya dan ianya bisa menggadaikan nyawa salah seoarang dari mereka. Namun begitu Tan Sri Zamir turut meletakkan sepenuh kepercayaan kepada anak - anaknya dalam menangani isu ini. Baginya semakin cepat hal ini dapat diselesaikan, semakin cepat mereka dapat menuntut bela di atas kemalangan yang menimpa Harraz dan Aayra.

“Yasir dah pun hubungi Insp. Khairi yang mengendalikan kes ni semalam dan kita orang dah berjanji nak jumpa petang ni. In shaa Allah kalau takde aral melintang, bukti - bukti ni akan diserahkan kepada Insp. Khairi petang ni." Ujar Yasir.

Seluruh ahli keluarga yang berkumpul di situ pada ketika ini dilihat menarik nafas lega terutamanya Datin Hana. Manakan tidak. Sudah hampir dua bulan lebih anak tunggalnya itu bertarung nyawa dek kerana sebuah dendam. Jadi apabila beliau mendapat tahu bahawa pelaku sebenar sudah mula memasuki jerat, kegusaran yang melanda dirinya selama ini sudah mula hilang sedikit demi sedikit. Lebih membuatkan hatinya berbunga riang apabila dikhabarkan bahawa Harraz mula menunjukkan perubahan yang positif.

“Alhamdulillah! Terima kasih Yasir, Ezmal. Uncle Ngah tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan ni ketika ni. Uncle Ngah betul - betul terhutang budi dengan korang berdua. Semoga Allah membalas jasa baik korang berdua kerana sudi membantu menegakkan keadilan bagi pihak Harraz dan Aayra." Ucap Dato Akhmal dengan penuh rasa syukur.

“Uncle Ngah, jangan cakap macam tu. Kita semua kan satu family. Dah tanggungjawab kita sebagai family kena saling menjaga each others. So apa yang kami boleh bantu, kami akan cuba bantu. Lagipun kebetulan pula Trisya tu pernah jadi salah seorang staff di ZE Corporation tu. Jadi tak susahlah untuk kami trace di mana tempat tinggal dia." Giliran Ezmal pula menyampuk.

Datin Hana dan Puan Husna dilihat saling berpelukan. Kedua - duanya kelihatan sedikit lega saat mengetahui segala masalah yang dihadapi mereka akan selesai tidak lama lagi. Sudah lama mereka menantikan detik - detik seperti ini. Semoga segala urusan mereka akan dipermudahkan Allah.

“Seharusnya saya yang perlu ucapkan terima kasih kepada kalian semua sebab sudi membantu menyelesaikan masalah ini. Sebagai orang tua kepada Aayra, sejujurnya keluarga kami juga turut terkesan dengan apa yang berlaku. Melihatkan keadaan Harraz yang terlantar sakit seperti itu sedikit sebanyak membuatkan saya berasa sebak dan sayu. Tapi pihak keluarga kami tidak mampu untuk berbuat apa - apa memandangkan kami langsung tidak mengenali siapa sebenarnya si pelaku itu. Apa yang kami mampu lakukan hanyalah berdoa kepada Allah agar memberi petunjuk kepada kita semua agar dapat menyelesaikan perkara ini dengan secepat mungkin." Sampuk Encik Nadzmi pula.

“Nadzmi, awak jangan cakap macam tu. Bagi saya dan isteri, kami sudah cukup terhutang budi dengan Aayra menantu kami tu. Sepanjang Harraz dirawat di hospital, tak pernah sekali pun kami lihat Aayra tinggalkan Harraz sendirian. Setiap detik Aayra begitu setia menemani Harraz di hospital. Segala hal dan kebajikan Harraz dijaga dengan baik dan rapi. Adakalanya kami bersimpati dengan Aayra. Dia langsung tak pedulikan kesihatan dirinya sendiri demi memberikan yang terbaik untuk Harraz. Bagi saya itu semua sudah cukup beerti buat kami suami isteri. Jadi dalam hal ini, biarlah kami pula yang selesaikannya. Awak dan keluarga tak perlu risau apa - apa. In shaa Allah, tak lama lagi semuanya akan selesai." Balas Dato Akhmal penuh hormat.

Tan Sri Zamir mengangguk setuju. Baginya apa yang diperkatakan oleh adik lelakinya itu adalah benar belaka. Sebagai bapa, dia juga turut kagum melihat sikap yang ditunjukkan Aayra sepanjang menjaga Harraz di hospital. Aayra begitu cekal menggalas tanggungjawab menjaga Harraz sendirian tanpa bantuan sesiapa. Sikap mulia Aayra itu seharusnya dipuji dan dicontohi oleh semua orang.

“Uncle Ngah dan Uncle Nadzmi jangan bimbang ya? Yasir dan Abang Ez akan cuba selesaikan perkara ini secepat yang mungkin. Lagipun Yasir tak nak kelihatan terburu - buru di hadapan Trisya. Yasir takut kalau - kalau Trisya dapat mengesan sesuatu nanti. Jadi Uncle Ngah dan Uncle Nadzmi tenang aje ok? In shaa Allah, kita sudah hampir sampai ke penamatnya. Apa yang penting sekarang kita harus tetap berdoa agar Abang Harraz diberikan kesembuhan dan sedar dari komanya dengan cepat. Kasihan Yasir tengok Kak Aayra tu. Langsung tak nak tinggalkan Abang Harraz sendirian sampaikan makan dan minum sendiri pun terabai." Yasir meluahkan rasa simpatinya terhadap Aayra.

“Terima kasih Yasir, Ezmal. Aunty doakan semoga Allah sentiasa merahmati kalian berdua." Giliran Puan Husna pula melahirkan rasa penghargaannya terhadap Yasir dan Ezmal.

Sejak keluarga mereka dilanda dugaan, Yasir dan Ezmal jugalah yang banyak membantu keluarga mereka tidak kira waktu. Kedua - dua beradik itu sering sahaja menjenguk mereka di rumah bagi bertanyakan khabar. Malah adakalanya Yasir atau Ezmal akan menjemput dan membawa mereka ke hospital bagi menjenguk keadaan Aayra dan Harraz. Manakala Aayril pula hanya akan mengambil alih tugas itu sekiranya dia bercuti.

Yasir dan Ezmal dilihat tersenyum manis saat mendengarkan doa Puan Husna. Manakala Tan Sri Zamir dan Puan Sri Elise pula tersenyum penuh bangga melihat sikap yang ditunjukkan oleh kedua - dua anak lelaki mereka itu. Siapa sangka Yasir yang dahulunya sangat terkenal dengan sikap buasnya kini sudah mampu berubah 100% menjadi seorang anak yang baik. Malah lebih membanggakan mereka lagi apabila kedua - duanya dilihat begitu bertanggungjawab dalam membantu untuk menyelesaikan masalah ini.

“Tahniah Yasir, Ezmal!! Dad sangat berbangga dengan kalian berdua. Dad doakan semoga urusan kalian berdua akan
dipermudahkan olehNya. In shaa Allah doa dad and mom akan sentiasa bersama kalian." Puji Tan Sri Zamir bangga.

Yasir dan Ezmal masing - masing hanya tersenyum dan mengangguk. Seketika kemudian kedua - duanya dilihat saling berpelukan antara satu sama lain. Semoga apa yang mereka lakukan ini sentiasa dirahmati Allah. Keadilan harus dicari. Harraz dan Aayra tidak selayaknya menerima dugaan seperti ini kerana kedua - duanya dilihat saling memerlukan antara satu sama lain. Justeru itu Trisya harus menerima pembalasannya. Mengingatkan hal Trisya, kedua - duanya dilihat seperti sedang menyimpan perasaan amarah terhadap gadis itu. Semoga semuanya akan berkahir tidak lama lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience