Bab 25

Romance Series 59136

Dadaku berdegup kencang. Meskipun Lia berada di sisi, tetap juga gemuruhku tidak hilang. Mataku tertutup rapat, cuba mencari jalan untuk menenangkan diriku.

“Muka kau nampak pucat Mia, walaupun dah make up. Chill sikit lah.”

Teguran Lia membuatkan aku tersedar bertapa menggigilnya tanganku saat ini. Aku merenung tanganku yang penuh dengan inai, terketar – ketar. Lia memegang erat kedua – dua tanganku. Dia cuba memberikan aku semangat yang aku perlukan.

Aku terdengar suara Syafik menjerit memberitahu pengantin lelaki sudah sampai. Tanganku makin menggigil. Saat ini pelbagai perkara bermain di fikiranku. Sama ada keputusanku untuk berkahwin dengan dia adalah tepat mahupun tidak, aku terfikir cara untuk lari dan rasa tidak bersedia untuk semua ini.
Setahu aku, sepatutnya aku rasa bahagia, bukan macam ni kan?

“Mia,” Lia memegang kedua bahuku. “Tenang.”
Pandangan yang diberikan Lia ketika itu sukar digambarkan. Dia seperti sedih. “Kau tak suka aku kahwin ke?”

Lia menggelengkan kepalanya. “Aku sedih tapi gembira kawan baik aku nak jumpa bahagia yang dia tunggu.”

Aku menundukkan kepala. Suasana diluar yang bising dapat aku dengar hingga ke dalam bilik. Saat aku melihat pintu bilikku dibuka, dan wajah nenek muncul, aku tahu, sudah tiba masanya untuk aku keluar.

Lia seolah memberiku semangat dengan anggukan memberiku petanda untuk keluar. Sekilas aku melihat wajahku di cermin yang telah dihias. Aku kelihatan sedikit berbeza dari biasanya. Bukan aku tidak selalu memakai make up tapi cara make up kali ini lebih menonjol dan aku rasa sedikit malu untuk keluar dan memperlihatkan diriku di hadapan Adam serta yang lain.

Mahu tak mahu, aku terpaksa juga keluar dari bilik. Nenek menginsyaratkan agar aku duduk di tempat ditunjuknya. Di belakang jauh sedikit dari Adam.

Ketika aku keluar, dari ekor mata aku terasa seperti diriku diperhatikan. Memang tidak pelik sebenarnya kerana aku seperti tumpuan utama ketika itu yang sedang berjalan. Namun aku menurut kata hatiku untuk menolah ke kiri. Saat itu aku melihat Adam memerhatikan aku tanpa lepas. Aku tertunduk pantas.

“Sedia semua?” suara bertanya setelah aku duduk. Lia membantu mengelap peluh yang mulai menitik di dahiku. Keadaan sejuk tapi macam mana aku boleh berpeluh?

Suara – suara menjawab persoalan tersebut memenuhi suasana ketika ini. Tangan milik tetamu saat itu sibuk merakam suasana Adam mahu melafazkan ijab qabul.

“Aku terima nikahnya Hana Damia binti Hisyam dengan mas kahwinnya seratus ringgit…”

Ketika mendengarinya, aku hanya mampu menggenggam Lia, tak mahu aku lepaskan. Selama ini aku selalu bergantung dengan Lia, dari zaman awal perkenalan aku di universiti hingga aku bakal bergelar isteri orang. Ketika aku bertarung di bilik pembedahan, dia juga yang setia menemani aku. Aku serba salah sebab aku tahu terlalu banyak sangat perkara yang aku susahkan. Jadi sebab itu aku rela membantu Lia dalam artikelnya. Bagiku, bantuanku hanyalah kecil jika nak dibandingkan dengan Lia yang selama ini bertahun menjaga keluargaku.

Ketika aku masih tidak sedarkan diri selepas pembedahan, dia yang merelakan diri menjaga nenek. Malah bukan setakat itu, dia turut menawarkan diri menjaga aku dan nenek sehingga aku mampu berdikari sendiri. Terlalu banyak masanya aku bazirkan.

Sejujurnya Lia ada peluang besar. Dia diterima bekerja untuk jadi journalist seperti dia idamkan, di mana dia boleh melancong dan melihat negara luar. Aku tahu itu sudah menjadi impiannya sedari dulu lagi. Tapi kerana aku yang tiada kaitan dengannya, dia sanggup lepaskan peluang berharga tu.

Aku marah. Marah kat diri aku yang tak berguna sampai menyusahkan orang yang aku sayang. Ketika itu, aku hanya mahu nyawaku diambil setelah mengetahui perkara yang Lia sorokkan. Berkali – kali aku paksa Lia ubah kembali keputusan dia. Aku bukan tak mampu menjaga diri aku selepas pembedahan. Tapi dia tetap menolak. Katanya sudah terlambat. Dia buat keputusan tu semasa aku dibedah.

Sudah tentu aku tahu tanpa sengaja. Lia mengelak, tapi akhirya mengaku. Perkara terakhir aku ingat wajahnya mengelak dari melihatku sebeluma aku rebah. Sedihnya aku pengsan sebab terlalu terkejut. Tengok bertapa lemahnya aku masa tu. Sekali lagi aku menyusahkan dia. Aku ketika itu berharap nyawaku diambil. Aku tak mahu teruskan hidup seandainya aku hanya menyusahkan orang sekelilingku.
Aku malu dengan Lia. Aku terlalu banyak menyusahkan dia.

“Berbaloi ke pengorbanan semua orang kalau adik nak bunuh diri? Adik dapat bernyawa sekali lagi, tapi cara ni ke adik balas semua kebaikan orang?”

Kata – kata yang menghentikan aku buat perkara terburuk dalam hidupku. Fikiranku tidak stabil ketika itu. Aku tertekan hidup menyusahkan orang, bukan sementara, malah selamanya. Aku terpaksa berhati – hati selalu, aku terpaksa makan ubat untuk seumur hidup aku, dan aku akan menyusahkan orang sekeliling aku. Aku tak lebih hanya bebanan bagi semua orang. Setiap kali aku melihat pergelangan tangan, hanya satu yang berada di fikiran. Aku tak mahu hidup seperti ini.

“Hidup. Teruskan hidup. Itu sahaja dorang mahukan.”

Sehinggalah perkataan ‘sah’ keluar, aku sedar, aku bukan lagi Hana Damia seperti dulu. Aku kini dah bergelar isteri lelaki yang kini berada di hadapanku. Wajahku toleh memandang Lia di sisi.

Aliya, maaf aku dah banyak susahkan kau selama ni. Cari bahagia kau lepas ni sebab aku aku cuba berhenti susahkan kau.

Air mata mengalir. Bukan aku seorang malah Lia turut menangis. Aku tak dapat menahan perasaanku. Aku mencari wajah nenek yang berada di sebelah kanan. Nenek terus mendakap tubuhku. Situasi ni, tak dapat aku gambarkan. Samada aku gembira atau sedih.

Adam berjalan dan duduk di hadapanku. Anak matanya memandang wajahku. Aku melihat dia tersenyum.

“Terima kasih.” Aku yakin aku mendengar perkataan tersebut dibisikkan olehnya.

Setidaknya, aku yakin aku rasa gembira. Saat ini

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience