32

Romance Series 93218

Hujung minggu itu Harraz sengaja membawa Aayra pulang ke rumah keluarga mertuanya. Kebetulan pula pada ketika itu Aayril juga turut berada sama di situ. Kemeriahan di rumah itu memang tidak dapat disangkalkan lagi apabila mereka anak beranak dapat berkumpul bersama. Kali ini ianya terasa lebih meriah dengan kehadiran Nufael dan Nuffan. Sejak tadi Nufael dan Nuffan langsung tidak lekang dari ribaan Aayril. Sesekali bayi kembar itu dikendong dengan penuh kasih sayang.

Aayra dan Harraz masing - masing tersenyum simpul melihat aksi Aayril yang begitu teruja mengendong bayi kembar mereka sejak tadi. Dari tindak tanduk Aayril, ianya langsung tidak menampakkan kejanggalan lelaki itu dalam menjaga bayi kecil. Hal itu langsung tidak mendatangkan kemusykilan di hati Aayra kerana dia tahu sejak kecil Aayril lah yang sering membantu mamanya menjaga dirinya sementara bapa mereka bekerja. Lagi pula Aayril memang sangat sukakan budak - budak. Jadi tidak hairanlah mengapa dia begitu mudah menawan hati bayi sekecil Nufael dan Nuffan itu.

“Asyik kendong anak orang je. Anak sendiri bila nak kendong pula?" Akhirnya soalan cepu mas itu lahir dari bibir Puan Husna bersama senyuman nipis di bibirnya.

Aayra dan Aayril saling berpandangan sebelum masing - masing mengukir senyuman penuh makna. Sejak dari awal lagi mereka sudah dapat mengagak soalan seperti itu pasti akan berkumandang jua dari bibir Puan Husna. Apatah lagi di saat ini usia Aayril sudah semakin meningkat. Hal itu pasti akan mencetuskan kebimbangan di hati tua seperti mama dan abah mereka.

“In shaa Allah, mama. Tak lama lagi bau nasi minyak lah dalam rumah ni. Emmm... Sedapnya." Sakat Aayra nakal.

Aayril menjeling tajam ke arah Aayra. Reaksi itu langsung disedari oleh Harraz serta Encik Nadzmi. Serta merta mereka tertawa kelucuan. Harraz benar - benar terhibur melihat telatah Aayra dan Aayril. Entah mengapa dia sangat mengagumi cara Encik Nadzmi dan Puan Husna mendidik Aayril dan Aayra. Kedua - duanya kelihatan sangat rapat dan saling menyayagi antara satu sama lain. Betapa dia sangat mengharapkan hubungan Nufael dan Nuffan juga akan begitu suatu hari nanti. Saling melengkapi dan menjaga antara satu sama lain.

“Kalau betul, alhamdulillah. Lapang hati mama dengar. Bukan apa, takutlah juga kalau anak mama ni 'kunyit' ke apa kan. Ishhh, minta simpang malaikat 44 lah." Ujar Puan Husna dengan wajah yang sedikit cuak.

Telahan Puan Husna itu benar - benar mengundang tawa besar mereka seisi keluarga. Tawa mereka saling bersahut - sahutan antara satu sama lain. Sungguh mereka tidak menyangka betapa Puan Husna juga berfikiran up to date apabila mengenakan perkataan 'kunyit' untuk mengambarkan diri Aayril. Namun berbeza pula respon Aayril. Bagai mahu luruh jantungnya apabila Puan Husna melabelnya seperti itu.

“Allahuakhbar!! Sampai ke situ mama fikir tentang Aayril ye? Sampai hati mama. Anak mama ni still tahu dosa pahala lagilah." Ujar Aayril pura - pura merajuk.

Melihatkan respon Aayril, Aayra semakin galak mentertawakan abangnya. Berair matanya dek tawa yang berlebihan. Harraz yang menyedari akan hal itu seraya mencuit pinggang isterinya.

“Sayang, sudahlah tu. Kesian abang tengok Abang Aayril tu, hah. Kecil hati dia tau." Bisik Harraz perlahan di telinga Aayra.

Aayra menekup mulutnya. Nafasnya ditarik lalu dihembusnya secara perlahan - lahan. Air mata yang mengalir tadi langsung dikesatnya.

“Sorry, abang. Mama ni lawak sangat. Tak boleh control adik dibuatnya. Tapi abang jangan bimbang. Adik tahu abang adik ni
straight orangnya. Kalau tak, tak kan lah abang nak suruh mama dan abah masuk meminang Kak Marsha tu kan?" Aayra membongkar rahsia Aayril sekali gus merungkaikan persoalan sebenar mengapa dia pulang ke rumah kedua ibu bapanya hari ini.

“Apa adik cakap tadi? Masuk meminang? Bila? Di mana? Dengan siapa?" Soal Puan Husna bertalu - talu.

Sekali lagi reaksi Puan Husna itu mengundang tawa mereka seisi keluarga. Jelas kelihatan keterujaan di wajah mamanya saat mendengarkan berita yang disampaikan Aayra sebentar tadi.

Aayril merenung wajah Aayra tajam lalu sekali lagi dia menghadiahkan jelingan maut buat adiknya. Betapa Aayra begitu teruja menyakatnya sehinggakan dia tidak mampu menutupi rahsia itu. Akhirnya perlahan - lahan Aayril menganggukkan kepalanya tanda mengiakan apa yang diperkatakan oleh Aayra sebentar tadi.

“Ishhh... Tak boleh simpan rahsia betul lah adik ni." Omel Aayril geram.

“Heleh, benda baik macam tu nak dirahsiakan buat apa? Lagipun kalau tunggu abang yang mulakan, sampai esok pun belum tentu. Kan mama, abah?" Balas Aayra.

Encik Nadzmi dan Harraz hanya tersenyum melihat pertelingkahan manja dua beradik itu. Akhirnya segala persoalan Puan Husna sebentar tadi telah terjawab semuanya. Mengikut perancangan mereka, hujung bulan ini Encik Nadzmi dan Puan Husna diminta mengunjungi rumah keluarga teman wanitanya bagi tujuan merisik dan berbincang tentang majlis pertunangan mereka. Namun hal itu kurang dipersetujui oleh Puan Husna. Katanya dia belum sempat berkenalan dengan Marsha lagi. Jadi sebelum majlis merisik itu berjalan, adalah lebih baik jika Aayril membawa pulang Marsha ke rumah bagi proses suai kenal. Cadangan Puan Husna itu turut dipersetujui oleh keluarga mereka yang lain. Aayril akur dan bersetuju untuk membawa teman wanitanya datang bertemu kedua orang tuanya terlebih dahulu. Akhirnya kata sepakat telah dicapai pagi itu.

******************************************

Aayril mendekati adiknya yang sedang bersantai di taman mini rumah mereka. Segelas mug coklat panas dihulurkan kepada Aayra lalu ianya disambut dengan senyuman.
Sudah lama mereka berdua tidak meluangkan masa bersama seperti ini. Kali terakhir ianya terjadi ketika Aayra masih belum berkahwin. Betapa dia sangat merindui detik - detik seperti itu.

Tanpa banyak bicara, Aayra segera melentokkan kepalanya di bahu Aayril lalu lengan abangnya dipaut mesra.

“Abang marah adik lagi ke tentang hal pagi tadi?" Soal Aayra takut - takut.

Aayril tersenyum seraya menggelengkan kepalanya. Mana mungkin dia memarahi adik kesayangannya itu lama - lama. Lagi pula apa yang diperkatakan Aayra itu ada benarnya. Jika dia yang memulakan langkah untuk menjelaskan kepada keluarganya, entah bila pun dia tidak pasti. Bagus juga ada Aayra. Sekurang - kurangnya Aayra sudah memudahkan jalannya. Namun itu bukanlah penyebab utama mengapa dia datang menghampiri Aayra saat ini. Ada perkara lain yang bermain di fikirannya sejak awal tadi dan ianya perlu dirungkaikan dengan segera.

“Adik.." Panggil Aayril lembut.

Aayra tidak menjawab. Sebaliknya dia mengangkat wajahnya menghadap Aayril. Wajah Aayril kelihatan berkerut - kerut seakan sedang memikirkan sesuatu.

“Ya saya. Kenapa abang? Abang ada masalah ke?" Soal Aayra bimbang.

“Taklah. Abang ok. Cuma abang nak tanya sesuatu dengan adik. Hope adik tak marah ye?" Luah Aayril sedikit bimbang.

“Hal apa tu? Suspend je adik tengok." Aayra mula mengangkat kepalanya dari bahu Aayril lalu dia mengalihkan tubuhnya menghadap Aayril.

“Abang dengar Ezmal dah putus tunang. Betul ke? Tapi sebab apa? Bukan adik puncanya kan?" Soal Aayril bertalu - talu.
Buntang mata Aayra mendengarkan soalan abangnya. Jantungnya berdetak laju.

“Astaghfirullah'alazim. Dah kenapa pula adik puncanya? Abang ni tak baik tau tuduh adik sampai macam tu." Aayra terasa hati dengan telahan abangnya itu.

“Sorry!! Sorry!! Abang tak bermaksud nak tuduh adik macam tu. Abang tahu adik abang tak kan buat semua tu. Cuma abang takut kalau - kalau Ezmal buat macam tu sebab dia masih ada perasaan dengan adik." Luah Aayril tentang apa yang dirasakannya.

Sekali lagi telahan Aayril itu mengundang reaksi kaget dari Aayra. Entah mengapa tiba - tibanya hatinya menjadi tidak tenteram. Aayra menoleh ke arah sekelilingnya. Dia mencari - cari kelibat sesiapa yang berada berdekatan dengan mereka. Bimbang kalau - kalau perbualan mereka itu mampu didengari oleh Harraz. Pasti suaminya akan menyimpan perasaan curiga terhadapnya.

“Apa yang abang cakapkan ni? Kenapa pula Ezmal masih nak simpan perasaan dengan adik? Kita orang memang tak pernah ada apa - apa hubungan pun kan sebelum ni. Memang sejak dari dulu lagi dia dan Ramona tu dah bersama. Jadi apa kaitan dengan adik pula?" Soal Aayra kurang mengerti.

Aayril tersenyum. Ternyata Aayra begitu lurus sehinggakan dia tidak mampu menilai semua itu dari mata hatinya. Namun Aayril tidak menyalahkan Aayra dalam hal ini kerana dia tahu selama ini Ezmal memang tidak pernah melamar mahupun meluahkan rasa hatinya kepada Aayra. Jadi tidak hairanlah mengapa Aayra masih tidak dapat menangkap punca sebenar mengapa sehingga kini Ezmal masih tidak melangsungkan perkahwinannya bersama Ramona. Sebagai lelaki, dia tahu apa yang dipendam Ezmal selama ini.

“It's ok. Just ignore it. Mungkin abang yang terlebih fikir kot. Tapi betul ke adik tak tahu kenapa dia orang putus tunang?" Soal Aayril lagi cuba memancing Aayra.

“Entahlah. Katanya dia orang ada masalah. Adik pun malas nak tanya lebih - lebih dengan Abang Harraz. Nanti tak pasal dia ingat adik busybody pulak. Lagipun tak penting pun semua tu. Hal dia orang pandailah dia orang settle kan." Tipu Aayra.

Bukan niatnya ingin merahsiakan hal ini dari pengetahuan Aayril. Tapi ianya melibatkan maruah keluarga Ezmal. Jadi lebih baik dia mengambil jalan dengan berdiam diri dari menceritakan segala - galanya kepada Aayril. Nampaknya Aayril menerima jawapan itu dengan hati terbuka. Tiada lagi raut wajah yang berkerut - kerut seperti tadi. Segala persoalan sudah terjawab tanpa Aayra sedar apa yang bermain di fikiran Aayril yang sebenarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience