Prologue

Humor Completed 28838

Matahari baru sahaja terbit dari ufuk timur. Kedinginan fajar tidak mengganggu langkah wanita yang menyorong beg beroda itu. Wanita itu berjalan pantas ke stesen bas. Sekali lagi dia mengerling ke arah jam tangannya. Dia merungut seorang diri. Wanita yang masih ngantuk itu menguap kecil. Dia asyik menoleh ke arah jalan raya yang lengang di hadapannya. Dia menggoyang-goyangkan kakinya. Itu sudah menjadi tabiat wanita itu apabila dia sudah tidak sabar. Matanya liar memandang sekeliling.

"Selamat tinggal Singapore!" gumam wanita itu sendiri.

--

"Dhia, cepatlah sarapan!" Marah Rafidah, sepupu Dhia.

"Janganlah marah dia, sayang. Dhia belum sarapan lagi." Bela Hafizul, tunang Rafidah. Dhia memasamkan mukanya.

"Betul tuh kak. Dhia lapar tahu tak? Siapa suruh tak bilang Dhia yang kita naik flight? Bila dah nak keluar baru bilang. Bukannya akak tidak tahu yang Dhia ni akan muntah kalau naik flight bila perut kosong," bebel Dhia tentang keadaannya Rafidah mengedurkan wajahnya. Dia tahu silapnya, namun, dia hanya mahu memberi kejutan kepada Dhia sahaja. Dhia meneruskan suapannya. Dia tergelak kecil memikirkan makanan yang dipanggil sarapan. Burger, fries dan coke adalah sarapannya pada lapan pagi.

Dhia gelisah. Kelemahannya yang paling ketara ialah tidak boleh menunggu lama. Dia akan marah dan gelisah. Dia asyik merenung jam tangan miliknya.

"Kak Radiah, bila Abang Di dan Kak Raudah nak sampai ni?" rungutnya. Radiah yang dari tadi asyik memandang sepupunya itu mendengus.

"Tak boleh sabar ke Dhia? Dari dulu perangai tak berubah-ubah. Tak ada kesabaran langsung." Dhia semakin gelisah. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk mengubah topik. "Abang Zaiful mana?" Radiah memandang Dhia sambil menggeleng kepala. Fahamlah Dhia maksud gelenggan tersebut. Dia kasihan dengan Radiah. Sejak akhir-akhir ini, Radiah sering menghadapi masalah dengan kekasih hatinya, Zaiful.

"Hah itu mereka dah sampai." umum Radiah. Sekaligus menutup topik Zaiful.

Dhia tersenyum senang. Akhirnya, percutian yang amat dia nantikan tiba. Dia mahu bersenang-lenang di Kuala Lumpur nanti. Dhia ke kota metropolitan itu bersama tiga sepupunya, Raudah, Rafidah dan Radiah. Masing-masing bersama pasangan mereka. Raudah bersama suaminya Fandi. Rafidah bersama tunangnya, Hafizul. Dan Radiah bersama kekasih, Zaiful.H

Share this novel

Yonoaemas
2022-09-10 00:42:17 

adoh


NovelPlus Premium

The best ads free experience