BAB 3 KENA KACAU

Thriller Series 2495

Hampir sebulan Ana dan Elly menjadi penyewa di apartment itu. Hari-hari mereka berdua sangat sibuk memandangkan mereka telah sah bergelar mahasisiwi. Kadang-kadang lewat malam baru mereka balik ke apartment dan ada kalanya menginap sehari dua di rumah kawan mereka. Sekarang Ana dan Elly tidak lagi bingung memikirkan kemudahan untuk ulang alik dari apartment ke tempat kuliah kerana ibu dan ayah Elly membenarkannya membawa keretanya sendiri. Selama ini mereka berdua selalu lambat sampai kolej dan selalu terlepas bas.

Berbalik kepada Ana dan Elly, hari ni mereka berdua tak pergi kuliah sebab Prof. Izam cuti dan class cancel.. Dia pergi temankan isterinya ke rumah ibu mertuanya sebab ibu mertuanya sakit tenat. Jadi Prof. Izam ambil cuti 2 hari. Memandangkan cuti singkat, Ana dan Elly cadang tak nak pergi tempat jauh, cukup setakat sampai gerai Uncle Muthu je. Itu memang port mereka tambah tambah lagi kalau mood down malas nak masak.

Macam biasa, pagi-pagi Elly memang sentiasa bangun lebih awal daripada Ana sebab Elly ni cergas sikit orangnya. Tapi taklah awal subuh, agak-agak dalam pukul 6 macam tu. Bila Elly dah bangun, dia terus kemaskan katilnya. Selimutnya dilipat kemas, bantal disusun rapi dan cadar ditegangkan. Bila dah siap dia buat semua tu, dia langsung pergi ke dapur. Tapi bila dah sampai dapur, dia patah balik semula ke bilik tidur sebab dia lupa nak bawa tuala. Sampai saja dia kat bilik, dilihatnya si Ana masih berselimut. Elly hanya menggelengkan kepala dan kemudian mengambil tualanya dan beredar dari situ.

Tuala berwarna kelabu disangkutkan di dinding bilik mandi. Pili air dibuka, lantas air mengalir keluar dengan laju. Baldi pula mula dipenuhi air. Badan Elly dibasahkan perlahan-lahan memandangkan keadaan air pada waktu pagi sangat sejuk. Menggigil seluruh badannya “se…se…juk..” itu memang perkataan yang wajib diucapkan apabila dia mandi waktu pagi dan malam.

Selesai sahaja mencuci badannya, Elly mengambil berus giginya di atas sinki kemudian dia duduk semula. “Eh pencuci muka aku tertinggal atas meja makan” Elly terlupa untuk mengambil pencuci mukanya yang berada di atas meja makan di dapur. Dia rasa malas nak keluar, jadi dia tetap di situ dan bercadang untuk menggunakannya selepas mandi nanti. Tapi, alangkah bertuah dia pada masa tu apabila dia terdengar bunyi seseorang sedang mencuci muka di sinki.

“Ana kau ke tu?” Elly segera memanggil Ana.

“Ana? Jawablah” namun masih tidak ada jawapan daripada Ana.

“Kalau betul itu kau, aku nak kau pukul gelas pakai sudu, satu kali je”

Ting! [bunyi pukulan gelas]

“Mengaku pun. Kau bisu ke pagi ni?” Elly terasa hairan. Sangat hairan.

“Dahlah. Malas aku nak layan. Tolong aku ambil pencuci muka aku kat atas meja makan tu. Kau sorok dari atas pintu ni. Bukan tinggi sangat pun”

“Nah…” akhirnya ada juga suara yang menyahut. Tapi suara tersebut agak berbeza daripada suara Ana.

“Er ok, thanks” Ana lantas mengambil pencuci mukanya. Kemudian dia duduk semula dan segera mandi.

Beberapa minit kemudian, dia selesai mandi dan berjalan laju ke bilik tidur. Dia terkejut apabila melihat Ana masih tidur nyenyak di atas katil. Matanya dikedipkan berkali-kali. “Pelik” Elly sendiri masih bingung. Elly segera mengejutkan Ana. Di tariknya kaki Ana berkali-kali.

“Elly. Ape ni kacau orang tidur lah kau ni” Ana yang masih mengantuk dan matanya masih dipejamkan.

“Tadi kau ada pergi dapur tak? Ada cuci muka tak kat sinki?” Elly mula risau.

“Jangankan pergi dapur, pergi tutup kipas pun aku tak larat”

“Kau biar betul? Bukan kau ke yang bagi aku pencuci muka tadi?”

“Kau dah kenape sahabat? Kena sampuk?”

“Ana! Habis yang tadi tu siapa?” Elly mula rasa takut.

“Apa maksud kau ‘siapa’?” Ana bangun dan berdiri di sebelah Elly. Tiba-tiba matanya terbuka luas mendengar kata-kata Elly. Elly menceritakan hal sebenar yang berlaku tadi kepada Ana.

“Kau seirus ke ni Ly? Jangan nak takutkan aku” Ana turut berasa gelisah.

“Kau ingat aku main-main?”

“Tapi yang pastinya itu bukan aku. Memang bukan aku sebab aku tidur nyenyak. Tak gerak pergi mane pun”

“Kalau itu bukan kau, maknanya….”

“Maknanya ‘dia’ adalah…”

Ana dan Elly saling berpandangan. Bulu roma mereka meremang. Cepat-cepat mereka berdua kembali ke katil dan menutup seluruh badan degan selimut. Tak pernah terjadi benda ni kat Ana, tapi kalau kat Elly memang pernah.

Jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi tetapi mereka berdua masih di bilik. Ana membuka selimutnya perlahan-lahan. Melihat keadaan sekeliling. Setiap sudut di bilik itu diperhatikan. Kemudian dia bangun dan segera mengejutkan Elly. Mereka berdua kemudiannya berjalan menuju ke dapur. Kosong. Tiada sesiapun di sana. Elly mengarahkan Ana supaya mandi cepat dan dia berjanji untuk menemani Ana di dapur. Ana turut sahaja, langsung dia pergi mengambil tualanya di bilik dan segera pergi mandi.

Agak lama Elly menunggu Ana mandi dan akhirnya Ana keluar. Mereka berdua cepat-cepat pergi ke bilik dan si Ana segera berpakaian. Kemudian mereka berdua segera mengambil beg masing-masing dan bergegas keluar menuju ruang tamu. Pintu dibuka dan mereka berdua keluar, bercadang untuk menenangkan diri di gerai uncle Muthu. Selesai sahaja mengunci pintu, Ana dan Elly langsung berjalan menuju ke arah lif.

“Alamak lif penuh” Elly kemudian menarik tangan Ana dan mereka berdua nekad untuk menggunakan tangga. Sampai sahaja mereka di ground floor, mereka berdua tersempak pak cik guard yang hari tu. Wajahnya memang agak menyeramkan, robek sana robek sini. Tangannya berbalut. Ana lihat tangannya berdarah. Elly pula hampir termuntah menghidu bau darah yang hanyir itu. Lantas mereka berdua berlari meninggalkan pak cik guard tersebut tetapi pandangan tajamnya terhadap Ana dan Elly tidak dilepaskan sehinggalah dua orang sahabat itu tidak lagi kelihatan.

Sampai sahaja Ana dan Elly di gerai, punggung mereka langsung dilabuhkan.
Muka mereka berdua memang pucat seperti mayat. Nafas ditarik laju. Semput mereka berdua kerana berlari tadi. Elly kelihatan menggelabah, mungkin disebabkan peristiwa yang berlaku kepadanya pagi tadi. Ana cuba menenangkannya. Elly kemudian berasa sedikit selesa dan mengikat rambutnya yang serabai itu.

“Kenapa tadi lari-lari? Ada orang jahat kejar ka..?” uncle Muthu tiba-tiba bersuara daripada belakang.

“Ish uncle ni. Buat kita orang terkejut” kata Ana.

“Haha..jangan marah lah Ana. Uncle gurau saja”

“Uncle, nak milo ais satu” kata Elly.

“Erm…bagi Ana ice lemon tea”

“Ok. Tunggu ya..makan?

“Tidak” kedua-dua mereka menjawab dengan serentak. Uncle Muthu hanya menggarukan kepala sahaja melihat reaksi Ana dan Elly. Kemudian dia berlalu dan meninggalkan mereka berdua.

“Aku rasa tak sedap hati lah dengan semua ni. Aku rasa dah sampai waktu untuk kau berterus-terang dengan aku pasal tempat ni” kata Ana. Ana memandang Elly dengan serius.

“Sebenarnya…” Elly masih lagi teragak-agak.

“Sebenarnya Elly pernah tinggal kat apartment ni 2 tahun yang lepas sebelum berpindah ke perumahan Damansara” tiba-tiba uncle Muthu menjawab. Kelihatan dia membawa 2 gelas air yang disusun rapi di atas talam. Kemudian diletaknya air tersebut di atas meja kepada tuan empunya pesanan dan dia langsung duduk.

“Biar uncle cerita sebab uncle tahu Elly belum bersedia” kata uncle Muthu. Ana hanya mengangguk. Elly pula kelihatan sedih dan kecewa, malah dia memandang ke tempat lain.

“Dulu apartment ni selamat, tiada apa yang berlaku, cantik bangunannya, banyak lukisan mural pada dinding-dinding setiap blok. Tapi siapa sangka hal yang tidak diingini telah berlaku dalam sekelip mata.” Unle Muthu sempat mengesat peluh di dahinya dan menyambung semula ceritanya. Ana masih menjadi pendengar setia manakala Elly masih termenung.

“Apa yang berlaku uncle?” kata Ana yang tertanya-tanya.

“Hmm…satu kebakaran telah berlaku dan hampir semua blok terbakar termasuklah blok yang sedang kamu berdua duduki sekarang. Uncle juga pernah tinggal di situ, keluarga uncle dan keluarga Elly berjiran. Tapi bukan di blok itu, di blok yang paling belakang sekali, blok E. Kebakaran tu berpunca daripada seorang pemuda yang tidak waras. Dia menyimbah semua blok menggunakan minyak dan kemudian membakarnya. Hanya blok E saja yang selamat sebab pasukan bomba datang dengan cepat. Tapi…” tiba- tiba uncle Muthu berhenti bercerita.

“Tapi kenapa uncle?” Ana semakin ingin tahu.

“Tapi semua penghuni di apartment blok A, B, C dan D banyak yang kehilangan nyawa, termasuklah Ella…” Elly tiba-tiba menyambung cerita uncle Muthu. Elly menarik nafas yang panjang, air matanya kelihatan bergelinangan di kelopak matanya. Ana hanya merenung Elly dengan wajah yang sayu.

“Siapa Ella? Dan apa yang berlaku kepadanya?” tanya Ana dengan rasa serba salah.

“Ella. Ella adalah kembar aku. Kami berdua lama berpisah dan bertemu kembali masa umur aku 10 tahun. Tapi Ella tak duduk sama dengan aku sebab dia telah menjadi anak angkat pak cik aku. Mulanya agak janggal apabila bersama tapi lama kelamaan kami menjadi semakin rapat. Ella akhirnya pindah ke ke apartment ini bersama dengan keluarga pak cik aku” Elly menceritakan hal sebenar.

“Mereka pindah sini sebab urusan kerja pak cik aku, dia merupakan seorang peguam. Manakala mak cik aku pula suri rumah saja. Tapi mereka tinggal di blok lain, blok B. blok di mana pemuda yang gila tu tinggal dan itu merupakan antara blok yang terbakar dahulu. Kebakaran tu berlaku pada tengah malam, lebih kurang pukul 12.”

“Sepatutnya siren kecemasan akan berbunyi jika terdapat tanda-tanda kebakaran seperti asap. Tapi malangnya siren tersebut pada masa itu tidak berfungsi, begitu juga dengan pemadam api. Selepas beberapa saat blok B terbakar, api kemudian merebak ke bangunan lain. Pak cik aku sempat selamatkan diri kerana pada masa tu dia sempat terjun dari tingkat 5, walaupun masih hidup tapi sekarang dia lumpuh disebabkan keretakan pada kedua-dua tulang kakinya. Tapi…tapi….El…” air mata Elly serta merta keluar. Perasaannya memang tidak dapat ditahan lagi. Ana mengusap rambutnya.

“Tapi mak cik aku dan Ella tak sempat selamatkan diri. Mereka berdua terperangkap di bahagian koridor. Semasa pasukan bomba sampai, mereka berdua masih di sana berteriak meminta tolong. Aku berlari-lari dari blok E dan aku fikir aku boleh selamatkan Ella. Tapi hampa. Aku terlambat. Aku hanya boleh mendengar teriakannya dari bawah. Sikit saja lagi dia dan mak cik aku dapat diselamatkan. Apakan daya, tiba-tiba tong gas mereka meletup. Berkecai semuanya. Hanya debu dan abu sahaja berterbangan di udara”

“Aku pandang ke atas dan dapati mereka berdua lenyap. Lalu aku ternampak seutas rantai yang ayah belikan untuk kami berdua di bawah kakiku. ‘Ella’ nama Ella megah di situ. Aku genggam erat rantai tersebut dan ternyata sehari sebelum kejadian itu berlaku adalah hari terakhir aku tengok dia senyum, dia bernyanyi, dia sikat rambut aku, peluk aku, cium pipi aku dan ucapkan sesuatu kepada aku yang sampai sekarang masih terngiang-ngiang” Elly semakin sebak. Ana pula semakin serba salah. Perasaan sedih ada dan perasaan tersinggung juga ada.

“Apa yang dia cakap Ly?”

“Dia cakap, kak Elly, kalau Ella pergi dulu esok lusa jangan lupa Ella ya. Jaga diri baik-baik dan jangan pernah ucapkan selamat tinggal kepada sesiapa pun sebab kita dapat berjumpa semula tetapi di alam yang lain. Itulah hal yang terakhir yang dia pesan. Aku memang dah rasa tak sedap hati tapi aku tak nak beratkan fikiran aku.” Kata Elly lagi.

“Kenapa kau tak pernah cerita pasal dia kat aku? Kenapa kau tipu dan cakap kau anak tunggal?” Ana bertanya kepada Elly.

“Sebab aku tak nak ingatkan tragedi tu. Rasa pedih sangat. Aku cuba buang ingatan aku terhadap peristiwa tu tapi masih kekal. Aku masih dihantui benda tu. Aku tak nak orang lain tahu tapi terpaksa juga aku bocorkan akhirnya kepada kau Ana. Aku harap kau faham” Elly masih sayu dan menjadi semakin sayu. Ana hanya mengangguk. Dia kemudiannya memeluk Elly dengan erat.

“Tak apa. Cukuplah persoalan yang bermain di minda aku selama ini terjawab. Aku puji kau sebab kau jujur dan masih kuat hadapi semua ni” kata Ana yang cuba memberi kata semangat kepada Elly. Elly hanya senyum dan mengesat air matanya yang jatih ke pipi. Uncle Muthu turut sebak dan dia juga memuji hubungan persahabatan Ana dan Elly. Mereka berdua langsung makan tengahari di gerai itu. Meluangkan masa bersama di situ sambil mengembirakan hati. Tidak terasa bahawa sudah lama mereka bertiga berborak panjang lalu Ana dan Elly meminta izin untuk pulang ke apartment. Uncle Muthu sempat membungkuskan mereka makanan untuk dimakan nanti. Ana dan Elly mengucapkan banyak terima kasih kerana sudi berborak dengan mereka dan membungkuskan makanan. Mereka berdua kemudian pulang ke apartment dan berehat di sana.

Malam tu cuaca kurang baik. Hujan turun dengan lebat. Kilat sabung-menyabung. Bekalan elektrik pula tiba-tia putus. Nasib baiklah mereka berdua sudah mandi dan makan. Oleh kerana keadaan dalam bilik sangat gelap dan telefon mereka berdua pada masa tu masih ada batteri, jadi mereka berdua menggunakan torch daripada telefon untuk mencari lilin. Beberapa minit setelah puas mencari, akhirnya tiga batang lilin ditemui dalam laci di kabinet dapur. Elly mengambil pemetik api dan menyalakan api pada lilin-lilin tersebut. satu diletakkan di ruang tamu, satu di ruang dapur dan satu lagi di bilik tidur mereka.

Selesai sahaja meletakkan kesemua lilin tersebut, Ana dan Elly duduk di ruang tamu sambil bermain handphone. Elly duduk di sofa sebelah kanan manakala Ana duduk di atas lantai. Ana memang suka duduk atas lantai sebab lebih sejuk berbanding duduk di atas sofa. Jam menunjukkan tepat pukul 10.45 malam dan mereka berdua masih kekal di stu.

“Ana…janganlah kacau rambut aku. Tengah main game ni” Elly yang syok main game tiba-tiba merungut.

“Kau gila? Aku sendiri tengah sibuk download lagu. Mana ada masa kacau kau’ kata Ana yang menyandar selesa di sofa yang Elly duduk. Elly hanya diam dan meyambung semula gamenya. Beberapa minit kemudian Ana pula merungut.

“Elly kau nak balas dendam ke? Apa barang main geletek kaki ni. Aku sepak kang baru tahu”

“Cik adik, kau ingat tangan aku panjang ke? Elastik sampai boleh sampai kat kaki kau?” kata Elly sedikit kehairanan.

“Habis kalau bukan kau?” kata Ana yang mula menelan air liurnya. Bulu romanya meremang, begitu juga dengan Elly. Elly hanya menggeleng menandakan dia tak tahu siapa. Tapi tiba-tiba satu suara menyahut.

“He…he…he…he…aku…” kilaian suara tersebut memang menyengat telinga Ana dan Elly. Mereka berdua terkejut. Mereka melihat seorang perempuan tua sedang meniarap di hujung kaki Ana. Mukanya memang menakutkan. Robek sana robek sini. Biji matanya tiada. Rambutnya panjang mengurai. Kukunya tajam dan benda tu tidak berganjak dari situ.

“Argh!! Lari Ana” kata Elly yang bingkas bangun dan menarik tangan Ana. Tapi Ana terjatuh. Kakinya ditarik oleh benda tu. Ana meraung tetapi suaranya tenggelam akibat bunyi hujan yang terlampau kuat. Elly menarik badan Ana dengan kuat dan akhirnya kaki Ana dilepaskan. Mereka berdua kemudian lari ke dalam bilik dan sempat menoleh ke arah benda tu yang terus mengensot mengejar mereka. Pintu bilik dikunci. Mereka berdua bersembunyi di sebelah katil Elly, di sudut kanan bilik itu.

“Ape tu Ly?” kata Ana sambil menutup mukanya.

“Ak…ak…aku..tak..tahu…” Elly tergagap-gagap menyahut soalan Ana.

Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat benda tu merangkak melalui bawah katil. Benda tu menjelirkan lidahnya seperti ular dan berkata “Jom main sembunyi dengan nenek..he..he…he..he…” sekali lagi benda tu mengilai. Elly hampir pengsan melihat benda tu tapi Ana sempat menarik tangan Elly dan mereka berdua keluar dari bilik tersebut. benda tu terus merangkak, mengensot. Memang menakutkan!

Jadi mereka berdua lari ke bahagian dapur, bersembunyi di bawah meja. Tiba-tiba bahu Ana seperti disentuh. Terasa sejuk dan ada sedikit terasa tajam. Baju nya sedikit basah, seperti ada air yang menitis dari atas. Ana berasa seram sejuk. Elly pula terpaku apabila melihat benda tu berada di belakang Ana. Ana hairan dan dia menoleh ke belakang dengan perlahan. Dilihatnya benda itu berada sangat dekat dengannya. Dia meraung! Tapi benda tu kemudian mencekik Ana! Elly tak tahu apa lagi yang perlu dibuat jadi dia mengambil satu bungkusan dalam laci di dapur dan membuka bungkusan tersebut. Ana yang dalam keadaan lemas sebab tak mampu nak bernafas masih meraung”Tolong!El..El..Ly..”
Elly segera mengenggam beras daripada bungkusan merah tersebut”Allahuakhbar!” lantas beras tersebut dibaling ke arah benda tersebut dan dalam sekelip mata benda tu hilang. Meninggalkan kesan lebam pada leher Ana. Ana hampir kehilangan nyawa dibuatnya. Segera Elly membawa Ana keluar dari dapur dan kemudian kembali semula ke bilik. Pada masa yang sama juga bekalan elektrik sudah ada dan mereka berdua sangat bernasib baik kerana masih hidup!

Pagi itu Elly membawa Ana ke hospital untuk mendapat rawatan. Selesai sahaja selepas itu, mereka berdua balik ke apartment. Dalam perjalanan menuju ke lif, mereka berdua terserempak dengan pak cik dan mak cik guard.

“Benda tu suka kalian. Kalian seiras cucunya” kata pak cik tersebut. mukanya memang menyeramkan. Senyuman sinisnya sangat menakutkan.

“Anak berdua nak makan daging masak merah?” kata mak cik tersebut sambil menunjukkan daging yang ada di dalam plastik putih yang dibawanya. Ternyata daging tersebut adalah daging manusia! Ada ibu jari seseorang di dalamnya. Darahnya begitu banyak! Bau hanyir! Mak cik tersebut sempat mengambil daging itu dan terus memakannya di hadapn Ana dan Elly.

“Sedap…takkan tak lapar?” kata mak cik itu lagi. Mak cik dan pak cik tersebut kemudian ketawa terbahak-bahak “hahahahaha!” Ana dan Elly terus lari dari situ. Muka mereka berdua pucat tak ubah seperti mayat. Mereka kemudian masuk ke dalam lif. Elly memang dah tak tahan menahan rasa nak muntah. Begitu juga Ana. Sampai sahaja di tingkat 15, mereka berdua terus menuju ke bilik, membuka pintu dan kemudian meluru ke dapur. Seorang muntah di tandas dan seorang lagi di bilik air. “Pengotor! Kanibal!” Ana sempat lagi bercakap. Mukanya dibasuh berkali-kali. Elly pula masih muntah di sebelah. Ana membiarkan Elly di situ dan kembali ke ruang tamu untuk menutup pintu.

“Kamu berdua tak apa-apa kah?” tanya Puan Tania, jiran sebelah mereka.

“Oh…tak ada apa kak. Cuma tadi terhidu bau hapak kat dalam lif. Tu yang termuntah” kata Ana berbohong kepada Puan Tania.

“Baiklah. Kalau rasa demam boleh minta ubat kat akak. Panggil je dari balkoni belakang tu. Akak pergi dulu ye” kata Puan Tania dan kemudian berlalu dari situ. Ana cepat-cepat menutup pintu takut nanti semakin banyak orang yang lalu-lalang. Kemudian dia pergi melihat keadaan Elly di bilik air. Elly masih muntah. Tubuhnya sudah basah. Ana hanya menggeleng sahaja. Dia lantas ke bilik untuk mengambil tuala Elly dan memberi kepadanya.

“Nah. Kau terus mandi. Aku buatkan kau milo ice” kata Ana. Elly mengambil tuala tersebut daripada Ana dan menutup pintu. Ana membiarkan Elly membersihkan dirinya sementara dia membuatkan Ana air. Ana mengambil cerek dan mengisinya air. Kemudian dia mengambil gelas dan mencucinya. Selepas itu dia membuka laci dapur untuk mendapatkan kain. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat sekeping nota yang ditulis menggunakan darah.

Nikmatilah hari kalian dengan keseronokan. Walau ke mana sahaja kalian lari, seksa itu pasti menanti kerana kalian memang insan terpilih. He…he…he…he….

Ana tergamam. Kaku seketika. Tangannya bergetar. Tiba-tiba Elly muncul di sebelahnya. Dia kemudian menyerahkan nota berdarah tersebut kepada Elly. Elly menelan air liur. Dia juga dalam ketakutan. Nota itu diletakkan di atas meja makan. Dia kemudian pergi ke bilik untuk menyalin pakaian. Ana buat tak tahu. Dia menyambung kerjanya dan anggap tak pernah jumpa nota tersebut.

Beberapa minit kemudian, Elly pun sampai di dapur. Dia lihat Ana termenung. Elly menepuk bahu Ana dan dia terkejut. Kemudian Elly duduk di sebelahnya dan meminum air yang dibuat oleh Ana tadi dengan perlahan.

“Dah jangan fikir sangat. Buang je nota tu nanti” kata Elly.

“Em…Ly, kau tak rasa ke nak pindah tempat lain? Aku dah tak tahan lagi duduk kat blok ni” kata Ana sambil bahunya dipicit-picit. Memandang ke arah Elly yang berselera menikmati minumannya.

“Aku pun ada rasa acam tu. Aku sendiri dah muak. Mana tahan hari-hari muntah kalau jumpa dua orang tu” Elly sempat menyikat rambutnya dan kemudian minum semula,

“Apa kata…hm…”Ana teragak-agak untuk bagi cadangan, dia risau Elly membantah. Tapi Elly memang sentiasa dapat meneka fikirannya,

“Kita pindah. Aku nekad dan muktamad” Elly selamba sahaja menyahut Ana. Ana hanya mengangguk gembira. Mereka berduaberharap sangat benda tu berhenti mengacau ketenteraman hidup mereka.

Nota berdarah tersebut kemudiannya dibakar oleh Elly. Ana hanya melihat saja. Mereka berdua tak nak hanya disebabkan nota leceh seperti itu, fikiran mereka buntu. Ana dan Elly bersetuju untuk berpindah blok lain walaupun mereka tidak menjamin bahawa mereka sudah terlepas daripada gangguan syaitan ataupun tidak. Apa yang penting sekarang mereka berdua perlu lupakan hal yang berlaku selama ni dan anggap sahaja benda tu tak wujud. Jadi petang itu, mereka berdua pergi berjumpa Uncle Muthu dan meminta tolong untuk menemani mereka bertemu dengan pengurus apartment tersebut untuk meminta pertukaran ke blok lain. Petang itu juga mereka bertiga berjumpa dengan Ecik Chien, pengurus apartment tersebut dan pertukaran blok mereka diluluskan.

Malam itu, nasib mereka sangat baik kerana tiada perkara aneh ysng berlaku. Mereka berdua dapat berehat dengan tenang. Tetapi apabila menjelang tengah malam, tiba-tiba seseorang mengetuk pintu ruang tamu. Mereka berdua lantas bangun. Perlahan-lahan mereka melangkah. Elly terus membuka pintu dan melihat tiada sesiapa di luar dan kemudian menutup pintu itu semula. Tiba-tiba kaki Ana tersandung pada sesuatu. Apabila dia melihat ke bawah, dia hairan dari mana datangnya sebuah kotak kecil berwarna hitam di atas lantai. Elly segera membuka ikata kotak tersebut dan mendapati ada sekeping lagi nota berdarah. Serentak Ana dan Elly membaca kandungan nota tersebut.

Semua ini belum berakhir. Kami masih mahu bermain dengan kalian.

Isi kandungan nota tersebut membuat Ana dan Elly terasa seram sejuk. Mereka berdua saling berpandangan. Lantas nota dan kotak hitam tersebut dicampak ke atas lanta. Mereka bergegas lari ke dalam bilik dan mengunci pintu. Kemudian pergi ke katil masing-masing. Mereka menggigil ketakutan. Mereka berdua berselimut dan tidak ada seorang pun daripada antara mereka bergerak. Secara tiba-tiba, kedengaran satu suara berbunyi., “Tunggulah seksaan seterusnya..he…he..he…he…” benda tersebut mengilai dengan kuat! Membuatkan Ana dan Elly kaku. Mereka berdua masih tidak berganjak. Mereka sangat berharap itu adalah mimpi. Tetapi mengapa malam tersebut terasa sangat panjang ataupun kerana ketakutan yang teramat sangat telah menyelubungi jiwa mereka, menyebabkan mereka berdua terasa seperti dikejar.

Walaupun ketakutan menguasai diri, namun mereka berdua perlu berani. Mereka berdua harus membuang perasaan takut dan perlu segera bertindak atau mereka akan mati katak. Mati secara sia-sia dan dalam keadaan yang sangat tidak tenteram….he…he…he…he…

He..he..he…he…hee!

He…he..he..hee!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience