Bab 116

Romance Completed 78329

Gia duduk di balkoni kondonya. Menikmati angin malam dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Sejuk angin malam ni. Luqman pula datang berdiri di sebelah Gia sambil matanya memandang wajah Gia.

“Kenapa?”

“Apa?”

“Dah kenapa tenung saya?”
“Perasan! Aku tenung pokok dalam pasu tepi kau tu,” dah tak pasal pokok pulak yang dapat perhatian.

“Ok…”

“Gia, aku…”

Gia terlebih dahulu menyampuk. “Saya tahu apa awak nak cakap Luq.”

“Yeye je kau.”

“Dah hafal dah pun skrip awak.”

“Tak…ni skrip baru.”

Sempat lagi ehhh nak berlawak time-time macam ni?

“Skrip apa pulak kali ni?” Hampir saja dia ketawa kecil dengan jawapan spontan Luqman tadi tapi dia
sedaya-upaya tahan.

Luqman mengeluarkan satu kertas kecil dan diserahkan pada Gia. Gia memandang Luqman dengan pandangan tertanya-tanya.

“Ambillah dulu baru kau tahu apa benda.”

Gia mengambil kertas tersebut dari tangan Luqman dan membuka lipatan kertas tersebut. Dia membaca baris ayat yang ditulis.

My lover, my life...my baby my wife…you left me, I’m tied. Cause I know that it just ain’t right. I was thinking about you, thinking about me, thinking about us…what we gonna be…open my eyes…it was only just a dream. Travel back down that road…will you come back…no one knows…I realize it was just a dream.

Entah kenapa bila dia baca ayat ni hatinya tiba-tiba terasa sebak lain macam. Dia tahu ni bukan ayat tapi lirik kepada satu lagu tajuk Just A Dream yang dinyanyikan oleh Sam Tsui dan Christina Grimmie. Luqman ambil pada bahagian korus.

Bila teringatkan rentak lagu Just A Dream lagilah buat hatinya terasa sebak. Air mata mula bertakung di kelopak matanya.

“Kau…kau ok ke tak Gia? Dah kenapa pulak mata kau berair ni?” Aduh! Salah ayat ke apa? Walhal aku ambil dari lirik lagu je tu.

“Tak ada apa. Saya nak masuk tidur dululah Luq. Penat…” Dia melangkah pergi menuju ke biliknya.

Luqman sekadar memandang Gia yang pergi. “Aduh Luqman…kau pun satu! Rajin sangat nak bagi dekat dia lirik macam tu. Kalau dia terasa dengan kau macam mana?” Dahinya ditepuk. Salah langkah!

Berapa jam dia berdiri di balkoni kondo sebelum melangkah masuk dan menutup pintu gelangsar. Sejuk pulak angin malam ni. Lagi bertambah sejuk bila kena tidur dekat ruang tamu ni dengan tak ada selimutnya.
Luqman mencapai remote aircond dan menekan punat off. Dia memasang kipas pada tahap nombor empat. Oklah ni. Tak adalah sejuk sangat.

Dia membaringkan badannya di atas sofa. Badannya pun dah mula rasa letih. Mata pun dah mula kuyu. Akhirnya…dia terlena.

LUQMAN terjaga dari lenanya. Dia memandang ke arah jam. Sudah pukul Sembilan setengah pagi. Lepas solat Subuh tadi, dia kembali sambung tidur tapi bukan di ruang tamu tapi dalam bilik Gia. Dia mintak izin untuk tidur sekali tadi dan Gia benarkan. Dengar dia bagi aku tidur sekatil dengan dia pun dia dah cukup rasa seronok.

Dia menoleh ke sebelah. Gia tak ada. Maybe dia ada dekat ruang tamu kot tak pun tengah prepare breakfast. Dia melangkah turun dari katil dan keluar dari bilik. Apasal sepi je rumah ni?

“Gia?” Panggilannya tak bersahut. “Gia? Gia?” Dia memanggil lagi tapi tetap tak ada sahutan suara.

Mulalah dia rasa tak sedap hati. Dia menuju ke dapur. Kosong. Tak ada Gia. Dia keliling sekitar ruang kondo Gia. Memang Gia tak ada. Dia berlari mengambil telefonnya dan mendail nombor Gia tapi tak dapat. Call berkali-kali tapi still tak dapat. Sudah! Dia ke mana pulak?

Matanya terpandangkan ke arah sekeping kertas yang diselitkan pada beg bajunya. Tangannya mengambil kertas tersebut dan membaca isi yang ditulis di atas kertas tersebut. Tapi, masalahnya dia langsung tak faham! Aduh!!! Dia tulis dalam bahasa ayahnda dia pulak. Bahasa Thai! Memang aku tak fahamlah!

Ada pesanan ringkas di hujung ayat…

Sila translate sendiri. Jangan mintak bantuan Vi! Saya nak awak yang translate sendiri. Pandai-pandailah translate!

Ya Allah isteri aku ni!!! Dia cuba buat lawak antarabangsa ke apa sekarang ni? Macam mana aku nak translate dengan tulisan siam macam ni?!!! Silap hari bulan memang aku menangis tak berlagu dekat sini.
Tapi…aku rasa aku tahu hint yang dia cuba bagi dekat aku. Aku rasa dia pergi Thailand tapi masalahnya aku tak tahu ke mana dia pergi. Sabar Luq…sabar…ini ujian untuk kau dapat isteri yang pandai banyak bahasa.

Ok Luqman! You can do it!!! Dia membuka laman web google dan mencari thai to malay translate. Kemudiannya, dia menuju ke setting keyboard dan mencari keyboard Thai. Sebaik saja keyboard Thai terpampang, matanya membulat.

What the fish!!! Ya Allah! Aku tengok huruf dia pun dah nak naik juling mata aku! Inikan pula nak translate ayat yang banyak sampai macam ni sekali? Waaaa!!! Kali ni aku rasa memang nak menangis betul-betul sebab kena buli dengan isteri sendiri.

Dia menarik nafas dalam-dalam dan mula mengetik satu-persatu huruf Thai mengikut tulisan yang ditulis Gia. Tapi…kalau race dengan siput sekarang ni, siput menang! Aku type ni lembab teruk!!! Aku syak sampai malam nanti pun tak habis-habis lagi translate benda alah ni.

“YA Allah akak! Kalau buatnya suami akak tu tak boleh go jugak dengan translate tu?” Vitalika dah pening dengan perangai kakaknya yang satu ini. Tiba-tiba pulak kakak kembarnya bertukar jadi seorang pembuli.

“Hahaha…akak saja-saja je kenakan dia. Rasanya mesti dia bersungguh-sungguh type sekarang ni.”

“Akak…akak…dah apa motif akak buat macam tu? Bagitahu dia teruslah yang akak pergi Thailand. Apa susah?”

“Saja nak susahkan dia. Alah…akak yakin dia mesti dah syak yang akak pergi Thailand sekarang ni. Dia tak sebodoh yang kita sangka tau.”

“Tahulah dia tak bodoh tapi masalahnya bahasa siam tu Luq manalah tahu akak oiii! Jenuh tau dia nak translate nanti.”

“Biarlah…hahahaha akak saja je nak kenakan dia.”

“Macam-macamlah akak ni. Oh ya by the way, akak jadikan nak datang kenduri Vi nanti?”

“Mestilah jadi. Dah kenapa pulak tak jadi? Kenduri adik sendiri mestilah kena datang.”

“Cantiklah!”

Apa masalah sekalipun yang dia hadap, majlis kahwin Vi tetap dia akan pergi. Yelah, adik kembar dah nak dirikan rumah tangga sendiri. Siapa je yang tak happy kan?

LUQMAN masih lagi sibuk diri translate kesemua bahasa siam tersebut. Ya Allah…boleh tak aku nak fed up sekarang? Silap-silap aku menangis betul-betul jugak kang nanti. Ada panggilan masuk. Dia memandang nama pemanggil. Vitalika.

“Yes Vi? Ada apa?”

“Nak Vi tolong tak?”

“Huh?”

“Vi tahulah akak tengah buli Luq kan sekarang ni? Dia mintak translate bahasa siam?”

“Hmmm…nak menangis dah dekat sini. Penat tau nak teliti satu-satu dia punya huruf tu. Aduh…mana lagi dengan nak type lagi.”

“Snap gambar tu then send bagi dekat Vi. Vi tolong so cepatlah sikit awak pergi cari kak Gia.”

“Serius ni?”

“Tengah seriuslah ni.”

“Ok thank you…”

Sumpah aku bersyukur gila-gila ada penyelamat sekarang ni! Untung Vi nak tolong dia sekarang ni.
Laman whatsapp dibuka dan gambar nota yang ditulis Gia ditangkap dan dihantar kepada Vitalika.

Vitalika: Kejap ok…kejap lagi saya send balik dengan terjemahan.

Me: Thank you Vi!

Vitalika: :)

Luqman menunggu dengan penuh sabar jawapan dari Vitalika. Sampai hati kau buli aku sampai macam ni sekali Gia. Ok tak apa, tak apa…kau jangan harap aku akan mengalah! Aku akan cari kau jugak nanti. Kejap!
Bunyi ayat aku ni macam psiko sangat ke? Tak kan? Kan?

Dalam beberapa minit kemudian, Vitalika menghantar gambar terjemahan kepadanya. Gambar didownload dan membaca ayat-ayat terjemahan tersebut. Tersenyum lebar bibirnya sekarang ini.

Me: Thank you so much Vi! I owe you one!

Vitalika: No thank you. Dah! Pergi cari kak Gia sekarang. Jangan nak tangguh-tangguh lagi dan bagitahu dia apa perasaan awak dekat dia selama ni. Jangan nak layan dia kasar-kasar lagi. Faham?

Me: Yes madam to be Vitalika!

Vitalika: Good!

Matanya memerhatikan setiap baris ayat yang sudah diterjemah. Dia nak tahu kedudukan Gia sekarang ini.

Hello Luqman…saya tahu awak takkan stop cari saya walaupun saya lari ke mana sekalipun. Saya tahu saya bukan isteri yang baik untuk awak sebab selalu beri masalah pada awak dan tak patuh arahan awak. Tapi, saya nak awak tahu yang saya memang sayang dan cintakan awak sebagai suami saya. Tak pernah terlintas di dalam fikiran saya untuk membenci awak selamanya.
Pasal note yang awak bagi dekat saya…saya rasa bersalah sangat sebab note yang awak bagi dekat saya tu memang mengena tepat dengan batang hidung saya. Saya tinggalkan awak dan anak kita…benda tu memang terkesan sangat dalam hati saya.
Sebab tulah saya buat keputusan untuk buli awak untuk kali terakhir saya sengaja tulis note ni dalam bahasa siam. Saya nak tengok effort awak untuk cari saya dan saya tahu awak tak sebodoh yang saya sangkakan. Awakkan Luqman Adha? Ex-private bodyguard yang paling best dalam unit. Saya tahu bila saya tulis bahasa siam, mesti awak dah dapat detect dekat mana kedudukan saya sekarang.
Awak boleh cari saya di Phuket (Di Pantai Boutique Beach Resort). Saya ada dekat situ.

Punyalah panjang aku baca last-last clue dekat perenggan last sekali? Haih! Gia! Gia! Kau memang nak buli aku sungguh-sungguh ni.

Luqman! Kau tunggu apa lagi?! Boleh dah tempah tiket ke Phuket! Iya tak iya jugak! Aduh! Apahal otak aku ni lembab sangat???

GIA memandang pemandangan di hadapannya sambil menikmati breakfastnya. Rasa tenang bila dia dapat menikmati suasana yang aman sekarang ini. Sambil-sambil tu bolehlah dia berjalan di pantai.
Sekarang ni dia tengah tunggu kedatangan Luqman. Entah habis translate ke tak lagi tu? Harap-harap dah habislah.

Lepas saja habis breakfast, Gia menempah motosikal untuk menuju ke Kalim Beach. Ada jugak yang menggelarkannya dengan Andaman Sea sebab suasanya yang cantik dan indah. Ramai pengunjung dalam dan luar negara yang datang ke sini.

Sampai saja di Kalim Beach, dia memandang ke arah buaian gantung di salah sebuah pokok besar tepi dengan pantai. Best jugak kalau aku naik buaian tu sambil tengok suasana dekat sini.

Punggungnya dilabuhkan ke atas buaian tersebut. Kakinya melonjak sedikit untuk mengayun buaian. Haih…kalaulah aku ada rumah dekat tepi pantai macam ni mesti best kan? Hari-hari boleh mandi pantai.

Dalam angan-angan aku jelah nak boleh ada rumah tepi pantai. Bukan sikit harga dia…memang mahal gila-gila. Boleh botak kepala.

Luqman menuju ke arah seorang perempuan yang sedang menaiki buaian. Puas aku cari dia dekat resort tadi! Rupanya dia datang sini! Nasib baiklah ada jugak orang yang baik hati bagitahu aku ke mana Gia pergi. Kalau tak, mereput jugaklah aku tunggu dia dekat resort tu. Chat tak reply, aku call tak angkat.

Terperanjat Gia dibuatnya bila tiba-tiba ada ciuman yang mendarat di pipinya. Dia memandang ke sebelah. Wajah Luqman menghiasi pandangannya sekarang ini. Luqman?!

“Hah? Kenapa? Terkejut tengok suami sendiri ada dekat sini sekarang?” Luqman menjongketkan keningnya.

“Tak kata apa pun.”

“So? Macam mana?”

“Macam mana apa?”

“Kau dah nampak kan kesungguhan aku macam mana?
Sanggup translate satu-satu bahasa siam kau tu dah tu fly ke sini pulak.”

“Emmm…bagi setengah jam!”

“Kenapa setengah jam pulak?” Hah! Ini aku tak puas hati.

“Ikut suka sayalah…” Gia kembali mengayun buaiannya.

Luqman menggigit bibirnya menahan geram. Sengaja nak cabar aku ke macam mana? Nasib baik aku sayang tau! Tangannya memegang tali buaian. Buaian berhenti. Tanpa sebarang amaran, dia mengangkat tubuh Gia dan berjalan di gigi pantai.

“Luq! Luq! Awak nak buat apa ni? Dah kenapa tiba-tiba angkat saya ni?” Tangannya dilingkarkan ke leher suaminya. Aku takut kalau tiba-tiba jatuh. Tak pasal-pasal retak pinggang aku.

“Bawak kau jalan-jalanlah.”

“Ttt…tapi saya boleh jalan sendiri!”

“Tahulah. Tapi, saja aku gendong kau. Last aku gendong
kau macam ni rasanya masa dekat Pulau Bantayan dulu. Betul tak?”

Gia melarikan matanya memandang ke arah lain bila anak mata Luqman menikam tepat ke dalam anak matanya. Tiba-tiba berdebar dia tu lain macam rasanya. Yelah…suami aku hensem. Bila dia tengok macam tu automatic bergegar jantung. Ehek!

“Emmm…”

“Kau suka tak?”

“Hmmm???”

“Kau suka ke tak aku gendong kau macam ni?”

“Errr…”

“Aku tahu kau suka.”

“Perasan!”

“Macamlah aku tak tahu…kau mula suka dekat aku bila aku gendong kau dekat Bantayan dulu. Aku dah dengar sendiri dari mulut mummy kau dulu.”

“Hah???!!!” Luqman ketawa melihat aksi terkejut isterinya. Terkejut betul! “Mummy bagitahu awak semuanya?!”

“Ye.”

“Mummy…” Tiba-tiba saja kelopak matanya bergenang dengan air mata.

“Rindukan mummy?” Soalnya.

“Mestilah.”

“Kau marahkan aku lepas apa yang jadi pada mummy?”

“Buat apa saya nak marahkan awak?” Aku tak pernah salahkan suami aku atas apa yang dah jadi pada mummy dan keluarga aku. Sekali pun tak pernah.

“Yelah, kalau aku tak teruskan siasatan tu…” Jari Gia melekap pada bibirnya.

“Benda yang dah lepas tak payah cakap lagi Luq. Saya tak pernah salahkan siapa-siapa dalam hal ni. Dah tertulis takdir mummy nak pergi dalam keadaan macam tu, saya terima dan redha.”

Luqman berhenti berjalan lalu tubuh Gia diturunkan. Tangannya naik memegang kedua-dua bahu Gia.

“Terima kasih untuk semuanya. Terima kasih sebab kau sanggup abaikan semua arahan mummy dan Danial semata-mata nak lindungi aku.”

“Kalau awak masih bencikan saya sampai sekarang, tak tahulah saya nak cakap apa lagi.”

“Gila ke apa aku nak bencikan kau lagi? Orang gila je tau yang bencikan kau sampai sekarang!” Pipi Gia menjadi mangsa ciumannya berkali-kali.

“Luq! Luq!” Sedaya-upaya dia mengelak dari menjadi mangsa ciuman Luqman lagi. Bukan apa…segan kalau ada mata yang tengok adegan mereka berdua.

“Aku dah lama geram dengan pipi kau ni!” Dia perasan sejak Gia lahirkan Hariq, pipinya dah mula gebu dan tembam.

“Luq! Sudahlah! Malulah kalau ada yang tengok…”

Ciumannya dihentikan. “Nak malu apa? Kita dah sah jadi suami isteri pun. Tu…kau cuba tengok couple tu…”

Mata Gia turut melihat ke arah yang sama dengan Luqman. Ada pasangan yang tengah berciuman di dalam air laut.

“Rileks je…”

“Luq! Diorang tu…”

“Ye…aku tahu kau nak cakap apa. Kalau macam tu, kita sambung cium dalam bilik jelah.”

Terus lengan Luqman ditampar kuat. “Cakap tak berlapik langsung!”

“Dengan kau…tak payah nak berlapik dah.” Luqman
tersenyum penuh makna. Gia buat-buat tak nampak. Entah apa yang suami aku tengah fikir sekarang ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience