Bab 24

Romance Completed 78329

Gia menutup pintu keretanya agak kuat. Berangin dia dengan kelakuan Luqman yang langsung tak dijangkau dek akalnya. Tapi, dalam masa yang sama dia faham keadaan Luqman yang stress inginkan keadilan kepada Dariya. Sebab itulah dia bertindak macam tu. Kalau dia sendiri yang jadi Luqman pun, mungkin dia pun akan bertindak seperti Luqman.

Enjin kereta dihidupkan. Penghawa dingin dipasang. Telefonnya berdering minta diangkat. Gia memandang nombor pemanggil. Maya. Mesti Maya risau bila aku tak ada dekat rumah. Yelah, selalunya kalau aku nak keluar ke mana-mana mesti aku akan bagitahu Maya ataupun Kristine. Masalahnya dua-dua pun aku tak inform aku nak keluar.

“Hello?”

“Hello Gia! Where have you been huh?! Risau tau bila kau tak ada dalam rumah. Kau ke mana?!” see? Selalunya kalau aku keluar rumah tak bagitahu diorang, mesti aku akan kena marah. Hahaha! Dah macam budak kecik gamaknya aku ni. Walhal aku dah berumur 22 tahun!

“Aku ada somewhere else. Jangan risaulah. Aku dah on the way balik,” jawab Gia dan memulakan pemanduannya.

“Ok…tapi kau nak singgah mana-mana make sure kau text aku dulu ok? Aku risau!”

“Baik Miss Maya! Bye…” Gia memutuskan taliannya dan mencampakkan telefonnya ke tepi. Dalam kepala otaknya sekarang macam-macam benda bermain dalam fikirannya. Masalah nak selesaikan kes yang dah sedia ada ni dengan nak berhadapan dengan perangai Luqman yang agak baran. Pening kepala Gia dibuatnya.

Telefon Gia kembali berdering lagi. Kali ini panggilan dari Vitalika pula. Earset dipasang ke telinganya dan menekan button answer.

“Hello Vi?”

“Kak Gia, akak free tak sekarang?”

“Free. Kenapa?”

“Boleh datang ambil Vi dekat kampus tak? Alang-alang tu kita pergi makan dekat luar. Hehehe…”

“Hmmm…tahu dah kalau nak suruh akak datang ambik. Ok, Vi tunggu kejap ye? Akak tengah drive sekarang ni. Dalam 15 minit macam tu akak sampai…”

“Orait! Thanks akak!”

“Welcome,” Gia menekan punat decline dan segera memandu menuju ke kampus Vitalika.

GIA memakirkan keretanya di hadapan kawasan kampus Vitalika. Dia keluar dari kereta dan menunggu Vitalika sambil badannya disandarkan kepada badan kereta.
Pada waktu itu dia terpandangkan ke arah pelajar-pelajar kampus yang sedang melihat ke arahnya dengan senyuman meleret pada bibir mereka. Ada juga daripada mereka yang mula menghampirinya.

“Hai Miss Gia. Can we take photo together?” pinta salah seorang dari mereka yang mula mengerumuni mereka.

“Sure,” mereka yang tadinya mengerumuni Gia segera mengambil kedudukan masing-masing dan salah seorang daripada mereka duduk di bahagian depan dan mula mengambil gambar.

“Thank you…” ucap mereka sebaik sahaja selesai mengambil gambar.

Vitalika menghampiri kakaknya sambil matanya memandang ke arah mereka yang mengambil gambar bersama dengan kakaknya. Seronoklah tu dapat bergambar dengan kakak aku sebab dulunya diorang tu ada tanya dekat dia jugak bilanya kakak dia nak datang kampus dan jawapan yang dia bagi hanya tak tahu.

“Sorrylah kalau akak tak selesa,” pintu kereta dibuka dan dia meletakkan beg dan bukunya di seat belakang.

“Tak ada apalah. Akak ok je. Apa salahnya kalau diorang datang nak bergambar kan? So yah jom…kita nak makan dekat mana?”

“Nak tak kalau kita makan dekat kedai mummy Jacqueline? Jacqueline ada call Vi haritu yang mummy dia sekarang dah buka kedai dekat Manila. Jacqueline ada bagi location haritu. Kejap Vi buka…kita follow jelah guna waze ni,” Gia hanya mengangguk. Mereka berdua masuk ke dalam kereta. Gia segera memandu pergi dari situ.

“Tak sabar rasanya nak rasa masakan mummy Jacqueline! Dah berapa tahun kita tak makan masakan mummy dia sejak kita pindah duduk dengan daddy?”

“Banyak tahun jugaklah.”

“Tulah…teringat dulu masa akak habis jual ikan dekat pasar. Mummy Jacqueline yang selalu bagi akak makan. Free je. Katanya kesian tengok akak jual ikan dekat pasar tu. Angkut sana-sini dengan umur akak yang masih muda dan mentah. Since tulah akak mula kenal dengan Jacqueline.” Dia masih ingat lagi jasa mummy Jacqueline kepadanya dan keluarga. Tanpa mummy Jacqueline, mesti dulunya dia dan keluarga sudah kebuluran.

Aikkk? Kata keluarga Gia dulunya senang dan kaya-raya? Memanglah tapi kesemua harta sudah dihabiskan oleh mummy. Dah lupa?

“Mesti akak terseksa dulu kan?” bila diingatkan kembali perbuatannya dengan mummy dulu kepada kak Gia, kejam rasanya. Langsung tak ada belas ihsan cara layanan mereka kepada kak Gia.

“Tak apalah. Akak dah biasa. Jangan risaulah…” Gia mengukirkan senyuamnnya kepada Vitalika. Perkara yang dah berlalu jangan dikenangkan lagi. Biarkan ia berlalu. Tak ada guna kalau kita ingat balik apa yang dah pernah jadi dulu. Bukannya boleh putarkan masa kembali.

Selepas beberapa minit memandu, mereka akhirnya tiba juga di kawasan kedai mummy Jacqueline. Gia memakirkan keretanya di petak parkir yang masih kosong. Mereka berdua keluar dari kereta sebaik saja enjin kereta dimatikan.

Gia dan Vitalika masuk ke dalam kedai tersebut dan kehadiran mereka di situ membuatkan mata-mata yang sedang menjamu selera di situ memandang ke arah mereka berdua. Mungkin tak pernah tengok kot model atau artis makan di restoran yang biasa-biasa saja.

Vitalika terpandangkan ke arah mummy Jacqueline, auntie Rossie yang sedang menghampiri mereka berdua. Vitalika menyiku sedikit lengannya dan menunjuk ke arah auntie Rossie yang menghampiri mereka.

Gia mengukirkan senyuman kepada auntie Rossie tapi dia tahu yang auntie Rossie mungkin tak kenal dirinya sekarang. Maklumlah sudah lama mereka tak bertemu.

“Hai…take your seat first. Auntie pergi ambil menu ya?” belum sempat auntie Rossie pergi, Gia terlebih dahulu memegang tangan auntie Rossie. Auntie Rossie memandang wajah Gia yang masih lagi tersenyum kepadanya.

“Auntie Rossie…”

“Ya? Anak ni siapa?” soalnya. Macam mana pulak orang di hadapannya ini kenal dengan dirinya.

“Auntie…ni Gia. Auntie ingat lagi tak? Budak yang selalu jual ikan dekat pasar dulu?”

“Gia?” Auntie Rossie cuba ingat kembali. “Gia? Anak kepada madam Valona dan Mr. Ramon Valenciano?”
Pantas Gia mengangguk tanda betul.

“Oh God! This is you Gia and this is must be Vitalika, right?! Oh God! You both now grown and have changed a lot! Jadi, inilah Gia Vatanika yang auntie selalu tengok dalam majalah tu?” Auntie Rossie memeluk Gia dan Vitalika serentak. Tak sangka dapat jumpa kembali setelah beberapa tahun langsung tak bertemu dengan Gia dan Vitalika. Kedua-duanya dah besar panjang sekarang.

“Ya…itulah Gia…” jawab Gia lalu memeluk auntie Rossie.

“I miss you both so much! Sekarang Vitalika buat apa?” soalannya ditujukan pula kepada Vitalika.

“Vi sekarang sambung belajar dalam bidang kejururawatan dan hari ni dah habis exam dan habis je daripada praktikal nanti, terus graduate dan lepastu boleh apply kerja.”

“Ohhh…I’m so proud of you both dan paling auntie tak sangka ialah korang berdua dah berbaik sekarang ni.” Auntie Rossie tahu tentang hubungan mereka berdua dulu macam mana.

“Sorry! Auntie terlampau excited jumpa you both sampai lupa nak ajak korang berdua makan dekat sini.”

“Memang kitaorang nak makan dekat sini pun sebab Jacqueline ada bagitahu yang auntie buka kedai dekat sini. Oh ya…Jacqueline mana auntie?”

“Dia still ada dekat Cebu dan jaga kedai auntie dekat sana pula. Auntie dah pernah ajak datang Manila sekali tapi tulah dia cakap dia nak stay dekat Cebu dan jaga kedai auntie dekat sana.”

“Ohhh…”

“Jemputlah duduk dulu. Gia dan Vi nak makan apa?” Auntie Rossie mengeluarkan butu catatannya sebaik saja Gia dan Vitalika mengambil tempat duduk mereka.

“Nak order banyak-banyak boleh tak auntie? Rindu nak makan masaka auntie!” pinta Vitalika.

“Boleh! Order je nak apa.”

“Yang pastinya kitaorang nak makan Adobo Chicken, Tortang Talong (Terung Dadar Filipina), Sinigang (lebih kurang sama macam masakan singgang cuma rasa dia lebih pedas then banyak sayur dan isi sinigang boleh pilih sama ada makanan laut, daging dan ayam dan di Filipina selalunya lebih memilih daging khinzir) tapi untuk sinigang ni Gia dan Vi nak lauk ayam dengan udang, Beef Kaldereta (sama macam stew daging) dan last sekali Buko Pandan (ada isi kelapa muda, jeli pandan, dan nata de coco). Untuk minuman kitaorang nak iced tea je.” Ujar Gia dan disetujui oleh Vitalika. Sememangnya kesemua list makanan di atas merupakan makanan favourite mereka berdua.

“Banyaknya nak makan. Kalau Vitalika auntie tak kisahlah sangat tapi kalau Gia ni, tak takut ke berat badan naik makan banyak macam ni?”

Gia pantas menggeleng. “Auntie jangan risau. Gia ada minuman yang mampu untuk kekalkan badan Gia maintain.”

“Ha yelah…auntie masuk dalam masak dulu ya?”

“Ok auntie.” Auntie Rossie segera berlalu pergi dari situ untuk masak.

Gia mengeluarkan telefonnya lalu text kepada Maya yang dia dan Vitalika sekarang berada di kedai makan. Kang kalau tak inform tak pasal-pasal kena bebel lagi dengan Maya.

“Akak…Vi nak tanya sikit boleh?” Gia kembali mengalihkan tumpuannya kepada Vitalika sebaik saja mesej sudahpun dihantar kepada Maya.

“Nak tanya apa?”

“Kes akak dengan lelaki tu macam mana? Vi dengar yang lelaki tu sekarang ada dekat Filipina.”

“Entahlah Vi…serabut akak dibuatnya. Tapi, akak faham kalau dia bertindak agresif dengan akak sebab yelah nasib Dariya masih lagi tak dibela. Kalau akak jadi dia pun akak akan berangin jugak. Vi jangan risaulah. Akak ok je dan akak akn bagi kerjasama dengan polis dalam kes siasatan ni.”

“Tapi…” Vitalika mula risau dengan keadaan kakaknya memandangkan kakaknya diugut oleh dua orang sekaligus.

“Tak apa…akak tahu nak cover macam mana. Akak pun tak nak apa-apa jadi dekat mummy. Cukuplah kehilangan tatay saja. Akak tak nak kehilangan mummy jugak.” Ujar Gia.

“Cuma satu je yang akak rasa pelik sekarang ni,” Gia mengerutkan dahinya.

“Apa dia?”

“Akak pelik dari hari tu lagi. Masa akak discharge dari hospital, akak ada tanya dekat nurse and doctor yang datang check keadaan akak untuk kali terakhir. Akak ada tanya diorang pasal kesihatan akak dan ada apa-apa ke yang berlaku sampaikan akak pengsan dan tak ingat sangat kejadian malam tu. Tahu tak apa yang doktor cakap? Doktor cakap yang akak hanya tak cukup air dalam badan dan terlampau penat walhal akak tak ada buat kerja berat pun before fashion show day. Vi tak rasa pelik ke?”

Aku tak pelik mana pun sebab keputusan makmal yang dikeluarkan waktu tu menunjukkan kak Gia dispike dengan jenis ubat yang bernama Scopolamine dan aku rasa doktor dan nurse bagitahu kak Gia macam tu sebab mesti diugut oleh mummy dan Danial. Sekarang ni keputusan makmal ada di tangan Jericho.

“Entahlah…Vi pun pelik jugak. Tapi mungkin betullah kot apa yang doktor cakap tu?” Vi? Kau tahu benda yang betul dan kenapa kau tak bagitahu dekat kakak kau? Sebenarnya aku pun dah diugut oleh mummy dengan Danial. Kalau aku bagitahu kak Gia pasal benda tu, benda buruk yang bakal terjadi kepada kak Gia. Aku tak nak apa-apa jadi dekat kak Gia lagi dan paling teruk ugutan Danial, dia nak bunuh mummy depan mata aku dan kak Gia. Gila ke apa?

Beberapa minit berlalu, auntie Rossie dan beberapa orang di belakangnya datang membawa hidangan mereka. Tak sabar mereka berdua hendak menikmati masakan auntie Rossie. Perut pun dah mula berkeroncong minta diisi makanan.

“Hmmm…napakasarap ng amoy mo (masakan auntie bau sedap sangat),” ujar Gia sambil melihat hidangan yang mula memenuhi meja makan mereka.

“Of course…ginagamit pa rin ni auntie ang parehong resipe (auntie still guna resipi yang sama),” Gia dan Vitalika mengangguk kecil.

Gia mencedok kuah sinigang dan disuap ke dalam mulutnya. Oh God! Sedapnya! Rasanya masih sama macam dulu!

“Macam mana? Sedap?”

“Sedap auntie! Rasa sama macam dulu!”

“Glad if you like it. Oklah, Gia dengan Vi makan dulu ok? Auntie nak sambung buat kerja…”

Gia dan Vitalika langsung mencedok lauk-lauk dihadapan mereka. Tak sabar nak makan. Maklumlah dah lama mereka craving nak makan masakan auntie Rossie. Jadi, bila dah dapat ni memang melahap teruslah!

Lauk pertama yang Gia ambil ialah Tortang Talong, Adobo Chicken dan Beef Kaldereta manakala Vitalika pula mengambil lauk sinigang dan Adobo Chicken.
Hampir menangis Gia dibuatnya bila nasi bersama terung dan daging disuap ke dalam mulutnya. Sedap sangat!!! Mereka berdua menikmati hidangan yang dihidangkan tersebut dengan penuh selera.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience