Rate

Bab 23 Anis Cedera

Romance Completed 278137

Anis bersiap untuk pergi ke sekolah pagi itu, dia bertekad mahu menyewa grab sahaja untuk pergi dan balik sekolah. Dia segan menumpang kereta Adib apa lagi risau sekiranya Cikgu Farah tahu yang dia sekarang tinggal di rumah Adib.

Tok tok tok

"Anis dah siap ke?" Tanya Adib dari luar bilik Anis.

"Sudah, cuma nak kemas buku." Ucap Anis dari dalam bilik sambil tangannya tangkas mengemas buku-buku yang dia perlukan.

"Mari kita sarapan, ibu dah panggil tu." Kata Adib lagi.

"Okay!" Sahut Anis sambil keluar dari biliknya.

"Jom!" Kata Adib sambil memeluk bahu Anis Umairah dengan spontan.

Anis terkejut dengan perlakuan Adib dan cuba mengelak.

"Eh! maaf Anis abang tak sengaja." Ucap Adib menggaru tengkuknya yang tak gatal.

Anis cuma tersenyum tipis, hanya mampu mengangguk pelan dan cepat-cepat menuju ke meja makan.

Setelah mereka selesai sarapan, Anis Umairah terus menyalam hormat Puan Saleha dan Encik Amri. Kemudian dia menuju keluar pagar tanpa menunggu Adib yang tengah bersiap-siap hendak ke sekolah.

"Anis, nak ke mana?" Teriak Adib melihat Anis yang hendak keluar pagar.

"Nak tunggu grab datang." Kata Anis dengan senyuman.

"Anis ikut abang, lagi pun tujuan kita sama." Kata Adib datang mendekati Anis.

Anis menggeleng pelan.

"Anis sudah sewa grab, kejap lagi datang." Sahut Anis Umairah.

Adib menatap Anis seakan-akan tidak percaya.

"Anis tidak mahu jalan ke sekolah dengan abang ke?" Soal Adib, hatinya terasa sakit.

"Bukan begitu, Anis takut Cikgu Farah marah kalau nampak Anis ikut kereta abang." Sahut Anis pelan.

"Kenapa Anis takut dengan Cikgu Farah?" Sahut Adib sukar percaya apa yang Anis katakan.

"Tidak apa abang, biar Anis ikut grab. Lagi pun Anis sudah biasa."

Adib merasa kecewa dengan sikap Anis. Dia ada beberapa buah kereta di rumah tetapi isteri sendiri terpaksa menyewa grab. Patut ke?

Tin tin tinn!!
Tin tin tinn!!

"Eh...grab sudah sampai, Anis jalan dulu." Kata Anis menuju ke kereta yang telah di sewanya sebelum pindah ke rumah Adib hari itu. Mujur Anis ada menyimpan nombor handphone grab tersebut.

Adib cuma melihat kereta yang Anis naiki menghilang dari pandangan matanya.

"Kenapa Adib?" Puan Saleha keluar melihat Adib yang masih berdiri seperti patung tak bernyawa di perkarangan rumahnya.

"Boleh-bolehnya Anis menyewa grab untuk ke sekolah ibu." Kata Adib dengan nada kecewa.

"Biarkan Anis buat apa yang dia suka dan selesa, takut nanti Anis tertekan. Kamu juga yang susah." Sahut Puan Saleha menasihati anaknya.

"Masalahnya ibu, Adib ada kereta. Kenapa Anis tidak ikut Adib saja?" Sahut Adib terpekik pelan.

"Mungkin Anis takut menyusahkan Adib." Kata Puan Saleha bijak sambil menenangkan hati Adib.

"Kamu pergi sekolahlah, takut kamu terlambat pula." Ucap Puan Saleha lagi.

"Baik ibu!" Sahut Adib tidak bersemangat.

Cikgu Farah sudah menunggu Adib di ruangan pejabat guru, dia telah menyediakan bekal untuk dia dan Adib makan nanti.

"Assalamualaikum!" Ucap Adib tak bersemangat pagi itu dengan senyuman datarnya.

"Waalaikumussalam, Cikgu Adib baru sampai...?" Sahut Cikgu Farah dengan ramah.

"Eya Cikgu!" Sahut Adib sambil menuju ke meja kerjanya.

"Ini ada bekal untuk Cikgu makan nanti." Kata Cikgu Farah sambil menghulurkan bekal itu kepada Adib.

"Tak payah Cikgu, saya sudah sarapan di rumah tadi." Kata Adib cuba menolak dengan sopan.

"Tolong terima Cikgu, saya ikhlas buatkan untuk Cikgu." Kata Cikgu Farah tidak putus asa.

"Apa maksud Cikgu kerap buatkan saya bekal?" Tanya Adib berterus terang.

"Maaf, cikgu tidak selesa ke?" Ucap Cikgu Farah melihat wajah Adib yang tegang.

"Bukan begitu Cikgu, tapi saya tak mahu Cikgu mengharap dengan saya." Sahut Adib tegas.

"Apa maksud Cikgu?"

"Suatu saat Cikgu akan tahu juga!" Adib berterus terang sebelum perkara itu berlarut-larut.

"Tolong terima Cikgu, saya ikhlas." Sahut Cikgu Farah meletakkan bekal itu ke atas meja Adib dan kembali ke mejanya semula.

Adib menggosok mukanya pelan menggunakan kedua tangannya. Dia tidak tahu macam mana mahu terangkan pada Cikgu Farah yang dia sudah menikah. Dia tidak mahu memberi harapan pada Cikgu Farah, apa lagi Cikgu Farah adalah rakan sekerjanya yang baik.

Sekiranya dia berterus terang dan mengubah profile yang ada di fail pejabat pengetua, nama Anis Umairah akan terpampang sekali. Butir-butir peribadi isteri di minta dengan lengkap. Jangan hanya di sebabkan itu Anis terpaksa di berhentikan sekolah. Peraturan di Sekolah Menengah Uthman tidak boleh ada ikatan pernikahan sebelum lulus sekolah, sekiranya di dapati secara automatic akan di berhentikan sekolah dengan serta merta.

Adib menyandarkan badannya di kerusi sambil memejamkan matanya, Adib Umair bingung dengan situasi yang dia hadapi sekarang. Di telan mati mak, di luah mati bapa. Dia cuma harus menutup kenyataan ini pada umum cuma tinggal beberapa bulan saja lagi. Setelah itu, dia akan mengumumkan pada dunia akan perkahwinannya dengan Anis.

Hari itu, kelas Anis ada subjek sukan jadi mereka akan bermain di padang sekolah yang di pimpin oleh Cikgu Farah.

"Anis dan Aina, tolong ambil barang-barang sukan yang ada di dalam bilik sukan." Arah Cikgu Farah pada mereka berdua. "Okay, yang lain boleh segera mengganti baju sukan kamu." Katanya lagi.

"Baik Cikgu!" Sahut murid-murid hampir bersamaan.

"Cikgu, apa yang nak di ambil di bilik sukan?" Tanya Anis, kerana arahan Cikgu Farah belum jelas.

"Ohya, untuk pelajar lelaki ambil bola sepak dan untuk pelajar perempuan pula sila ambilkan bola tampar ya."

"Baik Cikgu!" Mereka pun segera pergi mengambil jenis bola yang di arahkan.

Setelah semua permintaan Cikgu Farah sudah ada, pelajar tingkatan 5 Sains berkumpul di padang sekolah. Mereka di arahkan supaya membuat dua kumpulan untuk pelajar lelaki dan dua kumpulan pelajar perempuan. Anis lemah dalam sukan. Betul Anis pelajar cemerlang dalam semua subjek tapi dia lemah ketika bersukan.

"Anis, hari ni kamu kena bermain, Cikgu nak ambil markah." Kata Cikgu Farah dengan tegas.

"Baik Cikgu." Sahut Anis tak bersemangat.

Ketika permainan tersebut telah berlangsung, Anis tak dapat bermain dengan baik kerana untuk menyambut bola sahaja Anis tidak mengerti. Anis dan rakan-rakannya menuju ke tengah-tengah gelanggang bola tampar dan mengambil tempat untuk memulakan permainan.

Ketika mereka tengah memulakan permainan bola tampar, bola telah di lambung-lambung ke udara dan akan di tampar ke arah pihak lawan. Sedang rancak bermain, bola tersebut telah mendarat tepat di kepala Anis dengan kuat dan kencang. Dengan serta merta Anis pengsan di tengah-tengah gelanggang bola tampar tersebut. Keadaan menjadi riuh seketika.

Cikgu Farah mengarahkan beberapa orang pelajar lelaki untuk mengangkat Anis, tetapi Adib dapat melihat dari kelas kejadian tersebut kerana sentiasa memerhati Anis dari jauh. Tanpa melengahkan masa Adib berlari menuju ke gelanggang bola tampar untuk mengangkat Anis. Dia tak sanggup dan tak rela jika isterinya di sentuh dan di angkat oleh lelaki lain.

Apa pandangan Cikgu Farah melihat reaksi Adib Umair yang melebih-lebih terhadap Anis?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience