Chapter 4

Romance Series 5086

" Whattttt ??!! " Terjerit Rania Zyana mendengar kata-kata adiknya.

"Ye , aku serius nak kahwin dengan mamat tu . Lagipun aku dah jumpa mak dengan ayah dia . dia orang pun setuju . "

"Masalahnya , kau dengan dia pun tak berapa nak kenal lagi . Kau suka kat mamat tu ke ? "

Dania mengangguk perlahan . Secara jujurnya, memang dia dah jatuh hati terhadap lelaki yang bernama Niel Rayyan . Dalam kamus hidupnya , Niel merupakan lelaki yang pertama membuatkan dia jatuh cinta . Dasar Mr. Pencuri hati 1st class !!!

"Weyhh , Nia . kahwin ni bukan benda yang boleh dibawa main tau tak ! Tolong serius sikit , Nur Dania Rayna ! "

" Wahai kakak ku , aku memang dah serius tahap gaban dah ni . Kau nak aku serius macam mana lagi ? Aku dah fikir masak-masak . "

"Okay fine! Kalau itu yang kau nak , aku hormat keputusan kau . So bila nak langsung ? "

"Hujung bulan ni ...Maybe seminggu selepas majlis kau "

" Whattttt??!! " Sekali lagi Zyana terjerit mendengar kata-kata adiknya.

"Kau dah gila ke , Nia ? "

"Kau kata kau hormat keputusan aku ..."

Zyana mengeluh panjang .

"Sumpah kau dah gila !!!!!!!! " Kakinya terus menapak masuk ke biliknya.

Dania turut mengeluh . Telefon di tangannya direnung . Nak call ke tak nak ?

"Assalammualaikum , Niel "

Niel tersenyum mendengar suara itu . Memang tidak dinafikan lagi , hatinya kini sudah terbuka kepada gadis ini .

"Waalaikummusalam , awak . Kenapa awak call saya ni ? "

"Saya nak jumpa awak boleh tak ? "

"Tak boleh ! Nak tengok muka awak pun saya tak nak ! " balas Niel dengan selamba badaknya.

Dania mengeluh . Terus sahaja panggilan telefon dimatikan . Lelaki ini memang benar tak suka dirinya gamaknya .

30 minit kemudian , telefonnya berdering . Tertera nama lelaki itu .

"Awak nak apa ? Saya nak rehat lah ! "

"Abang dah dekat depan rumah sayang ni . Cepat sikit siap . "

"Whattt ??!! Kejap Niel . Nanti saya keluar ."Panggilan terus dimatikan.

Niel tersenggih-senggih melihat wajah masam Dania yang baru masuk ke dalam keretanya.

"Assalammualaikum , sayang ."tegur Niel apabila melihat wajah masam mencuka itu.

"Tak payah nak sayang-sayang sangat lah ! Awak kan menyampah dengan saya ."

"Bila pulak abang cakap yang abang menyampah dekat sayang ? "

Nia menjeling sekilas Niel disebelahnya .

"Okay-okay . Abang minta maaf ye pasal tadi . Abang buat gimik je . Tak sangka pulak yang sayang boleh matikan panggilan macam tu je ."pujuk Niel dengan lembut.

Dania memandang lelaki itu dengan renungan yang dalam.

"Kenapa sayang tenung abang macam tu ? Abang hensem sangat ke? "

Dania mengeluh .Wajahnya ditunduk menekur kasutnya.

"Awak rasa logik ke kita buat keputusan nak menikah ni ? "

Berkerut dahi Niel mendengar tutur bicara gadis sebelahnya .

"Kenapa sayang cakap macam tu ? "

" Tak adalah . Saya rasa semua ni macam tak logik je . Yelah , kita kan baru kenal . Tak sampai sebulan pun , tiba-tiba kita dah nak kahwin . Awak rasa kita boleh bahagia ke ?"

"yup , saya sokong apa yang awak cakap tadi . Kadang-kadang saya pun terfikir benda yang sama . Kita kenal masa saya selamatkan awak dari peminat obses awak tu , lepastu saya bawak awak balik rumah family saya .And then , Bonda saya cadang nak kahwinkan kita berdua . Saya pun mula-mula tak boleh terima . Tapi bila saya fikirkan balik , saya rasa memang jodoh saya memang dah ada depan saya . Nampak tak yang Allah dah rancang dan aturkan sebaik-baiknya ."

Dania menganggukkan kepalanya perlahan .Ada benar kata-kata lelaki itu .Mungkin mereka sudah ditakdirkan untuk bersamanya . Umurnya juga sudah sepatutnya mendirikan rumah tangga .

"Sayang nak tahu something tak ? "

"Apa dia ? Bagitahu jelah....."

"Hmmm , sebenarnya sayang orang yang ke -8 yang abang dah curahkan kasih sayang ..."

"Whattttt??!! " luruh jantungnya mendengar kata-kata lelaki itu . Jangan kata mamat ni memang playboy tak? Kalau betul dia playboy , memang sekarang jugak aku nak putuskan hubungan . Tak sanggup aku nak kahwin dengan buaya darat .

Niel tersenggih - senggih melihat riak gadis di sebelahnya itu .

"Awak playboy ke ? " soal Dania perlahan.

Niel terdiam . Hmmmm , nak angguk ke nak geleng ekk ??

" Awak turunkan saya kat sini jugak ! Dasar buaya darat ! Patutlah tak ada perempuan melekat kat awak ! "

Niel memandang tajam gadis sebelahnya ini . Mulut boleh tahan berbisa jugak !

Dania terdiam menerima pandangan yang mengerunkan itu . Kecut perut melihat riak wajah Niel ketika ini .

Niel memberhentikan keretanya di bahu jalan . Pintu kereta dikuncinya .

"Tolong dengar cerita saya dulu boleh tak ! Perempuan semua sama ! Suka sangat terus lompat ke conclusion ! Jangan samakan saya dengan buaya darat dekat luar sana ! "

Dania terdiam . Lidahnya kelu . Rasa bersalah bermukim di hati . Tak sepatutnya dia judge lelaki ini terlebih dahulu.

" Awak sendiri dah tengok perangai abah saya kan? Tengku Danish Arman ...nama yang sangat dikenali ramai dengan perangai cerewetnya . Berapa kali saya bawa balik perempuan yang saya cintai untuk diperkenalkan kepada Abah dan Bonda saya . Tapi tiap kali itu jugalah , perempuan yang saya bawa balik tu ditolak mentah-mentah . Tapi saya sedikit pun tidak marah dekat abah saya ..."

"sebab keputusan yang abah saya buat semuanya betul . Antara sebab perempuan - perempuan tu semua kena tolak adalah sebab diri mereka sendiri . Ada yang cuba kikis duit saya , ada yang cuba nak jatuhkan company abah saya , ada yang curang dengan saya . "

Dania terdiam . Terus kaku dia mendengar cerita Niel ini .

" Macam mana abah awak boleh tahu semua perangai perempuan-perempuan tu ? "

"Penyiasat peribadi . Dan sekarang awak pula yang sedang diintip ."

Dania memandang Niel . Terkejut mendengar kata - kata itu .

"Kenapa awak bagitahu saya pasal rahsia keluarga awak ? "

"Sebab saya sayang awak ..." Niel memberi isyarat ke kanan . Pemanduan diteruskan .

Dania terkedu . Terus sahaja badannya disandar malas pada seat kereta itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience