Bab 12

Fantasy Completed 13890

3 hari berlalu.

Jane termenung di tempat duduknya. Sudah 3 hari emaknya menghilangkan diri sama seperti kai. Kali terakhir dia nampak kai pun sewaktu lelaki itu menghantarnya pulang ke rumah. Lepas tu entah ke mana kai pergi pun dia tidak tahu.

Emak.. Mana mak pergi... Jane mengeluh. Sudahlah emaknya hilang kini kai pula yang menghilangkan diri. Dah kenapa?!

Gadis itu menoleh memandang tempat duduk sebelahnya yang kosong. Jane mengeluh.
Dia berpaling memandang paul, Eric dan martin yang sedang khusyuk berbual.

Bukan jane tidak mahu bertanya tentang kai kepada mereka tapi jawapannya tetap sama. Tak tahu. Sebab tu dia malas nak tanya dah. Kai kata dia tahu mana emaknya pergi tapi tak sempat tanya.. Kai dah hilang.

Sarah menjeling ke arah jane yang masih lagi termenung. Padan muka kau! Ingat kau cantik sangat ke?! Kai pun tak nak tengok muka kau dah hahahahah mungkin sebab tu kot dia tak datang. Sarah gelak jahat di dalam hatinya.

Takpe.. Petang ni aku sendiri yang akan pergi rumah kai. Sarah tersenyum lagi. Mana tahu kai tiba tiba 'tersuka' dengannya? Hahaha mesti dia akan jadi perempuan paling gembira ketika itu. Tapi masalahnya rumah kai kat mana? Emm. Sarah memandang jane dan tersenyum sinis. Akal jahat nya berfikir. Aku tahu macam mana..

"hai jane"

Jane tersentak. Dia menoleh memandang susuk tubuh yang berada di hadapannya. Sarah? Tegur aku? Bukan dia benci kat aku ke?
"hai.." balas jane pendek.

"jane.. Kalau aku tanya sikit kau jangan marah ea?" ujar sarah lalu melabuhkan punggungnya di sebelah gadis itu.

Jane mengerutkan dahi. Ni mesti ada sesuatu ni..
"apa dia?"

"aku tahu sekarang ni kau mesti risaukan kai kan?"

Erk nampak sangat ke?! Jane terdiam.
"bukan pasal tu la.. Ni pasal emak saya.."

"ala.. Tak payahlah nak guna alasan mak kau... Sebenarnya aku tahu korang kawan baik jadi aku nak tolong kau.." sarah tersenyum. Dimaniskan wajahnya sedaya upaya. Kalau boleh biarlah perangkap nya kena.

"tolong apa Sarah?"

"aku tolong kau melawat dia.. Macam mana? Tapi kau kena lah bagitau rumah dia dekat mana dulu"
Ujar Sarah sambil mengangkat keningnya. Hebat sangat la tu..

Tolong aku melawat kai?! Lebih baik aku yang pergi lawat dia sendiri! Jane membalas di dalam hati.

"jane.. Asal kau diam? Cepatlah beritahu alamat dia!" desak sarah sambil menolak nolak bahu jane.

Jane menarik nafas dalam. Dia cuba menahan sabar melayan kerenah gadis di sebelahnya. Kalau diikutkan hati..

"jane! Cepatlah!" tempelak sarah. Dari tadi senyap ingat aku cakap dengan tunggul ke? Ni la susahnya bila bercakap dengan budak lembab!
Kutuk sarah dalam hati.

"err.. Tapi saya tak tahu rumah dia dekat mana.."
Jane cuba berdalih. Takut dirinya pula yang dipersalahkan.

"ala bagilah tahu kau ni.. Dia kawan aku jugak.. Yang kau nak sorok sangat ni apasal?!" bentak sarah. Dia memandang jane geram. Benda sial perempuan ni?! Kai tu bukannya pakwe kau pun!

"bukan macam tu sarah.. Saya memang.."

"kau kata kau tak tahu.. Haritu aku dengar la kau tanya kai rumah dia dekat mana! Tak payahlah nak tipu aku" tempelak sarah lagi.

Ramai mata mula memandang ke arah mereka berdua. Aduh! Jane menundukkan wajahnya. Malu nya!

"takpe.. Kau tak nak bagitahu kan.. Sebenarnya aku dah lama tahu dah rumah dia kat mana.. Dekat hujung kampung banglo lama tu kan.. Saje je aku nak ENGKAU sendiri yang cakap kat aku" perli sarah sinis.

"ingat ye jane.. Kai tu milik aku.. Kau tu lembab.. Orang kalau dah lembab tetap lembab.. Oh ya sebelum aku terlupa petang ni aku nak pergi melawat dia" bisik sarah perlahan dan terus berlalu pergi dari situ.

Jane hanya diam. Tiada perkataan yang mampu dia balas. Dibiarkan sahaja dirinya di hina begitu.

"jane.."

Jane mengangkat wajahnya. Nak apa lagi?!
Eh. Oh paul.. Segera wajahnya dimaniskan.
"ada apa paul? Awak tahu apa apa pasal kai ke?"

Paul tergelak. "awak ni tak habis habis tanya pasal kai.. Tak bosan ke? Atau awak rindu dia?" usik lelaki itu.

Jane senyum. Rindu?
"mana ada.. Saya cuma tanya sebab dia duduk sebelah saya je..." malas dia hendak memberitahu mengenai emaknya. Kang kecoh lagi susah.

"tu je sebab awak tanya pasal dia?" ujar paul sedikit terkejut. Tak kan tak ada sebab lain..

Jane mengangguk.
"oh ya.. Ada apa awak datang sini?" jane cuba mengubah topik.

"oh.. Sebenarnya.. saya nak tanya pasal sarah.."

"kenapa dengan sarah?"

"asal dia datang sini tadi?" soal paul ingin tahu. Dari tadi dia perhatikan mereka berdua. Naik bengang juga dia tengok sarah tadi.

"ouh.. Sarah..dia datang saje je nak bersembang.." dalih jane.

"yeke? Saya tengok dia marah awak tadi tu kenapa?"

Belum sempat jane menjawab.. Puan heni masuk ke dalam kelas.
"maaf saya lambat..tak payah bangun.. Buka buku teks kamu sekarang" arah puan heni.

"saya duduk tempat saya dulu ye jane" beritahu paul dan segera bangun.

Jane tersenyum dan mengangguk. Haih.. Harini moodnya tidak ceria? Asyik angguk senyum angguk senyum.. Macam mana nak gembira kalau orang yang disayangi menghilangkan diri.
Emak..
________________

Petang itu sarah memakai baju gaun berwarna merah paras lutut dan berlengan pendek. Uish lawa juga aku.. Hahaha.. Kembang dirinya kena puji dengan diri sendiri. Pun boleh..

"ni ke rumah kai?" sarah memandang kawasan banglo yang luas itu. Tangannya menolak pagar utama.

"kenapa menakutkan sangat?" ujar sarah perlahan sambil menggosok-gosok badannya yang terasa seram sejuk.

Kakinya berhenti di pintu depan utama banglo.
Tangannya membetulkan baju dan rambutnya sebelum mengetuk pintu.

Tuk tuk..
"kai...awak ada kat dalam ke? Ni sarah.." rasa pelik pula datang kat sini. Betul ke kai duduk sini?

Tuk tuk.. Tangannya mengetuk pintu sekali lagi.
Aduh! Tak de orang ke?! Cair la mekap aku panas panas ni! Sarah mulai bengang.

Grrr..

Bunyi apa tu? Sarah memandang sekeliling. Dah la rumah ni dalam hutan.. Seram gila.

Matanya menangkap bayangan hitam melintas laju di dalam semak yang berhampiran dengannya. Apa benda tu? Sarah berundur beberapa langkah.

Grrr..

Bunyi tu lagi.. Sarah menekup telinganya ketakutan. Dia menelan air liurnya. Kakinya yang menggeletar terasa semakin lemah hingga terduduk dia di atas tanah.

Awooo... Bunyi seram tu mula kedengaran semakin kuat dan mendekat. Bayangan hitam itu melintas laju sekali lagi.

Sarah mengigil ketakutan. Rumah kai ke rumah hantu ni?! Betullah orang kata rumah ni berhantu!

"sarah!"

Laju kepalanya menoleh ke arah suara yang memanggilnya.

"eh sarah kenapa ni?" jane terkejut melihat keadaan gadis itu dalam keadaan mengigil dan agak comot. Pantas dia berlari mendapatkan sarah.

"jane jane!" sarah memeluk kuat jane di hadapannya.

"kau.. Kau tipu aku! Kau kata ni rumah kai! Tapi rumah hantu rupanya. Kau memang saja nak kenakan aku kan perempuan! Sial lah!" jerit sarah lantang sambil menolak kuat bahu jane hingga gadis itu terjatuh.

"sarah.. Saya tak.."

"arghh!! Diam.." sarah menutup telinganya dan terus berlari keluar meninggalkan jane.

"sarah! Tunggu dulu!"

Aduh.. Kenapa dengan dia tu? Jane menggelengkan kepala. Dia bangun dan mengibas ngibas pakaiannya.

Matanya memandang pintu depan rumah kai. Kai ada kat rumah ke? Baru tangannya hendak mengetuk pintu tiba tiba tangannya di sambar dari belakang.

"aduh" jane terjerit kecil. Siapa pula yang main tarik tarik ni! Dia memandang susuk tubuh yang kini berdiri di hadapannya. Bulat matanya memandang wajah yang dikenalinya.
____________

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience