Hana Aishah merenung ke arah rumah yang amat dia rindui itu. Terlalu banyak manis yang di rindui di situ tetapi seperti setiap kali memori indah itu tiba , kenangan buruk akan menggantikan bahagia yang dirasainya. Walaupun manis itu lebih banyak tetapi kepahitan yang dia rasai walaupun Cuma seketika terlalu hebat sehinggakan dia takut untuk kembali ke situ.
“Babah. Babah” mulut Adam semenjak tadi berceloteh menyebut perkataan itu. Seperti tidak penat anak itu menyebut. Itulah tabiat Adam semenjak mula pandai menyebut perkataan yang bermakna. Kadang – kadang sampai seminggu itu sahaja perkataan yang anaknya sebut.
“Adam babah wants what? Huh baby boy?” suara lelaki itu pula menyahut tanpa penat seperti semenjak pagi tadi.
Hana Aishah memejamkan matanya rapat sebelum nafas panjang ditariknya dan dihela perlahan -lahan. Harapannya sesak di dada itu akan pergi tetapi sekali lagi dia hampa. Semakin ketat adalah saluran penafasannya dirasakan.
Dia cuba mematikan perbualan anak beranak yang baru bertemu itu. Dia cuba menghilangkan rasa yang bercampur baur di dadanya. Seperti yang di ajar pakar terapinya, pernafasannya cuba di aturkan. Dia tidak mahu breakdown di hadapan Adam dan yang paling utama dia tidak mahu kelihatan lemah di hadapan Fakhrul.
“I don’t like this Hana” kenapa baru sekarang dia baru sedari kebenaran kata – kata Emir sebentar tadi.
“You cannot go there alone. I can’t let you go through it alone. You`re not ready. You know it and heck I am more than damn well know it” suara Emir yang selalunya tenang kedengaran tegang tengah hari tadi.
Fakhrul menasihatinya supaya tidak membawa Emir yang mahu ikut sekali untuk ke rumah Kapten Azam. Hana Aishah tahu ada benarnya kata – kata Fakhrul. Kehadiran Emir akan merumitkan lagi keadaan. Mereka adik beradik dibesarkan dalam disiplin yang sangat ketat. Ibu bapa Hana Aishah sangat menitik beratkan soal agama. Kemunculan Emir akan mengusutkan keadaan tetapi saat ini Hana Aishah sedar akan kebodohannya mendengar cakap Fakhrul?
“Sayang. Lets go” Hana Aishah yang hanyut dalam emosi itu tersedar saat suara lelaki itu yang kedengaran terlalu dekat dengannya kedengaran.
Kelopak matanya terbuka dan pemandangan di hadapan Hana Aishah membuatkan hatinya sekali lagi dilanda satu emosi lain yang amat berbeza. Fakhrul yang sentiasa segak itu sedang berdiri sambil tersenyum bahagia ke arahnya. Tangan kiri lelaki itu mendukung Adam yang sedang memeluk leher Fakhrul erat manakala tangan kanan lelaki itu dihulurkan ke arahnya. Hana Aishah menelan air liurnya kesat saat itu.
Entah bila lelaki itu keluar daripada kereta dan mengangkat Adam dia pun tidak sedar. Terbawa ketakutan yang menyelubungi dirinya tengah hari itu. Detik berlalu terlalu perlahan saat itu. Segala emosinya dapat dirasai dan perkara itu amat memenatkan dia. Terlalu banyak kemungkinan yang tidak mahu dia hadapi. Renungan lelaki itu, tawa Adam dan haruman bumi Malaysia. Segalanya terlalu menyesakkan.
“I… I … I don’t think… ermm … I…” Hana Aishah tergagap – gagap Menyusun kata.
“Sayang. What is happening?” wajah lelaki yang tadi tersenyum bahagia berkerut kerisauan.
Hana Aishah dapat merasakan seperti segalanya sedang berpinar. Kakinya secara automatik mahu melarikan diri daripada situ.
“Aishah” Fakhrul memegang lengan kanan Hana Aishah saat itu sambil memanggil dirinya yang entah kelihatan seperti apa.
“No. I can’t. I can’t do this” Hana Aishah menggelengkan kepalanya. Tubuhnya ditarik semula ke dalam perut kereta BMW yang Fakhrul belikan untuknya sebelum segalanya musnah.
Tengah hari tadi sewaktu dia sampai di lobi, Hana Aishah menahan bibirnya daripada mengeluarkan kata – kata yang bakal menyakitkan hati lelaki itu saat melihat kereta BMW berwarna coklat keemasan yang sudah dilengkapi dengan tempat duduk bayi itu. Seperti selalu Fakhrul akan berbuat sesuka hatinya.
“Sayang. Abah has been waiting for you. How long are going to hide? How long you want to hide him?” Hana Aishah menelan air liurnya saat mendengar bicara lelaki itu.
“They are getting older and sicker. Especially abah since mak got sick” perasaan bersalah menyerang hatinya saat kata – kata itu meniti bibir Fakhrul.
“Please sayang. I know its my fault that you went away but ….” Fakhrul mengeluh berat tidak mampu meneruskan kata – katanya.
“I am sorry. I know its not enough but don’t punish everyone for the mistake that I did” Hana Aishah dapat merasakan tubir matanya hangat saat itu. Seperti semalam dia masih tidak mampu membiasakan dirinya dengan tona suara ikhlas lelaki itu. Nada penuh penyesalan yang tidak pernah dia dengari.
“Mimi” Adam memanggil dan saat itu Hana Aishah tahu air matanya sudah gugur.
Sampai bila dia mahu lari daripada masalah. Sampai bila dia mahu menutup realiti sebenar bahawa masalahnya tidak pernah selesai kerana dia tidak pernah menyelesaikan masalah itu. Yang dia lakukan hanyalah melarikan diri daripada realiti pahit. Hana Aishah tidak pernah menyangka dia akan sampai ke tahap itu. Menjadi seorang pengecut yang tidak berani menghadapi masalah sendiri.
“I hate you so much. With every single cell of my body. I hate you” Hana Aishah sudah tidak kisah saat itu. Puncanya adalah lelaki itu. Dia perlu tahu, walaupun hakikat itu akan menyakiti Fakhrul. Fakhrul yang Hana Aishah sentiasa cuba lindungi daripada hati lelaki itu disakiti.
Matanya merenung ke Lorong rumahnya yang lengang tengah hari itu. Suasana redup itu seperti memahami pergolakan hatinya. Seakan cuba menenangkan gelora di hatinya yang sedang bercelaru. Air matanya mengalir lagi untuk kesekian kalinya. Panggilan sayu Adam sudah tidak diendahkannya saat itu.
“Sayang , Abang min….” Hana Aishah memotong permohonan maaf lelaki itu yang untuk keberapa ribu kali semenjak semalam dengan tawa sinisnya.
“Senang kan awak mintak maaf. All the pain, all the tears, all the fears, all the freaking people I have to leave just because of you. Macam itu je kan dan saya macam selalu kena maafkan awak. Ya Allah. Pelikkan dunia” Hana Aishah membalas sinis. Petang itu mulutnya lancar meluahkan rasa hati. Lantaklah apa hendak jadi pun.
“I ingat setiap satu benda yang awak buat dekat saya. Yang awak buat dekat my late Adam. I tak akan lupa sampai I mati pun” saat dia berbicara, mata Hana Aishah menusuk tajam ke dalam anak mata Fakhrul yang memikul seribu penyesalan saat itu.
“I will never get back to you. I will never let myself into that hell hole again” nekad kata – kata Hana Aishah tengah hari itu.
Dia benci kerana lelaki itu menjadikan dia seperti itu. Membuatkan deritanya seperti tiada henti. Membuatkan dia takut merasai bahagia kerana selepas setiap saat manis, seperti kerja wajib lelaki yang sepatutnya menjadi pelindungnya itu akan memusnahkan segalanya dalam sekelip mata. Raut wajah Fakhrul yang kecewa memberikan satu kepuasan di dalam hati Hana Aishah.
“Adik” suara Kapten Azam mematikan renungan Hana Aishah.
Pandangannya terus di alihkan kearah bapanya yang memakai kain pelekat dan T shirt pagoda menuju ke arahnya. Tanpa selipar bapanya berjalan laju menuju kepadanya. Hana Aishah dapat merasakan debaran di dadanya semakin menggila semakin Kapten Azam mendekati kereta Fakhrul.
“Adik pergi mana. Abah tak tidur tunggu adik. Abah takut adik pergi lagi” luahan kata – kata bapanya tengah hari itu merobek hatinya. Fakhrul mengalihkan tubuhnya ke tepi untuk memberi ruang kepada Kapten Azam yang fokusnya hanya pada Hana Aishah.
“Adik tak pergi kan?” permintaan bapanya membuat air mata Hana Aishah mengalir semakin lebat. Jahatnya dia rasakan dirinya sebagai seorang anak saat itu.
“I`m sorry Bah. I`m sorry. Adik janji adik tak tinggal abah dah” Hana Aishah mengeratkan pelukannya. Renungannya bertembung dengan Fakhrul.
Untuk dua hari ini, anak mata hitam yang selalunya beku tanpa sebarang perasaan itu sudah dapat dia baca. Tetapi kenapa sekarang? Kenapa bukan sewaktu hatinya masih mahu mempertahankan perkahwinan mereka?
**************************
“Mi. Mi. Go. Miiii!” Adam sudah meraung di dalam raungan Fakhrul saat itu.
“Adam. Sayang” Fakhrul memujuk Adam tetapi tubuh montel Adam sudah meloncat – loncat di dalam pelukan Fakhrul mahukan ibunya yang sedang dipeluk erat Kapten Azam itu.
“No!” telinga Fakhrul berdengung mendengar jeritan Adam apabila dia cuba menenangkan anaknya itu.
Kapten Azam yang seperti baru sedar kewujudan dua lagi manusia itu merenggangkan pelukannya sebelum menoleh kepalanya memandang ke arah Fakhrul. Saat pandangan bapa mertuanya jatuh pada Adam, wajah tua itu seperti pucat tanpa darah.
“Adam. Don’t shout baby. Umi is here” Hana Aishah terus meluru ke arah Fakhrul dan tidak sampai sesaat Adam sudah bertukar tangan.
“I`m sorry. I didn’t mean to ignore you. Umi is here” Hana Aishah memujuk Adam yang sedang meraung kuat itu tanpa menyedari reaksi Kapten Azam yang masih lagi tergamam melihat ke arahnya.
“No. No. Mi. Mi Da da da” Fakhrul tidak memahami sebutir kata anaknya yang sedang mengamuk menaburkan segala perkataan yang bercampur – campur tetapi wajah sugul Hana Aishah tersenyum simpul saat mendengar bicara anaknya.
“Ye sayang. Umi Adam. Umi is here. Umi is not going anywhere” Hana Aishah memujuk sambil menepuk – nepuk tubuh Adam manakala Adam pula memeluk erat tubuh Hana Aishah seperti tidak mahu melepaskan lansung ibunya.
“Ya rabbi. Possessive nya baby umi ni” Hana Aishah mengusik Adam sambil tersenyum dengan kesan air mata yang masih basah di pipi isterinya. Fakhrul hilang sebentar dalam keindahan di hadapan matanya.
Sesungguhnya Tuhan Maha Hebat. Dia mohon satu sahaja, supaya Hana Aishah pulang tetapi hadiah yang dia dapat saat ini tidak ternilai. Kesakitan di jiwanya yang dia baru sedari setelah pemergian Hana Aishah sekarang telah diubati.
“Adik” suara bapa mertuanya yang bergetar menahan sebak itu, membawa Fakhrul kembali ke alam realiti. Wajah bapa mertuanya sudah basah dengan air mata saat itu.
“Abah. Don`t cry” Hana Aishah menyembamkan wajahnya ke dada Kapten Azam saat dia melihat air mata bapanya. Fakhrul dapat melihat kesakitan yang di bawa kedua beranak saat itu.
“Please. You cannot cry. Abah tak boleh nangis” suara Hana Aishah merayu meminta kepada Kapten Azam yang masih berdiri kaku melihat tubuh Adam tersepit di antara tubuh Hana Aishah dan Kapten Azam saat itu. Bibir itu itu bergetar menahan sebak.
“Allahu Akbar” perkataan itu meniti bibir Kapten Azam saat kedua – dua belah tangannya merangkul Hana Aishah dan Adam erat.
“Allah” berkali – kali kata – kata itu meniti bibir Kapten Azam. Wajah itu menanggung seribu kesakitan dan untuk kesekian kalinya Fakhrul menyesali segala.
“Abah… Abah… mintak maaf. I failed as a father. I failed as an atok” kata – kata penuh penyesalan Kapten Azam yang membuatkan raungan Hana Aishah semakin kuat.
“Abah” suara Hana Azuwa kedengaran daripada dalam rumah tetapi saat itu fokus Kapten Azam hanyalah pada anaknya dan cucu yang baru dia temui.
“Adik mintak maaf. I`m sorry. I`m sorry” Hana Aishah mengongoi di tengah hari yang redup itu.
Fakhrul berdiri kaku melihat adegan di situ. Perasaan bersalahnya bertimpa – timpa membuatkan dia kaku tanpa bicara. Saat satu per satu adik beradik Hana Aishah muncul merangkul isterinya yang sedang mendukung zuriatnya yang tidak pernah mereka tahu kewujudannya dan Fakhrul tenggelam dalam rasa sakitnya.
Bahagia yang dia rasai melihat senyuman yang terukir di bibir isterinya hilang kembali. Yang ada saat itu hanya perasaan sakit dan penyesalan yang tidak bernoktah.
************************************************
Fakhrul merenung ke arah isterinya. Hana Aishah sedang memujuk Adam kerana semenjak mereka melangkah masuk ke rumah mertuanya, Adam yang tadi melekat dengan dia terus meraung mahukan ibunya. Setelah semuanya bertenang sedikit di laman rumah mertuanya, mereka sekeluarga menuju ke ruang tamu rumah berkembar dua tingkat itu. Rumah yang sudah sunyi semenjak seminggu lebih ini kerana tiada surinya.
“Adam is my good boy right. That’s Tok Abah la sayang” suara Hana Aishah lembut memujuk sambil pelukan Adam yang kuat di leher cuba direnggangkan Hana Aishah.
Hana Aishah sedang duduk di atas sofa di ruang tamu itu bersebelahan dengan Kapten Azam yang hanya mampu merenung Adam daripada jauh sepertimana Fakhrul semalam.
“No. No. No” berkali - kali itulah perkataan yang meniti bibir anak lelakinya.
“Don’t be like this baby” Hana Aishah sudah mengeluh berat.
“Tak pa Dik. Adam tak biasa dengan abah” suara sayu Kapten Azam yang semenjak tadi duduk di sebelah Hana Aishah menegur.
Renungan bapa mertua Fakhrul dapat dibaca Fakhrul kerana itulah perasaannya saat pertama kali dia bertemu dengan Adam. Apabila benda yang mereka mahukan itu amat dekat tetapi tidak mampu digapai.
“Sorry Bah. When he’s not use to people, he’ll be like this. Tempat baru orang baru, makin menjadi lah dia” serba salah suara Hana Aishah menerangkan.
Renungan Hana Aishah semenjak tadi penuh dengan perasaan bersalah. Terutamanya kepada Kapten Azam. Fakhrul terlalu arif tentang Hana Aishah. Kebahagiaan kedua ibu bapa mertuanya adalah kebahagiaan Hana Aishah begitu juga sebaliknya. Sakit mereka, sakitlah Hana Aishah.
“Abah tak marah adik. Memang patut kita orang dapat balasan macam ni. After what we did to his brother... abah ... abah” Hana Aishah menggelengkan kepalanya saat mendengar suara Kapten Azam yang tersekat - sekat penuh sebak itu.
“Abah. Adik dah balik. At least kita dapat jumpa adik dengan Adam. We should be so thankful right now” Hana Azuwa memujuk lembut. Dia yang duduk di atas karpet bersebelahan dengan Kapten Azam itu memicit kaki bapanya lembut.
“I push you away. I made you … Allah…” Kapten Azam mengusap dadanya yang terasa sesak itu.
“Abah. Jangan buat macam ni. Wa tak nak abah sakit macam mak. We all need you” Hana Azuwa membaringkan kepalanya di paha Kapten Azam melihat keadaan bapanya. Fakhrul melihat wajah kakak iparnya yang menangis dalam kebimbangan. Seperti semenjak seminggu ini.
Fakhrul melihat Hana Aishah yang bangun daripada pendudukannya. Sangka Fakhrul Hana Aishah mahu pergi tetapi saat dia melihat isterinya melutut di hadapan Kapten Azam, kerongkongnya terasa sempit.
“Dosa adik banyak sangat. Adik jahat. I left you and mak” terketar – ketar bibir Hana Aishah berbicara. Dengan Adam di dalam pelukan Hana Aishah, tubuhnya ditundukkan sebelum dia memeluk kaki Kapten Azam erat.
“Ampun kan adik. Please. It hurt so much seeing you cry” suara Hana Aishah teresak – esak meminta.
Fakhrul terus memalingkan wajahnya saat itu. Tubir matanya terasa hangat. Air matanya akan gugur bila – bila masa sahaja. Segenap ahli rumah itu menahan sebak melihat adegan itu.
“Adik anak solehah. Tak pernah sakitkan hati mak abah. Sentiasa taat no matter what we ask you to do. Yang berdosa mak dengan abah. We ruin your life” Kapten Azam memeluk Hana Aishah erat saat itu.
“Don’t leave us anymore please” permintaan Kapten Azam membuatkan esakan Hana Aishah semakin kuat. Alif Haziq yang duduk bertentangan dengan Kapten Azam, terus meluru ke situ.
“Alif mintak maaf abah” jelas penyesalan di sebalik suara Alif Haziq. Semenjak permergian Hana Aishah, dia tidak mengendahkan kedua ibu bapanya. Janjinya pada Hana Aishah dilupakan kerana fikirnya saat itu adalah untuk mereka merasai kesakitan yang dirasai Hana Aishah.
“Apa ni semua orang peluk abah tak ajak achik” Hana Aqilah yang baru muncul dengan anak perempuannya, terus meletakkan Labeeqa di riba bapanya sebelum masuk menyelit memeluk.
“Eee. Sempitlah. Sibuk betul Kak Chik ni” suara Alif Haziq kedengaran tidak berpuas hati itu meredakan suasana yang semakin hiba setiap saat yang berlalu.
“Pehal baby ni. Abah tengok baby ni” Hana Aqilah mengetuk kepala Alif Haziq sambil mengadu pada bapanya.
“Auwww. Abah” giliran Alif Haziq mengadu.
Saat itu, Fakhrul dapat melihat sinar di wajah Hana Aishah kembali. Bukan kerana pertelingkahan Hana Aqilah dan Alif Haziq yang menceriakan kembali suasana di kediaman bapa mertuanya siang itu, tetapi kerana segaris senyuman yang sudah terukir di bibir bapa mertuanya. Mata isterinya tekun merenung wajah yang semakin berkedut itu.
“Mi. Mi” di sebalik pertelagahan Hana Aqilah dan Alif Haziq, suara Adam kedengaran.
“Ya Rabbi. Sorry baby. Umi didn’t notice you being tenggelam there” Hana Aishah menahan lucu melihat wajah cemberut Adam. Adam yang berada di antara dada Hana Aishah dan bapanya telah terperangkap di tengah – tengah perjumpaan semula anak beranak Kapten Azam.
“No. No. Mi. Mi” suara Adam yang tidak berpuas hati itu sedang memarahi ibunya. Hana Aishah tertawa gembira sambil mengucup pipi montel anaknya berkali – kali.
“Sorry sayang” Hana Aishah memujuk.
“Adam. See what Uncle got for you” Adam yang mendengar suara Alif Haziq terus memeluk kembali ibunya ketakutan.
“See. I got car” Alif Haziq mengeluarkan kereta mainan milik anak saudaranya yang lain tetapi wajah Adam masih serius seperti tadi.
“Dia tak suka kereta lah baby. See his face la” Hana Aqilah mengejek sebelum dia berdiri di belakang Hana Aishah.
“You want to play cak cak with Aunty Cece right” Hana Aqilah pula cuba menarik perhatian Adam.
“He`s like what 3 years old already. Kak Chik ni pun. Mana lah dia nak main cak cak” Hana Aishah sudah tertawa melihat gelagat kedua – dua adiknya itu.
“The kids going to be so happy seeing you and seeing him” Hana Azuwa mengusap belakang tubuh Adam yang sedang menyorok di dalam pelukan Hana Aishah itu.
“Adik rindu sangat. Adik rindu yaya, ayie, ayieth” Hana Aishah mengigit bibirnya menahan sebak.
“They are at daycare today. Akak nak settle kan mak today so I need to get them sorted” Hana Azuwa memberitahu. Dia merenung Hana Aishah lama. Renungan penuh rindu.
“I guess we need to pick them up early to get this boy off your lap” Hana Azuwa tersenyum lebar sambil memberitahu ceria. Kapten Azam dapat merasakan rasa bahagia yang sudah lama hilang mulai mekar di dalam hatinya. Melihat keempat – empat anaknya berada di bawah satu bumbung dan kehadiran cucu terbarunya hasil zuriat Hana Aishah, bahagianya seperti di darab sepuluh kali ganda.
“Ya Allah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Balik Basirah. Anak cucu kita dah lengkap” bibir tua itu berbicara di sebalik keriuhan kedua – dua anak bongsunya yang sedang cuba menarik perhatian Adam.
******************************
Hana Aishah sedang tersenyum lebar melihat Adam yang sudah berinteraksi dengan ahli keluarganya. Walaupun sebelah tangan Adam sentiasa memegang bajunya tetapi sekurang – kurangnya dia sudah mahu bermain dengan sepupu – sepupunya.
“Melekat je dengan mak dia” Hana Azuwa memberi komen sambil menatang dulang berisi air milo daripada dapur.
“Dia tak biasa dengan orang luar kak. Nanti lama – lama dia dah biasa tengok he will be okay” Hana Aishah membalas tetapi matanya masih fokus melihat Adam yang sedang bermain blok dengan Labeeqa dan Walieya.
“Dah minum tu. Akak buat milo sebab adik akak sorang ni kan tak reti minum teh and kopi semua” Hana Azuwa tersenyum girang sambil mengusik adiknya.
“Orang dah reti minum kopi lah” Hana Aishah memberitahu bangga. Dia menghidu haruman milo yang amat dia rindui itu sebelum meminum air tangan kakaknya itu.
“Sedapnya Kak Wa” Hana Aishah memuji.
“Pernah ke kakak awak ni buat tak sedap” suara Wazir menyampuk dan tidak sampai beberapa saat kerusi di sebelah Hana Aishah ditarik.
“Pandai puji. Nak apa lah tu” Hana Azuwa mencebik.
“B puji pun salah. Ok fine” Hana Aishah yang sedang asyik menikmati milo itu tidak mengendahkan sesi usik mengusik Hana Azuwa dan Wazir itu. Rindunya pada makanan Malaysia tidak terkata.
“Adik. Asyiknya minum milo. Lansung tak cara orang” Kapten Azam melabuhkan punggung di lantai di mana cucunya sedang duduk itu menegur Hana Aishah yang sedang menghirup penuh keenakan air buatan anak sulungnya.
“3 years of not eating nor drinking Malaysian food, I`m going to eat them all” Kapten Azam tersenyum gembira mendengar bicara Hana Aishah itu.
“Achik dengan baby mana?” Kapten Azam merenung kea rah Hana Azuwa bertanya sebelum sekali lagi pandangannya jatuh pada cucu lelakinya yang tidak mahu berada dekat dengannya itu.
“Tak sure Bah. Kenapa Bah?” Hana Azuwa bertanya pelik.
“Abah nak bincang pasal mak” Kapten Azam yang sedang tekun melihat cucunya Adam itu berbicara sekaligus menghentikan segalanya di meja makan itu.
“Kejap Bah. Wazir panggil diorang” Wazir terus mengangkat punggungnya mahu mencari adik – adik iparnya.
“Abah ikut adik” Kapten Azam menyambung selepas beberapa ketika jeda.
“Adik rasa macam mana?” wajah bapanya saat itu membuatkan Hana Aishah dijerut rasa bersalah kembali. Terus putus seleranya mahu meneruskan minumannya.
“Wa risau Bah. Doktor Kamal tu cakap risiko tinggi kalau operate” Hana Azuwa meluahkan kegusarannya.
“Tapi Abah tak nak mak sakit macam tu” suara bapanya yang berat menanggung kerisauan itu membuatkan Hana Aishah semakin takut.
“Adik” Kapten Azam memanggil lagi apabila Hana Aishah masih diam membisu.
“Adik. Adik…” Hana Aishah tidak tahu bagaimana mahu berbicara.
“Bah. Kenapa panggil?” Hana Aqilah yang baru muncul itu bertanya sekligus mematikan ayat Hana Aishah.
“Abah nak bincang regarding mak`s operation” Kapten Azam membalas pendek tetapi pandangannya masih fokus pada Hana Aishah.
“Hmm. Kak Dik dah balik so we can proceed with that. Mak mesti cakap ok punya” Hana Aqilah duduk di sebelah Hana Aishah menggantikan tempat yang Wazir duduk sebentar tadi.
“Adik macam mana. Abah ikut Adik” Kapten Azam bertanya lagi.
Hana Aishah tersangkut saat itu. Dia perlu memberitahu segalanya tetapi dalam masa yang sama dia tidak mahu merisaukan lagi ahli keluarganya yang memang sudah sedia ada risau itu. Kata – kata Kamal bermain – main di mindanya. Risiko ibunya akan meninggal sewaktu pembedahan adalah tinggi tetapi seperti bapanya, dia tahu Teacher Basirah tidak boleh dibiarkan terus begitu.
“Kenapa adik diam je” Kapten Azam bertanya lagi selepas beberapa ketika.
“Fakhrul rasa kita proceed” suara lelaki itu yang tiba – tiba muncul menyesakkan lagi minda Hana Aishah.
“You heard what he said. The risk is too high” Hana Aishah membalas geram dan tanpa dia sedari dia telah memberitahu rahsia yang mahu disimpannya.
“Risk apa ni Dik. Bila adik jumpa Dr Kamal lagi?” Kapten Azam bertanya kerisauan.
Hana Aishah mengeluh berat. Fakhrul yang duduk di sofa berdekatan dengan tempat meja makan itu merenung Hana Aishah. Mindanya benar – benar kusut saat itu.
“I saw him after you guys went back” Hana Aishah memulakan bicaranya.
“And what did he say?” Hana Azuwa bertanya kerisauan.
“Adik tak nak abah risau” Hana Aishah merenung bapanya sambil berbicara sayu.
“Abah need to know sayang” Fakhrul menyampuk lagi. Hana Aishah mengetap bibirnya geram. Ada juga yang kena hampuk sekejap lagi.
“Dik. Bagitahu abah” Kapten Azam meminta. Walaupun suara itu cuba ditenangkan tetapi Hana Aishah dapat getaran di sebalik suara itu. Hana Aishah merenung Hana Azuwa dan dia dapat melihat wajah Hana Azuwa yang seperti tidak mahu Hana Aishah memberitahu Kapten Azam.
“Adik kena bagitahu abah. I don’t want to be kept in the blind anymore. Abah tahu selama ni banyak benda Wa sorok tak nak bagi tahu abah. Bagi tahu adik – adik. But now we need to know. Abah tak nak mak sakit dah. Itu je” kali ini suara Kapten Azam betul – betul kedengaran pasrah.
“Wa tak nak abah sakit. Wa tak ada niat nak tipu abah” Hana Azuwa menundukkan wajahnya mahu melarikan diri daripada renungan Kapten Azam.
“Abah tak marah Wa. Abah tahu besar tugasan Wa selama seminggu ni. You become our backbone and I know for sure it wasn’t easy. Thank you Wa” Kapten Azam memegang tangan anaknya kuat.
Hana Aishah dapat melihat air mata kakaknya yang sudah bercucuran itu. Saat itu dia dapat melihat kesakitan, kebimbangan, ketakutan bercampur baur di wajah kakaknya saat itu. Tangan kiri kakaknya diraih sebelum digenggam erat.
“Why is everyone crying again? What happen?” suara Alif Haziq yang baru muncul dengan Wazir itu kedengaran panik.
“Baby sit down” Hana Aishah mengarahkan adiknya. Nafas ditarik sedalam – dalamnya sebelum dia melepaskan perlahan – lahan.
“The risk of mak collapsing on table is 50:50” akhirnya kata – kata itu meniti di bibir Hana Aishah.
Kata – kata yang menggusarkan hatinya semenjak semalam. Yang mengubah segalanya maghrib itu. Yang membuatkan membuat keputusan lebih sukar saat itu. Masing – masing tenggelam dalam fikiran sendiri yang Hana Aishah pasti sama dengannya. Bingung mahu memilih apa.
“She has been my wife for more 34 years. 34 years is enough for me to know what she like and doesn’t like” Kapten Azam memecahkan kesunyian mereka.
“She hated it when she couldn’t take bath more than 2 times a day. She hated it when people had to care for her. She hated it when people need to attend to her. She my self-sufficient independent wife” sebak suara Kapten Azam saat itu.
“And right now she need to helplessly accept everything that she hate are happening to her” tersekat – sekat suara Kapten Azam berbicara.
“Abah tak nak mak sakit. That’s all” Kapten Azam merenung wajah Hana Aishah. Lama renungan mereka. Saat itu hanya mereka berdua dapat membaca isi hati masing – masing melalui anak mata mereka.
“Adik setuju kita proceed with operation but with a condition” Kapten Azam menganggukkan kepalanya mendengar syarat anaknya saat itu.
“And one more thing. Abah nak mak jumpa Adam before she goes into the operation theatre” Hana Aishah merenung ke arah Adam saat mendengar bicara bapanya.
Saat itu satu perasaan takut muncul di dalam hatinya. Memori dahulu kembali. Memori yang menyakitkan yang melibatkan satu insan bernama Adam juga. Kata – kata ibunya yang dilemparkan seperti baru semalam dia dengari. Bersediakah dia untuk menghadapi itu untuk kesekian kalinya?
Share this novel
morning, dear. update plz.....
please update.... trus rindu papa mika... harap dia boleh jaga umi dgn adam.... x harap klau fakhrul yg jaga adam
morning, dear...update plz.....