Bab 4

Drama Series 4917

Julia melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Faris sebaik saja mendapat arahan dari majikan sementaranya itu. Keningnya terangkat apabila mendapati Faris tidak kelihatan pada kerusi hitam di meja kerjanya. Mana laa mamat ni pergi? tadi suruh aku masuk, tapi tadi tak nampak pulak dia keluar?

"Julia..." Suara Faris dengan nada menggoda. Malah telapak tangan Faris telah pun menyentuh kedua-dua bahu Julia. Dengan spontan Julia melangkah setapak ke hadapan. Terkejut benar apabila mendapati Faris tiba tiba muncul dari arah belakangnya.

"Encik Faris.... encik..." Ada getaran didalam nada suara Julia. Jantung berdegup kencang kerana dia masih terkejut dengan tindakan lelaki itu.

Faris hanya tersenyum sinis kearah Julia. Dengan wajah tampan dan berpenampilan penuh bergaya, pasti ramai wanita yang bisa tergoda.

"Saya minta maaf... saya cuma bergurau je. saya memang macam ni. nakal sikit. Janganlah marah." seloroh Faris sambil mengambil tempat di sebuah sofa ruang rehat. senyuman manis mekar dibibir.

Julia hanya memerhati dengan senyuman tawar. Kalau ikutkan hati, nak saja dia bagi penampar dan tumbukan percuma atas perbuatan yang tidak sopan itu.

" Awak dah buat saya geram. Awak terlalu seksi." ujar Faris bersahaja.

Sekali lagi dia terkejut dengan ayat ayat yang dia dengar dari mulut Faris. Liar sekali renungan mata Faris yang menjamah raut wajah Julia.

"Awak nak tahu sesuatu tak? Sebenarnya saya sukakan awak. Tapi awak jual mahal."terus terang Faris.

Sungguh Faris geram. Dia mahu memegang bayang- bayang yang bisa dilihat tetapi tidak boleh disentuh. Laju saja gadis itu mengelak dan menjauhkan diri darinya.

Julia berpura-pura terkejut. Sedangkan hatinya sudah jelik dengan pengakuan buaya darat di hadapannya ini.

"Saya ikhlas Julia." suara Faris dengan nada mendatar.

"Encik Faris... sekarang waktu bekerja. tak elok kalau kita cakap hal peribadi kat sini." ujar Julia.

"Saya mengaku yang saya ni lelaki liar. Tapi awak telah sedarkan saya, Julia. Sifat kewanitaan dalam diri awak telah membuatkan saya rasa jatuh cinta. Saya nak bertaubat. Saya hanya perlukan awak dalam hidup." kali ini perwatakannya sudah berubah.

Wajah jahatnya yang dilihat oleh Julia sebelum ini telah hilang. Reaksi dan bicaranya umpama dia benar-benar mahu bertaubat.

"Apa kena mengena dengan saya encik Faris?"

Lelaki kalau dah taubat, nak apa pulak daripada aku? Nak aku bina masjid dengan dia? sindir Julia dalam hati.

"Saya cuma perlukan awak untuk bimbing saya. Saya yakin awak akan dapat bimbing saya. Wanita yang baik akan menyempurnakan kekurangan yang ada. jadi, saya yakin yang awak dapat sempurnakan hidup saya." ujar Faris.

Julia terdiam. Saat ini Julia terbayangkan Faris seperti lelaki yang pernah merosakkannya. Lelaki memang tak faham bahasa!!!

"Tak de apa apa saya keluar dulu. Saya ada banyak kerja." dalih Julia lantas meluru ke arah pintu.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience