BAB 2

Humor Completed 22645

Setelah agak lama keadaan berterusan begitu akhirnya, Haris tidak dapat menahan marahnya dia memandu keretanya agak laju dan memintas Syuhada di depan.

Gadis itu terkejut. Haris keluar dari kereta.

“Masuk!” arah Haris.

“Minta maaf dulu!” Syuhada juga menengking.

“Awak ingat saya suka ke nak buat macam tu pada awak,” sambung Syuhada lagi.

“Masuk jelah Syuhada. Banyak songeh pulak!” marah Haris. Suara Haris menengking membuatkan Syuhada takut. Haris berjalan menghampirinya dan kini Haris berdiri dalam jarak sedepa daripada Syuhada. lutut Syuhada menggigil kerana takut.

Memandang wajah Haris sebengis ini membuatkan kejadian tempoh hari terbayang-bayang di ingatan sedangkan kejadian itu mahu dilupakannya. Ketika itu Haris enggan mengahwininya tetapi dipaksa oleh mama dan papa menyebabkan Haris naik berang dan hampir menampar pipinya dalam kekalutan pertengkaran anak beranak itu.

“Masuk, kalau tak saya akan paksa awak,” ugut Haris.

Terbayang-bayang kejadian hitam itu di fikirannya. Syuhada takut apabila memikirkan Haris akan memaksanya nanti. Akhirnya kehendak Haris itu terpaksa dituruti.

Haris tersenyum dengan kemenangannya. Dia kembali ke kereta dan mulai memandu ke jalan utama. Mereka berdua memilih untuk berdiam diri sahaja selepas itu.

Perjalanan untuk kembali ke rumah papa dan mama terasa agak panjang dari biasanya. Setelah sampai, Syuhada segera keluar dan meninggalkan Haris sendirian di tempat parkir. Lelaki itu memindahkan barang-barang dari dalam bonet kereta sendirian.

Haris melangkah longlai masuk ke dalam rumah. Papa dan mama sedang duduk di ruang tamu.

Mama hanya memerhatikan Syuhada melangkah laju ke kamarnya. Dia sempat melihat ekspresisi pada wajah Syuhada. Hati wanitanya dapat membaca ekspresi pada wajah menantunya itu. Belum sempat dia memanggil Syuhada, menantunya itu cepat-cepat naik ke biliknya.

“Pa” tegur Haris.

“Papa nak cakap dengan kamu!”

“Ada apa pa?” soal Haris lemah. Dia penat untuk mendengar celoteh papanya. Pasti ada silap yang telah dilakukan olehnya kalau papa sudah menunggu di ruang tamu begini.

Haris tidak ada mood mahu mendengar leteran atau teguran daripada papa atau bergaduh dengannya tapi dipaksakan jua. Dia duduk menyandarkan badannya ke kerusi sofa.

“Ni surat dari fakulti!” Suara Tuan Jamil tinggi. Sampul surat putih itu dihempapkan di meja. Haris jadi takut. Tidak disangka berita itu cepat diketahui oleh papanya.

Parah! Papa memang marah betul-betul kalau pasal kuliah. Kalau pasal duit papa ok lagi. Matilah aku! Haris mula gelisah. Dia tidak senang duduk.

“Kenapa keputusan kau tak bagitahu papa?” soal Tuan Jamil.

“Haris tak dapat nak fokus pada pelajaran. Perkahwinan dengan Syuhada lagi” balas Haris.

“Jangan nak libatkan orang lain!” marah Tuan Jamil.

“Betullah pa! Banyak benda yang Haris kena fikir sebab nak kena kahwin dengan Syuhada,” Haris membentak.

“Bila kau plan nak graduate kalau macam ni? Kau nak tunggu aku mati dulu?” marah Tuan Jamil.

Syuhada terkejut mendengar suara ayah mertuanya. Dia keluar dari bilik dan turun ke bawah. Dia melihat Haris sedang berdiri berhadapan dengan papanya.

“Pa, Haris dah besar lah pa.Tahulah Haris”

“Baik.Kalau kau dah besar, dah tahu, duit elaun yang papa masuk setiap bulan tu untuk kau belajar tu, papa batalkan”

“Pa!” Haris menjerit separuh merayu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience