kring!!!!
Waktu rehat bermula.Semua pelajar tingkatan 3,4 dan 5 menuju ke kantin.Bukan semualah,tapi sebahagian. Dan sebahagian yang lain menuju ke koperasi sekolah atau lebih dikenali sebagai 'koop'.Aina,Aqilah,Husna dan Syamila beriringan menuju ke koop.Dalam perjalanan,mereka terserempak dengan Izzuddin senior,Izhar dan Adib.
"Eh,tiga orang je,mana yang lain,"bisik Husna perlahan.
"Entah,puasa sunat kot,"jawab Aqilah.
"Eh taklah..puasa ganti,"gurau Aina.
Tergelak mereka berempat.
"Mengarutlah awak ni Aina,"ujar Syamila.
Izzuddin,Izhar dan Adib semakin menjauh.
"Bagusnya pelajar baru tu,jaga pandangan,"komen Syamila.
Yang lain hanya mengangguk tanda mengiakan.
"Tapi kan,tadi saya nampak ada muslimat ni dia senyum kat Adib,sikit pun Adib tak pandang,"Husna pula meyambung.
Adib pula yang menjadi topik mereka.Tiba tiba Adib menghentikan langkahnya lalu terbersin dengan kuat. Tersentak mereka berempat lalu menahan ketawa yang ingin meletus kerana ada beberapa orang muslimin sedang menaiki tangga berdekatan mereka.
"Mesti dia bersin disebabkan kita bercakap pasal dia kan?"ujar Aqilah sambil ketawa kecil.
Share this novel