BAB 10

Adventure Completed 1114

“Petra, maklumkan kepada saya apa-apa tentang The Soldier, tentang masa yang diperlukan untuk membuat tembakan dan keadaannya. Newt, beritahu saya jumlah askar robot yang tinggal setiap kali mereka diarahkan untuk keluar. Tody, maklumkan kepada saya tentang halaju yang boleh diterima oleh askar kita dan tekanan yang boleh mereka hadapi,” arahku.

The Soldier merupakan sebuah alat menembak kawalan jauh yang berharga RM 127 Juta namun memerlukan 60 saat untuk mengecas kembali untuk melakukan tembakan lagi. Hanya aku, Petra, Newt dan Tody yang akan berada di atas bulatan untuk mengawal keadaan manakala ahli kumpulanku yang lain akan membantu kami dengan cara memerhatikan keadaan sekeliling, memaklumkan kepadaku sekiranya terjadi apa-apa dan mengawal askar robot sekiranya perlu.

Newt, Petra dan Tody telah dilatih secara peribadi untuk mengawal mesin-mesin yang akan digunakan terutamanya Petra yang akan mengawal The Soldier. Aku memusingkan kepalaku dan melihat para ketua di atas. Aku mengangguk menandakan bahawa aku sudah bersedia. Aku melihat ke skrin di hadapan. Nampaknya para musuh sudah mula mendekati zon kami.

Aku menggerakkan tanganku untuk mengawal skrin gergasi itu supaya membesar atau mengecil, mendekat atau menjauh untuk melihat segalanya tentang peperangan itu supaya aku dapat memikirkan serangan yang akan dilakukan dan memberi arahan.

Ya, tugasku hanyalah untuk memikirkan serangan dan mengarah, bukan mengawal mesin atau askar, namun ini adalah tugas yang paling sukar kerana aku yang akan mengarahkan mereka jadi aku harus memikirkan apa kesan daripada arahanku ini sama ada baik atau buruk, kalah atau menang.

“Apa yang perlu kita lakukan sekarang? Musuh semakin menghampiri, jarak mereka antara kita hanyalah 100 ribu km,” kata Tody sambil memandang ke arahku. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembuskan nafasku perlahan-lahan. Aku menggerakkan tanganku untuk melihat jarak sebenar mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience