Rate

Nasuha 2

Drama Series 6345

Sretttt..

Nasuha perlahan-lahan melangkah ke dalam tandas di sekolahnya. Sesekali Nasuha melihat dirinya yang kotor dengan telur mentah, tepung dan sisa air kumbahan.

Nasuha mengetap kuat bibirnya. Kalau nak diikutkan hati, dia nak menjerit sekuat hati. Tapi apakan daya. Nasuha masuk ke dalam salah satu bahagian tandas tersebut.

Perlahan-lahan tangannya menanggalkan pakaiannya lalu diletakkan di atas mangkuk tandas yang tertutup.

Tangannya mencapai paip air lalu mencuci lengannya yang kotor. Nasuha mengetap bibirnya lagi apabila kesan kotoran degil itu langsung tidak beralih dari tubuhnya.

Tok tok tok..

Nasuha sedikit terkejut. Dia hanya diam apabila qda seseorang yang mengetuk pintu tandas itu.

"Nas... Ini saya, I-Iman."

Nasuha mengelap air mata.

"O-oh Iman. Kejap eh.."

"Em. Saya ada bawak sabun untuk a-awak... Keluarlah." Kata Iman lagi.

Iman satu-satunya pelajar yang dekat padanya, kebanyakkan pelajar yang lain semua hanya mengabaikannya kerana terpengaruh dengan kata-kata Lila.

Nasuha menutup tubuhnya sedikit dengan seragam sekolahnya yang kotor itu. Perlahan-lahan pintu dibuka oleh Nasuha.

Iman menyerahkan sabun yang berada di dalam tangannya. Nasuha mengambilnya lalu tersenyum sedikit.

"T-terima kasih, Iman."

Iman tidak menyahut dan hanya menundukkan kepala.

Dan dengan tiba-tiba Lila, Syira dan Nana menarik pintu tandas tersebut lalu menangkap gambar Nasuha yang sedang cuba menutupi atas tubuhnya dengan seragam sekolah itu.

Iman tidak terkata dan hanya mendiamkan diri di belakang Lila. Syira dan Nana dengan asyiknya menangkap gambar Nasuha sambil ketawa besar.

Begitu juga dengan Lila yang seolah-olah tidak mempunyai sebarang perasaan dan tetap terus mentertawakan Nasuha.

Air mata Nasuha tidak dapat di tahan lagi. Air matanya mengalir dengan deras.

"Lila janganlah... Tolong..." Rayu Nasuha.

"Ape? Tolong? Tak dengarlah~" Lila sambung mentertawakan Nasuha.

"Sana-sana ambik yang sana. Pastikan jelas, nampak muka Putri Nasuha, HAHAHA." Arah Lila agar Syira dan Nana menangkap gambar Nasuha dengan lebih jelas.

Lila melihat hasil gambar yang ditangkap oleh Syira dan Nana lalu dia tergelak besar. Puas hatinya.

Lila mencengkam pipi Nasuha. Nasuha menangis dengan keras.

"Aww kesiannya~ janganlah nangis, budak kecik~" Lila mencebik comel lalu ketawa besar lagi.

Syira dan Nana juga turut tertawa besar. Lila menolak pipi Nasuha dengan kasar sehingga kepalanya sedikit terhantuk pada dinding tandas itu.

"Baru puas hati aku." Sempat lagi Lila menunjal kepala Nasuha.

Lila menoleh ke arah Iman yang masih menundukkan kepalanya. Lila menepuk perlahan kepala Iman.

"Thanks!" Ucapanya dengan penuh gedik lalu meninggalkan Iman dan Nasuha di dalam tandas.

Iman masih boleh mendengar suara tangisan dari Nasuha. Dia berasa bersalah sebab tak dapat nak melindungi Nasuha.

"N-Nas... S-Saya..."

"Takpe, Iman. Saya faham.."

Nasuha menyekat air matanya dengan belakang telapak tangannya. Iman menundukkan kepalanya.

"Nas... S-Sorry..." Ucap Iman.

Nasuha mengukir senyuman di sebalik tangisnya. Nasuha mengangguk sedikit kepada Iman.

Perlahan tangan Iman menutup pintu tandas tersebut untuk Nasuha sebelum dia berlalu pergi. Nasuha mengetap bibirnya.

Tangisannya pecah. Nasuha bersandar pada pintu lalu terduduk dalam tangisan. Nasuha menangis dengan keras.

"Why...?" Tangisnya.

~•~

Seorang pelajar di dalam kelas mula terhidu sesuatu lalu merungut.

"Eyy! Bau ape ni! Busuklah..!" Rungut pelajar tersebut sambil menutup hidungnya.

Satu-persatu pelajar di dalam kelas itu mula merungut dengan bau yang kurang menyenangkan itu. Salah seorang dari mereka menoleh ke luar kelas.

"Hm patutlah busuk sangat! Budak ni rupanya!" Rungut pelajar tersebut.

Rupanya, itu adalah Nasuha. Nasuha yang pada mulanya mahu menuju ke kelasnya terhenti apabila mendengar rungutan dari pelajar-pelajar tersebut.

"Eee pergilah! Kau tu busuk faham tak?!"

"Kau kacau orang nak belajar tau!"

"Eyy pergilah!"

"Jijiklah aku!!"

"Pengotor!"

"Baju kau kotornye! Miskin betul~!"

"AHHAHAAHAH!"

Nasuha hanya menahan rasa apabila mendengar ujaran pelajar-pelajar dari kelas itu.

"Nasuha! Awak pergi ke kelas awak. Awak tahu tak bau busuk awak tu dah menganggu kelas saya?!" Marah cikgu yang sedang berdiri di hadapan kelas itu.

Nasuha mengangguk sedikit. Perlahan-lahan dia melangkah meninggalkan kelas tersebut. Pelajar-pelajar di dalam kelas tersebut masih mentertawakannya.

Nasuha perlahan-lahan masuk ke dalam kelasnya melalui pintu belakang. Pelajar di dalam kelasnya mula menutup hidung mereka apabila menhidu bau busuk yang teramat.

"Apa bau busuk ni? Macam bau ta*k je..." Bisik salah seorang pelajar perempuan di dalam kelasnya.

Nasuha mengetap bibirnya, malu. Lila menoleh ke belakang kelas.

"Lahhh Putri Nasuha rupanya~ Tak heranlah kalau bau macam mangkuk jamban." Perli Lila.

Nasuha menundukkannya wajahnya.

Semua pelajar di dalam kelas itu mula memandang ke arahnya dengan mimik muka geli. Mana taknya, dengan seragam sekolah dia yang kotor, tambahan pulak dengan bau air sisa kumbahan yang Lila tuang padanya. Siapa je boleh tahan.

Cikgu yang sedang berdiri di hadapan kelas pula bercekak pinggang. Dahinya berkerut memandang Nasuha.

"Putri Nasuha!!"

"Y-Ye saya, sir.." Jawab Nasuha dengan nada perlahan.

"Apa nak jadi dengan awak ni?! Dengan baju yang kotor, berbau! Awak tak malu ke?! Haishh!"

Satu kelas mula mentertawakan Nasuha yang masih berdiri di belakang kelas.

"Kalau sayalah jadi awak, dah lama saya terjun bunuh diri. Tak tahan saya kalau saya hidup dekat tempat awak..." Marah cikgu itu.

Nasuha hanya mendiamkan diri.

"Tunggu apa lagi?! Awak nak berdiri belakang tu sampai bila?!" Tengking cikgu tersebut.

Nasuha mengangguk lalu perlahan-lahan berjalan ke tempat duduknya. Dia duduk sendirian di belakang, semua pelajar menjauhkan diri darinya.

Iman? Iman pun selalu di buli dan diejek disebabkan dia rapat dengan Nasuha.

Nasuha mengeluarkan buku tulisnya dari dalam laci meja. Nasuha tercengang apabila melihat buku-bukunya terkoyak.

Nasuha membuka setiap halaman buku notanya. Banyak contengan dan koyakkan.

"Nasuha bod*h."

"Nas anak yatim!"

"HAHAHAHA!"

"Nasuha pengotor."

"Nasuha anak haram!"

Nasuha mengetap bibirnya tatkala membaca setiap kata-kata yang diconteng pada buku notanya. Nasuha menggenggam salah satu muka surat dari buku notanya yang terkoyak, sakit hati!

Nasuha mengerling ke arah Lila yang sedang memandang dengan senyuman sinis. Hatinya membuak-buak marah.

Lila menjelirkan lidahnya tanda mengejek Nasuha. Kalau nak diikutkan, sekarang juga Nasuha ingin menyerangnya, tapi apakan daya, pengaruh Lila terlalu besar.

Nasuha hanya mendiamkan diri dan cuba untuk mengabaikan pandangan Lila.

~•~

Nasuha perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam perkarangan rumah ayah angkatnya, Mukhriz. Mukhriz terpaksa menanggung janjinya kepada ibu kepada Nasuha untuk menjaga Nasuha.

Sang pengasuh yang melihat kehadiran Nasuha bergegas mendekatinya.

"Cik Nasuha..?" Panggilnya, mak cik Mila.

Mak cik Mila ni dah lama dah jaga Nasuha, sejak Nasuha berumur 8 tahun sampai sekarang dah 17 tahun. Dia baik dan penyayang. Dia ada sepasang anak perempuan dan lelaki, kembar.

"Ye? Kenapa ni, cik?" Soal Nasuha.

Mak cik Mila memandang Nasuha atas bawah. Siapa je yang tak hairan kalau nampak pelajar balik sekolah baju kotor macam ni.

"Nas..." Sayu sahaja suaranya.

Nasuha mengukir senyuman nipis.

"Takpelah, cik. Nas pun dah biasa, selalu sangat kan..." Keluh Nasuha.

"Nas..." Panggilnya lagi. Nasuha hanya memandangnya sambil mengangkat kening.

"Papa Nas..."

Nasuha terus terdiam tak bersuara. Kalau dah sebut pasal ayah dia... Tak lain tak bukan, mesti ada je masalahnya.

"K-kenapa dengan papa?" Soal Nasuha takut-takut.

"Papa Nas dah balik."

"H-hah?!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience