CHAP 28

Romance Series 74213

Dan, akhirnya mereka di sini. Di universiti Anya dan Becky, Anya terus tersenyum bagaiman dia boleh mengenali Becky pada semester pertama.

(Imbas Kembali)
"Awak.. sorry, mana bilik 32A-1 ye?" soal gadis yang sedikit pelik pemakaiannya, berbaju kurung.. mungkin berasal dari kampung. "Oh.. ni, awak sebilik dengan saya. Awak siapa nama ?" soal Becky acuh tak acuh. Dia kalau boleh sebenarnya malas ingin sambung pelajaran, namun ibunya yang mendesak. Dia ingin mengikuti jejak langkah abang sepupunya untuk belajar di Paris, namun.. ibunya menegah agar dia di sini kerana tidak sanggup berjauhan daripada dirinya.

"Oh.. terima kasih, saya Anya.. Anya Inayla. Selamat berkenalan." senyum Anya. "Aku Becky." kata Becky.

(Sekarang)
"Sayang, ingat apa sampai tersenyum ni?" soal Bahr sambil menyentuh pipi Anya. Anya terus menjeling, "jangan sentuh boleh tak?" soal Anya. Bahr hanya tersenyum. "Anyway, ni dulu tempat tinggal saya dan Becky. Rasanya semester satu kami tak rapat mana pun .. sebab, Becky ada circle dia, saya ada circle saya. Tapi, selepas kejadian tu rasanya.. baru kami rapat." cerita Anya.

"Kejadian apa?" soal Bahr. "Becky hampir jadi mangsa circle dia. Nasib saya ada malam tu. Teruk juga Becky kena. Tapi, tulah, benda tulah yang menginsafkan dia. "Boleh ceritakan Abang?" penuh harap Bahr ingin mendengar cerita isterinya. Anya menarik nafas terlebih dahulu sebelum bercerita.
***
"Weiii.. Tak gentle lah kau Becky!" teriak rakannya, mereka ada sambutan majlis hari jadi satu kelas dengan mereka. Anya hanya bersama circle hanya melihat kelakuan Becky, sedikit liar dengan minuman keras terhidang di atas meja. Anya hanya sekadar menghormati tuan rumah yang mengajak mereka. Tidak ingin dia mencampuri urusan rakan sebiliknya itu. Pernah juga tertangkap Anya perihal Becky yang balik lewat ketika dia sedang sembahyang Subuh. Namun, ya.. dia bukan insan yang layak untuk menghakimi, dia hanya mendoakan Becky berubah.

"Arghhhh!!" Jerit Becky, Anya tidak ambil kesah. "Anya.. tengok rakan awak tu.." kata Zayhar. "Biarlah dia Zay.. saya tak ada rapat pun dengan dia." kata Anya. "Tapi, awak tengok lah." kata Zayhar. Anya melihat ke arah Becky, dia seakan dipaksa minum oleh rakannya. Anya tidak tunggu lama, berdiri terus meluru ke arah Becky.

"Korang dah gila ke ahh? Nak tunggu budak ni lunyai baru korang puas? Kawan jenis apa korang ni?" jerkah Anya. Becky sudah terkulai layu di bahu Anya. "Alah.. kau siapa, budak nerd? Becky ni kawan kami. Blah lah!" jerkah satu lagi. "Oh kawan? Kawan ke macam nak bagi mati anak orang?" balas Anya, dengan matanya mencerlung.

"Becky tak kisah lah!" jerit kawannya. "Tak kisah?? Kau bagi dia makan apa sampai dia macam ni?" soal Anya. Zayhar mengangkat bungkusan tersebut. "Pil khayal?" soal Zayhar. "Astagfirullah. Binatang!" Anya terus marah. Menampar satu persatu wajah kawan Becky.

"Walaupun dia bukan kawan aku, at least aku tak akan rosakkan dia. Korang semua.. Datang sini nak rosakkan diri korang, aku tak kisah! Jangan rosakkan orang yang hanya dia menjadi harapan ibu dia! Jom balik Zay! Korang rapat lagi dengan Becky, aku akan pastikan satu persatu korang sengsara." amaran Anya dengan mata mencerlung.

Satu daripada kawan Becky hanya tersenyum mengejek, "jangan cabar aku!" jerkah Anya. Terdiam mereka. Dia membawa Becky pulang dengan bantuan Zayhar.

(Enam bulan seterusnya)

"Anya.. jangan lupa tau, malam ni kan hari jadi aku, kita tidur sana tau!" Anya hanya tersenyum. Dia bersyukur dengan perubahan Becky, sangat bersyukur.. "Anya.. macam mana aku nak putuskan Idlan ye.. Aku dah tak nak lah boyfriend macam tu.." kata Becky. "Dah bincang dengan dia?" soal Anya. "Dah, dia tetap tak nak lepaskan aku." kata Becky. "Takpe, nanti aku bincang dengan dia." kata Anya.

"Kau rindu Zayhar ke?" soal Becky. Dia tahu perihal Zayhar yang terpaksa berpindah ke luar negara, tanpa dia ketahui sebabnya. Anya hanya mendoakan dirinya. "Dah jomlah." kata Becky, tersenyum.
***
(Sekarang)

"Dan... malam itulah Abang jumpa Anya. Anya juga yang menyelamatkan Becky dan Anya juga menyelamatkan Abang." gumam Bahr. "Apa dia?" soal Anya. "Takdelah sayang. Jom.. mana tempat makan best sini?" soal Bahr terus memimpin tangan Anya. Anya ingin melepaskan tangannya. "Jangan lah pegang, saya pandai jalan juga lah!" marah Anya lagi.

Bahr hanya tersenyum, biarkan Anya mengumam marah. Alangkah bodohnya dia, mengambil masa yang lama untuk mencintai dan menyayangi dirinya sedangkan cinta dan sayang dalam hatinya memang milik mutlak seorang Anya Inayla.
***

Zayhar sedang melihat gambarnya dengan Anya.. "tak sabar jumpa awak, Anya!.. kita kahwin ye walaupun Anya suka atau tak suka, kita tetap khawin." bisik Zayhar, gadis cinta pertamanya..

sorry lama tak update.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience