Bab 19

Crime Series 28563

"Anna..."

Aku tergamam.

Pistol di tangan aku buang ke atas tanah. Gila ke apa nak ajar aku menembak.

"Anna Adriana..."

Tak. Aku taknak dengar cakap Qarl Lee.

Dia mengutip pistol yang aku campak dengan sengaja tadi.

"Kau ni... Kalau aku tembak kau betul-betul, baru kau tahu."

Qarl dah mula nak sakitkan hati aku.

Bunuh jela aku, Qarl Lee.

Pistol di tangan digenggam. Dia menghalakan ke satu arah, lalu melepaskan satu tembakan. Tepat mengenai pokok besar di depan.

Aku menutup kedua belah telinga.

Benci mendengar bunyi tembakan tu. Gerun.

"Ni salah satu cara aku memprotes. Kau nak tahu Anna, aku belajar menembak dari umur 18. Uncle aku yang ajar."

Mudanya dia ketika itu.

Aku terdiam.

Tiba-tiba dia menghalakan pistol itu ke arah aku.

Ah sudah...

"Dan fyi, aku paling benci orang taknak dengar arahan aku."

Whatever, Qarl.

Aku taknak mati. Aku taknak dengar cakap kau.

Nonsense.

"May lagi jahat dari aku. Dia sangat kejam. Anggap pistol ni sebagai pertahanan diri. Please, Anna... Aku risaukan kau."

Qarl...

Aku bukan macam kau. Aku juga bukan May. Perlu ke aku ikutkan kehendak kau?

Okay. Untuk sekali ini sahaja, Qarl.

Aku merampas pistol di tangan dia. Lalu, aku halakan ke arah papan paras latihan menembak.

Bang! Bang!

Dua kali.

Tepat mengenai papan menembak tersebut.

Qarl terkesima.

Sebab aku melakukan tindakan yang sangat drastik.

Terus menembak tanpa sedar.

Eh, Anna. Kau dah jadi seperti Qarl Lee juga?

"Puas hati, Encik Qarl Lee?"

Dia terdiam.

Aku dah reti menembak. Thanks to him.

Pistol di tangan terus aku campak kasar. Inikan yang kau mahu?

"Anna... Aku tak bermaksud nak paksa kau ikut rentak aku. Jadi pembunuh macam aku."

Hmmm. Sama jela tu.

Mula-mula kau mahu ajar aku menembak, lindungi diri sendiri.

Lama kelamaan, aku kena jadi seperti kau. Pembunuh.

Perkataan yang tak sanggup aku luahkan pada dia.

Sengaja ataupun tidak, Qarl pernah membunuh orang. Dan itu yang paling aku takutkan, aku tidak mahu jadi seperti dia.

I don't want to be like you, Qarl.

Jahat. Ganas. Kejam.

Yes. Dendam bukan jalan terbaik untuk sampai ke penghujung cerita.

"Anna... Maafkan aku. Libatkan kau dalam masalah aku."

Tahu pun.

Aku tak sepatutnya melibatkan diri aku dengan dia.

Sebab tu aku taknak ada kaitan. Aku selfish?

Pentingkan diri atau tidak, dia bukan ada kena mengena dengan aku.

Tanpa menjawab apa-apa, aku terus meninggalkan dia tanpa jawapan di situ.
. .
. Aku memandang handphone di tangan. Apa aku nak cakap kat mereka yang cari aku?

Bagi jela alasan pape, Anna.

Takkan kau nak cakap kau kena culik? Kau ingat mereka nak percaya?

Setan kau, Qarl.

Culik aku. Menyusahkan hidup aku.

Aku menghidupkan handphone. Handphone bergetar.

Deringan kuat memaksa aku mengangkatnya. Tertera nama Mira di skrin telefon.

Mati aku. Apa aku nak bagi alasan dekat Mira?

Pantas, aku menjawab panggilan itu.

"Hello. Anna. Kau kat mana ni? Lenguh tangan aku dail nombor kau hari-hari. Bukannya kau nak angkat. Kau tutup phone kenapa?"

Mira, aku rindu sangat dekat kau. Aku kena culik ni, Mira. Tolong aku.

Aku membalas dalam hati.

"Anna, kau dengar tak ni? Sampai hati kau ignore mesej aku. Haritu kau reply cakap pergi bercuti. Aku call mak ayah kau kat kampung. Diorang pun tak tahu kau pergi mana. Kami risaukan kau tahu tak? Tetiba je kau buat perangai. Nasib kitorang tak call polis."

Aku jadi terkedu. Tidak tahu mahu membalas apa. Ni semua angkara si setan Qarl. Geramnya. Menyusahkan hidup aku.

Aku yang terkena banana tempiasnya.

"Anna... Kau marah aku ke? Sampai kau lari daripada semua orang?"

Tak, Mira. Aku nak balik.

Aku seka air mata pelan-pelan.

"Mira... Nanti aku balik sana. Sorry. Aku nak tenangkan fikiran. Nanti aku call mak ayah aku. Sorry buat korang risau."

"Cakaplah kau kat mana? Sekurangnya aku tahu kau selamat."

Aku takleh bagitahu kau, Mira. Qarl da bagi warning.

Aku sendiri tak tahu kat mana Qarl sembunyikan aku.

"Aku okay. Aku selamat je ni. Jangan risau. Nanti aku belikan kau ole-ole. Aku kena letak da. Bye, Mira."

"Anna, aku tak habis lagi cakap ni. Jangan letak dulu. Jaga diri kau baik-baik. Apa-apa jangan lupa bagitahu aku."

Sebaik saja Mira berkata begitu, aku terus meletakkan telefon bimbit.

Rasa pedih. Dada aku rasa sesak. Tangan menggapai inhaler.

Aku mula menangis tersedu-sedan.

Seseorang berdiri di muka pintu. Rupanya Qarl terdengar perbualan aku di talian.

"Anna..."

Aku memandang dia.

"I'm sorry. Aku takde niat nak buat kau sedih."

Wajah Qarl mendung bagaikan cuaca di luar turut mahu hujan.

Aku menggeleng.

Segera kesat air mata. Takpelah, Qarl Lee. Aku tak kisah da kau nak perlakukan aku macam mana da.

Sampai masa kau lepaskan aku, atau... Aku lari jauh.

Aku percaya masanya akan tiba.

Dia menghampiri aku. Memandang aku lama. Tiba-tiba dia mengesat baki air mata aku dengan jari dia.

Mengapa aku lihat Qarl da slow down dengan aku?

Kurang menengking aku. Mungkin dia sedar aku tidak boleh ikut telunjuk dia lagi.

Qarl Lee... Saya tahu awak lelaki yang baik. Saya dapat rasakan awak akan lindungi saya tak kira apa jua bakal terjadi.

Saya percayakan awak.

Aku memandang dia lama. Kelam dengan pandangan kami yang bersatu seolah tiada hari esok.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience