PROLOG

Romance Completed 727295

“SETH ZARIF BIN SETH ZULKARNAIN, aku nikahkan dikau, dengan anakku, Atilia binti Bahar, dengan mas kahwinnya satu ribu ringgit tunai.

“Aku terima nikah, Atilia binti Bahar, dengan mas kahwinnya, satu ribu ringgit tunai,” jawab Seth Zarif

Atilia mula berasa seram sejuk, apabila mendengar namanya disebut tadi. Tetapi kenapa dia seakan pernah mendengar suara itu? Perlahan-lahan wajahnya diangkat. Dia memandang ke arah lelaki yang duduk berhadapan dengan bapanya. Wajah lelaki itu tidak kelihatan, kerana sudah ditutup dengan tubuh badan bapanya.

Aku salah dengar kut. Atilia tundukkan wajahnya semula.

“Sah?”

“Sah!”

Akhirnya Atilia sah menjadi isteri kepada Seth Zarif.

“Baiklah, dah boleh sarungkan cincin pada pengantin perempuan,” kata jurunikah.

Khalid mula menuju ke arah Seth Zarif, untuk membantu majikannya itu duduk di atas kerusi roda semula.

“Tak apa saya boleh pergi ke situ,” kata Atilia tiba-tiba. Belum sempat Atilia mahu menuju ke arah suaminya, dia sudah pun tergamam, saat melihat wajah lelaki itu. Lelaki itukah suaminya?

Seth Zarif turut terdiam, saat melihat wajah isterinya. Benarkah ini isterinya? Wanita yang kerap kali dia jumpai di mana-mana, kini sudah menjadi isterinya?

Khalid yang berada di tepi, turut terpinga-pinga ketika ini. Suasana menjadi sunyi sepi. Masing-masing memandang antara satu sama lain. Mulut Khalid hampir sahaja ternganga.

“Kenapa ni? Ada apa yang dah berlaku ke?” soal Dato’ Bahar apabila suasana menjadi hening.

Juliana merenung sinis ke arah Atilia. Pasti mereka terkejut, apabila melihat wajah Atilia yang hodoh itu. Mahu sahaja Juliana menghamburkan ketawanya di situ juga.

“Er, tak ada apa-apa,” jawab Seth Zarif perlahan.

“Oh iya ke? Ingatkan kenapalah tadi. Lia ke sini. Mari duduk dekat suami kamu ni.”

Atilia perlahan-lahan menuju ke arah Seth Zarif, lalu duduk bersimpuh menghadap suaminya.

Mak Jenab dan Pak Meon masih terpinga-pinga. Apa yang sudah berlaku sebenarnya? Kenapa masing-masing terkejut tadi?

Khalid mengeluarkan kotak cincin dari poket baju melayunya, lalu dihulurkan kepada Seth Zarif.

“Maaf, saya nak sentuh tangan awak ni,” pinta Seth Zarif.

Atilia mengangguk sedikit.

Seth Zarif mula mengeluarkan cincin dari kotak cincin yang diberikan Khalid tadi, lalu disarungkan cincin tersebut, pada jari manis Atilia. Nasib baiklah memang muat-muat cincin tersebut di jari isterinya itu. Itu pun Seth Zarif hanya dapat mengagak sahaja, jari Atilia.

Mata Juliana terbeliak tadi, saat melihat cincin emas putih yang bertakhtakan berlian itu, sudah disarungkan pada jari manis Atilia. Pasti harganya mahal. Sepatutnya cincin tersebut disarungkan pada jari Yasmin, dan bukannya Atilia.

Jantung Atilia mula berdegup kencang. Dia merasakan wajahnya begitu hampir dengan wajah Seth Zarif. 

Seth Zarif seakan kaku. Dia tidak tahu mahu berbuat apa lagi.

“Lia... Lia...” panggil Dato’ Bahar.

“Ha? Ya, pa?”

“Salamlah suami kamu tu. Kenapa kamu diam?”

“Oh, ya-ya.” Wajah Atilia benar-benar seakan keliru. Mungkin masih terkejut dengan lelaki yang kini sah menjadi suaminya. Perlahan-lahan tangan Seth Zarif ditarik, lalu dikucup lembut. Tidak lama itu, ubun-ubunnya pula dikucup lembut suaminya.

“Terima kasih, sebab sudi terima saya sebagai suami awak,” ucap Seth Zarif.

Atilia hanya mampu tersenyum sedikit. Terasa ada sesuatu yang tersekat di kerongkongnya. Tidak dapat dia membalas kata-kata yang diucapkan Seth Zarif tadi.

Dato’ Bahar berasa sebak. Anak perempuannya sudah pun menjadi isteri orang. Lepas sudah tanggungjawabnya. Sekarang ini, anaknya di bawah tanggungjawab suaminya pula.

Usai majlis pernikahan mereka, majlis persandingan pula telah diadakan pada sebelah petang. Kini, tubuh Atilia sudah siap disarungkan dengan busana pengantin berwarna ungu. Itu juga pilihan Seth Zarif. Manakala suaminya pula, berada di tingkat bawah untuk bersiap.

Pada mulanya majlis persandingan mereka mahu diadakan di hotel. Tetapi telah ditolak oleh Seth Zarif. Kata bapanya, Seth Zarif tidak mahu terlalu menonjol di khalayak ramai. Mungkin malu dengan keadaan dirinya. Jemputan pula, hanya orang yang rapat sahaja dijemput. Itu pun tidak begitu ramai yang dijemputnya.

“Kamu tak nak pakai contact lens ni ke? Mesti lagi cantik, kalau kamu pakai. Ni pun, acik memang suka beli contact lens banyak-banyak. Kalau ada pengantin tak ada, acik memang akan bagi,” ujar mak andam.

“Tak naklah. Nanti mata saya merah. Takut tak tahan pula nanti. Dan, saya ni pun rabun sikit. Takut tak nampak jalan pula.”

“Alah, suamikan ada? Apa salahnya pegang tangan dia, kan? Betul ke, tak nak cuba pakai contact lens ni?”

“Tak apalah, saya tak nak.”

Mak Andam akur. Dia tidak mahu memaksa Atilia lagi. Dalam satu jam, Atilia siap dihias.

“Acik turun bawah dulu ya? Nak tengok pengantin lelaki.”

“Baik acik. Terima kasih,” ucap Atilia.

Mak Andam terus sahaja berlalu keluar dari bilik. Atilia merenung dirinya di hadapan cermin. Wajahnya nampak begitu lain sekali. Kalau dia tak pakai cermin mata, pasti lagi cantik. Atilia membuka cermin matanya. Wajahnya ditenung lama.

“Seronok ya, kahwin dengan orang kaya ni?” perli Juliana, yang tiba-tiba sahaja berdiri di muka pintu.

Atilia berpusing ke belakang memandang mak tirinya.

Juliana terpana, saat melihat wajah Atilia yang tidak mengenakan cermin mata. Anak tirinya itu benar-benar cantik. Bibir diketap kuat.

“Pakailah cermin mata tu. Dah macam muka apa dah. Ingat cantik ke?” perli Juliana.

Atilia tersentak. Tanpa menunggu, dia terus mengenakan cermin matanya semula. Ada saja yang mahu diperli mak tirinya itu. “Mak cik nak apa datang sini?”

“Ewah-ewah, belagak ya kau? Mentang-mentanglah kahwin dengan anak Tan Sri, jadi makin sombong pula.”

“Mak cik kalau datang sini nak membebel, lebih baik mak cik keluar ajelah. Saya tak ada masa nak layan mak cik ni.”

Juliana menuju ke arah Atilia. Tangannya terus sahaja diayunkan, dan mahu menampar wajah anak tirinya itu, tetapi dengan pantas Atilia menepis tangannya.

“Mak cik datang sini sebab nak tampar saya?”

Juliana membulatkan matanya menahan marah. “Sepatutnya Yasmin yang jadi isteri pada Seth Zarif. Bukannya kau!”

“Kenapa dulu tak suruh aje Yasmin yang kahwin? Kenapa suruh saya? Oh, sebab dia anak Tan Sri ya? Jadi, menyesallah sekarang ni?”

“Kau...”

“Dipersilakan keluar dari bilik saya ni.” Atilia duduk di kerusi semula. Malas dia mahu melayan mak tirinya itu.

Juliana mengetap bibir menahan marah. Dia terus sahaja berlalu keluar dari bilik Atilia. Begitu berani Atilia sekarang ini. Sehinggakan tamparannya tadi, tidak mengenai wajah anak tirinya itu.

Majlis persandingan berlangsung dengan begitu meriah sekali, walaupun jemputan yang hadir, tidak begitu ramai. Tetapi Atilia tidak kisah. Dia juga tidak begitu suka, apabila dirinya menjadi tatapan umum. Bunyi paluan kompang mula bergema. Atilia perlahan-lahan keluar dari muka pintu utama. Kelihatan Seth Zarif sedang menunggunya di luar.

Relax Lia. Relax. Apa yang nak dimalukan? Dia suami kau. Kau tak perlu malu. Atilia mula tersenyum manis. Dia menuju ke arah Seth Zarif. Tangan suaminya ditarik, lalu dikucup lembut.

Seth Zarif tersentak sedikit, saat Atilia menarik tangannya tadi. “Mari...” kata Seth Zarif lembut.

Atilia mengangguk, sambil berjalan beringan dengan suaminya. Atilia juga perlu berjalan seiring dengan kerusi roda suaminya. Dia tidak boleh terlalu laju, dan juga, tidak boleh terlalu perlahan. Tiba sahaja di atas pelamin, tubuh Seth Zarif terus sahaja didukung Khalid, lalu diletakkan di atas bangku pengantin. Cahaya lensa kamera, mula memancar ke arah mereka berdua.

Seth Zarif lebih banyak tunduk, dari memandang ke hadapan. Atilia perasankan wajah suaminya itu. Mereka berdua begitu kaku di atas pelamin. Beberapa kali jugalah, jurugambar mengarahkan mereka berdua senyum.

Cepatlah habis. Aku tak nak mengadap orang ramai lagi. Atilia sudah tidak senang duduk. Kalau hendak diikutkan, dia tidak mahu mengadakan majlis bersanding. Ini pun kerana bapanya yang mahu melihat dia bersanding. Nak tak nak, dia terpaksa turutkan juga.  

Juliana masih dengan ketidakpuasan hatinya. Anaknya Yasmin entah ke mana. Sehingga kini, masih belum pulang.

Salam semua. Cinta Aku Seadanya kali ini dijadikan dalam versi Unlock Chapter. Sebab sebelum ini, CAS dah pernah dibuat bacaan percuma sebanyak tiga kali. Jadi, utk kali ini CAS sudah dijadikan UC :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience